Sunday, May 29, 2011

AKTIVITI PPIM : MAJLIS PENERANGAN SPRM BERSAMA PPIM





Nilai Sogokan Anggota Penguatkuasa Pernah Mencecah RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Sepanjang April tahun lepas hingga Mac tahun ini seramai 442 orang telah ditahan kerana merasuah anggota pengguatkuasa dengan nilai sogokan tertinggi sebanyak RM1 juta.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Samsiah Abu Bakar berkata daripada jumlah tersebut 422 orang terdiri daripada lelaki, dan seramai 282 orang warga tempatan, manakala selebihnya rakyat asing.

"Nilai sogokan tertinggi secara purata adalah dari RM200,000 hingga RM1 juta dan tangkapan tersebut menunjukkan bahawa SPRM tegas dan kita harap orang ramai juga bertegas menolak tawaran rasuah biarpun dalam jumlah kecil," katanya.

Samsiah berkata demikian dalam forum bertajuk "Ke Arah Rasuah Sifar: Peranan NGO Dalam Memerangi Rasuah" bersama Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM Datuk Sutinah Sutan berkata persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu aktif membantu SPRM memerangi rasuah.

Ini adalah kerana NGO banyak berinteraksi dengan orang ramai dan boleh membantu menerangkan kepada mereka secara terus mengenai bahaya rasuah, katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum tersebut.

Sutinah berkata usaha membanteras rasuah tidak sepatutnya dibebankan di bahu penguatkuasa semata-mata, sebaliknya perlu dijalankan secara bersama.

-- BERNAMA

3 comments:

mohd raffi said...

tahniah pada SPRM dan PPIM..teruskan lagi usaha murni kalian dan harapnya pihak SPRM betul2 membuktikan ketelusan suruhanjaya yang bebas di Malaysia..

ahmed said...

im very appreciate to the MACC and PPIM doing great things and efforts and hopefuly the tell us transparency of MACC....TQ




congratulations to the MACC and PPIM .. keep your noble efforts and hopefully prove the transparency of the MACC betul2 an independent commission in Malaysia.

Kerang Laut said...

itu baru yang cuba merasuah penguatkuasa... yang penguatkuasa terima rasuah lagi banyak rasanya...

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...