Friday, May 17, 2013

741) BERITA: JAWATAN MENTERI ADALAH AMANAH BUKAN HAK PERIBADI - Gabungan NGO Islam



Headline: NGO harap dua perkara dilaksana Kabinet baru
Publication: HARIAN METRO
Date of publication: May 17, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 017


Kuala Lumpur: Mengamalkan dasar pintu terbuka dan mudah menerima aduan tanpa birokrasi adalah antara perkara diharapkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap barisan Kabinet baru.

Dua elemen itu antara 10 perkara yang digariskan Gabungan NGO Islam (GNI) untuk membantu anggota Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Selain itu, laporan prestasi ahli Kabinet juga akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dinilai berdasarkan aduan rakyat yang mahukan penambahbaikan di dalam sistem kerajaan yang mendapat mandat baru 5 Mei lalu.

Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, etika berkenaan dikeluarkan hasil perbincangan dengan lebih 80 pertubuhan lain yang ingin menjadi sebahagian daripada jentera kerajaan di dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

Antara kandungan 10 perkara itu termasuklah mengamalkan dasar pintu terbuka dan mudah menerima aduan daripada rakyat tanpa birokrasi.

Kami juga mencadangkan supaya elakkan daripada membuang masa dengan menganjurkan atau menyertai majlis keraian atau aktiviti mewah yang mungkin menimbulkan persepsi negatif, semalam.

Call For Special Portfolio For NGOs


KUALA LUMPUR, May 16 (Bernama) -- Five non-governmental organisations (NGOs)today called on a special portfolio be set up under the Prime Minister's Department to tackle issues concerning NGOs in the country.

The call was made by Young Journalists Club (KWMM), Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Malaysian Ayahanda Consultative Council and The Malay Army Veterans Association (PVTM).

KWMM president Dzulkarnain Taib said recent scenarios saw that NGOs had played major roles in ensuring success for government transformation programme at all levels.

He said many NGOs in the country were established in a bid to help the government but most of them were not active in organising activities due to lack of fund.

"These NGOs spent most of their time and efforts to raise funds. If only the government can help them in that area, they will have more time to organise their activities and programmes," he told a press conference here today.

Meanwhile, the five NGOs also commended the new Cabinet line-up announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday.

PPIM executive secretary Datuk Nadzim Johan said it was hoped that the new leadership line-up would be more people-friendly, especially in reaching out and listening to people's problems without much bureaucratic hassles.

-- BERNAMA

740) ETIKA 10 PERKARA (E10P) UNTUK PEMIMPIN KABINET BARU



Thursday, May 16, 2013

739) PETUA:KHASIAT DAN INFO BAWANG MERAH






738) BERITA HARIAN 14 MEI 2013-83 NGO Islam kutuk pembangkang




Kuala Lumpur: Beberapa isu berkaitan agama yang digunakan pemimpin pembangkang sepanjang kempen dalam Pilihan Raya umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini dikhuatiri memberi ancaman kepada perpaduan serta penyatuan umat Islam khususnya dalam konteks negara ini.

Pandangan itu disuarakan Gabungan 83 NGO Islam yang berpendapat ia tidak sewajarnya dijadikan modal politik untuk meraih undi semata-mata kerana membabitkan akidah selain boleh menimbulkan kekeliruan dan memberikan gambaran tidak tepat mengenai Islam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, hasil perbincangan antara gabungan mendapati antara isu dibangkitkan ialah penggunaan kalimah Allah yang ditimbulkan pakatan pembangkang biarpun berlaku percanggahan antara mereka.

Selain itu katanya, tindakan pemimpin bukan Islam melafazkan ucapan insya-Allah, memberi salam serta membaca al-Quran serta terjemahan boleh menimbulkan kesangsian kerana dibimbangi jika tidak dikawal sekaligus membawa penghinaan terhadap kitab suci itu.

Kita juga dapati ada isu lama seperti hubungan antara PAS dengan DAP di mana salah satu daripadanya menyokong penubuhan negara Islam manakala di satu pihak lagi, menolak pembentukan negara dengan hukum Islam.

737) BERITA HARIAN 15 MEI 2013-Pelbagai pihak kecam tindakan Gereja NECF




Kuala Lumpur: Pelbagai pihak menyelar tindakan Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) menggunakan kalimah Allah dalam poster di laman Facebooknya.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan biadab itu jelas menunjukkan mereka tidak menghormati hubungan baik antara kaum di negara ini dan PPIM bersama 83 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas ini.

Persoal tindakan

Kenapa perlu guna kalimah Allah sedangkan banyak lagi perkataan yang boleh dirujuk? Tolong jangan jejaskan hubungan baik antara kaum di negara ini. Kita kini diuji dengan pelbagai perkara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kenapa perlu memburukkan lagi keadaan?, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menggesa umat Islam tampil membuat laporan polis mengenai poster di laman sosial Facebook NECF, persatuan yang beralamat di Petaling Jaya itu.

Di bawah projek Malaysia My Home, NCEF menggunakan poster bertulis 'panggilan kepada semua gereja dan orang Kristian untuk merangkul, mengasihi dan memberkati negara ini dengan hadirat dan kuasa Allah'.

Wednesday, May 15, 2013

TERKINI-Dengarkan Ulasan Dari PPIM Untuk isu boikot

[ADMIN:PENGUMUMAN] ASSALAMUALAIKUM WBT. Sejak semalam, kami banyak menerima komen tentang boikot produk yang menyokong perpecahbelahan dan mengaut keuntungan semata. 

Tokki PPIM akan menjawab komen-komen melalui Klinik Pengguna di Bernama, Radio 24 93.9fm jam 118-2.30ptg hari ini. 

Untuk berinteraksi, hubungi 0326927939.Terima kasih.

Laman web kami juga www.ppim.org.my sedang megalami kesesakan trafik. Ada pelayar yang tidak dapat membuka laman tersebut. 

Sekian.

736) KOMEN PILIHAN UNTUK RENUNGAN

735) Sekitar Sidang Media Gabungan NGO Islam Ajak Boikot produk dan perkhidmatan yang menyokong perpecahan kaum dan mengaut keuntungan semata

Tuesday, May 14, 2013

734) PENGUMUMAN TERKINI-Perbincangan Isu Kepenggunaan

[ADMIN:PENGUMUMAN] ASSALAMUALAIKUM WBT. Hari ini kami banyak menerima komen tentang boikot produk yang menyokong perpecahbelahan dan mengaut keuntungan semata. Ada komen yang positif dan ada yang negatif. Terima kasih banyak-banyak kerana peduli. Untuk respon, maklumbalas dan komen dari pihak kami, dengarkan Klinik Pengguna di Bernama, Radio 24 93.9fm jam 118-2.30ptg esok. Untuk berinteraksi, hubungi 0326927939.Terima kasih.

733) Berita Terkini:Gabungan NGO Islam ajak boikot produk pentingkan keuntungan

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 14 Mei - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu rakyat negara ini memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bukan mahu bersifat rasis memboikot produk-produk berkenaan, namun sudah sampai masanya rakyat sedar dan bangkit.

Kebanyakan produk yang diboikot itu, kata Nadzim, turut tidak selamat untuk dimakan dan ini tidak disedari masyarakat.

"Selama 50 tahun sebagai contoh, kerajaan memberi monopoli kepada sebuah syarikat yang membekalkan tepung, namun selepas diberi kepada syarikat Melayu/Islam, mereka kata mereka dianiaya.

"Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula?" dakwanya dalam satu sidang akhbar di Jalan Tun Ismail di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pemboikotan yang dilakukan terhadap beberapa produk itu juga mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat negara ini.

"Ada produk yang kita kesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan dan tidak ramai yang tahu mengenai perkara berkenaan," katanya.

Setakat ini, ada lima produk yang akan diboikot oleh gabungan NGO Islam dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di http://www.ppim.org.my


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130514/dn_30/Gabungan-NGO-Islam-ajak-boikot-produk-pentingkan-keuntungan#ixzz2THHhaNDg
© Utusan Melayu (M) Bhd 






Sunday, May 12, 2013

732) BERITA MYNEWSHUB : NGO Islam Cadang Idea Sekolah Wawasan Dilaksanakan Sekarang


sekolah wawasan


KUALA LUMPUR: Sebanyak 83 Badan serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan Islam hari ini mencadangkan agar idea sekolah wawasan yang pernah dirancang beberapa tahun lalu diwujudkan kembali demi perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Tertinggi Gabungan NGO Islam 1 Malaysia, Datuk Mohd Farid Hassan, kesemua NGO tersebut telah sepakat menyokong penuh Sekolah Wawasan dilaksanakan semula di dalam kerangka plan transformasi pendidikan negara.

Ia kata beliau sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan rancangan pemulihan nasional yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Selagi anak-anak kita tak disatukan di bawah satu bahasa, menyatukan rakyat akan menjadi masalah (buat negara).

“Percampuran di kalangan berlainan bangsa seperti Melayu, Cina dan India pada usia awal adalah penting supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain (dengan lebih baik),” katanya ketika dihubungi Mynewshub di sini hari ini.

Idea sekolah wawasan dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Konsep utama sekolah wawasan adalah menghimpunan sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran dalam satu kawasan di mana para pelajarnya akan berkongsi kemudahan seperti padang dan kantin secara bersama.

Pendidikan mengikut bahasa ibunda masing-masing bagaimanapun tetap dibuat seperti biasa dalam kompleks sekolah masing-masing.

Tambah beliau, jika tidak disatukan rakyat berbilang kaum ini, persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan sesuatu kaum itu akan terus timbul dan masalah tersebut tidak akan lenyap sampai bila-bila.

Beliau memberi contoh, kaum Melayu sering dikaitkan dengan masalah rasis manakala kaum Cina pula dikaitkan sebagai tidak mahu berkongsi kelangsungan ekonomi yang telah berjaya dicapai oleh mereka.

“Senang cerita, tak kenal maka tak cinta, Melayu perlu kenal budaya Cina, Cina perlu kenal budaya India, India perlu kenal budaya Melayu, barulah perpaduan dapat diwujudkan,” jelasnya lagi.

Jadi, untuk merealisasikan penyatuan kaum itu, NGO Islam telah bersetuju dengan rancangan sekolah wawasan agar anak-anak generasi masa hadapan dapat bercampur dan lebih kenal-mengenali di antara berlainan kaum.

Wednesday, May 1, 2013

728) HARIAN METRO 24 APRIL 2013- PUKAU GUNA POS




Oleh Raja Puteri Nabiha Raja Ayub

 Kuala Lumpur: Tertipu dengan iklan ramalan nombor ekor yang menjanjikan pulangan lumayan, seorang wanita kerugian RM300,000 selepas mendakwa dipukau seorang sami.

Mangsa mendakwa sami terbabit memukau menggunakan sehelai kain kuning yang dihantar melalui kiriman pos pada Disember lalu menyebabkan mangsa akur dengan setiap arahannya termasuk membuat pinjaman dengan ceti haram atau along.

Akibatnya kini mangsa hidup dalam ketakutan selepas diburu 30 along meskipun hanya melakukan pinjaman dengan seorang daripada mereka atas arahan sami terbabit.

Ahli keluarga mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 60, berkata, adik perempuannya yang bekerja di sebuah salun kecantikan tertarik dengan tawaran iklan ramalan nombor ekor itu selepas terbaca satu risalah yang ditinggalkan di rumahnya di Wangsa Maju, di sini.

Adik saya segera menghubungi nombor sami berkenaan dan beberapa hari kemudian dia menerima satu bungkusan mengandungi kain kuning yang diarahkan digosok di dahinya, katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, semalam.

Menurutnya, adiknya terus menghubungi seorang along dan membuat pinjaman sebanyak RM5,000.

Selepas itu, adik saya terus memasukkan wang dipinjam ke dalam akaun 'sami' terbabit. Namun, ramai along menelefon adik saya memberitahu wang sudah dimasukkan ke dalam akaunnya walaupun adik saya tidak membuat pinjaman dengan mereka.

Bila adik saya gagal membayar hutang, mereka (along) akan berkeliaran di luar salun sehingga operasi perniagaan adik saya tamat, katanya.

Faizal yang risaukan keselamatan keluarga adiknya bertindak membuat laporan di Balai Polis Sungai Way, di sini, sebelum membuat pengaduan di PPIM minggu lalu.

Sementara itu, Penolong Unit Tindakan Khas PPIM Yati Saharudin berkata, orang awam perlu berhati-hati sebelum mempercayai apa-apa iklan berkenaan ramalan nombor ekor.

Mereka perlu memastikan kesahihan iklan sebelum mempercayainya bulat-bulat, katanya.

727) BERITA UTUSAN MALAYSIA 30/4/13- PPIM buat laporan polis agenda DAP


KUALA LUMPUR 29 April - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis semalam berhubung pendedahan strategi DAP untuk menggubal sebahagian Perlembagaan negara.

Aktivis PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, pihaknya mahu polis menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu kerana usaha tersebut mampu mencetuskan rusuhan kaum.
"Saya meminta polis menyiasat serta memaklumkan hasil siasatan atau tindakan yang diambil mengenai dakwaan berkenaan strategi DAP ini.

"Sekiranya apa yang disuarakan itu benar, kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab kerana apa yang menjadi harapan DAP tersebut boleh menjejaskan keharmonian negara dan hubungan baik antara kaum yang dinikmati kini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Mustaffa, strategi DAP itu didedahkan bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman menerusi laman web di http://lamanizzs.blogspot.com bertarikh 5 Mei tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130430/po_25/PPIM-buat-laporan-polis---agenda-DAP#ixzz2S1zmHajx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

726) BERITA UTUSAN MALAYSIA : Rancang huru-hara di lapangan terbang?




KUALA LUMPUR 28 April - Pembangkang didakwa sedang merancang mencetuskan huru-hara dalam pilihan raya umum akan datang dengan mengarahkan penyokong berkumpul di lapangan terbang seluruh negara bagi memaksa lokasi tersebut ditutup.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, maklumat berkenaan rancangan jahat itu diperoleh daripada seorang Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri baru-baru ini dan dikatakan merupakan langkah yang akan dibuat sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum tersebut.

Menurut beliau, penyokong pembangkang akan memulakan strategi mereka dengan memenuhi lapangan terbang pada pukul 6 petang dan menjangkakan lokasi itu ditutup sebelum pukul 7 petang.

"Maklumat juga memberitahu, terdapat kira-kira 30 peguam antarabangsa kini berkampung di Singapura sebelum dibawa masuk bagi memastikan Peguam Negara ditukarkan kepada individu yang memihak kepada mereka," katanya sewaktu menjadi ahli panel dalam Wacana Isu-Isu Islam Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, beliau turut menayangkan sebuah video bertajuk PRU-13 Makmur Atau Derita Pilihan Kita yang memaparkan kronologi sejarah pembangunan serta kemakmuran negara sejak kemerdekaan sehingga kini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130429/px_32/Rancang-huru-hara-di-lapangan-terbang?#ixzz2S1wPgsT0 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

725) Wacana Isu-Isu Islam Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)


Tuesday, April 23, 2013

723) BERITA 19/4/2013 : TENANG PELAJARI ILMU ISLAM




Headline: Tenang pelajari ilmu Islam
Publication: HM
Date of publication: Apr 19, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 036
Byline / Author: Oleh Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: "Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan rasa lebih tenang. Dengan adanya kelas pengukuhan agama dan bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saya rasa tidak keseorangan melalui fasa baru ini," kata Agnes Abdullah, 36.

Kisah saudara baru ini yang mendakwa terpaksa menanggung hutang RM2 juta selepas diabaikan suaminya disiarkan Harian Metro, sebelum ini.

Menurutnya, dia kini mempunyai jadual kursus tetap yang dianjurkan di Selayang dan setiap kali menghadiri kelas terbabit, perasaan tenang dan gembira menyelubungi diri menyebabkannya semakin tertarik dengan Islam.

Dia juga rasa bertuah kerana PPIM sudi memberikan semangat dan motivasi terutama ketika berdepan kekeliruan mengenai persoalan hukum serta amal ibadat lain, apatah lagi dia perlu membimbing anak tunggalnya yang baru berusia lima tahun.

"Terima kasih kepada semua yang membantu saya menghadapi situasi begini. Sebagai saudara baru, saya begitu mengharapkan bantuan dan dorongan," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan di sini, semalam.

Dalam pertemuan itu, dia diberikan motivasi menjadi Muslimah seperti dianjurkan agama oleh aktivis PPIM, Abdul Kareem Said Khadaied serta Datuk Musa Talib yang mengajar surah lazim kepadanya.

Agnes berkata, ketika ini dia dalam proses menjual asetnya bagi menampung hutang yang ditinggalkan termasuk membiayai persekolahan serta perbelanjaan lain.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya memberi bantuan sewajarnya kepada Agnes selain berusaha membimbingnya sebaik mungkin memandangkan dia masih baru di dalam Islam dan masih banyak yang perlu dipelajarinya.

"Dia juga sebenarnya boleh menjadi contoh Muslimah terbaik kerana walaupun berdepan kesukaran di dalam hidup, dia tetap berpegang kepada agama selain berusaha meneruskan kehidupannya dengan ikhtiar sendiri," katanya.

722) EMEL PILIHAN-Wajib Tonton & Dengar Agenda Tawan Melayu & Mansuh Islam

video

Sumber : http://m.facebook.com/story.php?story_fbid=159913800839491&id=139656542845836&_rdr

Wednesday, April 17, 2013

721) BERNAMA ONLINE 9 APRIL 2013-Manifesto BN Untuk Tangani Kos Sara Hidup Mampu Dicapai Dalam Tempoh Lima Tahun




KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat dilihat lebih realistik dan diyakini mampu dicapai dalam tempoh lima tahun, kata seorang pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM).

Prof Amir Hussin Baharuddin berkata kerajaan sedia ada mampu menunaikan janji memandangkan ekonomi negara kini berkembang pesat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melaksanakan pelbagai transformasi ekonomi untuk memajukan negara termasuk memakmurkan rakyat.

"Misalnya BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) boleh meningkatkan pendapatan rakyat berpendapatan rendah untuk berbelanja. Apabila mereka berbelanja ia akan menyumbang kepada aliran tunai negara dan wujud permintaan dalam pasaran sekaligus mampu menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baharu," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Di samping itu, Amir Hussin berpandangan bahawa pelaksanaan tol tidak membebankan rakyat kerana tol yang dikutip boleh membebaskan rakyat daripada membayar kos pembinaan jalan raya yang sama.

"Ada pihak yang suruh kerajaan ambil alih sepenuhnya operasi lebuhraya, tapi bagi saya itu cadangan tidak berapa bagus sebab kalau kerajaan ambil alih semua, daripada segi logik akal, JKR (Jabatan Kerja Raya) sahaja tidak mampu untuk menyelenggara keseluruhan lebuh raya, cuba fikir.

"Bagi saya elok juga kerajaan bagi kepada pihak swasta dan kerajaan pantau operasi. Saya juga rasa sekarang ini harga tol tidak lah naik tinggi sangat, saya rasa tidak naik dah," katanya.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya pakatan pembangkang dilihat tidak akan serius dalam menunaikan janji seperti digariskan dalam manifesto pilihan raya umum 2008 dan hanya boleh digambarkan sekadar cakap kosong kepada rakyat memandangkan banyak janji gagal ditunaikan.

"Jika dilihat janji-janji pakatan pembangkang yang lepas pun sampai sekarang tidak ditunaikan, contoh paling nyata di Selangor yang ditadbir PKR, kerajaan negeri gagal tunai janji untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lepas. Ini baru isu kecil pun tidak boleh diselesaikan, macam mana hendak buat janji yang besar?," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata manifesto Barisan Nasional (BN) untuk menangani kos sara hidup rakyat adalah lebih objektif dan menggambarkan kesungguhan Perdana Menteri untuk membela nasib rakyat berpendapatan rendah.

"Kerajaan sedia ada merupakan kerajaan yang berwibawa dan saya boleh melihat kesungguhan Datuk Seri Najib dalam manisfesto BN. Jadi apa salahnya jika kita bagi peluang kepada orang yang bersungguh-sungguh buat kerja untuk rakyat," katanya.

-- BERNAMA

COPYRIGHT BY PPIM