Wednesday, July 29, 2026

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TNB - PPIM - 29/07/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengadakan kunjungan ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadakan perbincangan bersama Tuan Haji Mohd Zaidi bin Mat Zain, Head of Corporate Affairs TNB.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama antara PPIM dan TNB menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berfokus kepada kebajikan masyarakat. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai peluang melaksanakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti melalui kerjasama strategik antara PPIM dan TNB.

AKTIVITI | PPIM ATUR PERTEMUAN MPP UiTM CAWANGAN SELANGOR BERSAMA GARDENIA BAKERIES (KL) SDN. BHD. - PPIM - 28/07/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengatur satu pertemuan antara Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif Program Kebajikan Mahasiswa.

Perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan penyaluran sumbangan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan sebagai usaha membantu meringankan kos sara hidup. Inisiatif ini turut bertujuan memastikan tiada mahasiswa yang hadir ke kuliah dalam keadaan lapar, sekali gus dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran.


Monday, July 27, 2026

AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-62: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM - 25/07/2026

Aktiviti di Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP) pada minggu ini menerima kunjungan tetamu Toqqi dari Kedah yang turut melawat kebun serta berkongsi pandangan mengenai tanaman.

Selain itu, aktiviti diteruskan dengan penanaman dan memperbanyakkan pokok Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia, yang diusahakan oleh adik Nadine sebagai usaha mencantikkan landskap kebun.

Friday, July 24, 2026

AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPIM - 24/07/2026

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Perasmian Pondok Polis TRX di bawah pentadbiran IPD Dang Wangi bertempat di Level 3 Park Level, The Exchange TRX, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus.


Thursday, July 23, 2026

AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN BERSAMA PEMEGANG TARUH - PPIM - 23/07/2026

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri jemputan ke Sesi Libat Urus Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Pemegang Taruh Berhubung Aspek Keterjaminan Makanan di Putrajaya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL