Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwa
KLUANG 19 Mei - Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.
Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka kepada pegawai Jabatan Kesihatan, Amezatul Aida Mohd. Daim bagi tujuan analisis dan keputusan ujian Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan belum dibuka yang mengandungi DNA babi kepada Amezatul Aida bagi tujuan serupa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Keputusan analisis di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya turut mendapati wujud DNA babi dalam kopi uncang tersebut.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan tanpa suatu pernyataan tentang adanya DNA babi pada label bungkusan makanan berkenaan.
Setiap pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Sementara itu, syarikat pengilang, Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa atas pertuduhan menyedia dan membungkuskan kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel itu untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.
Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing di sini antara pukul 10.40 pagi hingga 2 petang, 25 Mac lalu.
Dua rakan kongsi syarikat pengilang tersebut, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan ke atas ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, S. Selvarajah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd. Radzaz.
Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula ketiga-tiga kes berkenaan.
KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.
PPIM : DENDA HANYA RM 5000 ATAU PENJARA 2 TAHUN UNTUK PESALAH PENGELUAR PRODUK YANG MENGANDUNGI BABI! BERBALOI KE?
RUJUK JUGA ARKIB BERITA PPIM TERDAHULU :
BERITA PILIHAN : HARIAN METRO-Kopi campur gelatin babi
http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/03/berita-pilihan-harian-metro-kopi-campur.html
5 comments:
Kita pergi lah lihat di KOPITIAM KLUANG STATION ni.... dipenuhi oleh BANGSA AKU MELAYU.... Mungkin Melayu yg begini TOLOL @ BANGANG atau tak baca PAPER kot...
Marah Geram serta JIJIK melihat MELAYU yg begini bersikap Cerdik yg tak boleh diikut, BODOH yg tak boleh diajar (BODOH TEGAR) bukan aku berniat untuk mencaci atau mencerca tapi aku lakukan ini semua demi kesedaran diri aku yg tak dapat menolong BANGSA aku yang bersikap begini, kenapa BANGSA aku BEGINI, nak kata BODOH nanti ada yg marah tapi demi UGAMA & UMMAH aku lakukan jua, siapa nak marah boleh marah, tapi jangan ALLAH marah aku sudah.... Itu aku takut sangat.
Apakah hebat & sedap sangat bilamana kita melanggan dikedai NON-MUSLIM ni....
Matikah kita sekiranya kita tidak melanggan di kedai NON-MUSLIM ni....
Apakah kurangnya kedai makan ORANG MUSLIM yg ada ditanah air kita....
Tanyakan diri kita... Atau guna lah AKAL pemberian ALLAH tu demi diri sendiri. Sendri mau ingat lah....
QUOTE:
Bayangkan NON-MUSLIM BERAK TAK BASUH kemudian menyediakan makan untuk kita makan, TAK JIJIK KE....
setuju sgt dgn En. Mustaffa Hj Osman ttg keadaan skrg yg berlaku...org islam sendiri dah tak kisah sgt ttg halal haram apa yg dimakannya.., terutama di kedai org bukan islam..!!! takkan mati kebulur kita org islam kalau tak pg kekedai org bukan islam ni...mereka ni baik mcm mana dgn kita sekalipun..baba halal haram ni mereka tak peduli..pd mereka kena denda dan sebgnya sekali pun,org islam tetap pg kekedai mereka.fikir2kanl wahai muslim & muslimat sekalian.kembalilah kita semua kepd yg halal lg suci..`MENCARI YG HALAL ITU FARDU BG UMAT ISLAM`.
yer.. memang betul, rata2 org kite yg ramai di kedai2 seumpamanya ini, tak kurang juga opismate yg berlumba2 mengaku aku dah makan situ, aku dah makan sini, pantang ada restoren baru bukak tanpa selidik terlebih dahulu, kononnya aku lah paling up to dated, bangga sangat dapat masuk & makan kat kedai yg kononnya ada standard.. sedihnya yg kat opis boleh dipanggil ust &ustzh.. bukan main lagi, kalau nasihatkan kata nak mengajar diaorang pulak.. alahai bangsaku & juga seugamaku..
Salam.
@Mustaffa :
Kluang Rail Coffee dgn Kluang Station tu brand yg lain la.
http://ondscene.my/pengguna/kluang-rail-coffee-didakwa-di-mahkamah
Post a Comment