KIRA-KIRA dua juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini pastinya sedang mencongak untuk mengeluarkan wang maksimum RM10,000 selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan.
Bagi yang terkesan, wang itu mungkin kurangkan beban.
Bagaimanapun, dalam keghairahan, pengguna diingatkan agar sentiasa berhemah dalam penggunaan wang tersebut selain hanya mengeluarkan amaun yang diperlukan serta tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan.
Setiap daripada kita memahami tekanan yang dihadapi rakyat, namun pada masa sama semua turut bimbang dengan sikap segelintir pengguna tidak berdisiplin dalam menguruskan kewangan sendiri.
Oleh itu, pencarum dinasihatkan agar mengeluarkan wang mengikut keperluan supaya jika berlaku kecemasan yang lain, mereka boleh membuat pengeluaran yang lain.
Kunjungilah mana-mana cawangan KWSP bagi mendapatkan khidmat nasihat pengeluaran sebelum tempoh permohonan dibuka supaya lebih faham situasi kewangan masing-masing.
Pencarum juga dinasihatkan agar tidak beremosi, bersikap terbuka dalam menerima nasihat pakar-pakar ekonomi dan membuat pilihan yang bijak demi kelangsungan hidup.
Elakkan berbelanja berlebihan untuk musim perayaan akan datang dan berbelanja secara sederhana untuk persiapan persekolahan adalah amalan yang baik, jika tiada keperluan mendesak, lebih elok wang itu disimpan untuk masa hadapan.
DATUK NADZIM JOHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Artikel oleh: Kosmo
JANGAN SALAH GUNA WANG RM10,000 KWSP, DAPATKAN NASIHAT KEWANGAN
CYBERJAYA – Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) memberi amaran akan menolak mana-mana calon parti politik
yang angkuh, sombong dan bongkak dan melakukan diskriminasi terhadap
permasalahan rakyat.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim
Johan menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk menghukum pemimpin politik
sebegitu yang gemar mengeluarkan kenyataan hingga mengguris perasaan rakyat.
“Kita ada
dengar kenyataan mengatakan kita akan susahkan mereka contohnya yang tiada
vaksin.
“Kita patut
nak cari orang, bantu menyenangkan hidup kita, bukan seksa kita.
“Sudah tiba
masanya kita tak boleh terima (pemimpin) perangai bohong, sombong, angkuh dan
bongkak.
“Sebenarnya
PRU akan datang ini silap-silap siapa wakil rakyat atau pun calon yang angkuh
dan sombong, kita tolak semua, kita tak mahu lagi diskriminasi,” katanya
berucap dalam satu majlis, di sini, hari ini.
Terdahulu
beliau bersama Ketua Aktivis Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan
Darat Malaysia (PPDM), Kamarudin Mohd Hussain menyerahkan memorandum tuntutan
pemain industri E-Hailing, P-Hailing, lori dan bas kepada wakil-wakil parti
politik.
Hadir sama
Pengarah Komunikasi PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil;
Setiausaha Kerja Bersatu Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Setiausaha
Agung Putra, Borhan Ahmad Zakaria.
Nadzim juga
berkata, walaupun PPIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia
lebih 25 tahun, namun ia tidak menghalang pihaknya menyokong memorandum yang
dibawa pemain industri pengangkutan darat untuk mendapatkan pembelaan.
“Saya amat
teruja dengan kesungguhan kumpulan ini pemain industri darat ini untuk
bersama-sama menggerakkan jiwa kita.
“PRU15 pun
tak lama, hari ini tujuannya lebih untuk menyatakan hasrat pemain industri
menyerahkan memorandum kepada Ketua-Ketua Parti Politik.
“Kita akan
sokong mereka yang sokong kita, yang membantu kita, kita nak wakil rakyat, Ahli
Parlimen faham apa yang dilalui oleh rakyat, kerana rakyat ini terseksa,”
katanya lagi. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
TOLAK SEMUA WAKIL RAKYAT, CALON ANGKUH DAN SOMBONG - NADZIM JOHAN
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk menghukum pemimpin politik sebegitu yang gemar mengeluarkan kenyataan hingga mengguris perasaan rakyat.
Sumber: Malaysia Gazette TV
MGNEWS: TOLAK CALON SERTA WAKIL RAKYAT YANG SOMBONG DAN ANGKUH – NADZIM JOHAN
KUALA LUMPUR - Kerajaan harus mengatur langkah yang lebih efektif bagi menangani masalah banjir, berbanding menumpukan kepada meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengambilan dos penggalak.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, negara kini berada dalam keadaan huru hara akibat banjir berkenaan yang disifatkan terburuk pernah melanda Selangor dan Lembah Klang sejak 11 tahun lalu.
"Negara kita menjadi huru-hara akibat banjir, termasuk yang mencecah paras bumbung di sesetengah kawasan. Ia masalah cukup besar dihadapi rakyat ketika ini.
“Ia terlalu buruk sehingga ada segelintir mangsa terpaksa berlindung di atas bumbung rumah kerana bantuan yang terlalu lewat diterima,” katanya.
Nadzim Johan
Nadzim menyatakan demikian pada sidang media selepas penyampaian sumbangan berupa 300 kotak barangan dapur, 100 kit barangan wanita dan 200 pek makanan serta minuman khusus untuk mangsa banjir di Selangor.
Ia adalah hasil kerjasama Pertubuhan Amal Santuni Kasih dan Restoran Mat Rock Ayam Goreng Kunyit.
“Setiap kotak barangan dapur itu bernilai RM80 dan mampu bertahan selama tiga hari untuk setiap penerima. Kami sepakat menghulurkan bantuan ini apabila melihat pergerakan kerajaan terlalu perlahan, dan aset disediakan pula tidak mencukupi.
"Banyak bantuan serta sumbangan perseorangan dan pihak NGO tidak sampai kepada mangsa kerana kekurangan jentera serta tiada bot yang mencukupi untuk menghantar sumbangan tersebut," ujarnya.
Sukarelawan misi banjir dari utara bersedia untuk membantu mangsa yang terkesan dengan banjir di Selangor, Sabtu lalu. - Azim Abd. Rahman
Dalam perkembangan berkaitan Nadzim berkata, Dana Pemulihan berjumlah RM100 juta, dengan setiap mangsa bakal menerima RM1,000 adalah terlalu kecil untuk memulihkan kediaman dan perniagaan yang musnah akibat bencana itu.
Katanya, mangsa di seluruh negara mungkin mencecah lebih 62,000 dan jumlah kerugian yang besar itu memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1 bilion.
"Saya harap dana tersebut diberi secepat mungkin dan tidak perlu menunggu sehingga beberapa bulan,” katanya.
Artikel oleh: Getaran
KERAJAAN PERLU ATUR LANGKAH EFEKTIF ATASI BANJIR - PPIM
PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menambah baik keupayaan server atau pelayan laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar sesuai dengan negara yang menuju ke arah pendigitalan bagi meningkatkan prestasi perkhidmatannya kepada rakyat.
Kelemahan server agensi penguat kuasa itu terserlah ketika PDRM menyertai promosi diskaun saman trafik sehingga 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada 9 hingga 12 Disember.
Apa yang berlaku dalam tempoh empat hari itu mencetuskan kelam-kabut dan persoalan kepada orang ramai yang kecewa apabila tawaran diuar-uarkan tidak boleh dinikmati akibat kelemahan sistem dalam PDRM.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Seksyen Keselamatan Siber dan Bahagian Penumpuan Teknologi Institut Teknologi Maklumat Universiti Kuala Lumpur, Dr. Shafiza Mohd. Shariff berkata, daripada masalah yang berlaku itu, kerajaan perlu segera mengambil iktibar dengan menaik taraf sistem dan server PDRM.
Menurut beliau, kelemahan tersebut jika tidak diatasi akan menjadikan agensi penguat kuasa itu terus dipandang ‘lemah’ oleh masyarakat dan kesannya kepada PDRM sendiri.
“Server yang bakal dinaik taraf tersebut perlulah ber-prestasi tinggi bagi mengelakkan apa-apa lagi rungutan pada waktu puncak atau tempoh promosi,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Katanya, difahamkan PDRM kini hanya mempunyai dua server tetapi dalam masa sama perlu ‘melayan’ jumlah pelanggan yang ramai kerana masing-masing ingin menikmati diskaun 80 peratus.
“Kapisiti dua server tersebut tidak boleh melayan pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa dan apa yang berlaku menyebabkan ia tidak boleh meneruskan tugasnya.
“Kesan kelemahan sistem menyebabkan PDRM dimarahi orang ramai,” katanya.
Selain itu, menurut Shafiza, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan server dimiliki PDRM tidak membuat pengimbangan beban berbanding platform atas talian lain yang sudah dinilai terlebih dahulu sehingga bersedia menerima pelanggan yang ramai.
Katanya, ini kerana platfrom atas talian yang kebanyakannya menawarkan diskaun pada setiap bulan umumnya mengetahui akan berlaku trafik tinggi pada masa-masa tersebut.
“Jadi kebanyakan infrastruktur platform atas talian ini biasanya ada banyak server dan setiap satu ditetapkan untuk pengimbangan beban jadi risiko masalah henti tugas di laman sesawang itu tidak berlaku.
“Contohnya, jika pengumpulan maklumat berkaitan platform atas talian lain, kita akan lihat mereka ada beberapa server dan sebab itu keupayaannya lebih berbanding PDRM,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan dalam menaik taraf PDRM yang menjadi tulang belakang keselamatan negara. Menurut beliau, kelemahan seperti melayan pelanggan yang mahu membayar saman seperti yang berlaku tidak sepatutnya berlaku dalam perkhidmatan kerajaan.
“Pengalaman orang ramai itu sudah tentu mereka berasa PDRM macam main-main walaupun polis memberi alternatif,” kata beliau.
Oleh itu, Johan berkata, pendigitalan dalam PDRM harus dikemas kini supaya ia sistematik dan tidak menimbulkan rungutan.
Terdahulu, ramai netizen meluahkan kecewa dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus susulan ramai tidak berjaya mengakses laman web dibekalkan polis.
Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada sidang akhbar semalam mengumumkan tempoh pembayaran saman dengan diskaun sehingga 80 peratus dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.
CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall bergema dengan alunan ayat suci al-Quran sempena penganjuran majlis Gema Quran, hari ini.
Majlis anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu menampilkan Pengasas Akademi Diwan ar-Rital, Ustazah Haniah Salwana Rahim memperbetulkan bacaan al-Quran pengunjung Malakat Mall.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, majlis ini dianjurkan sebagai pengisian jiwa khusus kepada orang-orang Islam.
“Al-Quran adalah (sumber) rujukan kita, dan kita kena betul ambil rujukan dari tempat sebetulnya,” kata Nadzim yang turut dikenali sebagai Toqqi.
Toqqi turut menambah, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran majlis hari ini yang turut melibatkan pengunjung Malakat Mall.
“Biasanya, pusat beli belah sajikan hiburan buat pengunjungnya, tapi kali ini, Alhamdulillah, kelainan yang ditampilkan dapat memberi manfaat kepada semua,” kata Toqqi lagi.
Selain Toqqi, turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor; Penasihat PPIM, Datin Che Roslina Che Othman, dan Vince Focarelli.
Artikel oleh: Malakat Tribune
MAJLIS GEMA QURAN DI MALAKAT MALL SATU PENGISIAN BERMANFAAT
Persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Nadzim Johan susulan tindakan penternak, pemborong dan peniaga yang dikatakan
mula munding jari masing-masing mengenai kenaikan harga ayam.
“Siapa yang menaikkan harga?” Demikianlah bunyi persoalan tersebut.
Beliau juga turut mempersoalkan dimana agensi kerajaan yang diberi tugas untuk
memantau harga barang dan menghapuskan orang tengah.
Tambah lagi, menurut beliau sehingga kini tiada
tindakan proaktif daripada pihak kerajaan yang menampakkan kebersanan walaupun
harga ayam mentah di negara ini dikesan melonjak naik sejak Oktober lalu.
“Perkara
ini lebih merunsingkan apabila kenyataan penternak ayam yang mendakwa mereka
tidak menaikkan harga ayam dan peruncit pula mendakwa harga ayam meningkat
lebih 40 peratus sejak akhir-akhir ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru,
beliau menyeru pihak kerajaan memberi satu penyelesaian yang berksan. Katanya
lagi, alasan seperti ekonomi dunia tidak menentu atau masalah tawar menawar dan
permintaan yang tinggi di pasaran tidak seimbang bukan lagi relevan pada masa
ini. Rakyat amat terkesan dengan kenaikan harga barang yang melonjak naik dan
kos sara hidup yang semakin tinggi.
DALAM
dunia serba maju yang mana maklumat dapat diperoleh di hujung jari, ramai yang
tidak mengambil peduli dan alpa dengan penipuan oleh segelintir pihak yang
mengambil kesempatan kelemahan orang lain di dunia siber.
Kolum Wawancara
minggu ini, Kosmo! Ahad membawakan Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk
Nadzim Johan yang membicarakan tentang penipuan secara
dalam talian yang semakin banyak menjerat mangsanya pada masa kini.
Menurutnya,
penipuan ini bukan sahaja melibatkan orang-orang biasa, tetapi juga dalam
kalangan wakil rakyat yang mana mereka menggunakan nada ‘simpati’ untuk menipu
mendapatkan wang menggunakan helah ‘wang sumbangan’.
——————————————————————————————————
KES
melibatkan penipuan pembelian dalam talian dilihat semakin menjadi-jadii sejak
kebelakangan ini apabila saban hari ada sahaja individu dilaporkan menjadi
mangsa. Polis Diraja Malaysia turut meramalkan lonjakan kes sebanyak dua kali
ganda melibatkan penipuan dalam talian di negara ini sehingga hujung tahun ini
berbanding tahun lalu.
Memetik
kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, sejak
Januari hingga Oktober lalu, kes penipuan yang dilaporkan telah mencecah 8,162
kes berbanding 5,846 pada tahun sebelumnya dan 3,512 kes pada 2019.
Lebih
membimbangkan, jumlah kerugian melibatkan penipuan belian secara dalam talian
juga dilihat meningkat secara konsisten. Perkara tersebut ternyata mendatangkan
keresahan umum yang begitu khuatir bakal menjadi salah seorang daripada mangsa
pada masa akan datang.
Bagi
membincangkan lanjut isu tersebut, wartawan Kosmo! Ahad, KHAIRIYAH HANAFI menemu
bual Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan baru-baru
ini.
KOSMO!
Ahad:Kini, kes penipuan melibatkan pengguna membuka lembaran baharu
melibatkan penggunaan dunia maya atau online lebih-lebih lagi ketika negara
berdepan pandemik Covid-19. Sejauh mana seriusnya penipuan jual beli secara
online dalam pengetahuan PPIM setakat ini?
NADZIM: Situasi sekarang
memang serius yang mana pelbagai penipuan dalam talian dilaporkan.
Lebih-lebih lagi kini ia boleh dilakukan hanya dengan menerusi telefon bimbit,
memudahkan lagi mereka menipu mangsa.
Dalam zaman moden
ini, penipuan juga lebih canggih menggunakan teknologi terkini mengikut
perubahan semasa.
Jadi, yang menjadi
mangsa penipuan sudah tentu sentiasa ada.
Dalam hal ini, mangsa
mudah terpedaya kerana tidak menyangka wujudnya penipuan seperti ini.
Tambahan pula, mereka
yang ‘terkena’ adalah dalam kalangan individu yang baik dan mungkin tidak
pernah menyangka akan menjadi salah seorang mangsa penipuan.
Penipu ini biasanya
mengkaji tabiat individu sambil mencari kelemahan yang ada.
Antara kelemahan
individu yang pertama adalah seronok dan teruja untuk mendapatkan sesuatu.
Keduanya, timbul
perasaan takut bilamana mereka diugut menerusi panggilan penipuan yang menjual
nama pihak berkuasa seperti mahkamah, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan
lain-lain.
Bagi mengubah
persepsi ini, semuanya terletak pada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh
kerajaan.
Pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu memainkan peranan melihat
secara lebih serius mengapa situasi ini masih dan semakin berleluasa sampai
sekarang.
Kelemahan SKMM dalam menguatkuasakan undang-undang seperti memastikan
semua telefon bimbit didaftarkan yang nama individu itu sendiri menyebabkan isu
menjadi semakin serius.
Selagi perkara ini tidak ditangani, selagi itulah mereka bebas menipu mangsa.
SEMAKIN banyak kes penipuan online dilaporkan disebabkan kealpaan masyarakat dalam memahami hak-hak mereka sebagai pengguna.
Pada
Mac lalu, pihak polis memaklumkan, kes penipuan online meningkat sebanyak 80
peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Ini bermakna, kes ini semakin
melonjak dalam tempoh pandemik ini. Bagi pihak PPIM sendiri, banyakkah menerima
laporan penipuan online?
Laporan penipuan
online memang banyak kami terima dan ada peningkatan kerana sewaktu pandemik,
masyarakat hanya duduk di rumah.
Penipuan ini bukan
sahaja melibatkan orang-orang biasa, tetapi juga dalam kalangan wakil rakyat
yang mana mereka menggunakan nada ‘simpati’ untuk menipu mendapatkan wang
menggunakan helah ‘wang sumbangan’.
Bukan itu sahaja,
mereka berani menggunakan akaun atau identiti individu lain untuk menjalankan
kerja-kerja tidak bermoral ini.
Ini menyebabkan
individu terbabit ditangkap dan memiliki rekod jenayah walaupun tidak bersalah.
Perkara ini amat
menyedihkan kerana ia merosakkan masa depan individu itu sendiri kerana seperti
yang kita maklum, mereka yang mempunyai rekod jenayah amat sukar untuk hidup
dalam komuniti seperti mendapat peluang pekerjaan dan sebagainya.
Justeru, adalah
sangat pentimg untuk memupuk kesedaran kerana dikhuatiri ramai yang masih lagi
tidak faham dan tidak sedar isu yang berlaku sekarang.
Berdasarkan
laporan atau pemerhatian PPIM sendiri, apakah bentuk-bentuk penipuan online
misalnya barang yang dibeli tidak wujud, barang dibeli tidak diterima dan
sebagainya?
Banyak yang diadukan
oleh masyarakat yang rata-ratanya datang daripada mereka yang susah.
Antaranya penipuan
barangan import, love scam dan rata-ratanya melibatkan duit untuk menjadi kaya.
Amat menyedihkan
apabila kebanyakan kes bukanlah dilakukan oleh individu itu sendiri.
Ini kerana, bagi
sesetengah kes, akaun atau data mereka diambil dan digunakan untuk tujuan
jenayah tanpa pengetahuan.
Bagaimanapun,
disebabkan tiada bukti menunjukkan mereka tidak bersalah dan akaun tersebut
adalah milik sendiri, mereka akhirnya ditangkap.
Sejauh
mana kesedaran rakyat negara ini berkaitan hak mereka sebagai pengguna
berbanding negara luar memandangkan saban hari kita membaca di akhbar dan media
sosial, masih ramai yang senang ditipu oleh mereka yang mengambil kesempatan
seperti scammer termasuk menerusi panggilan telefon?
Bagi saya, punca
utama isu hari ini ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan individu.
Tambahan pula
masyarakat hari ini kurang terfikir wujudnya kes-kes sebegini dalam dunia hari
ini memandangkan mereka mungkin tidak pernah berpengalaman atau berhadapan
dengan isu sebegini.
Golongan ini
selalunya tidak pernah terfikir akan menjadi mangsa penipuan, terutamanya
secara dalam talian.
Pada
pandangan Datuk sebagai orang yang banyak pengalaman dalam membantu pengguna di
negara ini, mengapa orang ramai begitu senang terpedaya dengan pelbagai taktik
dan helah scammer biarpun pihak berwajib meminta mereka berhati-hati?
Mungkin kempen-kempen
kesedaran yang dilakukan tidak cukup berkesan untuk menyedarkan masyarakat
tentang penipuan dalam talian.
Ia perlu digandakan
memandangkan setakat ini masih ramai yang tidak kisah akan isu penipuan secara
dalam talian.
Pihak SKMM juga perlu
memainkan peranan melihat secara lebih serius mengapa situasi ini semakin
berleluasa hingga kini.
Bagaimana
seseorang itu boleh menjadi pengguna yang bijak dalam dunia kehidupan masa kini
yang semakin mencabar? Mungkin Datuk boleh berkongsi tip kepada pengguna untuk
mengenal pasti sebarang penipuan online misalnya harga barang ditawarkan
terlalu murah dan sebagainya?
Ini mungkin boleh
dilakukan menerusi perkongsian pengalaman individu yang pernah ditipu kepada
orang lain supaya ia dapat menimbulkan kesedaran.
Bagaimanapun,
individu boleh membaca atau menghidu gerak-geri penipuan pembelian online yang
mana mereka begitu terdesak atau inginkan transaksi dijalankan dengan segera.
Pengguna perlu bijak
mengenal pasti peniaga yang diyakini menerusi platform online sebelum
memuktamadkan sebarang pembelian.
Apa-apa pun, rujuklah
kepada pihak berkuasa seperti polis sekiranya berasa berdepan dengan isu
penipuan.
Apakah akta dan
undang-undang sedia ada melindungi hak-hak pengguna termasuk yang berurusan
secara e-dagang di alam siber?
Sebenarnya akta yang
digunakan tidak relevan kerana kadangkala apabila sesetengah kes dibawa ke
pihak polis seperti akaun digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan penipuan,
mereka disuruh untuk membuat pengakuan yang akhirnya membuatkan mereka didenda
atau lebih malang dimasukkan ke penjara.
Justeru, pelaksanaannya perlu diteliti semula.
JELAS Nadzim, kempen kesedaran perlu dipertingkatkan lagi bagi menyedarkan masyarakat tentang kes penipuan online.
Adakah
kes ah long masih mendominasi isu kepenggunaan memandangkan ramai yang terkesan
dengan pandemik Covid-19 seperti hilang kerja dan perniagaan jatuh merudum
sebelum ini. Mungkin ada yang mengambil jalan mudah untuk meneruskan
kelangsungan hidup dengan berhutang dengan ah long?
Ya, kes melibatkan ah
long masih lagi ada ketika pandemik dan kebanyakan mangsa adalah orang Melayu.
Ada beberapa kes yang
mana mereka mahu membuat pinjaman, tetapi akhirnya mereka sendiri ditipu
apabila wang yang diinginkan tidak diperoleh.
Mengambil contoh bagi
ke ah long, individu yang ingin membuat pinjaman perlu menyerahkan kad mesin
pengeluaran wang (ATM) dan akaun bank kepada mereka.
Malangnya apabila
kesemua maklumat sudah diberi, duit yang ingin dipinjamkan tidak diterima dan
data peribadi digunakan untuk tujuan lain.
Ada
pihak mendakwa, terdapat dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) yang
memperjuangkan isu-isu kepenggunaan di negara ini mengambil tindakan sendiri
dalam kes tertentu dengan membelakangi undang-undang. Bagaimana Datuk melihat
perkembangan ini dan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut?
Masalah sebenarnya
ramai rakyat yang sudah tidak berpuas hati dengan tindakan lembab kerajaan.
Apabila aduan dibuat
tiada tindakan diambil dan ia membuatkan rakyat tertekan. Ditambah pula dengan
keadaan yang berlaku pada hari ini.
Ini menimbulkan
kemarahan individu yang menyebabkan mereka akhirnya pergi kepada NGO yang boleh
buat sesuatu. Jadi itu penting.
Keyakinan rakyat
kepada kerajaan amat berkurangan. Jadi kerajaan perlu buat lebih lagi.
KUALA LUMPUR: The government needs to give serious attention to the depleting savings in the people's Employees Provident Fund (EPF) accounts especially in the Bumiputera community.
Malay Chamber of Commerce (DPMM) president Abd Halim Husin said that the country would turn into an aging nation within 30 years, hence, without sufficient savings, the community will likely be too dependent on government's support to survive.
"They might have to wait for government financial aid. We hope this will not happen," he said when contacted today.
He said that the government must create higher paying jobs especially for graduates, which in turn will quickly improve their savings in the EPF.
He said that millions of graduates were still being paid below RM3,000 even though they have been working for over 10 years.
"If this continues, then how will they be able to save for their future?" he said.
He stressed that the situation would be a lot worse for those working in the gig economy sector and those doing odd jobs with daily pay, as they will not have any savings in EPF.
Malaysia Muslim Consumers Association (PPIM) lead activist Datuk Nadzim Johan said that the issue of Malays and the Bumiputera community's low savings in EPF was not new.
He said the issue has persisted for years and it was only made worse due to the multiple withdrawal facilities offered during the Covid-19 pandemic such as i-Citra, i-Sinar and i-Lestari.
Enough is enough, he said, stressing that now is no longer the time for them to withdraw more money from their EPF accounts.
He also said that handing out cash aids will only help them in the short term, and not in the long run.
"The government must shift focus on 'feeding' people with money to 'educating' them on how to make money," he said when contacted.
He said there were people who were willing to change their fate by starting businesses when they lost their jobs during the pandemic.
However, some ran into trouble with the local authorities on their operations.
"Their items were seized and the structures they built were destroyed.
"Now tell me, people want to make money but authorities are making it difficult for them. Who is at fault here?" he questioned.
EPF recently released a statement that a total of 6.1 million members have less than RM10,000 in their EPF accounts.
Of that number, 3.6 million have less than RM1,000, making them more vulnerable and without retirement protection.
About 4.4 million or 54 per cent of Bumiputera members now have less than RM10,000, and two million or 25 per cent have less than RM1,000.
Article by: New Straits Times
GOVT TOLD TO PAY CLOSE ATTENTION TO DEPLETING EPF SAVINGS OF BUMIPUTERAS
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersiaran di rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM TV1 yang membincangkan topik "Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Terus Jadi Tumpuan".
PUTRAJAYA: Walaupun tiada publisiti, usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak umat Islam mengibarkan Panji Hitam mula mendapat reaksi positif warganet.
Inisiatif berkenaan terbukti apabila hantaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkenal itu menerima reaksi luar biasa dengan meraih lebih 4,000 tanda suka dalam masa enam jam.
Bendera tradisi yang pernah dikibarkan oleh Rasulullah SAW ketika hayat baginda itu dikenali sebagai Ar-Rayah dan Al-Liwa yang tertera dua kalimah syahadah dalam seni khat Thuluth.
Ia menyerupai bendera rasmi kerajaan Arab Saudi dengan tulisan warna putih dan berlatarkan hijau yang digunakan sejak tahun 1744, namun tanpa ada imej pedang di bahagian bawah.
Sebaliknya, PPIM menerusi hantaran dalam akaun sosial rasminya memaparkan tertera ayat berbahasa Melayu di bahagian bawah kalimah lafaz itu sebagai ‘Panji Hitam dari Ufuk Timur’.
Ini disusuli ayat ‘Demi Kedaulatan Agama, Bangsa & Tanah Air’ dengan imej Ketua Aktivis NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan atau mesra disapa Toqqi memegang bendera tersebut.
“Usah malu kibar bendera Panji Hitam sebagai tanda sebuah penyatuan ummah! Ayuh kita terus bersatu demi kedaulatan agama, bangsa dan tanah air tercinta!” kata hantaran tersebut,” kata persatuan itu.
Juga disebut sebagai Ar-Rayah Al-Uqab atau Panji Helang, ia bagaimanapun jauh berbeza daripada bendera digunakan kumpulan militan Daesh atau pun rangkaiannya di seluruh dunia.
PPIM menambah, bendera yang diperbuat daripada material kain lembut jenis pongee itu ditawar NGO tersebut dengan berukuran lebar 60 sentimeter dan panjang 120 sentimeter.
Difahamkan, kempen pengibaran panji Nabi Muhammad SAW itu susulan pelbagai isu panas kebelakangan ini menyentuh sensitiviti umat Islam dan mencabar kesucian agama tersebut.
Terbaharu, penjualan minuman keras dengan jenama berbaur Islam iaitu Timah dan Omar oleh syarikat arak bukan Islam tempatan yang didakwa sebagai cara bentuk penghinaan tersirat.
“Molek juga digantung di rumah masing-masing tanda kita mencintai perjuangan Rasulullah SAW,” tulis netizen bernama Mohd. Nordin Shari dalam ruangan komen di laman sosial PPIM.
“Boleh kibar, tetapi perlu diiringi akhlak yang baik, bukan tunjuk angkuh, nanti bawa pula fitnah kepada agama,” ulas seorang lagi warganet tempatan dengan nama samarannya Lee Duan.
“Saya mencadangkan supaya dibuat saiz bendera kecil macam bendera mini Jalur Gemilang dan boleh dipasangkan di cermin kereta,” kata pengguna media sosial bernama Hasrol Barsir.
“Alhamdulillah, jika semakin ramai yang mengibarkan kelak, maka ia lebih menzahirkan syiar Islam kerana ini bendera Rasulullah SAW dan bendera kita umat Islam,” luah Abu Hafiz.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
KEMPEN PPIM KIBAR PANJI HITAM DAPAT REAKSI POSITIF WARAGANET
KUALA LUMPUR - Tindakan sebuah syarikat tempatan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah petunjuk bahawa umat Islam di negara ini harus bersama agar sensitiviti agama itu tidak dicabar pada masa akan datang.
Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, permuafakatan umat Islam perlu dikukuhkan bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menggunakan perwatakan atau nama yang berkait dengan Islam.
“Kalau kita nak dihormati, kita perlu lakukan perkara-perkara yang orang bukan Islam akan hormat kepada kita.
“Jadi, umat Islam harus ambil kesempatan ini untuk ubah, sedarkan dan mantapkan amalan kita di samping mewujudkan kerjasama yang baik.
“Kalau kita ada kerjasama terbaik, InsyaAllah, orang akan sokong kita. Ini tidak, sesama kita umat Islam pun nak bergaduh.
“Pada masa sama, kerajaan juga perlu mengambil perhatian khususnya Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya kepada Getaran ketika ditemui di stesen PETRONAS Jalan Jelated di sini hari ini.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Program Minyak Petrol Percuma bersama PPIM dengan kerjasama Yayasan Afdlin Shauki (YAS).
Mengulas lanjut Nadzim berkata, perkara seumpama itu jika tidak diambil serius, akan menyebabkan status Islam sebagai agama rasmi negara mudah diperlekehkan.
Turut hadir ialah pelawak dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki serta pelakon, Ako Mustapha.
Dalam pada itu, Afdlin selaku pengasas YAS ketika mengulas perkara tersebut berkata, sensitiviti sesama kaum perlu dijaga sebaiknya oleh semua pihak.
Menurut beliau, elemen penting itu harus diberikan perhatian agar semua pihak saling memahami serta menghayati sensitiviti agama secara kolektif.
“Pada pendapat saya, sebagai seorang umat Islam, arak tidak sepatutnya diuar-uarkan kepada umum.
“Untuk bangsa lain itu terpulang kepada mereka namun bila ada libatkan bunyi-bunyi orang Melayu, mungkin mereka akan rasa (menyentuh) berkenaan sensitiviti agama.
“Kita bukannya nak halang bangsa lain kerana itu adalah hak mereka namun kita semua perlu menjaga sensitiviti antara agama dan juga kaum,” katanya.
Terdahulu, pengeluaran wiski tersebut telah dikecam hebat oleh majoriti umat Islam di negara ini, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Ia turut menerima bantahan PAS, iaitu antara parti yang membentuk gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Minuman tersebut bukan sekadar menggunakan nama yang sinonim dengan masyarakat Islam tempatan, bahkan turut mengguna pakai imej seorang lelaki berkopiah dan berjanggut.
Artikel oleh: Getaran
ARAK TIMAH 'SIGNAL' ORANG ISLAM HARUS BERSATU - PPIM
Kuala Lumpur: Kelemahan penguatkuasaan menjadi punca isu penjualan arak yang mengelirukan umat Islam semakin berleluasa.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menyekat pengunaan nama Timah serta imej lelaki berkopiah itu berikutan ia tidak sesuai digunakan dan sememangnya boleh mengelirukan umat Islam.
"Tidak kira apapun makna disebalik imej serta nama Timah itu, ini tidak sepatutnya dibiarkan.
"Kerajaan perlu lebih tegas dan ada kesungguhan untuk membanteras isu ini dengan mengawal pengeluaran dan penjualan arak ini kerana akan memberi implikasi buruk selain mengelirukan pengguna khususnya anak muda beragama Islam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau mengulas isu penjualan arak keluaran tempatan, jenama Timah yang dilancarkan di media sosial, 7 Oktober lalu.
Mengulas lanjut katanya, penjualan arak itu jika dibiarkan akan mengelirukan pengguna khususnya umat Islam.
"Ia akan menjadikan masyarakat tidak sensitif kerana tiada kawalan dan penjualan ini seolah-olah dibenarkan.
"Jadi, pengguna juga perlu bijak membuat pilihan dan membuat semakan terlebih dulu dengan pihak bertauliah tentang setiap apa yang ingin dibeli di pasaran," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, menurut perkongsian di media sosial, tiada sebarang teori konspirasi membabitkan Whisky Timah kerana imej lelaki berjanggut panjang itu dipercayai bernama Tristram Charles Sawyer Speedy atau lebih dikenali sebagai Captain Speedy.
Berdasarkan laman sukarelawan Museum Negara (https://museumvolunteersjmm.com/2020/11/05/captain-speedy/), Captain Speedy yang bukan Muslim dan tiada darah Melayu itu pernah berkhidmat di Straits Settlement dan ditugaskan untuk membawa keamanan di kawasan perlombongan Timah di Larut sekitar Taiping selepas Perjanjian Pangkor mengakhiri Perang Larut.
Sebagai Pembantu Residen di Larut, beliau bekerjasama dengan pembesar Melayu seperti Orang Kaya Mantari Ngah Ibrahim.
Sementara itu, pengeluar produk arak berkenaan di laman rasmi Facebook mereka 15 Oktober lalu menjelaskan kekeliruan yang timbul dan pemilihan nama dan imej berkenaan berkait rapat dengan sejarah arak pada zaman British memerintah Tanah Melayu.
"Kami tidak berniat mencetuskan kontroversi. Lelaki pada label botol arak kami itu ialah Captain Speedy yang pernah memperkenalkan budaya wiski ketika itu.
"Oleh kerana beliau berkait rapat dengan sejarah perlombongan bijih timah, kami menggunakan nama Timah. Jadi, Timah dimaksudnya ialah (arak) untuk dinikmati orang bukan Islam berdasarkan pembelian alkohol had usia yang dibenarkan," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
ARAK CAP TIMAH: KERAJAAN PERLU SEKAT PENGGUNAAN NAMA