Wednesday, January 31, 2018

4340) KETAKSUBAN BERMAIN “ONLINE GAME” AKHIRNYA MEMAKAN DIRI – AHLONG

“Kalau Dia Main Lagi, Dia Tak Payah Datang. Saya Pergi Cari Dia!”



Ketaksuban bermain “Online Game” akhirnya memakan diri apabila lelaki berbangsa Cina berusia 23 tahun diburu 6 Ahlong dengan jumlah tuntutan hampir RM16,000.
Ahlong mula membuat kacau di rumah dengan menampal gambar dan kad pengenalan mangsa. Malahan, mereka juga mengugut keluarga mangsa jika sesiapa berani untuk membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa.
Ibu mangsa membuat laporan polis kemudiannya hadir ke pejabat PPIM bagi melaporkan aduan demi keselamatan keluarga. Malahan, ibu mangsa turut merasa kesal dengan tindakan anaknya yang dilihat tidak berfikir panjang dan terlalu mengikut trend.
Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.
Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618
Layari ahlong.ppim.org.my bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji.
Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Tuesday, January 30, 2018

4339) PERBINCANGAN TERPERINCI JALINAN KERJASAMA ANTARA PPZ DAN PPIM - KUALA LUMPUR - 30/1/18


Perbincangan diantara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diwakili oleh Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan beberapa orang Aktivis PPIM bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) diwakili oleh Pengurus Besar Operasi, En. Mohd Hassan di Wisma PPZ, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.
Perbincangan ini bertujuan untuk perancangan terperinci jalinan kerjasama antara PPZ-PPIM yang dijanka akan diadakan pada tahun ini.





4338) MANGSA DISKRIMINASI PERLU TAMPIL BUAT ADUAN – UTUSAN MALAYSIA – 30/1/18




KUALA LUMPUR 29 Jan. – Mana-mana hotel yang masih mengamalkan polisi larangan bertudung terhadap pekerja wanita beragama Islam tetapi tidak tersenarai digesa untuk mengikuti jejak langkah 13 buah hotel yang bersetuju menarik semula polisi tersebut.
Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata, usaha mengesan individu yang menjadi mangsa diskriminasi tersebut perlu diteruskan bagi memastikan tiada lagi hotel yang berdegil.
“Oleh itu, para pekerja hotel yang masih menjadi mangsa polisi tersebut diminta tampil membuat aduan rasmi sama ada kepada kementerian atau ke­satuan pekerja yang terdekat bagi menyelesaikan isu ini.
“Keputusan 13 buah hotel untuk menarik semula prosedur operasi standard (SOP) melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung adalah sesuatu yang tepat dan berharap supaya lebih banyak lagi hotel melakukan hal yang sama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Datuk Mohd. Jeffry Joakim mengesahkan kesemua 13 hotel di Semenanjung bersetuju menarik semula polisi larangan bertudung.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Wanita Persatuan Kebajikan Serantau Muslim, Nurul Suhadah Shuib berkata, pihaknya mengalu-alukan keputusan hotel-hotel ter­babit dan berharap tindakan diambil adalah berterusan.
“Alhamdulillah, terima kasih atas kerjasama daripada pihak hotel yang terlibat. Keputusan itu tidak akan merugikan sesiapa sama ada pengusaha hotel mahupun pekerja,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan yang diambil tersebut merupakan sesuatu yang tepat berdasarkan kepentingan semua pihak.
“Memang patut pun hotel-hotel itu menarik semula polisi la­rangan bertudung kerana mereka tidak sepatutnya mementingkan perniagaan semata-mata, sebaliknya menghormati Perlembagaan,” katanya.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
MANGSA DISKRIMINASI PERLU TAMPIL BUAT ADUAN

4337) KEMPEN KESEDARAN BAHAYA AHLONG – MARDI – 30/1/18


Kempen Kesedaran Bahaya Along di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dewan Tan Sri Yusuf Hashim UPM-MARDI anjuran Pusat Pengurusan Sumber Manusia dengan Kerjasama BKSM, NGO dan ARKAB MARDI.





Antara panel jemputan yang hadir pada pagi ini ialah Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, Pengarah Latihan Dan Penyelidikan PPIM, Cikgu Izham Nayan dan Pendakwah Bebas, Ustaz Wan Hizam Abdullah. Seramai 300 orang kakitangan MARDI terlibat dalam Kempen Kesedaran Bahaya Along kali ini.








Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618
Layari ahlong.ppim.org.my bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji.
Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.
Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.



Monday, January 29, 2018

4336) OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM KE 39 - KUALA LUMPUR - 26/1/18


Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke 39 yang mensasarkan beberapa pusat hiburan di ibu kota Kuala Lumpur.
Antara organisasi yang terlibat dalam OPS BAH kali ini ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan NGO termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).





4335) RM5 JUTA ‘DISAMUN’ – UTUSAN MALAYSIA – 29/1/18



KUALA LUMPUR 28 Jan. – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu keadaan yang menimpa 60 individu malang selepas menjadi mangsa kecurian maklumat peribadi dan penyalahgunaan maklumat akaun oleh pihak-pihak tertentu.
Bukan sahaja dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukan, maklumat akaun mereka pula digunakan oleh pihak-pihak tertentu itu untuk menipu hampir RM5 juta daripada mangsa lain.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nad­zim Johan, laporan-laporan diterima pihaknya mendapati kebanyakan mangsa merupakan me­reka yang pernah berurusan de­ngan ah long.
Ini kerana modus ope­randi yang digunakan oleh ah long mewajibkan peminjam menyerahkan salinan MyKad berwarna, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), nombor akaun serta nombor laluan keselamatan (pin).
“Peminjam yang terdesak ter­paksa akur dan memberikan maklumat berkenaan.
“Namun, oleh kerana per­kara ini berlaku tanpa pemantauan mahupun kawalan perundangan, apa sahaja boleh dilakukan dengan mak­­lumat tersebut,” jelas­nya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Menurut Nadzim, maklumat akaun itu sering digunakan dalam penipuan urus niaga dalam talian, jual beli kenderaan, hartanah dan paling popular, pinjaman mudah.
Tegas beliau, keadaan menjadi lebih parah apabila pihak yang ditipu dalam urusan-urusan berkenaan membuat laporan polis.
“Yang menyedihkan ialah disebabkan akaun yang men­­jadi petunjuk utama dalam siasatan polis itu milik mangsa, merekalah yang akan menanggung akibatnya manakala dalang sebenar terlepas.
“Mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak dapat memberikan maklumat me­ngenai identiti individu yang menyalahgunakan maklumat terbabit,” kata beliau.
Justeru, Nadzim menya­ran­kan pihak berkuasa supaya me­­neliti semula kes-kes ter­sebut agar dalang sebe­nar peni­puan berkenaan dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
Jelas beliau, jika ini tidak dilakukan, lebih ramai orang akan menjadi mangsa.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
RM5 JUTA ‘DISAMUN’


4334) APLIKASI BOLEH JEJAS AKIDAH UMAT ISLAM – HARIAN METRO – 29/1/18



Kuala Lumpur: Beberapa aplikasi di laman sosial Facebook menawarkan ujian diri antaranya boleh meneka jodoh, ramalan masa depan, penentuan karakter yang semakin popular, namun ada di antaranya boleh menjejaskan akidah umat Islam.
Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, biarpun kuiz berkenaan disediakan untuk tujuan suka-suka, namun ada di antaranya melanggar hukum agama termasuk membuat ramalan mengenai berapa jumlah anak yang akan diperoleh di dalam hidup.
Katanya, persoalan mengenai seseorang di masa depan adalah hak mutlak Allah SWT dan sebagai manusia, kita tidak boleh membuat sebarang tekaan mengenainya.
“Saya terima aduan daripada ibu bapa yang bimbang kerana ada anak mula bertanyakan mengenai jumlah ahli keluarga.
“Bila diteliti, mereka memaklumkan ada laman web menyediakan ramalan mengenai diri, keluarga dan apa saja. Ada yang percaya ramalan itu akan berlaku dalam hidup mereka. Ini yang perlu kita lihat semula,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini, terdapat lebih 100 kuiz mengenai kehidupan yang menjadi trending dalam laman web berkenaan dan orang ramai boleh membuat soalan untuk dikongsi dengan netizen lain.
Katanya, biarpun pengendali turut memaklumkan bahawa ia diwujudkan untuk suka-suka dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya ia digunakan untuk tujuan lain, namun ia berisiko menjejaskan akidah dan pegangan sebagai seorang Islam.
“Mana boleh teka apa kita akan jadi pada masa depan. Kemudian ia akan dikongsi di dalam Facebook dan mengundang fitnah.
“Di dalam Islam, kita dituntut untuk mencegah. Ada banyak lagi saluran untuk bersuka-suka, bukan dengan permainan yang menggugat akidah. Jadi, hentikanlah.
“Setakat ini kita masih meneliti sama ada ia diwujudkan secara terancang untuk menyentuh sensitiviti umat Islam atau ada agenda lain, tetapi pada saya, walau apapun alasannya, ia tidak wajar,” katanya.
Artikel Oleh : Harian Metro
APLIKASI BOLEH JEJAS AKIDAH UMAT ISLAM

4333) NAK BAGI OFFER, BAGI PADA SEMUA BARU ADIL - MALAYSIA KINI - 25/1/18



Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menolak penjelasan syarikat kereta pertama negara PROTON yang menawarkan diskaun khas 10 peratus kepada Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia.


“Kalau nak bagi tawaran, bagi pada semualah barulah ada keadilan. Jadi kalau bagi kumpulan tertentu nanti orang lain ambil kesempatan.

“Kalau orang Cina, kalau dia kata keturunan mana-mana pun, tak ada dalam kad pengenalan, macam mana nak buktikan keturunan.
“PROTON beri tawaran tanpa perkiraan yang wajar, sekarang tak berapa kena.

“Kajian lebih perlu diberikan kepada tawaran-tawaran yang dibuat sebab 10 peratus itu banyak untuk kurangkan harga kereta.
“Orang lain pasti terkilan kenapa nak bagi tawaran sampai 10 peratus. Kita pun nak juga,” kata ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan.
Sementara itu, PPIM juga akan menyatakan bantahan mereka dalam sidang media khusus minggu depan.

“Kita memang ada cadangan dari banyak kumpulan. Kita nak buat bantahan atas tawaran (PROTON) ini. Mungkin minggu dengan.

“Bantahan kita itu akan dibuat dalam sidang media sebab ramai orang marah,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
Nadzim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PROTON yang memberikan tawaran diskaun 10 peratus kepada anggota Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.
Sebelum ini langkah PROTON turut dibidas keras NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai rasis. MIC pula berkata langkah itu seolah-olah bermain “permainan kasta dan suku” serta satu diskriminasi.
PROTON ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad pada tahun ketiga pentadbiran beliau sebagai perdana menteri pada 1983 bagi memacu industri kereta Malaysia.

Bagaimanapun, kini hampir separuh daripada sahamnya dijual kepada syarikat kereta China, Geely Holdings.

Artikel Oleh : MalaysiaKini
NAK BAGI OFFER, BAGI PADA SEMUA BARU ADIL

4332) MAJLIS BINGKISAN KASEH PERSATUAN ORANG KOTA BAHRU (OKB) - PUTRAJAYA - 27/1/18

Majlis Bingkisan Kaseh Persatuan Orang Kota Bahru (OKB) APM bersama Dato' Azmy Yahya akan diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan YAS. KPj. (PA) Mejar Jeneral (B) Dato’ Azmy Yahya, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang telah banyak berkorban untuk negara serta meraikan bersama anggota Pegawai Kehormat dan Bersekutu POKB APM yang telah diberi tauliah oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).










Friday, January 26, 2018

4331) UNION, NGOS WANT HOTEL ASSOCIATION TO SHOW PROOF OF ‘NO TUDUNG’ SOP – NEW STRAITS TIME – 25/1/18



KUALA LUMPUR: The argument over the “no tudung” policy purportedly in place at several hotels in the country continued today with several unions and non-governmental organisations speaking out against the Malaysian Association of Hotels (MAH).
The Union Network International-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) issued a challenge to MAH to prove that there is a standard operating procedure (SOP) barring Muslim women employees from wearing tudung.
Its president, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, said UNI-MLC had discussed the issue on the rights of workers in wearing tudung at work with the Human Resource Ministry since last year, yet MAH did not cooperate and failed to attend the meetings.
“We had conducted a meeting on Dec 15 last year with the government agencies to settle the issue of discrimination towards Muslim workers by the five star hotels in the country. Previously, MAH had defended its association by stating that there is an SOP which underlines every woman worker is banned from wearing tudung if they work in the hotel industry.
“I deny the idea that workers at the hotel receive offer letters which state a rule that they would not be able to wear tudung at the workplace at the start of employment.
“From the investigations conducted by us, we have identified that there are 28 hotels, mostly five star hotels, that have been practicing the ‘no tudung policy’,” he said.
Shafie said the banning of tudung had disrespected Malaysia as a majority-Muslim country and MAH should publicly release the SOP if it was really there.
“We want proof from MAH that the SOP really exists. I also urge the Human Resource Ministry to hold a meeting within two weeks’ time which MAH should attend… it can present the clear content of the SOP to everyone in the meeting (if such SOP exists).
“If MAH still refuses to do so, we would have no other choice but to lodge a police report and hold a picket at every hotel that is violating the rights of the people,” he said at a joint press conference with various NGOs.
Meanwhile, Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) lead activist Datuk Nadzim Johan said all parties should take action in solidarity and put pressure on hotels which have denied the rights of Muslim hotel workers.
“We as Malaysians have to deal with this issue of discrimination as this is a national issue which at the same time violates human rights. We call on the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) and state religious departments to take back such hotels’ halal certificates in order to pressure them into stopping the discrimination against Muslim women,” he said.
Also present at the press conference session were Malaysian Trades Union Congress financial secretary Mohd Effendy Abdul Ghani, International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education president Dr Rafidah Hanim Mokhtar and Serantau Muslim Welfare Organisation executive committee member for women’s affairs Nurul Suhadah Shuib.
Previously, the banning of headscarf became a dispute between various parties when the issue concerning the no-headscarf uniform policy came to light following a report made by the Malaysian Employers Federation which had received complaints from hotel workers.
MAH was reported to have said that the no tudung policy for hotel frontline staff was an international practice based on SOP.

Artikel Oleh : News Strait Time
UNION, NGOS WANT HOTEL ASSOCIATION TO SHOW PROOF OF ‘NO TUDUNG’ SOP

4330) CABAR LARANG PAKAI TUDUNG – METRO HARIAN – 26/1/18




Kuala Lumpur: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mencabar Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menunjukkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai larangan pemakaian tudung bagi pekerja wanita dalam sektor perhotelan.
Presiden UNI-MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, diskriminasi berkenaan sudah lama dibangkitkan tetapi hotel terutama bertaraf lima bintang masih kekal dengan larangan itu yang kononnya termaktub dalam SOP mereka.
“Kita pernah adakan pertemuan membincangkan hal ini pada Disember lalu, semua agensi terbabit hadir tetapi MAH tidak hadir memberikan penjelasan, nampaknya sampai ke hari ini mereka tetap dengan pendirian melarang pemakaian tudung itu.
“Daripada kajian yang dilakukan, kita dapati 28 hotel bertaraf lima bintang masih kekal dengan pendirian itu dan kita tak tahu apa motif dalaman mereka, malah setiap pekerja hanya diberikan surat tawaran berkaitan bidang kerja dan gaji tanpa menyebut langsung pasal larangan memakai tudung ketika bertugas.
“Jadi jika benar ada SOP, saya mencabar MAH tunjukkan SOP itu dan saya juga meminta Kementerian Sumber Manusia untuk mengadakan pertemuan bersama agensi terbabit dan MAH untuk menyelesaikan isu ini dalam tempoh dua minggu kerana tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengamalkan kebebasan beragama di negara ini,” katanya pada sidang media solidariti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu berkenaan di sebuah hotel di ibu negara, semalam.
Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MUTC) Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar serta Exco Hal Ehwal Wanita Persatuan Kebajikan Serantau Muslim Nurul Shuhadah Shuib.
Menurut Mohamed Shafie, jika tiada kerjasama daripada pihak terbabit dalam menyelesaikan isu itu, pihaknya bersama rakan NGO lain akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis dan mengadakan piket serta mengedarkan senarai nama hotel terbabit.
Sementara itu, Rafidah Hanim berkata, WAFIQ menerima lebih 20 aduan larangan pemakaian tudung daripada pekerja hotel wanita bukan saja bekerja di barisan depan kaunter malah dalam pelbagai bahagian di sektor perhotelan dan mengharapkan kerajaan bertindak tegas serta memelihara maruah anak watan yang bekerja dengan entiti antarabangsa yang gagal menghormati perlembagaan.
“Pekerja hotel ini berkhidmat antara tiga hingga 27 tahun masih dinafikan hak untuk memakai tudung. Selain itu, kita juga menerima aduan wanita yang memohon latihan industri dalam sektor ini yang menerima nasib sama.
“Saya sebagai doktor perubatan apabila menemuramah mereka merasakan tekanan mental yang dihadapi wanita ini yang kecewa apabila hak dinafikan dan bekerja dalam keadaan tertekan.
“Saya juga rasa ada satu dikriminasi di sini, apabila sekitar bulan Julai dan Ogos banyak hotel mengalu-alukan kedatangan pelancong Timur Tengah yang kebanyakannya bertudung untuk mendatangkan keuntungan kepada hotel tetapi pada masa sama tidak membenarkan pekerja memakai tudung,” katanya.

Artikel Oleh :  Metro
CABAR LARANG PAKAI TUDUNG

4329) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA JANGAN BERDIAM ISU LARANGAN BERTUDUNG – MALAYSIA GAZETTE – 25/1/18


KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia diminta tidak mengambil pendekatan ‘peluk tubuh’ sahaja berhubung isu larangan pemakaian tudung dalam kalangan pekerja hotel yang hangat diperkatakan sejak tahun lalu.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabanga Malaysia (Uni-MLC) Datuk Mohamed Shafie Mammal berkata, sikap membisu kementerian itu seolah-olah mencari jalan selamat tanpa satu penyelesaian.
Lantaran itu, Uni-MLC menggesa Kementerian Sumber Manusia mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa dua minggu ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
“Kementerian tidak boleh terus senyap dan hanya bercakap di surat khabar sahaja. Jumpa kita buat mesyuarat tergempar dan jangan hantar orang bawahan, menteri sendiri kena jumpa kita,” katanya.
Terdahulu Mohamed Shafie bersama-sama beberapa badan bukan kerajaan mengadakan sidang media untuk memastikan isu larangan pemakaian tudung pekerja-pekerja hotel tidak lenyap begitu sahaja.
Antara yang hadir ialah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, wakil dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Affendy Abdul Gani, Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAQIF) Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Exco Hal Ehwal Wanita Persatuan Kebajikan Serantau Muslim Nurul Syuhadah Shuib.
Beliau turut mendesak kementerian tersebut menyerbu hotel yang menguatkuasakan larangan itu sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP).
“Kementerian perlu serbu (hotel) jangan mengambil langkah selamat kerana ia hanya membangkitkan sentimen kemarahan orang ramai,” jelasnya.
Tambah Mohamed, menteri-menteri besar dan mufti di seluruh negara juga perlu memberi amaran keras terhadap hotel-hotel yang menindas pekerja-pekerja wanita Muslim.
“Menteri besar ni kita minta campur tangan juga, mereka pun berkuasa. Jangan diam,” tambahnya.
Nadzim dalam pada itu memberi amaran untuk melakukan demonstrasi di semua hotel yang mendakwa larangan itu adalah sebahagian daripada SOP yang disifatkan sebagai tidak wajar.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu berganding bahu bersama-sama dalam bantahan ini dengan menarik semula sijil halal hotel terlibat.
“Kita nak anjurkan piket dan paling jelas kita mahu Jakim tarik sijil halal mana-mana hotel kurang ajar,” ujar beliau sambil mengajak semua pihak boikot hotel yang menindas para pekerjanya.
Sementara itu, Nurul Syuhadah pula mencadangkan melakukan pindaan Akta Kerja 1995 yang bakal etika berpakaian orang Muslim dalam Perlembagaan Persekutuan. –

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA JANGAN BISU ISU LARANGAN BERTUDUNG

4328) PERSATUAN HOTEL MALAYSIA MINTA TUNJUK SOP – BERITA HARIAN – 25/1/18



Kuala Lumpur: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mencabar Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) yang didakwa bertaraf global bagi melarang pekerja wanita bertudung bekerja di hotel.
Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, berkata sehingga kini MAH masih gagal menunjukkan SOP berkenaan yang menyebabkan diskriminasi kepada wanita bertudung untuk bekerja masih berlarutan.
Katanya, sehingga kini sebanyak 28 hotel bertaraf lima bintang dikenal pasti melarang kakitangan wanita memakai tudung dan ini seolah-olah bertentangan Perlembagaan Persekutuan yang mengamalkan kebebasan beragama dan menghormati agama lain.
“Kita tidak tahu motif sebenar peraturan itu ditetapkan di setiap hotel yang terbabit. Justeru, selagi tiada SOP ditunjukkan, kita menyeru pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menarik lesen hotel yang melarang pekerja wanita bertudung.
“Kedegilan pihak MAH bekerjasama dalam perkara ini membuatkan kami sebagai badan bukan kerajaan (NGO) tidak teragak-agak berpiket di depan hotel mereka, menyebarkan nama hotel atau membuat laporan polis,” katanya pada sidang media larangan pemakaian tudung bagi wanita yang beragama Islam bekerja di hotel, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Exco Hal Ehwal Wanita, Persatuan Kebajikan Serantau Muslim, Nurul Shuhadah Shuib dan Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani.
Mohamed Shafie berkata, beliau turut kesal dengan tindakan sambil lewa dilakukan Kementerian Sumber Manusia (KSM) terhadap isu ini yang dilihat seolah-olah memihak kepada pihak hotel.
“Ini bukan isu baharu, jadi kita berharap dalam tempoh masa terdekat ini, KSM akan memanggil semua pihak terbabit bermesyuarat dan melihat apakah penyelesaian yang boleh dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Dr Rafidah Hanim berkata, pihaknya mendapat lebih 20 aduan daripada pekerja hotel yang dinafikan hak memakai tudung biarpun sudah hampir 27 tahun bekerja.
“Kami juga mendapat aduan daripada pelajar yang ingin menjalankan latihan industri tidak diterima atas alasan sama, walhal di universiti sudah banyak kursus menawarkan bidang hospitaliti dan kulinari.
“Situasi ini boleh menyebabkan masalah mental kerana perasaan kecewa menguasai diri individu berkenaan, tertekan dan rasa seperti tidak dihargai. Persoalannya adakah rambut lebih penting daripada kemahiran mereka,” katanya.

Artikel Oleh : Berita Harian
PERSATUAN HOTEL MALAYSIA DICABAR TUNJUK SOP

4327) SELESAIKAN SEGERA ISU TUDUNG – UTUSAN MALAYSIA – 26/1/18





KUALA LUMPUR 25 Jan. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kesatuan sekerja berpe­ngaruh di negara ini memberi kata dua kepada Kementerian Sumber Manusia supaya menyelesaikan segera isu larangan pekerja Islam bertudung di sektor perhotelan tanpa perlu menunggu sehingga Akta Kerja 1955 dipinda.
Menyifatkan proses perunda­ngan bakal mengambil masa panjang, pertubuhan terbabit diketuai Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mahu kementerian terlibat mengarahkan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) membatalkan serta-merta lara­ngan yang jelas bertentangan Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Presiden ­UNI-MLC, Datuk Mohammed Shafie BP Mammal berkata, lima pertubuhan ini termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sumber Manusia untuk menga­turkan pertemuan bersama dengan MAH untuk cari jalan keluar segera kepada isu ini.
Katanya, apa yang dimahukan adalah jelas iaitu larangan ini mesti ditarik balik dan pekerja Islam di semua hotel antarabangsa atau tempatan dibenarkan memakai tudung seperti mana yang dijamin hak mereka dalam Perlembagaan.
“Kami mendesak tindakan segera, sebab kalau tunggu Akta Pekerjaan 1955 dipinda, ia akan melibatkan beberapa perkara lain seperti waktu solat bagi pekerja, penyediaan surau di tempat kerja dan lain-lain. Jadi ia akan mengambil masa lama.
“Justeru, tindakan lebih tegas dan cepat dituntut sebab isu ini bukan perkara baharu dan masyarakat tertanya-tanya me­ngenai langkah yang diambil kerajaan. Jika tidak, kami akan ambil tindakan susulan lain termasuk membuat laporan polis dan ‘menyerbu’ hotel terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; Setiausaha Kewangan MTUC, Mohd. Effendy Abdul Ghani; Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti Wafiq, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dan Exco Hal Ehwal Wanita Persatuan Kebajikan Serantau Muslim, Nurul Suhadah Shuib.
Dalam masa sama, Mohammed Shafie berkata, pihaknya juga mencabar MAH supaya membuktikan wujudnya prosedur operasi standard (SOP) pekerja wanita di barisan hadapan dalam sektor perhotelan yang melarang mereka memakai tudung seperti didakwa.
“Jika benar SOP itu wujud, adakah ia boleh mengatasi Perlembagaan? Kementerian Sumber Manusia perlu bertindak ke atas hotel-hotel tersebut kerana mereka mencabar Perlembagaan negara selain mewujudkan sentimen kemarahan,” katanya.
Sementara itu, Nadzim menyifatkan 87 hotel bertaraf empat dan lima bintang yang kononnya mempunyai SOP tersebut sebagai kurang ajar dan tidak mempunyai etika, sekali gus menggesa seluruh masyarakat supaya memboikot kesemua hotel tersebut.
“Sekiranya tiada tindakan dalam tempoh terdekat, kami merancang untuk membuat piket bagi membantah SOP tersebut selain mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pihak berkaitan supaya menarik balik sijil halal yang dikeluarkan kepada hotel yang terlibat.
“Kita hendak tengok sejauh mana pengusaha hotel-hotel ini bertahan. Mereka ambil sijil halal tapi menekan hak asasi pekerja. Sepatutnya kalau larang pekerja wanita memakai tudung, pelanggan yang memakai tudung pun perlu dihalang daripada makan di situ,” katanya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
SELESAIKAN SEGERA ISU TUDUNG

Wednesday, January 24, 2018

4326) KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KE AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) - 23/1/18

Kunjungan hormat oleh Ketua Aktivis PPIM, Toqqi bersama beberapa Aktivis PPIM ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar lokasi Kajang pada 23 Januari 2018.
Turut disertai oleh beberapa pegawai AADK. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)






PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...