Saturday, January 6, 2018

4293) PTPTN SIASAT DAKWAAN KOLEJ KENAKAN CAJ TERSEMBUNYI – HARIAN METRO – 5/1/18



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyiasat dakwaan seorang bekas pelajar kolej di utara tanah air bahawa kolejnya mengenakan caj tersembunyi dalam yuran ke atas peminjam PTPTN.
PTPTN berkata, pihaknya menyiasat perkara ini.
“Kami mohon pihak berkenaan hadir ke pejabat PTPTN untuk berbincang dan memberi maklumat lanjut,” kata wakil PTPTN.
Terdahulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu sidang akhbar berkenaan dakwaan penipuan kolej swasta yang mengenakan lebihan caj ke atas pelajar dan menjanjikan mereka peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
Bekas pelajar kolej itu mendakwa dia menanggung hutang RM70,000 apabila jaminan diberikan kolej untuk mendapat pekerjaan palsu.
“Pinjaman untuk program diploma dan ijazah RM70,000. Setiap semester saya seharusnya mendapat RM8,000 dan selepas yuran pengajian ditolak, saya seharusnya mendapat baki RM4,000.
“Tetapi, pihak kolej saya mengenakan caj berlebihan atas alasan urusan pentadbiran,” dakwanya pada sidang media di pejabat PPIM di sini, semalam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi memantau institusi pendidikan swasta bagi mengelakkan pelajar menjadi mangsa penipuan.
Artikel Oleh : HARIAN METRO

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...