Friday, October 23, 2015

2900) "PERBANKAN ISLAM" HANYA NAMA, TAPI ZALIM DAN MENEKAN?



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Menyelar Tindakan Pihak Bank Yang Melanggar Konsep Syariah Kerana Ternyata Mencemarkan Imej Islam.


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata kebanyakan bank yang di Malaysia menggunakan perkataan 'Islam' bagi meyakinkan orang ramai untuk berurusan dengan agensi perbankan mereka.


Syarat yang diletak oleh pihak bank terlalu berat sebelah dan terlalu menekan sehingga mereka menganggap seperti menyerahkan segala hak mereka kepada pihak bank dan pihak bank boleh buat sesuka hati. Semua ini jelas tertulis tanpa kesedaran kebanyakan pelanggan. 



Kezaliman ini tidak harus diteruskan kerana amat menekan pengguna serta pelanggan perbankan islam. Di mana letaknya hak mereka sebagai pengguna? Turut bersama PPIM untuk sidang media tadi ialah Sheikh Abd Kareem wakil dari Pertubuhan Terekat Muktabar Malaysia (Pertama) yang juga terkesan akan masalah ini.




"Soalan telah dihantar melalui surat kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk dibaca oleh Pengerusi Panel Syariah mereka tentang apakah asas hukum pada tindakan bank? Tapi sehingga sekarang kami masih menunggu jawapan bagi soalan yang ditujukan itu," kata Sheikh Abd Kareem.


NGO juga ingin menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan dalil hukum yang membenarkan mereka mengambil alih harta seseorang tanpa pengetahuan dan persetujuan tuan harta.

Saiz tulisan juga harus diberi perhatian oleh pihak bank kerana huruf yang terlalu kecil telah menyukarkan pelanggan mereka yang diusia tua dan rabun untuk membaca dan tidak perasan yang pihak bank ada menyediakan rujukan tentang syarat-syarat bank Islam.

Contoh Saiz Sebenar Rujukan Mengenai Syarat Oleh Bank. 
Rujukan Yang Telah Dijelaskan

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...