Saturday, May 21, 2011

ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo

Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
TO'KI : DAH TAK PAYAH MAKAN KEK KE ROTI LAGI KOT, BAIK MAKAN NASI LEMAK JE!

170 comments:

azlyana said...

yeeeekkkkkkkk!!!! adoiyaiiiiiii... mmg tak makan dah la kek atau roti yg jual kat kedai2....huhuh ngeri tul nk makan skrg...

Rianah said...

Mudah dan jangan menyusahkan diri.
makan di restoran yg ada sijil halal shj! dan pastikn sijil blm tamat tempoh.

paling selamat dan terbaik makan kat rumah sj yg dimasak oleh ibu/isteri dll. lagi berkat.

Tinggalka yg meragukan!

whiteorange said...

BETULKAH MAKAN DIRUMAH SELAMAT ?

BAGAIMANA DENGAN MEE KUNING, FISHBALL, FISHCAKE, MEE HOON, TAHU KERING,TAHU BASAH DAN PELBAGAI MAKANAN LAGI ?

PALING BAIK JIKA ORANG ORANG ISLAM MENGELUARKAN PRODUK YANG BENAR BENAR HALAL, DISAMPING MENUNAIKAN TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH, IA JUGA DAPAT MENINGKATKAN EKONOMI ORANG ISLAM

ATAU KALAU RAJIN, PROSES SENDIRI SETAKAT YANG MAMPU

secret said...

assalamualaikum
terima kasih untuk info ini.
untuk makluman tuan admin, saya ada link kan entry perihal isu dna babi ni di blog saya. nosecretanyway.blogspot.com. Saya sebarkan. terima kasih sekali lagi.

Iklanneka said...

Mintak Link ke Facebook Terima Kasih

tut said...

asal date kat situ 30/11/2011 ?

Tigrrr said...

Bukan ke tu senarai produk halal yang sah sehingga tarikh yang diberi? Kenapa nak confusekan orang? Kenapa nak buat fitnah? Macamana nak maju?

ez.fadha said...

ASSALAMUALAIKUM...

sapa pulak yg confuse ni...emel ni share dgn kita yg puratos ni supply pada secret recipe...xda kena mengena pun soal tarikh tu...mana pulak dtg fitnahnya

mmg la sijil halal dia tu valid..tp yg kita persoal kat sini,puratos supply pada secret recipe..Jakim jumpa dna babi dlm tepungnya...takkan nak tunggu 30/11/11 baru nak bertindak KOT

apa2 pun, kalau kita org Islam jangan lupa bagi SALAM, KALAU NAK MAJU!

ez.fadha said...

assalamualaikum

kpd pihak yang berkuasa

Sebagai Pengguna Islam, saya berharap,PURATOS menyenarai dan mengumumkan syarikat2 ke hotel2 ke kedai2 yg dia supply produk.

Sebagai seorang pengguna saya ada HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT dan MEMBUAT PILIHAN!

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, PENGGUNA DIDAHULUKAN!!!!!!!!JANGAN NAK DULUKAN PURATOS

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Halal dan Haram
Kenapa manusia ini begitu jahil. Kebodohan serta Ketololon adalah perkara biasa dalam sistem hidup manusia. Tetapi kejahilan adalah sesuatu yang sepatutnya semua manusia yang bodoh serta tolol pun boleh elakkan sekiranya berpegang kepada ajaran Allah s.w.t.

Kebanyakkannya manusia melenting kalau ditegur tentang sikap buruk mereka. Ada pula manusia lain yang mempertahankan sikap jahil rakan mereka, percaya atau tidak manusia yg bergelar Ulamak baik lelaki atau perempuan yg berstatus MENTERI pon ada yg bersikap Bodoh & Tolol mungkin boleh ditubuhkan kelab atau persatuan jahil seMalaysia. Kalau dah jahil, belajar lah sedikit Ilmu ugama, tapi yg berpelajaran Al-Azhar dalam sistem pemerintahan negara pon ada yg bersikap Bodoh & Tolol lagi JAHIL ILMU, apakah Hadith serta Quran tiada menyatakan apa itu HALAL & HARAM, tapi persetan semua AL-FULUS segala perintah ALLAH di remehkan.

Pernah seorang Ulamak Tersohor beritahu saya lebih 15 tahun yang lalu "bila manusia mula membina jati diri, membina masyarakat harmoni, membina negara yang makmur dan mentadbir urusan agama dengan menggunakan "Logik Akal", maka jati diri, keharmonian masyarakat, kemakmuran negara dan keutuhan urusan agama akan hancur ditelan masa."

Benarlah apa yang diberitahu kepada saya lebih 15 tahun yang lalu. Negara kita Malaysia memang ditadbir dengan Logik Akal. Kerana itulah yang halal boleh diharamkan dan yang haram boleh dihalalkan.

Siapa kata judi itu halal?
Siapa kata makan dan membangunkan masyarakat dengan hasil judi adalah haram?
Siapa kata terlibat dengan apa-apa urusan yang berkaitan judi adalah haram?

Allah s.w.t. yang menyatakan ianya haram.
Tetapi siapa pula yang menggunakan Logik Akal untuk menghalalkannya?
Manusia yg BERTUHANKAN DUIT RINGGIT.... Maka Hukum ALLAH siapa yg mempedulikannya.
Itu cuma satu dari contoh perlakuan manusia yang menghalalkan yang haram.
Arak, pelacuran, pergaulan bebas dan bermacam-macam lagi perlakuan yang Allah s.w.t. telah haramkan, dengan sewenangnya manusia pula menghalalkan. Cuba kita lihat di TV dalam negara kita, pakaian Artis yg menjolok mata serta segala yg lagho itu di perhebatkan serta diberikan PROMOSI yg tanpa henti henti oleh stesyen TV berikut, produser dari kaum lelaki & perempuan yg bergangsa Melayu, Islam atau tidak "WALLAH-HuAKLAM" tapi jika secara logiknya, takkanlah orang Islam buat perangai begitu, Insyallah kita tunggulah azab yg akan Allah turunkan "We asked for it". Kita boleh mencabar manusia tapi jangan sesekali mencabar ALLAH akan kekusaan nya.

Kini di Malaysia penyakit yang paling bahaya dan paling cepat berjangkit ialah penyakit akhlak.
Ada ke ubatnya?
Ada..memang ada. Tapi berapa ramai manusia yang sanggup berubat dengan satu-satunya ubat yang ada untuk menyembuhkan penyakit ini?
Tak ramai sebab kalau ubat yang boleh telan lebih senang, kalau ubat yang boleh minum pun senang, tapi ini ubat memang susah nak dipergunakan oleh manusia.
Ialah Al-Quran.
Ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan segala penyakit akhlak tetapi pesakit lebih rela sakit berterusan dan mati dalam kekalutan dari mengamalkan Al-Quran untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Itulah manusia dan masyarakat Malaysia tidak terlepas dari situasi ini.

Bersambung....

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Itulah manusia dan masyarakat Malaysia tidak terlepas dari situasi ini. (Sambungan)

Justeru itu apa yg kita mahukan dalam hidup ini.....
Kita beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang MELAYU automatik kita adalah seorang ISLAM, tapi banyak mana orang Melayu yg mengamalkan cara hidup sebagai UMAT ISLAM. Contohnya :-

a. Bab Makanan & Minuman.
Kebanyakkan orang Melayu hanya berpandukan pada SIJIL HALAL, adakah dengan berpandukan sijil HALAL berikut sudah menentukan segala makanan & minuman yg disediakan itu benar benar HALAL. ??????

b. Kewangan & Banking.
Adakah cukup dengan tulisan ISLAMIC BANKING itu sudah cukup Islamic.??????

c. Sembelihan Binatang.
Adakah cukup kita mempercayai pengusaha "KAFIR" yg menjual segala binatang ternakan yg disembelih mengikut hukum yg disyariatkan oleh Islam.

Jika kita mahu menghuraikan segalanya dalam forum ini tak cukup mukasurat saya rasa. Tapi renungkanlah serta kita tanya diri kita sendiri apa yg kita mahukan dalam hidup ini, apakah kita tidak mahu gunakkan ANUGERAH ALLAH yg paling Istimewa buat kita ianya sebuah OTAK.....

Nak beli makanan pon nak kena JAKIM atau PPIM buat pengumuman ke....... Apa guna AKAL yg Allah berikan, tak boleh ke kita sendiri FIKIR apa yg mahu kita masukkan dalam batang tubuh kita.... Kita yg kurang usaha untuk mencari yang HALAL maka kita mahu ORANG LAIN LAKUKAN PADA KITA, sedarkah apa yg kita lakukan, informasi dalam web PPIM serta JAKIM telah banyak dikeluarkan, informasi hanya di jari kita sekarang so cari atau luangkan masa untuk surf semua ini, luangkan sedikit masa kita sebagaimana kita meluangkan masa BER FACEBOOK....Ini demi untuk diri sendiri, keluarga saudara mara serta sahabat2 kita.....

Jika segala kata yg dituliskan dalam forum ini akan menimbulkan kemarahan forumer saya MOHON MAAF tapi saya sedikit pon rasa berkecil hati, kerana jika manusia memarahi itu tiada kesan pon buat diri saya, apa yg perlu saya takutkan, jika ALLAH MARAH SAYA, itu lah yg paling saya takutkan....

Fadzrina Wahid said...

Assalamualaikum...

Saya rasa penulis artikel ni tersalah faham..bila saya selidik di web halal jakim, produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd ni tiada kene mengena dengan Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd. Kebetulan nama produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd itu ialah "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" and "Talento Cake Concentrate Secret Recipe". Kalau anda sume nak lebih detail ttg makanan yang menngunakan produk Puratos Malaysia Sdn Bhsd ni, bole pergi ke laman web ni http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe... sila refer pada item no. 8 dan 9, kemudian click pada attachment di sebelah kanan item itu...itulah makanan yg patut kita perhatikan kerana mengandungi produk puratos yang dikatakan mengandungi dna babi itu..

Harap bacaan saya ini tidak salah...tq

Rawatan Islam Elmufeed said...

Jika disemak kembali website halal jakim ini dan taip secret recipe pada Maklumat Carian; http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=A&hits=OK

didapati hanya 2 cawangan restoran secret recipe di Malaysia ini yang mendapat pengiktirafan halal Jakim. Persoalannya, cawangan2 yang lain tidak halal ke?

Malqimi Light said...

Saya sepandapat dengan saudari Fadzrina Wahid.

Untuk kefahaman, boleh rujuk link ini
http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe

Atau kalau malas nak bukak link kat atas ni. Berikut adalah contoh:

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE (nama produk)
BRAND: PURATOS (jenama produk)
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. (pengeluar)

CARAMEL CREAM CHEESE (nama produk)
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (jenama produk)
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (pengeluar)

Anda boleh lihat, yang ditarik sijil halal adalah syarikat Puratos Malaysia, bukannya syarikat secret recipe cakes & cafe.

Harap penjelasan ini membantu.

Jika ada kesilapan, betulkan saya (;

Nurul Ain Mohamed said...

Alhamdulillah...setakat ni x pernah lg pergi secret resepi..sbb bila terfikir nak mkn kat situ..rs sayang plak...ngan duit sbb terlalu mahal.x padan ngan taraf sy.alih2 sy berusaha buat sdiri n belajar kat internet.dan sekarang x perlu beli kek dan roti lg...sbb dah tau buat sdiri utk keluarga...lebih jimat.

Zaem said...

Assalamu'alaikum..,

Berkenaan status halal cawangan2 SR yang lain tu, mungkin kelulusan JAKIM yang belum dapat (dah memohon tapi blom dapat, atau premis tu sendiri yang bermasalah (kebersihan dsb.) Sebab untuk dapat status halal tu (setahu saya) bukan setakat bahan makanan je yang diperiksa, keadaan premis dan pengendali makanan pun turut diambil berat. Maka walaupun bahan makanan yang disediakan tu halal, tapi kalau premis tu tak bersih @ suci (mengikut kriteria pensijilan) maka tak dapat la status halal tu.

Maaf kalau silap, harap dapat betulkan. Terima kasih.

eLiza said...

Salam,


Betul ckp Malqimi Light..
yg disahkan haram di sini ialah poruk Puratos berkenaan.. bknnya produk secret recipe cakes & cafe. Nama TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE ialah nama pro duk Puratos tersebut. Kalo produk secret recipe cafe tu yg tak halal, maka nama syarikat yg terlibat ialah Secret recipe cakes & cafe... Sy rasa ini dah tersalah tafsir. Harap2 jgn la sampai kita terrbuat FITNAH pula yer...

mama haikal said...

salam..adoi betol ke ni??saya minat btol kek secret recipe ni..huahua..tiap2 bulan g makan..

UmmuSumai_rah said...

Assalamualaikum,
tumpang lalu yer, terima kasih pada keluarga islam kita yg sentiasa mengigatkan kita tentang isu ini dan tidak mendiamkan diri... semoga apa yg dilakukan oleh orang yg mahu memudaratkan keluarga islam kita, akan mendapat balasan dari Allah SWT..selepas isu ini tidak lagi hangat diperkatakan jangan menganggap ianya tidak akan berlaku lagi..
kita sebagai orang islam harus peka keadaan sekeliling dan mengambil langkah berjaga2..jangan nak pentigkan brand sajer..sedangkan ader ramai kedai bumiputera yg menjual kek dan roti juga..apa ler salahnya kita bersedekah dengan membeli produk keluarga islam kita.

semoga Allah menjauhkan kita daripada termakan benda yg haram...nauzubillahminzalik....amin

Nzyrahun said...

aku harap tuan blog ni,betulkn balik informasi

Actually SR tak harap,yg ditarik sijil halal adalah syarikat puratos Malaysia

Fariq said...

ermmmm..yang aku faham.. puratos tu SUPPLY BAHAN kat secret resipe..so automatik cake yang guna enzim babi pun haram walaupun ada secret resipe ada cop halal.. mintak pencerahan lagi..tq

eMoxZack said...

Malaysia negara Islam ke? ta tahu pula aku.
ustad aku cakap, selagi ada penganut agama lain selain agama Islam kat Malaysia ni, Malaysia ni bukan agama Islam.
kalau Malaysia ni negara Islam, aku ta berjiran dengan jiran berbangsa cina dan undang-undangnya un ta macam negara Islam yang aku pernah dengar dan lihat. negara kita ni cuma majoriti beragama Islam, bukan negara Islam. faham? lain kali, fikir sebelum menaip. bukan na mengutuk, tapi aku beri KESEDARAN atas KESILAPAN.
assalamualaikum.

liesa_liesa said...

lau pasal ice krim...ad x BB 2???

mozaks said...

kalau tgk produk puratos, banyak yg ada nama carrefour... tapi kenapa secret recipe je yg disebut? carrefour yg banyak... lagipun kalau tgk gambar atas (senarai no. 8 & 9), yg tu senarai yg dapat sijil halal... sah hingga 30 nov. 2011... kenapa mengelirukan org lain? mana bukti dari halal m'sia mengatakan sijil secret recipe ditarik balik?

Ahmad Safwan bin Idrus said...

Assalamualaikum WBT

Bagi ana, hal ini menimbulkan keraguan sebab banyak sangat suara-suara yang kata haram atau halal sedangkan belum pasti lagi statusnya. Jadi untuk sesiapa yang ragu, jauhilah. Sesiapa yang rasa halal dan yakin (jangan yakin buta, kena ada bukti), terpulang kepada anda. Wallahu a'lam

Untuk eMoxZack, saya rasa pandangan anda kurang tepat. dan saya rasa belum pernah lagi jumpa ustaz kata negara Islam kena 100% penganut Islam. Negara Islam ditakrifkan sebagai Islam apabila pihak pemerintahnya menjalankan hukum Islam secara sepenuhnya yang mana kita tak dapat lihat di Malaysia ni (saya berpandangan Malaysia negara sekular). Sedangkan di Madinah dulu pun Baginda SAW dan para sahabat mengiktiraf kewujudan penganut agama lain dengan syarat mereka patuh kepada pemerintah Islam dan mereka ini lah golongan Kafir Zimmi. Perlu membayar jizyah (cukai). Ini selaras dengan ayat Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 256.

Harap dibetulkan sekiranya ada kesilapan

x-student said...

rasanya dulu dah pernah ada pengumumman dari jakim...secret recipe TAK pernah apply sijil halal dari jakim atau permohonan diorang TIDAK DILULUSKAN oleh jakim...
betulkan kalau saya tersilap...

Anoneemus™ said...

Utk Encik Rawatan Islam Elmufeed,

Bila ke website Halal utk check status halal Secret Recipe, click dekat 'premis makanan', pergi terus ke page 5, mula di situ anda akan jumpa banyak cawangan Secret Recipe bermula dgn no 87 kalau tak silap.

Yang dpt 2 results je tu adalah 'syarikat'. Banyak2 cawangan Secret Recipe seluruh dunia ni, mmg 2 company je yg handle.

cheapprettythings said...

Untuk perhatian X-Student,

Tu dulu kot, sekarang dia dah ada sijil. Dan entri ni tersalah informasi, kerana syarikat yg dimaksudkan tiada kaitan dengan Syarikat Secret Recipe..

Harap diperbetulkan entri ini.
Semoga tidak ada yang confuse :)

Zulhaimi Cryptomines said...

nampaknya no brownies and cheese cake anymore..

Lebih selamat makan di negara luar dari makan di negera sendiri...

myfancyblog said...

Saya tak pernah lg beli kat Secret Recipe tu sbb mahal, biasalah kek yang sedap tu mesti ada bahan yg tersembunyi, cuba kalau kita buat sendiri, tak bolih nak bandingkan dgn kek dia orang buat. Apa yang saya tahu makanan kat hotel-hotel 5 bintang biasa takada pengesahan halal, kek memang sedap sbb macam-macam campuran yg saya tahu bahan-bahan diimport, alat-alatan dapur pun bercampur dgn non halal kecuali hotel spt Seri malaysia.

tango said...

Assalamualaikum
Ada jugak yang pertahan kan Secret recipe ni??Klaau dah ada babi tu haram la dimakan...kalau nak makan suka hati kau lah...dulu minum air kopi babi sekarang kek babi babi pulak..tak lama lagi hitam la hati...banyak sangat makan babi...

nsf said...

Assalamualaikum,

apabila menerima sesuatu berita, hendaklah disiasat dan pastikan ianya adalah sahih..bukan masalah nak pertahankan mana-mana pihak..yang pasti mahukan keyakinan dalam berita yang diterima

Izlan HoiHoi said...

just nak ksi pendapat, ak pon x selidik sgt...
kalu kita teliti dlm senarai list produk puratos, kita dpt lihat penggunaan carrefour, tesco dan delifrance juga...
terdapat sesetengah manufacturer die terima kontrak dr syarikat lain utk menghasilkan produk bagi syarikat mereka.. (sebagai contoh barangan produk tesco, bkn mereka yg hasilkan tetapi syarikat lain yg hasilkan dan bungkuskan serta penjenamaan tesco)
berkenaan secret recipe, ak x maw lah state haram or halal, td distu boleh timbul kemusyikilan adakah secret recipe tu bermaksud produk itu adalah secret recipe mereka atau secret recipe (kadai kek tu lah). .
tp mmg tugas kita sebagai umat islam mencari yang halal dan meninggalkan yg haram serta mengelak yg was2 kan?

Izlan HoiHoi said...

berkenaan isu tarikh yg koank heboh2 tu plak, itu tarikh smpai bila mereka LAYAK memegang sijil halal setelah inspection kali terakhir dilakukan keatas mereka,tetapi ingat, pihak JAKIM berhak menarik semula sijil halal mereka sekiranya terjumpa mana2 yg boleh menyebabkan sijil halal ditarik balik..
utk kedai2 lain termasuk lah secret recipe, sekiranya betol puratos bekalkn mereka, dah diberitahu mereka perlu lakukan begini2 (rujuk balik web halal, malas nak ulang) dalam tempoh masa yg diberi,kalu x ikut sijil mereka juga akan ditarik balik... seperti post diatas mmg tugas kita sebagai umat islam mencari yang halal dan meninggalkan yg haram serta mengelak yg was2 kan?

singers78 said...

admin web kena pastikan betul2 adakah produk2 secret recipe nih yg betul2 haram... krn yg tak layak dpt sijil halal nih syarikat puratos, nama produk dia '.... secret recipe' ... setau saya semua cawangan secret recipe ada terpampang sijil halal JAKIM... blh pegi check di mana2 restoran secret recipe...
bkn soal mempertahankan secret recipe... tp kalau ini satu khabar berita yg tidak pasti kebenarannya.. maka ia blh membawa kpd fitnah... bkn shj kpd sykt secret recipe... ttp juga kpd JAKIM sebagai badan pemantauan Halal di malaysia krn tidak menarik sijil halal secret recipe...
harap admin sahkan dulu fakta sebelum menyebarkan kepada org ramai...

syafarah said...

salam saudara seislamku.

1. isu cawangan lain xdapat halal.

SECRET RECIPE adelah cawangan dan SEMUE RAMUAN AKAN DIBERI OLEH HQ COMPANY ITU dan DIMIX MENIGKUT RECIPE YG DIBERI HQ. semue kedai makan cawangan memang gitu [KFC, McD etc]

2. isu membace x abih

bace betol2, JANGAN SAMPAI MEMFITNAH ORANG LAIN. itu name company n name produk. bukannye SECRET RECIPE tuh. adoiyai

Tengku Azmi said...

Adalah diharapkan supaya berhati-hati dalam memberi komen. Menurut laman web Halal Malaysia, jenama PURATOS yang disahkan mengandungi DNA babi ialah Whole Egg
Powder dan Whole Milk Powder sahaja.

Tidak ada bukti yang menunjukkan SECRET RECIPE menggunakan kedua-dua ramuan berkenaan. Saya harap komen-komen yang diberikan tidak menimbulkan keraguan yang tidak manasabah.

Sila lawat www.alhusna.info untuk berita lanjut.

kHaiRunNisSa iRnA said...

salam
pada yang memberi komen tolong baca komen-komen di atas ni sebelum post komen anda...sebab entry ni terang2 menimbulkan fitnah disebabkan penulisnya tidak membuat kaij selidik yang mendalam ..

saya imbas kembali komen dari fadzrina Wahid
"nama produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd itu ialah "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" and "Talento Cake Concentrate Secret Recipe". Kalau anda sume nak lebih detail ttg makanan yang menngunakan produk Puratos Malaysia Sdn Bhsd ni, bole pergi ke laman web ni http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe... sila refer pada item no. 8 dan 9, kemudian click pada attachment di sebelah kanan item itu...itulah makanan yg patut kita perhatikan kerana mengandungi produk puratos yang dikatakan mengandungi dna babi itu.."

Azlan Zainal Azam said...

dula saya kerja di bakery di sebuah pasaraya..memang kami banyak guna tepung dari puratos sdn bhd. boleh dikatakan hampir setiap roti menggunakan produk tersebut..maigoodd maigodddd...haihh

hp.putih said...

Assalamualaikum saudara2ku..
Setelah membaca artikel ini, saya berpendapat bahawa penjelasan yang lebih baik perlu diberikan. Sebarang maklumat yang tidak benar boleh mendatangkan salah faham dan seterusnya menimbulkan FITNAH.

Penulis diharap dapat memberikan maklumat yang leih jelas. Jangan terlalu cepat mencari kelemahan sehingga kita lupa perkara asas dalam mencari kebenaran iaitu SOAL SELIDIK. Antaranya:

1. Hubungi pihak Puratos Malaysia Sdn Bhd bagi mengesahkan sama ada membekal pada Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd.

2. Hubungi pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd bagi mengesahkan sama ada mendapat bekalan bahan dari Puratos Malaysia Sdn Bhd.

3. Hubungi pihak Jakim Malaysia dalam mendapatkan pengesahan.

4. Fahami fungsi maklumat carian dalam portal Halal Jakim. Taip SECRET RECIPE sememangnya akan menunjukkan segala maklumat yang mempunyai perkataan SECRET RECIPE. Sekiranya terdapat PIZA SECRET RECIPE, SARDIN SECRET RECIPE, AYAM GORENG SECRET, adakah semuanya berkait dengan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd?

Mari kita fikirkan bersama..

Pembaca semakin bertambah, maklumat semakin die sebarkan. SEKIRANYA BENAR ALHAMDULILLAH.. SEKIRANYA TIDAK SAMA-SAMA MENJAWAB DI AKHIRAT KELAK..

Sir_Azeroth said...

Kenapa tak dihebahkan saja secara meluas tentang perkara ini. Seperti cafe Starbuck...ramai lagi org Islam di Malaysia melangganinya atas alasan pihak kerajaan melalui jabatan yang terlibat tidak memaklumkannya secara jelas. Mungkin ia hanya khabar angin atau berita yang tidak benar. Diharap kerajaan 'Islam' Malaysia kini bertindak tegas untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Hani Arts & Crafts said...

wuhuu... baco ni ha... kalau nak sebarkan berita...biar search dulu benar atau tak. if tak benar...dah fitnah nama nya tuh.

http://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

sharing is caring. :D

ayman fahym said...

erm...alhmdlh, x penah jejak kaki ag kt SR sbb kek2 dy mhl, x mmpu nk beli..da hkmah jugak rupanya brg mahal2 ni...huhu...tp penah try mkn sekali kek cklat dy yg org bg..mmg sedap, lmbut myb sbb da bnda2 hram gni...nauzubillah, mntak2 dijauhkan dgn mknnan haram yg akn jd drah dging..
thanx share mklumat ni =)

-har.ya- said...

saya setuju dengan pihak2 yg mengatakan "jangan mudah mengandai - akan jadi fitnah". pada pendapat saya sekarang ni terlalu banyak manusia yang mahu mengondem pihak2 yg berjaya. saya x dapat imbuhan pun kalu menyokong mereka. cuma kesal kerana mudah terpengaruh. kepada mana2 umat islam, jika mempunyai rasa was-was x payah le makan benda2 itu. walau ayam yg kita masak hari2..itu adalah lebih baik daripada menimbulkan kecurigaan org

Abu Hurairah™ said...

Assalamualaikum WBT.

Saya mencadangkan sebelum pihak PPIM menyebarkan berita yang boleh menggemparkan umat seperti ini, ada baiknya sekiranya pihak PPIM sendiri bertanya secara langsung dengan syarikat2 yg dikatakan mengeluarkan produk yang tidak halal terlebih dahulu untuk membuktikan kesahihannya.

Kaji pada sebelah pihak sahaja memang tidak adil dan menzalimi pihak yang satu lagi.

Cadangan sahaja.

https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

Semoga PPIM terus maju dan profesional.

comot said...

setuju ngan abu hurairah..
takpun cuba call jakim minta pegesahan..huhu..jap g nak kol jakim tentang isu nie..

muhamad said...

Assalamualaikum...

Nampaknya, pengguna di Malaysia sudah semakin bijak dalam menilai mana yang baik atau yang buruk. Tidak mahu cerita panjang, saya mencadangkan, apa kata pihak admin ambil sampel kek yang telah dikeluarkan oleh SR dan hantar ke Jabatan Kimia untuk di buat pengesahan DNA. Di sana, ramai pakar yang boleh menentusahkan kewujudan enzim kotor tersebut dalam kek tersebut. Sekiranya dibuat hebahan secara melulu tanpa mengambil kira faktor semasa dan sensitiviti masyarakat, ini akan menyumbang kepada ketidaksejahteraan negara. Bayangkan, sekiranya pengumuman ini dibuat secara terang-terangan tanpa ada bukti sahih secara saintifik dan pengesahan dari pihak berkuasa, apakah nasib yang melanda mereka yang mengusahakan perniagaan tersebut? Sekiranya perkara ini benar-benar tidak berlaku, apakah pihak admin bersedia untuk menerima tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan disebabkan fitnah yang ditabur? Kenyataan ini bukan untuk menakut-nakutkan atau mencabar sesiapa, sebaliknya adalah perlu dibuat kajian secara terperinci dan menyeluruh serta maklumat yang tepat. Jangan sehingga masyarakat terkeliru dengan kenyataan sebegini.

Berdasarkan paparan berikut, tidak dinyatakan secara jelas dan berasingan. Seharusnya dinyatakan jenama, pengeluar produk, tarikh sijil halal dikeluarkan, kandungan, pengesahan kandungan oleh pihak berkuasa, dan lain-lain maklumat yang perlu. Kalau ada masyarakat yang kurang berilmu, mungkin akan tersilap tafsir. Takkanlah hanya sekadar nama bahan tertera perkataan Secret Recipe, makanya, jenama tersebut milik Secret Recipe?

Walau apa jua sekalipun, pihak SR seharusnya lebih berwaspada dan jangan bersikap lepas tangan.

HafizHanif said...

Patutnya post ini di edit/ di delete sebab dah ada penjelasan dari pihak Secret Recipe...

https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

Admin blog ini, sila ubah/buang post ini bagi mengelakkan post ini menjadi fitnah... Sebab jika dengan adanya post ini, dan jika terbukti Syarikat Secret Recipe telahpun mendapat Sijil Halal dari pihak JAKIM, post ini akan jatuh fitnah jika tidak dibetulkan faktanya.... dan ini akan memberikan kesan yang besar kepada restoran berkenaan....

Jadi saya anjurkan kepada pihak admin supaya menelefon pihak JAKIM untuk mendapatkan status sebenar hal ini. Tak guna kalau kami di pihak pengguna masih dipaparkan berita yang tidak benar, bukan?

accounts said...

masyALLAH... ermmm jgn sok2 dikata roti2 kat kedai runcit pn haram jugak sudah... dah lah sy rajin beli roti 0.60 kat kedai serbaguna utk adik.. ermmm.. mcm2 lah skrg ni...

eiydabakers said...

harap buat siasatan dahulu dan tunjukan bukti...kalu tidak pihak lain yg menjalankan perniaagan bakeri selain secrect recepi jgk akn terjejas gara2 artikal ini....

khairol said...

klu btl ada DNA babi....PPIM buat pengumuman dlm media bg semua tau.....jgn dok diam je.....setakat cite dlm blog aku xcy 100%....sbb xda bukti kukuh....

comot said...

assalamualaikum, comot dah kol JAKIM tadi, kesimpulannya perkara nie masih lagi didalam siasatan..dan rasanya pihak SR dah buat pernyataan yang mereka tidak menggunakan bahan dari syarikat ini. Tadi juga pegawai JAKIM bgtau..TESCO telah disamak secara keseluruhannya kerana menjual bahan dari syarikat ini..harap semua boleh berfikir dengan rasional..apapun pihak JAKIM sedang melakukan penyiasatan melalui penyebaran maklumat ini. Pada pendapat saya kalau sesiapa yang ragu-ragu baiklah tak payah beli lagi key...

crashdude said...

Dalam list tu... list yg ade sijil halal.. bukan yg takde sijil halal...

Tuan punye blog, sile la betulkan statement ye...

Gavan-Kun said...

Maaf,

Kenapa hanya listkan untuk Secret Recipy??

Masukkan kata nama PURATOS di kotak Maklumat Carian di Portal Halal untuk melihat syarikat2 yang menggunakan PURATOS

Taukeleh said...

Salam.

Perkara ini memang x dpt dipahami.
Secret Recipe tak pernah menempah atau menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan itu. Cuma perkataan "Secret Recipe" tu wujud kat dalam produk Puratos, dan Secret Recipe buat dan jual kek. Sebab ini saje, kek Secret Recipe terus dikatakan mengandungi DNA babi. Kalau Jakim sudah sahkan yang SR ni ada masalah DNA babi, pasti sudah diharamkan atau ditarik balik sijil halal.

Affa Trend Publication said...

Pihak Secret Recipe telah menafikan kandungan kek tersebut tidak mempunyai bahan babi..Sila lihat link ini >>https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

dinbisto said...

Terima kasih pada JAKIM yang berusaha memastikan makanan/minuman yang umat Islam ambil bersih dan halal..pada rakan2 yang memberi info juga saya amat hargai...tetapi apa yang saya dapat info dari contact dalaman secret recipe - bahan untuk melembutkan adunan kek telah dicampur arak!!!!! sila sebar-sebarkan

-har.ya- said...

mungkin en dinbisto mintak kawan en tu bgthu kek yg mana satu. atau suma kek SR. sebagai staf jika islam mungkin boleh adukan pada pihak yg bertanggungjawab

Taukeleh said...

Salam.

Ingat senang nak dapatkan sijil Halal tu daripada Jakim ke? Bukan setakat bahan ramuan sahaja tetapi dari segi hygiene premis, pekerja, pun diteliti oleh pegawai Jakim. Jakim akan memantau ke premis tu secara mengejut. Maksudnya premis tu kena sentiasa bersedia untuk menghadapi pemeriksaan ini. Sampel-sampel akan diambil daripada premis untuk dibuat test kat Jab. Kimia. Secret Recipe ada gitu byk kedai, takkan tak tau mcm nak jaga keperluan halal?

kurosaki ichigo said...

Ya... Taukeleh mmg betull.. mana ada kek SR pakai arak.. dinbisto sila bgtau sape org dalam secret recipe yg menyebarkan statement palsu ni..

Mama Adam said...

salam Bro dinbisto,
chef mane yang ajar arak digunakan sebagai pelembut aduan kek? pakcik saya yang merupakan pastry chef pun pelik dgn statement awak ni...berdosa tau buat fitnah...bacela dulu buku resepi sebelum keluarkan statement...

Taukeleh said...

Salam.

@dinbisto : macam mana arak boleh lembutkan adunan kek?

Kalian sini yang pandai masak kek, logik ke cara buat kek mcm ni?

TnZ said...

bila ekonomi dimonopoli org bukan islam..mana dorang nk fikir org islam..kan

kurosaki ichigo said...

it's impossible 2 use liquor 2 soften d cake... mula2 isu DNA babi.. skrg timbulkan isu arak pulak.. ntah isu apa plak lps ni.. sesiapa yg ragu2 ttg status halal secret recipe boleh check sendiri kat website www.halal.gov.my

Mama Adam said...

TnZ: Walaupun dimonopoli org bukan islam tp negara kita negara islam... Ape2 isu mengenai halal n haram JAKIM yg tentukan... Tidak timbul keraguan bila JAKIM dah tetapkan

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Tak hairan benda begini akan terus menerus berlaku dan dilakukan oleh pengusaha yg BUKAN ISLAM dalam ertikata "KAFIR" bukan semua "KAFIR" yg tahu apa sebenarnya "HALAL" jika yg tahu pon mereka tu peduli apa, sebab bagi mereka tiada yg HALAL atau HARAM dalam hidup sehari harian mereka. Tapi bagi yang beragama ISLAM, HALAL adalah satu perkara yg amat mustahak diketahui kerana kita difardhukan mencari yg HALAL.

Oleh yg demikian untuk kita mempersalahkan "SI KAFIR" tidak masuk akal, kerana kita yg ISLAM ni tak SENSITIF akan sesuatu untuk kita masukkan kedalam mulut kita. Maka yg harus dipersalahkan adalah "KITA PENGGUNA ISLAM" yg tak peduli apa yg mahu kita makan.(Betulkan saya sekiranya saya silap) kuasa membeli ditangan kita, jadi adakah "SI KAFIR" boleh memaksa kita untuk membeli atau melanggan dikedai mereka ????? jadi kita semuanya perlu memikul tanggungjawab sebagai orang ISLAM yg telah tahu akan apa yg perlu kita makan atau minum......

Susah sangat ke untuk kita menilai satu satu makanan yg disediakan, saya rasa itu tidak susah kerana kita pengguna ISLAM yg hanya LIHAT SIJIL HALAL sedangkan "SIKAFIR" yg menyediakan makanan berikut sendiri tidak bersih dalam menyediakan makanan buat orang ISLAM perumpamaanya "BERAK TAK BASUH MAIN PAKAI LAP DGN TISU" then kedapur buat makanan untuk orang ISLAM, yg ISLAM melantak semacam tak pernah makan, jadi siapa salah ?????? dan siapa yg melanggan dikedai berikut....

Kita boleh lihat dimana saja kedai kedai makan yg bukan pemilik org ISLAM bertaburan memiliki SIJIL HALAL dan berduyun duyun lah orang ISLAM menjamu selera disana... Jadi kita yg benarkan kita ditipu dan dimanupulasi oleh yg bukan ISLAM.... Kalau kita kata BODOH @ BANGANG maka Melayu Islam akan marah, sedangkan kita punya kuasa yg tak pernah kita mahu gunakan sepenuhnya demi kebaikan ISLAM...

Kenapa SIKAFIR dipersalahkan apakah kita semuanya sudah hilang kewarasan kita untuk berfikir demi DIRI KITA serta anak2 kita & keluarga kita.... Kurniaan ALLAH untuk kita sebiji "OTAK" yg boleh kita gunakkan sebaik mungkin tidak kita menafaatkan, dan kita terus menerus menunding jari jemari kita pada orang lain, sedangkan kita punyai OTAK jadi dimana kita sebenarnya. OTAK yg ada cuma untuk MEMPERSALAHKAN orang lain serta untuk kita gunakkan atas perbuatan yg LAGHO, jadi apa yg berlaku adalah diri kita kerana kita TIDAK MAHU GUNAKKAN OTAK untuk memikirkan mana yang HALAL & HARAM. Kurniaan mata hanya melihat SIJIL HALAL yg terpampang didinding maka MULUT untuk terus mengunyah kerana SIJIL HALAL berikut... Bak kata "SENDRI MAU INGAT LAH" apa yg mahu kita masukkan kedalam batang tubuh kita...

Tiada paksaan yg mereka lakukan serta jika kita PEKA & tidak PEKAK maka kita harus jauhkan diri kita dari PREMIS NON MUSLIM yg menjalankan perniagaan berikut, kerana NON-MUSLIM ini tiada HALAL & HARAM dalam istilah hidup mereka. Kita yg ISLAM ini perlu BERFIKIR demi sesuap makanan untuk kita suapkan kedalam batang tubuh kita. Berlaku adillah pada diri kita sendiri sebelum kita menyalahkkan orang lain. Kita yg izinkan kita ditipu maka kenapa "SIKAFIR" atau pengusaha atau penguasa disalahkan, jika kita tidak berkunjung atau berlanggan adakah kita akan mati atau jatuh sakit jika tidak melanggan ditempat berikut... Kita Fikir Fikirkanlah demi untuk kebaikkan diri sendiri dan UMMAH amnya.

Cikgu said...

sabr pak cik.. sabr.. Secret Recipe tu mmg boss dia cina.. tapi pekeja dia sume melayu.. pak cik pernah gi makan secret recipe.. biar sy belanja..

Mama Adam said...

MUSTAFFA HJ OTMAN: Jgn menyalahkan mana2 pihak.. JAKIM yang diiktiraf DUNIA.. Jika kafir tidak PEKA isu halal dan haram... Bagaimana dengan PENGAWAI JAKIM yang semua org ISLAM..

Taukeleh said...

Salam.

@mustaffa : adakah saudara mencadangkan kita boikot Secret Recipe?

Bukan hanya apa yang masuk melalui mulut kita yang membuatkan kita berdosa, malah apa yang keluar daripada mulut kita (fitnah) juga akan membuatkan kita lagi berdosa.

Sebagai Master Butcher Chef, pastikah tiada apa2 agenda tersirat di belakang apa ditulis sini?

Azree said...
This comment has been removed by the author.
matt said...

siasat betul2 dulu sebelum post artikel kawan..nanti jadi fitnah...
dalam iklan KFC pon dia kata dan tulis secret recipe..jadi adakah ini pon dikira haram sebab ada'secret recipe'?

Azree said...
This comment has been removed by the author.
matt said...

kedai nasi lemak tepi jalan rumah saye ditulis "mom's secret recipe".itu pon kira haram ke sebab tulisan (secret recipe) aje?

Taukeleh said...

Salam.

Cuba hubungi pihak Secret Recipe dan tanya pasal isu ini. Dia org ada 6 org QC Muslim dan salah seorg adalah Halal Executive. Apa yg diceritakan di sini (jika tidak benar) merupakan satu penghinaan (insult) kepada dia org.

Cuba tanyalah pegawai-pegawai Jakim yang pernah melawat premis dia org.

izzah jaffar said...

apesal org suke post bnda2 mcm ni selagi belum sahih or confirm dgn ape yg korg dgr nie.. kdg2 bnde2 mcm nie saje di reka utk menjatuhkan pihak yg berjaya.. bnde tu x elok taw! tolong sebar bnde yg mmg confirm2 dah dpt kelulusan jakim n suh dorg tanye sendiri pihak secret recipe.. jgn sebar bende yg leh menjatuhkan org lain!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

aduhai.. kena belajar masak sendiri la pasni. Tadi baru terbaca kat satu blog food court kat ikea di tutup sebab proses menyamak. Kalau dah kena samak tu pepaham jer la.. isu memang BABI. org2 yg selalu sgt dok cerita makan meatball kat food court ikea tu ntah mcm mana rasanya kan?? Nasib baik la sy tak termakan kat situ walau teringin sgt nak makan sbb hubby tak kasi. Status halal di ragui..

Kak Ngah said...

Assalamualaikum to everyone

1. t.kasih atas maklumat ini yg mana ianya amat penting buat orang Islam di negara kita.

2. inilah pentingnya kewujudan JAKIM & pentingnya ada proses permohonan sijil halal.

3. secret recipe adalah mangsa syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd. begitu juga syarikat lain ada yang menjadi mangsa iaitu seperti Tesco & Carefour.

4. Memang sebelum ini ada sijil halal dikeluarkan kepada 2 produk Puratos Malaysia Sdn Bhd yg digunakan oleh secret recipe, tapi disebabkan ada 2 produk lain yg dihasilkan oleh Puratos Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA babi, maka semua produk yg dihasilkan dalam premis Puratos Malaysia Sdn Bhd dikategorikan sebagai tidak halal.

5. JAKIM dah keluarkan satu statement, cuba lihat di http://www.halaljakim.gov.my/
antara statement JAKIM:-


Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

i. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

ii. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

iii. melakukan proses samak; dan

iv. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.


Oleh yang demikian, sekiranya setiap dari kita ada kemusykilan tentang produk roti tesco/ carefour/ secret recipe, bolehlah menghantar email kepada tesco/ carefour/ secret recipe utk menunjukkan surat akuan samak itu.

My 2 cents.

-rose-

Mama Adam said...

betul tu kak ngah... siasat dulu br leh wat kenyatan.. org kata kerana mulut badan binasa... so ape2 yg kita nak post mestilah ada kesahihannya... ini melibatkan isu halal dan haram

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Salam buat semua forumer,

Untuk pengetahuan semua post saya itu bukan ada berniat jahat atau mencari kesalahan sesiapa, sebagaimana yg saya postkan (BACA & FAHAMI BETUL BETU) tiada agenda disebalik apa yg dituliskan, cuma merasa terkilan AKAN PENGGUNA ISLAM yg kurang peka akan sesuatu isu yg dibangkitkan.

Sebagaimana yg saya ungkapkan dalam post saya i.e:

MAMA ADAM: Jgn menyalahkan mana2 pihak.. JAKIM yang diiktiraf DUNIA.. Jika kafir tidak PEKA isu halal dan haram... Bagaimana dengan PENGAWAI JAKIM yang semua org ISLAM..

Jawapan Saya:Memang saya akui JAKIM diiktiraf DUNIA tapi jika JAKIM melakukan kesilapan maknanya kita tak berhak untuk menegurkah, atau JAKIM ini cukup cukup MAKSUM tiada melakukan kesilapan, memang KAFIR takkan peka akan HALAL & HARAM sebab mereka itu KAFIR yg akan terus menerus menyesatkan UMAT ISLAM apakah kafir perlu mendapat pembelaan dari orang Islam hanya kerana mereka itu membuat kesilapan sedangkan UMAT ISLAM sendiri tidak dibela oleh Orang Islam, sedarkah kita yg KAFIR ni sedang & secara terus terang mencuba sedaya upaya untuk menyesatkan UMAT ISLAM, yg dibela itu adakah mendoakan buat umat Islam, sekiranya ianya membuat untung adakah KAFIR berikut pergi kemekah atau menderma pada tabung2 ISLAM bela lah KAFIR sepuas puas hati anda kerana KAFIR berikut akan MENDOAKAN & MENTALKIN kan anda bilamana kita ke barzakh kelak.

Berkenaan pegawai JAKIM adakah saya mengatakan bahawa pegawai JAKIM bukan ISLAM atau kebanyakkan pegawai JAKIM tu KAFIR, satu soalan yg PALING PALING AMAT BODOH SERTA BANGANG yg tak mahu menerima hakikat bahawa kesalahan PENGGUNA sendiri dan mahu dipalitkan serta cuba untuk menunding jari jemari pada orang lain. Kebanyakkan MELAYU memang begini susah untuk menerima sesuatu kebaikkan tapi bilaman SI-KAFIR yg dilakhnat berkata kata maka banyak yg mempercayainya. Apakah kita semua UMAT ISLAM akan terus menerus begini.

Hani (Itu Ini Ada) said...

PPIM, harap dapat menyelidik dahulu kebenaran sesuatu maklumat sebelum diterbitkan. Bagi saya, dengan terbitnya artikel ini di sini, reputasi PPIM telah terjejas.

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Taukeleh : adakah saudara mencadangkan kita boikot Secret Recipe?

Bukan hanya apa yang masuk melalui mulut kita yang membuatkan kita berdosa, malah apa yang keluar daripada mulut kita (fitnah) juga akan membuatkan kita lagi berdosa.

Sebagai Master Butcher Chef, pastikah tiada apa2 agenda tersirat di belakang apa ditulis sini?

JAWAPAN SAYA:
Sdr Taukeleh saya tidak mencadangkan memboikot sesiapa, sekiranya saya mencadangkan itu, saya rasa tak perlu pon nak diikut seba saya tau siapa saya, cuma saya berpendapat (Cuba baca & fahami post saya)

Memang benar apa yg Taukeleh cakap bukan masuk aje yg berdosa yg keluar dari mulut pon berdosa jika kita mencerca atau mengata atau mengumpat dan memfitnah, tapi perlu difahami bahawa (YOU ARE WHAT YOU EAT) jika apa yg kita makan itu pasti akan mempengaruhi diri, jika yg baik serta HALAL nya makanan itu maka cara pertuturan yg dikeluarkan itu pastinya baik, tapi jika makanan yg dimakan itu datangnya dari hasil yg haram maka tuturkata kita pasti yg terkeluar pon macam (HARAMJADAH) jadi dari makanan lah yg membentuk diri siapa kita.

By profession saya memang MasterButcherChef tapi saya tak pernah mengunakkan atau mengsia siakan apa yg saya pelajari selama bertahun tahun, saya gunakkan sebaik yg mungkin, cuma apa yg saya postkan itu hanya untuk kesedaran diri saya dan UMMAH semua, tiada niat saya untuk membuat sebarang agenda disebalik Profession saya itu, sebab apa yg perolehi itu semuanya MILIK ALLAH yg MAHA segalanya serta mensyukuri akan nikmat nya, saya dipertanggungjawabkan untuk memberitahu sebab saya tahu, jika tidak saya bakal ditanya kelak dihadapan RABBUL-JALIL sebab tidak berbuat apa apa dengan apa yg dimakan oleh UMAT ISLAM berikut.

Bicara Legal said...

Assalamualaikum En. Mustaffa Hj Othman,

ramai yg membaca posting anda di sini, tak perlu memberi sebarang penjelasan mengenai niat anda menulis. Tulisan anda amat jelas maksudnya. Inilah realiti apabila menjadi bloggers, tak semua yang kita lemparkan boleh diterima oleh bloggers yang lain. Sekiranya niat tersirat gagal difahami oleh bloggers lain, maka mungkin perlu lebih berhati2 apabila menulis. Bahasa yang kasar perlu dielakkan, apatah lagi apabila berbicara soal hukum agama. Boleh membuatkan orang hilang rasa hormat.

-my 2 cents-

Bicara Legal said...

Cadangan buat PPIM,

buat mohon maaf terbuka atas salah tanggapan yang timbul hasil artikel ini.

Blog ini menjadi rujukan ramai pihak, artikel tuan dah tersebar di merata-rata blog & laman sosial facebook.

Perkataan Secret Recipe di produk puratos malaysia sdn bhd hanya merujuk kepada label produk mereka sendiri & sebenarnya tiada kaitan dengan restoran secret recipe. Sila rujuk kenyataan rasmi restoran Secret Recipe di facebook:-
http://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878


-my 2 cents-

Bicara Legal said...

Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua apabila menulis di laman web.

Kita harus bertanggungjawab atas semua salah faham yang timbul sekiranya salah faham itu disebabkan kekhilafan kita.

Semoga PPIM dapat mengambil iktibar dari isu ini.

-my 2 cents-

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Bicara legal,

Saya hormati teguran anda serta berterima kasih, saya bukan meminta dipuji serta diberikan credit, cuma sekadar membuat sesuatu demi UMMAH, puji pujian hanya pada yang MAHA berkuasa ALLAH, jadi sekiranya kata kata serta tulisan serta bahasa yg kurang enak didengar saya pohon ampun dan maaf buat semua FORUMER.

Semuga ALLAH akan memberkati semua forumer.

ROHAIFI said...

Apa yang korang susah-susah dok bergaduh dan pertahankan pengusaha/pemilik Secret Recipe yang rata-rata dari golongan yang tidak beriman kepada Allah swt.

Korang boleh mati ke kalo tak jamah kek SR ni...?

Inilah bahananya apabila orang Islam tanpa segan silu makan di premis milik non-Muslim. Ubahlah cara hidup kita, beli dan makanlah sesuatu yang disediakan oleh kalangan pengusaha Muslim.

Abu Hurairah™ said...

Nak makan atau tidak itu pilihan masing-masing juga.

Tapi janganlah hanya kerana kita tak suka sesuatu benda tu (makanan orang kafir buat contohnya), kita lemparkan fitnah pula. Matlamat tak menghalalkan cara. Tak semena-mena kita dapat dosa memfitnah.

Seelok-eloknya admin blog PPIM mansuhkan dulu artikel ni sehingga kes betul-betul disiasat oleh badan berautoriti.

Sokonglah produk buatan Muslim dan dalam masa yg sama janganlah sebar benda yang tak diketahui kebenarannya dikhuatiri memfitnah dan menzalimi orang lain yang tak berdosa.

PS said...

It's not limited to Secret Recipe. It is in the milk and egg powder supplied by Puratos. Puratos is a Belgian company that supplies ingredients for baked goods, chocolates and ice-cream. I'm guessing they use the same machine to produce gelatin powder (in Europe, gelatin is made from pork) and didn't clean it thoroughly, or, they use a different machine and there is cross-contamination because it's in the same facility. So say goodbye to all bread, cakes, buns, cookies, burgers (buns), cereals, chocolates, mousses, ice-cream, whipped cream, fruit toppings and canned fruits.

ahmad alias said...

mencari yang HALAL itu Fardu....kalau ragu2 atau was2 ..carilah produk keluaran muslim seperti di
www.madinacakehouse.blogspot.com
pembekal kek dan roti
Pilihan di tangan kita...

Taukeleh said...

Salam.

Yang kena samak tu kilang Puratos Malaysia, maksudnya produk tu hasil dari sini, bukan Eropah. Sama juga dengan Lucky Food Processing, yang disamak kat Penang.

Kalau kita cuba search kat website Jakim dengan "Lucky", akan muncul banyak produk yang ada perkataan Lucky ni. Tapi ini bukan bermaksudnya semua company ni dibekal oleh Lucky Food Processing. Cuma nama produk dia org ada "Lucky". Web Jakim tak akan senaraikan pelanggan atau pembekal untuk syarikat tu, cuma produk yang dihasilkan oleh syarikat tu.

Lagi satu ialah "Secret", bila search, memang ada brand "Secret" yang sijil halal ditarik balik, tapi cuma brand Secret, manufacturer tu bukan Secret Recipe. Cubalah sendiri.

Taukeleh said...

Salam.

@Rohaifi :

Kalau kat Malaysia ni, Indon ke, Arab ke, senang je kita cakap mcm tu, kan? Mmg tak mati pun pasal pilihan byk.

Kalu tak suka hok SR, make sajo kat kedai Pak Long tu. Tmn Tun pun ado jugok nasi dageh oge kelate.

Bayangkanlah untuk yang ada kat India, Jepun. Macam mana pula dengan kehidupan dia org ni? Adakah apa yg dikatakan tu ajaran yg betul boleh dilaksanakan untuk semua umat? Semua ajaran harus apa yg boleh dipraktik semua orang, kalau tak nanti jadi double standard. Kat sini hidup mcm ni, masa gi sana hidup lain mcm.

Td lepas lunch tu, kat dlm lift ada yg non-Muslim bersendawa. Aduhai adakah ini pulak kena tahan nafas takut tersedut udara haram? Kena pulak tunggu naik 18 tingkat tu, bukan kejap. Pas tu tak tahan, terpaksa tekan no. 12 kalau tak hampir mati lemas kat dalam lift. Lepas keluar tarik nafas, pintu lift buka, ada pulak yg non-Muslim. Terpaksa tunggu takut benda tu jadi lagi, lepas 10minit, baru dapat masuk balik pasal lift pasal dah kosong. Mana tau ada pula seorg lagi masuk kat tingkat 13. Terpaksa buka pintu kat tk. 16 keluar nafas semula. Last2, kena panjat ikut tangga sampai tk 18.

PS said...

This is the statement from Secret Recipe: https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia

'Secret Recipe' is the name of the product made by Puratos. It is not the name of the restaurant. Jangan menyebarkan fitnah!

::AdyVa:: said...

Hye semua Salam mesra~
TOTALLY saya setuju dengan statment ini

"Assalamualaikum...

Saya rasa penulis artikel ni tersalah faham..bila saya selidik di web halal jakim, produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd ni tiada kene mengena dengan Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd. Kebetulan nama produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd itu ialah "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" and "Talento Cake Concentrate Secret Recipe". Kalau anda sume nak lebih detail ttg makanan yang menngunakan produk Puratos Malaysia Sdn Bhsd ni, bole pergi ke laman web ni http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe... sila refer pada item no. 8 dan 9, kemudian click pada attachment di sebelah kanan item itu...itulah makanan yg patut kita perhatikan kerana mengandungi produk puratos yang dikatakan mengandungi dna babi itu..

Harap bacaan saya ini tidak salah...tq
May 22, 2011 10:34 AM"

so sebagai admin sekaligus pemilik laman BLOG nie seharusnya anda SELIDIK dan berikan info2 yg TEPAT sebab sebagai BLOGGERS bukanlah hanya utk mendapatkan rating tertinggi, tapi isu yg di utarakan dapat menagajar dan mendidik masyarakat yang membaca atau FOLLOWERS blog anda~..at least ada sedikit ilmu yg berguna di perolehi BUKAN semata2 atas nama glamor dan GOSSIP yg x benar kesahihannya~

sekian dr Ady Adyv

Mohd Shahnom Ismail said...

Assalamualaikum wbt

Haram seorang muslim sebar berita yang dia tidak tahu benar atau tidak tahap kesahihannya, apatalah lagi yang berunsur fitnah.

Usah dicemar nama Islam atas tindakan sebegini.

Harap delete entry ini

Thanks

zamzurinazari83 said...

dari pembacaan dan pengetahuan saya sebagai pensyarah bidang makanan, saya membentangkan dua fakta.....

1. puratos mengeluarkan produk yang BERJENAMA secret recipe dan bkn pembekal kepada secret recipe....ini salah faham sebenarnya......mcm Kentucky Fried Chicken dgn tepung kentucky....tepung kentucky bkn KFC keluarkan kan walaupun dua2 nama kentucky......

2. secret recipe ade dua sijil halal sahaja adalah kerana secret recipe mengamalkan sistem commissary iaitu dapur berpusat yang bermakna semua makanan dimasak di dapur pusat yang terletak di PJ dan JB kalau tak silap.....cawangan hanya memanaskan makanan sahaja....saya dah check kat JAKIM secret recipe ade sijil halal.....

p/s: kepada saudara islamku....bacalah, fahamkan dan selidik kebenaran sebelum menulis ape2.....membaca amat penting dalam agama kita.....please read first....anyway support muslim products, it is in our best interest to support our brothers and sisters

>sila betulkan jika saya melakukan kesalahan

amazing cuteteen said...

kena blaja buat kek sendri laa...

tiey said...

jangan excited sangat buat entry tanpa selidik betul2...

pihak SR dah buat penjelasan ttg isu ni.... tapi sebab entry ni masih belum di delete... berlambak lagi blog yg copy paste info dalam ni... yang copy paste pon tak buat homework padahal dalam komen2 kat sini pon dah ada yg jelaskan...

nukilanaffiza... said...

As-salam...

Dari pemahaman saya pulak...
Memang yang mengandungi DNA babi ni adalah produk dari Syarikat Puratos dn bukannya Syarikat Secret Recipe...

Kalau dilihat dlm web JAKIM pun memang tak disebut berkenaan Syarikat Secret Recipe tapi produk bernama Secret Recipe. Rasanya banyak hypermarket2 yang menggunakan bahan2 dari puratos ni...Penafian dari pihak SR pun dah dibuat.
Tapi kepada yang still rasa ragu2 so lebih baik dijauhkan...Wallahualam...

eiydabakers said...

saya betuk2 setuju...sebelum ini sy sendiri jg telah menanyakan kpd pihak JAKIM tentg secrect recepi telah mendapat sijil HALAL @ x...jwpnnya secrect recepi HALAL...jd x perlulah ada berita2 mcm nie...ini akan memburukkan dan menjatuhkan perniagaan tersebut...

Kt sebagai seorg muslim harus menilai terlebih dahulu jgn terus terima bulat2...

Taukeleh said...

Salam.

Antara termakan kek DNA dengan fitnah, mana yang lebih berdosa?

eiydabakers said...

erm...x pastilah mana betul @ x...yg pntg sy x mkn produk tue...sy buat sndiri...bkn pntgkan dxiri...tp x tau mana betul @ x...ckp lbh2 x guna..salah ckp jd fitnah dosa jer yg dapat...bertambah2 la plak....

sen said...

ckit2 babi...x boh babi x sedap ke??

Chaqzulfazli said...
This comment has been removed by the author.
Chaqzulfazli said...

latest update made by Secret Recipe:

http://chaqzulfazli.blogspot.com/

Honda Civic said...

Salam,

Saya rasa pihak syarikat Secret Recipe sebaiknya menyaman penulis artikel ini kerana tidak membuat usul periksa & pengesahan sepenuhnya sebelum menyebarkan fitnah ini.

Jelas sekali penulis salah faham dan patut disaman di mahkamah, senang cerita.

Produk tepung Puratos tu tidak digunakan oleh Secret Recipe dan bukan juga hak milik Secret Recipe.

Puratos tu guna perkataan 'Secret Recipe' dlm produk tepung dia, itu pun nak salah faham terus melompat tulis blog kata Secret Recipe tak halal!!! Macam ni kah artikel Persatuan Pengguna Islam? Mengelirukan rakyat!!!

Hentikan lah kerja memfitnah membabi buta macam ni!!!

Wassallam!

Mama Adam said...

Honda Civic

Setuju.. sy rasa pihak PPIM kene buat sesuatu supaya tidak mengelirukan rakyat...

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Salam semua,

Apa lah yg akan jadi pada BANGSA AKU MELAYU....

Mungkin kesilapan yg dilakukan oleh kakitangan PPIM sama ada sengaja atau tidak itu WALLAH-Hu-Aklam, tapi aku yakin kakitangan berikut berniat Ikhlas untuk memberitahu pada pengguna ISLAM, cuma mungkin tersilap atau sebaliknya.

Tapi kita lihat disini betapa HINA nya bangsa aku bilamana BANGSA sendiri membuat sedikit kesilapan serta betapa BANGSATnya BANGSA AKU MELAYU membela NON-MUSLIM yg tak pernah SOLAT dan TIADA bacaan kalimah ALLAH dalam diri PENGUSAHA NON-MUSLIM dibela secara terus terusan oleh BANGSA AKU MELAYU yg mengaku ISLAM.

Apakah kita akan berasa berpuas hati sekiranya PERSATUAN ISLAM ini runtuh dan binasa kerana satu kesilapan.....

Sedarkah kita bahawa keruntuhan ISLAM ini datangnya dari UMAT NYA SENDIRI.

Berdirinya kita bersolat 5 waktu sehari dan sujud nya kita pada yg MAHA KUASA ALLAH setiap waktu secara taat tidak dapat kita BERFIKIR secara waras sebagaimana kewarasn otak kita.

Tak dapat kah kita lihat bagaimana SI KAFIR yg di LAKHNAT ini menginaya dan menghina kita secara terus terusan dan mencemari MAKANAN yg kita MAKAN setiap hari.

Sedar kah kita SYUBAHAH yg kita masukkan kedalam mulut saban hari merosakkan DOA kita.

MALU, JIJIK, HINA dan BANGSATNYA bangsa ku ini.

Sanggup MEMBELA dan menegakkan bangsa NON-MUSLIM terus menerus demi DUNIAWI....

INSYALLAH KITA TUNGGU LAH BALA DARI ALLAH KELAK.....

YA ALLAH YA TUHAN KU.
AKU BAGI PIHAK BANGSA AKU MELAYU ISLAM.
MEMOHON dan MERAYU PADA MU YA-ALLAH YA-ALLAH YA-ALLAH....... SEDARKAN AKU DAN JUGA BANGSA AKU INI.

Sukasuki said...

Siapa taknak makan, jangan makan.
Siapa yakin JAKIM kata halal, sila makan.

Tapi saya betul2 setuju PPIM buang entry ni. Menunjukkan kekurangan kebolehan membaca teks yang teruk. Sekali baca dah boleh faham secret recipe yang dimaksudkan ialan NAMA PRODUK, bukan nama kedai kek yang terkenal tu. Tapi apabila gambar kek Secret Recepi diletak di awal entry, memang sah2 orang tak baca teks sepenuhnya. Sangat memalukan!

Minta PPIM tolong buang entry ni.

Sukasuki said...

By the way En Mustaffa,

Ini bukan pasal membela orang yang beragama lain. Tapi ini adalah saranan utk memberi info yang tepat. Mak saya cina, mak saya pembersih. Salah ke saya makan makanan yang dia masak? Jangan melabel semua org cina pengotor. Pandangan begitu adalah sangat jijik bagi saya.

Jangan timbulkan isu perkaumam/keagamaan utk menutup kesalahan PPIM yang salah menterjemah artikel ini.

ckigu said...

Mama Adam,

saya setuju dgn apa yang mama adam cakap.

PPIM, cepatlah ambil tindakan , jangan biakan issue ini berlarutan. makin lama keadaan dah mejadi semakin keruh...
kalau benda ni tak betul,ni semua dah macam fitnah berantai...
ada kawan-kawan saya beritau kalau kita keluarkan statement yg salah ..kita boleh disaman....
kita yg komen ni pun boleh kena saman juga tak???takutnya !!

ckigu said...

Sukasuki,

pada pendapat saya HALAL bukan hanya Bermaksud TIADA arak, babi atau haiwan2 yang tidak disembelih...Tetapi HALAL bermaksud BERSIH, SUCI dan Selamat dimakan serta tidak memudaratkan...HALLALAN TOYIBAN.... sekiranya makanan dimasak oleh orang islam tetapi dalam keadaan yang kotor, makanan tersebut juga boleh dikira tidak halal kerana akan memudarat kesihatan....

Mama Adam said...

Sukasuki,

Betul ape yg anda cakap kan tu... disini bukan nak membela mana2 agama atau perkauman mana2 pihak.. Cuma mencari kebenaran yang sahih..

muzri mirzan said...

En MUSTAFFA HJ OTHMAN,

Saya harap anda hentikan menulis di sini lagi (kerana tidak ada unsur ilmu selepas post anda yang pertama) dan silalah pihak admin tutup ruang post ini...

Oleh kerana post ini menjadi punca umat Islam (dalam ruang ini) bertelagah hanya kerana fitnah yang mungkin tidak disengajakan.

Moga Allah beri peluang kedua kepada semua dan sama2 lah kita cuba baik diri..InsyAllah

Sukasuki said...

saya sependapat dengan ckigu.

maka eloklah yang suka mengutuk bangsa/agama lain hentikan kutukan 'kurang' berasas. Bukan semua cina (atau bangsa lain) pengotor, dan bukan semua melayu pembersih.

kurosaki ichigo said...

Sukasuki saya amat menyokong kenyataan anda.. tak payah melibatkan isu perkauman di sini.. apa yang cikgu cakap pun mmg betul.. klu makan kat kedai muslim yg x bersih kira halal ke.. PPIM tlg remove post drpd en mustaffa yg x berasas lgsg..

None said...

Salam. Sebelum operator blog menyiarkan artikel ini, adakah pihak tuan telah menyemak kebenaran maklumat ini dengan pihak JAKIM? Adakah betul Secret Recipe dimaksudkan kepada syarikat Secret Recipe yang memang telah mempunyai sijil halal? Bukan apa, takut blog ini membantu dalam menyebarkan fitnah.

pHiLip said...

bli la brgn HPA...
HPA adalah syarikat islam pertama yg 100% disahkan halal... xkan meragukan sesiapa pon....

SR said...

Assalamualaikum w.b.t

Ini merupakan respon rasmi daripada pihak Secret Recipe di PPIM. Saya Zawani, Eksekutif Halal dari Secret Recipe.

Seperti apa yang kami sudah nyatakan dalam Facebook, kami sebenarnya tak terlibat langsung dalam kes DNA babi ini.

Fakta-fakta penting yang ingin kami tegaskan di sini:-

1. Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia hanya melibatkan syarikat Puratos.

2. Pihak Jakim tidak pernah isukan apa-apa kenyataan yang mengatakan produk kami mengandungi DNA babi.

3. Sijil Halal kami tidak pernah ditarik balik oleh pihak Jakim.

3. Secret Recipe tidak pernah menempah atau menggunakan 2 bahan yang disahkan haram itu (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder).

4. Secret Recipe juga tidak pernah menempah atau menggunakan 2 bahan Talento Brownies concentrate SR dan Talento Cake concentrate SR ini.

5. Sijil Halal untuk produk dan premis/cafe kami masih sah, dan boleh disemak melalui website Jakim.

6. Kami mempunyai jawatankuasa Halal dalaman syarikat yang memantau operasi kami dari segi Incoming, pengeluaran, loading hinggalah ke cafe dari segi pematuhan dengan Halal.

7. We reserve our rights to take legal action against those who spread this fase statement.

Sekian, harap maklum.

kurosaki ichigo said...

sangat berpuas hati dgn kenyataan SR.. tq..

Honda Civic said...

Subhanallah, kenapa ada seorang tu nak kait kan dengan isu perkauman? Ini bukan isu bangsa melayu lah. Ini isu fitnah.

Dalam dunia ini bukan orang Melayu ajer yg beragama Islam. Cina pun Islam, India pun Islam, orang putih pun ada Islam, orang Thai pun ada yg Islam, malah bermacam-macam bangsa dlm dunia ni ada penganut agama Islam, Afrika dan byk lagi.

Sedarlah wahai kamu yang mengutuk bangsa mu sendiri. Jgn nak jadikan isu fitnah halal/haram ni isu perkauman. Ini bukan tempat nya.

Byk saudara2 aku yg Cina masuk Islam. Apakah hina sgt ke bangsa lain ni? Cetek sungguh pemikiran anda wahai saudara racist.

Semoga Allah menerangi hati anda.

what3v3r said...

sebagai persatuan yg membela hak2 islam, pihak PPIM perlu la lebih professional dlm menyebarkan maklumat dan bertindak pantas dlm menangani masalah. jika tersilap cepat2 perbetulkan dan bukan membiarkan mahupun menambahkan lg.

kpd encik mustaffa othman, blog PPIM ni dikhaskan untuk umat islam mencari maklumat berguna ataupun rujukkan dan bukan dkhaskan tuk kaum melayu sahaja. tidak ada timbul isu pembelaan atas dasar perkaumaan atau agama disini tetapi lebih kepada cuba utk mencerminkan budaya islam yg sebenar.

ilmu agama sy masih cetek berbanding para forumer dlm ni tp dlm isu halal dan haram ni kita kena perlu mengkaji dgn lebih teliti. jika sy tersilap forumer² dialu²kan utk menegur sy dan begitu jg sebaliknya jika forumer² tersilap sy wajib tegur.

sy pasti ramai yg inginkan penjelasan dari pihak PPIM sendiri mengenai isu ini. sy sendiri telah membaca kenyataan dr laman web halal jakim dan sy dapati ada perbezaan dlm kenyataan tersebut dgn produk yg dikatakan mengandungi dna khinzir tersebut. dlm kenyataan halal jakim produk yg mempunyai unsur dna khinzir adalah WHOLE EGG POWDER & WHOLE MILK POWDER. sy pasti ramai yg tahu produk ini berasaskan tepung tetapi berbeza dgn produk yg pihak PPIM lampirkan iaitu TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE & TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE yg berasaskan cecair.

di harap pihak PPIM dpt memberikan penjelasan secepat mungkin kerana entri ini sdh banyak tersebar di mana² termasuklah masjid. sahabat sy ada menceritakan imam masjid berceramah kepada jemaah² tentang isu kek secret recipe dan dna khinzir ini.sekian terima kasih.

~insan kerdil~

Wan Azmi said...

Salam untuk semua. Minta Jakim atau PPIM tolong selidik and sebar. (Minta maaf kalau salah - ini yang saya faham). DNA tu yang dijumpai oleh pihak Jakim adalah didalam raw material Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang dibeli oleh Puratos dari Company lain (Fonterra dan satu lagi lupa). Dua raw material ini digunakan oleh Puratos untuk mengeluarkan dua (2) produk mereka iaitu 1. Talento Brownie Concentrate Secret recipe dan 2) Talento Cake Concentrate Secret Recipe. (ini perlu disahihkan dulu, betul ke statement saya ini - atau juga digunakan sebagai ramuan untuk produk lain saperti Tegral Chocolate Moist, Tegral Muffin dan sebagainya). Saya lihat Puratos ada 221 senarai produk yang diberi sahkan Halal oleh Jakim. Adakah kesemua 221 produk lines tu sekarang sudah tidak halal? atau hanya dua produk tadi je. Sila pergi ke http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty+directory&type=p&cari+puratos

Banyak impak kalau kesemua 221 senarai puratos sekarang di sahkan tidak halal. banyak product Puratos yang kat supermarket dan sebagainya. Can somebody please hurry to verify this.

Wan Azmi said...

correction to my earlier link: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory

masukkan PURATOS

Anda boleh tengok senarai produk Puratos termasuklah 106 - Talento Brownie concentrate secret recipe, 112 - Talento Cake Concentrate secret recipe. Juga produk-produk yang ada di supermarket.

Rozana Razali said...

boleh baca dekat sini, maklum balas drpd secret recipe..

https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

what3v3r said...

sy setuju dgn wan azmi. apa kata kit minta encik MUSTAFFA OTHMAN sendiri menyiasat memandangkan beliau masih yakin dgn kebenaran yg ditunjukkan. maklum la kebanyakkan kita disini ada yg masih bodoh dan tolol dalam isu halal dan haram.

disini sy ingin berkongsi kepada encik MUSTAFFA OTHMAN, ni sy belajar dr buku yg sy baca n bukan dr ulama atau org cerdik pandai.apa yg sy ketahui, apabila kita letakkan satu keyword atau perkataan dalam enjin pencarian ataupun search engine, keyword mahupun kata kunci akan DIGELAPKAN/DIWARNAKAN atau kata org kafir BOLD. cuba encik MUSTAFFA OTHMAN gunakan direktori halal jakim tersebut, link http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe dan tukarkan perkataan secret recipe tu kepada puratos dan pilih bahagian produk. cuba lihat dimanakah perkataan yg kena GELAPKAN/WARNAKAN ataupun BOLD?? adakah secret recipe???

sy cuma nak encik MUSTAFFA OTHMAN cari sendiri dimana yg mengatakan bahawa SECRET RECIPE ada menggunakan produk puratos.dan mana buktinya SECRET RECIPE menggunakan produk puratos sedangkan mereka sdh membuat kenyataan rasmi bahawa mereka tidak menggunakan produk puratos.adakah encik MUSTAFFA OTHMAN menggunakan otak yg ALLAH S.W.T berikan dgn cara yg betul atau sekadar baca blog² dlm internet ni??

kalau JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa SECRET RECIPE tidak terlibat dlm penggunaan produk puratos, adakah encik MUSTAFFA OTHMAN masih menyokong entri ini?? atau mungkin ada pula entri yg mengatakan JAKIM kurang telus dalam memantau syarikat² dr org² kafir?? kami disini bukan nak menyalahkan sesiapa tp kami mahu pihak admin siasat dulu sebelum mengeluarkan isu2 seperti ini.

jika dilihat dr tarikh entri ini dipost dlm blog, 20/5/11 sedangkan hari ini sdh 25/5/11. kenapa tidak ada maklum balas dr pihak admin?

little said...

mustaffa othman...hang ni bingai ke per? apa cer dgn saudara muslim kita kat beijing? hang ingat hang sorang je muslim? bangsa lain tak muslim? bingai punya orang tua...

Taukeleh said...

Salam.

Adakah Jakim ni badan yang ber-authoriti paling tinggi di Malaysia untuk hal-ehwal Muslim?

Kalau betul, sepatutnya pihak Jakim dari awal2 lagi terus bg tau yang NON-MUSLIM, "Sori, u all x layak hasilkan makanan kpd yang Muslim sebab kau org ni SI KAFIR. Sijil Halal tidak akan dikeluarkan kpd kau org ni."

Kan senang?

Tp, adakah ini ajaran yg sebenarnya? Pikirkan la. Mcm yg sy pernah tulis, mcm dgn pula MUSLIM yg ada kat Jepun, India? Senang aje cakap kat Malaysia ni.

@saudara Mustaffa : adakah praktis sebegini dpt membawa lg "SI KAFIR" yg di seluruh Malaysia ni untuk menganut Islam. Cuba pikirkan.

sophie said...

ape kate pihak SECRET RECIPE saman je MUSTAFFA OTHMAN tu...

naiela said...

jahil tul pengetahuan mustafa osman yer... membutakan mata hati dgn realiti sebenar... pikir2 lah, semua non muslim tu akan provide yg haram ke, pengusaha melayu semua halal ke, semua baik2 solat 5 waktu ke ? jgn lupakan periuk nasi org islam yg kerja secara halal dgn secret....

Taukeleh said...

Salam.

Bila kita tengok kat website Jakim, 2 bahan Talento ni masih lagi ada sijil Halal yang sah. Sekiranya Secret Recipe atau kedai kek lain ada pakai 2 bahan ni, apa isu yang sebenarnya?

adawiyah rahman said...
This comment has been removed by the author.
adawiyah rahman said...

http://secretrecipe.com.my/default.hm?store=36&webpage=241
ni dye jwpn dr secret recipe ;)

Farhan said...

Secret reciepe halal ,cuma keliru dengan dakwaaan nama dengan secret receipi, sila ke laman web jakim

Farhan said...

cuma sekarang sistem penguasaan jakim kena lebih kuat dan professional, jakim perlu bertindak seperti pegawai auditor, jakim sepatutnya bukan untuk mengesan sepatutnya menghidarkan daripada perkara ini berlaku, sistem semua dah cantik , takut kena suap semua hancur, wajibkan sijil halal atau non halal kepada kedai dimana pekerja atau pegangan saham kedai tu non muslim, kadang-kadang isu mcm ini sampai bila takkan selesai,

Taukeleh said...

Salam.

@Farhan : jgn ragui pihak Jakim. Yg memantau premis tempat makan tu yg ustaz dan ustazah, bukan org sebrg.

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Asalamualaikum wbt buat semua forumer,

Selama beberapa hari ini selepas saya membuat posting, dan kelihatan beberapa kencaman serta kutukan dan cemuhan dibuat, maka saya mengakui kesilapan saya, disebabkan terlalu EMOSI yg tidak dapat dikawal bilamana berhadapan dengan SI-KAFIR. Kepada sesiapa yg ingin menyaman saya dipersilakan. Jika anda berkata saya RACIST saya setuju, tapi SI-KAFIR lebih RACIST dari saya.

KENAPA SAYA BERSIKAP BEGINI……
Ketika saya berpeluang ke GAZA dan menyaksikan sendiri bagaimana SI-KAFIR menginaya penduduk ISLAM, kebencian saya MELUAP LUAP terhadap SI-KAFIR jadi itulah serba sedikit yg dapat saya ceritakan, akan tetapi saya bukan mahu meraih simpati atau belas kesihan dari forumer, saya rasa saya deserve semua kutukan dan cemuhan dan saya memohon kemaafan dari anda semua diatas kata kata saya.

Hari ini izinkan saya mencelah sekali lagi mengenai isu yang sering diketengahkan dalam web PPIM ini, maka disini saya mengakui kesilapan saya disebabkan terlalu EMOSI yg tidak dapat dikawal bilamana saya melihat betapa kuat nya sokongan forumer terhadap PERUSAHAAN SI-KAFIR, maka kebencian yg meluap itu meletus tanpa saya sedari. Jadi itulah kesilapan yang saya lakukan.

Isu mengenai keruntuhan moral dikalangan orang-orang Melayu Khususnya orang Islam kita. Kebanyakan dari kita lebih suka menunding jari kepada media massa yang mempengaruhi anak-anak kita. Kerapkali juga kita menuduh ibu bapa mereka tidak pandai mendidik anak. Tak kurang juga ada diantara sahabat-sahabat yang menyalahkan kerajaan yang memerintah, sebenarnya ia berlaku dari “YOU ARE WHAT YOU EAT” anda apa yg anda makan.

Saya suka mengambil pendekatan dari segi makan minum kita. Dalam satu siri pengajian saya, saya telah didedahkan tentang betapa air tangan orang-orang kafir memberi kesan yang sangat besar terhadap jiwa orang Islam. Itu baru air tangan, belum lagi bab sembelihan, bab bahan-bahan yang najis serta haram. Maka itu lah yg dilakukan oleh SI-KAFIR terhadap penduduk GAZA. Hanya dengan MAKAN & MINUM lah yg menjadikan DOA orang ISLAM tidak mujarab, itu lah yg dilakukan SI-KAFIR kepada kebanyakkan orang Islam.

Di Malaysia dan juga dinegara Islam, ulama-ulama serta guru-guru kita mempunyi fakta yang penting ini. Fakta mengenai makanan yang disediakan oleh orang kafir ianya teramat sangat memberi kesan sangat mendalam terhadap orang Islam.

Perkara ini memang sengaja disembunyikan disebab ianya boleh menggugat keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Ekonomi SI-KAFIR boleh lumpuh sekiranya masyarakat Islam benar benar prihatin/peka dan berhati-hati dalam soal air tangan si-Kafir dalam penyediaan makan kita sehari harian.

Ini diakui sendiri oleh seorang professor kajian sosial dari sebuah universiti di Malaysia.

Sebabnya ialah sekarang ini boleh dikatakan 95% makanan orang Islam di Malaysia diproses, disediakan dan dihidangkan oleh orang kafir.

Hasil dari operasi ini selama lebih 50 tahun, maka hari ini terhasillah pemuda pemudi umat Islam yang rosak akhlaknya. Bersikap kurang ajar, bantah cakap ibu bapa, keras kepala, dengki khianat, gemar berzina, minum arak, dadah, pembuangan bayi, merempit, menghasut, memfitnah, mengadu domba dan pelbagai gejala sosial yang lain.

(Bersambung)

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

(Sambungan)

Hasil dari operasi ini selama lebih 50 tahun, maka hari ini terhasillah pemuda pemudi umat Islam yang rosak akhlaknya. Bersikap kurang ajar, bantah cakap ibu bapa, keras kepala, dengki khianat, gemar berzina, minum arak, dadah, pembuangan bayi, merempit, menghasut, memfitnah, mengadu domba dan pelbagai gejala sosial yang lain.Cuba kita kaji siapakah yang menyedia dan memproses makanan kita.

Kaji asal usulnya. Mungkin makanan yang dah siap disediakan oleh orang Islam, tetapi adakah bahan-bahannya juga disediakan oleh orang Islam ?

Selepas ini ada orang akan berkata bahawa jika semua nak details susahlah hidup ini. Bagi saya, biarlah kita susah sikit sekarang ini daripada kita susah kemudian hari. Susah kerana tiada dikalangan anak-anak kita yang menjadi anak yang soleh yang akan membekalkan rahmat dan pahala selepas kita mati kelak.

Sekali lagi saya memohon kemaafan dari forumer atas segala kata kata serta keceluparan saya.

TAPI PENDIRIAN SAYA TETAP SATU….
PERANGI SI-KAFIR DALAM APA JUA BENTUK….
UNTUK AS-SYAHID MUNGKIN KITA TIDAK MAMPU SEBAGAIMANA PENDUDUK GAZA LAKUKAN.
MAKA KITA PERANGI SI-KAFIR DENGAN TIDAK MENYOKONG SEGALA USAHA EKONOMI MEREKA.

INSYALLAH ISLAM AKAN TERUS MENERUS DAPAT DITEGAKKAN.

Yang Benar,
MUSTAFFA HJ OTHMAN.
012-9111777
masterbutcherchef@gmail.com

ida said...

Di Malaysia dan juga dinegara Islam, ulama-ulama serta guru-guru kita mempunyi fakta yang penting ini. Fakta mengenai makanan yang disediakan oleh orang kafir ianya teramat sangat memberi kesan sangat mendalam terhadap orang Islam.

saya juga suka kpd fakta & bukti..dan bukan fitnah atau spekulasi. JAKIM mempunyai authoriti memberikan sijil halal di malaysia. Secret recipe sendiri mempunyai sijil halal Jakim. Isu yang dikeluarkan oleh PPIM boleh mengelirukan pengguna. oleh itu diharap pihak PPIM mengeluarkan bukti yg menunjukkan Puratos supply 2 produk mereka yg mengandungi DNA babi tersebut kepada Secret Recipe Cakes & Cafe kerana pihak Secret Recipe telah membuat kenyataan penafian.

IKHWAN said...

Tolong lah Blog dengan bertanggungjawab.... hanya perlu sedikit masa dan usaha untuk mendapat kepastian. Kini Blog telah ditulis, blog telah disebarkan dan ternyata fakta adalah salah dan telah menganiaya yg tidak bersalah. Walaupun syarikat bukan Islam ataupun Islam, pekerjanya masih Islam.... menegakkan Islam secara buta begini hanya akan mempesongkan lagi persepsi terhadap orang Islam yang sepatutnya lebih matang dan professional. Kerana ingin tahu, kawan saya telah menelefon Secret Recepi dan bercakap dengan Cik Wan Zawani phone no 03-7803 4891. Sila baca I called Secret Recepi and manage to speak to the person in charge, a friendly Cik Wan Zawani at phone no 03-7803 4891. She confirmed my suspicion and told me that it is already in the papers. Its ALREADY in the papers ok, I will provide you the link.
I called Secret Recepi and manage to speak to the person in charge, a friendly Cik Wan Zawani at phone no 03-7803 4891. Telahpun di buat kenyataan dalam Malay Mail. Sungguh malu jika untuk berlagak pandai, menggunakan ugama sebagai pelindung...terjerat lidah sendiri...jangan menuduh tanpa bukti kukuh dan jangan berlagak seperti Halal Standard Malaysia adalah lebih Halal dari standard orang lain.

Be a responsible Blogger....

Yis said...

jgn terlampau nak percaya benda2 mcm nieh. Selidik dulu betul2, tunggu jawapan semua pihak baru post.

Sedangkan secret recipe sendiri dah dapat pengesahan halal dari pihak jakim.

Nasi lemak? Sedangkan nasi lemak kat tepi jalan pun x dpt pengesahan halal, kita boleh pasti ker dia tak guna lemak babi? Jd jangan cakap membabi buta, fikirlah secara logik

Ayusipermatabiru said...
This comment has been removed by the author.
ida said...

maaf la ye.. tolong baca balik web tersebut.. itu cuma nama umum bagi produk bukan bukti penggunaan produk tersebut oleh secret recipe.
kalo saya keluarkan produk 'belacan secret recipe' sekalipun dan dapatkan sijil halal jakim , produk tersebut tetap akan termasuk dalam list tersebut.. jadi secret recipe guna ke belacan tu? tolong bezakan nama produk dan pengeluar produk..

Ayusipermatabiru said...

ok ida,dah faham

Taukeleh said...

Salam.

Ada perjumpaan baru daripada blog-blog yang lain. Secret Recipe ada komen sebegini.

Sila rujuk kepada link di bawah:

http://www.puratos.com.my/110526BWSE.html

ida said...

Puratos & Secret Recipe sendiri dah keluarkan kenyataan. Jadi eloklah rasanya PPIM hentikan sebar fitnah macam ni. Mengelirukan pengguna islam je..

rosse jingga said...

Risau pasal produk makanan di Malaysia..saya cuma nak sharekan..sy pernah membuat design packaging..untuk produk makanan di Malaysia, saya pelik kenapa JAKIM tak serius dalam memberi kelulusan bab2 bahan makanan kita. beberapa syarikat yang saya designkan packagingnya saya dapat tahu bahan seperti rempah, tepung penaik dan pelbagai lagi diimport dari luar..bila masuk ke syarikat mereka..mereka hanya tukar packaging...mudahkan....dan apply logo halal..urm~

asmAyumi said...

Peliklah. Macam2 kenyataan dah dibuat. Siap dah ada confirmation lagi. Tapi still, entry ni still ada. Ramai orang yang suka baca separuh jalan je. Dan ada juga yang suka tak baca komen. Bila dah macam tu, sebar lagi pasal entry ni. Cenggane?

ida said...

PPIM la kena buat kenyataan semula elakkn orang lain sebar fitnah. PPIM started this issue, so they should stop it. Dosa makan makanan tak halal PPIM ambil berat, dosa fitnah macam tak kisah plak.

Bicara Legal said...

Assalamualaikum,

En. Mustaffa Hj Othman, sila tulis komen yang berkaitan tajuk sahaja >>> DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

Komen yg panjang lebar tu boleh laa copy & paste di blog tuan saja. yg dlm ni, delete.

Kenapa tak reply langsung bila ramai yg tegur PPIM >> delete posting yg mengelirukan ini. Jangan fitnah Secret Recipe.

my 2 cents

Bicara Legal said...

Assalamualaikum,

PPIM : kenapa ambil sikap berdiam diri?

Jangan hanya kerana ada nama ISLAM pada persatuan ini, orang akan berdiam diri.

Tindakan PPIM seolah-olah merendahkan martabat umat Islam secara keseluruhannya.

Puratos dah buat statement:-

http://www.puratos.com.my/110526BWSE.html

Secret Recipe restaurant dah buat statement.

MAKA, PPIM harus bertanggungjawab dalam artikel yang mengelirukan yg mana artikel ini telah tersebar luas!

my 2 cents

Mohd Salehin said...

ubt batuk yg ada ethyl alcohol camne.. apa hukum.. takde org perasan ke..

Cik Senyum said...

Walau apapun, saya ucapkan terima kasih kepada PPIM kerana mengetengahkan isu ini.

Ada hikmah atas setiap apa yang berlaku.

Setelah adanya maklumbalas dari pihak SR sendiri, pastinya selepas ini saya tidak was-was lagi untuk memakan kek Secret Recipe !

Azian Fakurazi said...

Check the right facts, brothers and sisters... My Muslim friend (https://www.facebook.com/profile.php?id=1258767037) works as QC Executive in Secret Recipe.. She wrote: "Sebenarnya Secret Recipe Cakes & Cafe langsung tidak menggunakan produk TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE & TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE <<< SECRET RECIPE >>> adalah nama bg product tersebut dan bukan ditujukan untuk kegunaan Syarikat Secret Recipe Cakes & Cafe... Kedua 2 Produk tersebut tidak digunakan di Syarikat Secret Recipe Cakes & Cake SDN BHD.... HARAP MAKLUM" Check out Malay Mail...http://www.mmail.com.my/content/73236-secret-recipe-rubbishes-nonhalal-viral-buzz

Azian Fakurazi said...

Jom Buat Petition Supaya Umat Islam Jangan Terburu-Buru Memfitnah..
Langkah pertama, kepada pemilik blog, tukar kenyataan dalam artikel ini jika nak bebaskan diri dari membuat fitnah yg berterusan.. ramai org baca ni....

Anoneemus™ said...

OK, jom buat petition macam Azian cakap.

HalalSecretRecipe

emil-emilda said...

pasal alkohol ni semua adalah kerana istilah...omputih refer minuman yg memabukkan tu as alcoholic drinks...org melayu panggil arak...
tuak pun memabukkan tp tak dipanggol alcohol but tetap haram diminum..

ethyl-alcohol merupakan sebatian kimia...kalau kita imbas kembali pelajaran kimia semasa sekolah menengah, kumpulan alkohol merupakan satu sebatian kimia dengan fuctional group hydroxyl (-OH) terikat pada atom karbon(C)...bergantung kepada berapa bilangan atom H, and C dalam rantaian sebatian tu akan menentukan jenis sebatian samada ethanol, propanol, methanol...dalam minyak pun ada sebatian alcohol ni tp tak haram kan...kalau terkena baju masih boleh dibawa sembahyang...cume masing2 ada kesan toxic berbeza...
sebatian dgn hydroxyl funtional group ni la yg ada dalam minyak wangi...
macam paracetamol (panadaol), cholesterol...semua tu ada hydroxyl functional group yg terikat pada atom carbon dalam sebatiannya dan mmg dikategorikan sebagai alcohol tetapi tak haram dimakan/minum kan?
sebab tu pentingnya ilmu sebegini, sekurang2nya dapat menjelaskan kekeliruan...

hanya kerana istilah, semua yang ada alcohol dihukumkan haram...kalau kita tak de ilmu kita akan terima semua tu as betul...

najmi said...

apa lagi, DELETE LA BLOG POST NI, SEBAR BERITA PALSU AJE, CHECK LA DULU LAIN KALI!

Abu Saifullah said...

nampaknya ppim sgt tidak bertanggungjawab kerana tidak memperjelas isu yang dinafikan oleh secret recipe.

buTTerFLowEr said...

PPIM sepatutnya lebih berhati2 dgn penyebaran artikel mcm ni. dah byk post yg main copy paste dari sini, lps tu di-share beramai2 kat blog/fb/email. harap PPIM boleh edit post ni letak kat top of the article: isu ini sudah dijelaskan oleh pihak SR (include the official reply). kalo delete nanti org x jumpa post ni, x nampak pulak explanation from SR tu.. secanggih n sehebat mana pun melayu dan teknologi, melayu islam malaysia tetap percaya kat sumber 'yg diyakini' yakni mulut org. n mulut org lebih suka ckp yg buruk dr yg baik. once this kind of news hits the so-called 'prihatin' melayu muslim, it will definitely go viral. the truth will remain silent wpn dah masuk surat khabar. how ignorant are we, the melayu muslim malaysia (i am melayu muslim malaysia myself).

dunia internet ni nak cari info terkini pun boleh jumpa berita 5 tahun lepas yg diwar2kan as 'fresh from oven'. e.g: cerita samak ikea.. (ade satu komen kat atas ni tulis pasal ni) berita tu dari few years ago da masuk front page sotkabar, ikea samak premis n lepas tu meatballs n sausages tak lg diimport dari pembekal yg diragui kehalalan tu. kalo ikea dah bersusah payah buat mcm tu few years ago sbb ada kesedaran halal (that time kalo x silap bcoz daging tu meragukan), takkan management bodoh to repeat the same mistake.

pasal pemeriksaan jakim, ramai yg da tulis pun. pemeriksaan jakim ni mcm spot check kat skolah, random je. bkn announce 'okeh encik, esok ktorg nak datang kedai buat spot check'. dan kalo ade pihak report kedai sekian2 ada status yg diragui jakim akan terus check n amik tindakan bersesuaian. takkan jakin nak tanggung dosa bcoz of their ignorance. sijil halal pun ade tarikh luput, sebab jakim buat continuous checking on the process. kalo x halal confirm xkan dapat sambung sijil halal tu. jakim tak bodoh.

pasal komen 'kenapa nak makan kat kedai kafir'. SR tu trademark owner is chinese. soalan: takde melayu muslim ke dlm company tu? soalan: tukang masak kat dapur tu cina kafir (i hate this term) jugak ke? soalan: cina kafir yg keje kedai makan kat negara majority muslim n majority ingredient halal tak jaga halal status ke? pekerja2 melayu islam (byk jugak yg employ perempuan melayu bertudung) yg kerja kat kitchen tu takkan x pernah tengok kalau SR ade simpan arak utk mix dgn kek/steak sauce, kalau ade mesti dah berhenti keje n report the issue to jakim. takde org yg dgn redha nak tanggung dosa free sbb bagi mknn haram kat org lain dgn sengaja.

lagi satu 'kenapa nak makan kat kedai kafir, kedai melayu takde ke'. kedai melayu kalau up to standard, org tetap dtg. kalo kedai kafir disahkan halal oleh jakim yg jaga standard mknn, org tetap dtg. kedai nama mat salleh tp owner melayu islam (yg org tak tau kedai tu milik melayu, mcm 1901 hot dog), kalo sedap org tetap akan dtg. kedai melayu tp makanan x sedap or kedai kotor, org tetap xnak dtg, except kalo owner kedai tu pakai 'ilmu', which is, of course menjadikan sumber pendapatan owner tu haram wpn masak n pakai brg halal. bkn tak sokong melayu, but i've had that kind of incident happened to my dad. bukak kedai makan lps tu melayu muslim merangkap jiran tetangga yg dengki steal pekerja from our kedai (sbb abah amik org siam/kelantan buat tomyam n masakan panas so ramai customer suka wpn kedai kecik). what a shame cara melayu islam berniaga. tabik to cina kafir bila bukak food court xde org yg bukak stall jual benda yg sama, sebab xnak tutup punca rezeki kaum sendiri

buTTerFLowEr said...

lagi satu.. isu alkohol pulak.. asal alkohol je haram. perlu ke? jwpnnye: kalo perlu maka sume makanan yg memerlukan ragi/yeast akan diwartakan haram. sebab? sila rujuk proses penapaian (skola menengah ade blaja ni). explanation cara mudah: ragi/yeast hidup akan feed on gula dlm adunan tepung roti n the byproduct is ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida (yg menyebabkan adunan naik).
soalan: adakah roti jadi haram sebab ade alkohol? sape2 yg sepantas kilat suka haramkan benda2 sila jauhkan diri drpd roti wpn kedai melayu muslim yg masak menggunakan sumber2 yg halal (this is sarcasm)

*teringat soalan dari cikgu biology (melayu muslim) kat MRSM dulu, cikgu tu suruh fikir: tapai n tuak, dua2 melalui proses yg sama, dua2 ada alkohol. kat mana the fine line yg menyatakan tapai tu halal n tuak tu haram. kalo tuak haram sbb memabukkan, adakah tuak akan jadi halal kalo org yg minum tu x mabuk.

emil-emilda said...

sebab tu ada perumpammaan/cerita - melayu ni kalau dikumpulkan dalam satu kawah...kalau ade yg berjaya dalam usaha memanjat keluar dari kawah tu, melayu yg ramai2 kat bawah akan tarik insan yg dalam usaha ke atas tu...berbeza dgn bangsa lain esp chinese, kalau ada yg berjaya dalam usaha ke atas, yang ramai2 kat bawah tu akan bergabung menyokong dia biar betul2 berjaya...

semangat ni yang kurang dalam masyarakat melayu...apa yg ada semangat menjatuhkan org lain dengan percaya pada perkara yang konon2nya dari sumber yang dipercayai...betul tak semua mersifat begitu, tapi tak ramai yang ade semangat untuk bersatu...

sikap suka 'menganggap/assume' sangat tebal...eg; kalau kedai milik non-muslim dikatakan haram..apa yg tersebar di internet semuanya betul...tak de usaha nak cari kebenaran...

nurul said...

Salam semua,

Pada pndpt saya,semua org ada akal fikiran utk memberi dan menerima pendapat. Jadi tak kiralah anda menyokong atau membangkang, janganlah mengecam pada sesiapa yg memberi komen di sini kerana itu pendapat mereka.Samalah juga dgn En.MUSTAFFA HJ OTHMAN, dia hanya menegaskan pendiriannya, tak perlulah kita mengecam dia kerana anda juga mempunyai pendirian anda dan tidak semestinya sama ngn org lain.

As summary, janganlah kita bergaduh kerana pendirian kita yang berbeza.

Wassalam.

Muhalis said...

Perbincangan yang cukup menarik. Berbagai-bagai pendapat berbentuk sokongan dan kecaman yang dilontarkan. Pada pendapat saya yang cetek ilmu ni, yang Halal jelas dan yang Haram jelas. Diantara keduanya Syubhah. Lebih baik tinggalkan sahaja yang Syubhah dan haram.

Sekarang pun dah banyak produk-produk yang di keluarkan oleh Orang Islam. Walaupun mungkin rasanya berbeza dan harganya mungkin mahal sikit tetapi kita patut sokong mereka supaya tanggungjawab mereka untuk mengeluarkan produk yang halal lagi baik dapat terus berkembang.

Dan mengenai sijil halal Jakim, sijil adalah sah selama dua tahun. Selepas pengeluaran sijil, jakim hanya membuat pemantauan sekiranya ada aduan. Kalau selepas dapat sijil mereka guna bahan yang tidak halal, kita pun tak tau. Pekerja Melayu hanya bekerja di bahagian pengeluaran. Tukang uli, tukang bakar, tukang bungkus. Yang lain-lain tu semuanya kebanyakannya bukan melayu.

Untuk lebih menyakinkan kita lebih baik kita cari produk keluaran 100% Muslim sebab produk mereka lebih diyakini mengenai kehalalannya.

Produk Muslim Tanggungjawab Bersama

mabong said...

kek orang islam, buatan org islam, brand nama mcm islam tapi bahan2 buat kek semuo beli kedai cha-ya-nun-alip kat chokit, kat bangi.. yg kadang2 bahan2nya tu jgnkan halal JAKIM, tulisan halal rumi pun tak dak.

camno lak tu?

ramai kawan2 aku buat bisnes kek so aku tau lerr serba sedikit kat mana depa cari bahan mentah.

Muhalis said...

28 julai lps JAKIM telah sahkan mentega "Golden Churn Creamy Butter’ mengandungi DNA babi. Pengesahan jakim tiba lwt sebulan dari pengesahan Majlis Islam Serawak. Agak2nya dalam sebulan sblm pengesahan jakim tu brp banyak yg org islam dah telan. So..natijahnya kita pilih barangan buatan muslim dahulu. kalau dah darurat sgt baru cari yg diproduk oleh bukan islam tetapi mesti ada sijil halal Jakim. Kalau sijil halal mcm mengelirukan jer lbh baik tinggalkan.

SuhailaHanafi said...

Salam,
harap PPIM dapat jernihkan kembali isu secret recipe dan puratos ni. Sudah terang-terang wakil syarikat Secret Recipe tidak pernah menggunakan puratos sebagai pembekal bahan kek. Nama produk yang sama adalah sekadar kebetulan. Jangan pula PPIM menanggung dosa membuat fitnah.

http://akhbar-sharian.blogspot.com/2011/05/sinar-harian-suara-cakna-anda_9379.html

radzi_uitmjohor said...

opppppppps, ak pernah la makan skali kt situ

masmastura said...

kesimpulannya apa ni? betul ke kek secret recipe tak halal? Harap PPIM dapat beri penjelasan.

Muhalis said...

kesimpulannya kalau kita ragu-ragu baik jgn makan. Banyak lagi kek yang benar2 halal yang kita boleh makan. Lagipun kalau kita tak makan bukan datangkan mudharat atau mendatangkan dosa. Jadi kalau anda pasti benar kek tu halal, makan. tapi kalau takut2 atau ragu baik jangan.

Arenawati Albakri said...

dah banyak perkara sebegini diperkatankan..pihak penguasa harus lebih peka tentang perkara sebegini..kalau yahudi pun sangat perihatin terhadap apa yg mereka makan (lihat kosher..makanan halal utk yahudi)..para ahli ugama mereka akan datang melawat dan menyelidik tempat penyediaan makanan itu dan disiasat dari mana sumber tersebut datang baru disahkan makan tersebut baik untuk dimakan...ini pula kita umat Nabi Muhammad saw yang telah diajar agar memakan/meminum dari sesuatu sumber yang bersih lagi halal.malahan makanan yang disediakan oleh muslim sendiri jika tidak menepati syariat kita juga tidak harus makan ini kan pula makananan yang disediak oleh bukan Islam..belum tentu kesucian dan dari sumber yang halal..jangan dek kerana sedap kita telankan saja...kepada yang memberitahu terima kasih diucapkan moga ini menjadi peringatan dan tanda amaran kepada kita umat Islam agar lebih perihatin untk memilih makanan...kepada yang masih menyukainya teruskan..barangkali makanan dari SC ini lebih halal dari makanan anada dirumah !!

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...