Thursday, May 5, 2011

ADUAN PILIHAN-KONSPIRASI ATAU DENGKI?



Konspirasi Atau Dengki?

Dalam tempoh beberapa tahun ini kami di PPIM telah menerima banyak rungutan daripada ahli-ahli kami di mana perniagaan mereka dihujani dengan tohmahan yang mengatakan ianya  merupakan perniagaan “Ali Baba” atau dimiliki pemilik bukan Islam serta sebagainya. Perkara seumpama ini biasanya berlaku kepada perniagaan/jenama yang mula dikenali ramai contohnya Ubat Gigi Mu’min, Laksa Shack, Adabi, Aminah Hassan dan beberapa lagi jenama terkemuka milik peniaga Bumiputera Islam. 

Sebahagian dari mereka telah mendapat kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ianya dilihat dari hasil jualan serta keuntungan mereka semakin merosot setiap hari, ini mungkin disebabkan rasa sangsi daripada pengguna Islam terhadap mereka.

Mari kita renungkan bersama, kekeliruan pengguna terhadap status pemilikan sesebuah perniagaan milik peniaga Muslim biasanya akan menimbulkan kesangsian sekaligus tidak lagi memberikan sokongan, ini merupakan titik permulaan kepada kehancuran perniagaan itu sendiri.
Adakah ini yang diharapkan dari kenyataan kita yang kadangkala langsung tidak berasas?

Kami menggesa kepada para pengguna di luar sana supaya tidak menyebarkan khabar angin seumpama ini kerana dikhuatiri akan membawa kepada fitnah serta mampu memberikan impak negatif kepada ekonomi Islam .

Lihat di sekeliling, daripada ratusan ribu produk yang ada di pasaraya-pasaraya Malaysia hanya sebahagian kecil sahaja jenama  milik peniaga Islam, bahkan mungkin boleh dikira dengan jari sahaja.

Di manakah Maruah Kita? Bagaimana Masa Depan Generasi Kita? Renungkanlah..

Minta sebarkan posting ini kepada mereka yang lain, sedikit sebanyak mampu menyelamatkan perniagaan saudara-saudara kita. 

8 comments:

nik said...

Lah... mati2 kawan saya yakinkan saya yang Mu'min tu dah dibeli oleh syarikat Cina. Nasib baik saya tak terima bulat2 apa yang dia kata.

Unknown said...

Kita orang melayu dah jadi habit begaduh sesama sendiri, ni samalah macam budaya mengumpat. Insya Allah akan saya sebarkan berita ini, agar lebih ramai yang tahu perkara sebenar.

Unknown said...

Saya memang biasa dengar pasal isu2 mcm ni dari dulu lagi. Pernah juga boikot sebab mereka ni seolah2 mempersendakan orang Islam. Saya minta maaf kepada ubat gigi mu'min & adabi sebab pernah sebarkan maklumat yang syarikat diorang milik non-muslim... Minta PPIM keluarkan satu list jenama2 yang pernah menjadi korban seperti ini supaya para pengguna boleh stop sebarkan khabar angin dan mula menjernihkan keadaan.

Alif said...

Terimakasih kepada PPIM kerana telah memberikan maklumat ini, saya sebagai orang awam memang selalu mendengar isu ini dan langsung menelannya bulat2. Saya pernah berhenti menggunakan ubat gigi Mu'min, sampai akhirnya Wardina jadi duta mereka, baru kepercayaan saya kembali. Sebaiknya, kita harus secara ramai2 menentang isu ini, agar tidak semakin meluas lagi

raffi said...

Ini kerja orang2 yang tak boleh tengok orang lain senang, kalau dia sabotaj dapat untung tak apa, ini suka2 sabotaj tanpa sebab. Sakit hati aku dengan benda2 macam ni. Kesian aku tengok ramai orang melayu yang meniaga lingkup. Orang kita ni kadang2 susah sangat nak bagi support sesama sendiri, macam macam alasan. Bak kata to’ki, pengorbanan tu tak ada, mungkin sebab lupa nak cari keberkatan.

mutiara hati said...

HM...., pelikla diorangni, disinilah cara kita untuk membantu sesama muslim.kita blum mampu untuk menghulurkn wang sbg sumbangan kita pd mereka,jd dgn membli produk hasil keluarn org melayu yg beragama Islam ini secara langsung kita dpt mmbri sumbgn juga pd mereka,status halalnya juga sudah jlas,knp kita masih lg perlu meraguinya....seharusny kita perlu kaji sblum mmpercayai sesuatu isu yg blum pasti kbnrannya...

Jabbar said...

Biasenye saya tak layan menda-menda org fwd ckp ini itu begini begitu.. sebab takde bukti betoi, dalam zaman digital ni banyak menda boleh di-superimpose untuk nampak macam betoi..

Tip saya, jangan le syubahat sebarkan fitnah, kalo dapat email kononnya produk ni ada babi ke, lemak binatang ke.. eloknya delete aje le

nik said...

Ambik hikmahnya, jangan berprasangka buruk sesama kita.. kita kena saling tolong menolong menyebarkan isu ni.. agar takde lagi orang2 dengki yang memfitnah produk2 buatan Malaysia.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL