Showing posts with label IPTS. Show all posts
Showing posts with label IPTS. Show all posts
Saturday, January 6, 2018
4293) PTPTN SIASAT DAKWAAN KOLEJ KENAKAN CAJ TERSEMBUNYI – HARIAN METRO – 5/1/18
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyiasat dakwaan seorang bekas pelajar kolej di utara tanah air bahawa kolejnya mengenakan caj tersembunyi dalam yuran ke atas peminjam PTPTN.
PTPTN berkata, pihaknya menyiasat perkara ini.
“Kami mohon pihak berkenaan hadir ke pejabat PTPTN untuk berbincang dan memberi maklumat lanjut,” kata wakil PTPTN.
Terdahulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu sidang akhbar berkenaan dakwaan penipuan kolej swasta yang mengenakan lebihan caj ke atas pelajar dan menjanjikan mereka peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
Bekas pelajar kolej itu mendakwa dia menanggung hutang RM70,000 apabila jaminan diberikan kolej untuk mendapat pekerjaan palsu.
“Pinjaman untuk program diploma dan ijazah RM70,000. Setiap semester saya seharusnya mendapat RM8,000 dan selepas yuran pengajian ditolak, saya seharusnya mendapat baki RM4,000.
“Tetapi, pihak kolej saya mengenakan caj berlebihan atas alasan urusan pentadbiran,” dakwanya pada sidang media di pejabat PPIM di sini, semalam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi memantau institusi pendidikan swasta bagi mengelakkan pelajar menjadi mangsa penipuan.
Artikel Oleh : HARIAN METRO
4292) PTPTN KERJASAMA DENGAN KPT DALAM ISU IPTS TIDAK TELUS – ASTRO AWANI – 5/1/18
KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu lebih telus dan tidak menyeleweng dalam menguruskan pinjaman pelajar mereka sendiri.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang diperuntukkan jika menerima laporan rasmi berkaitan kes penyelewengan.
“Secara rasmi, PTPTN tidak menerima aduan daripada pelajar berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media mengenai isu IPTS perdaya pelajar.
“Namun demikian, kita pandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan bidang kuasa mengikut akta dan peraturan yang kita ada.
“Bagi PTPTN, sewajarnyalah IPTS mesti lebih telus dalam menguruskan perihal pelajar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendakwa ada IPTS memperdaya pelajar dan menyeleweng pinjaman PTPTN yang mereka uruskan.
PPIM turut mendedahkan seorang pelajar perempuan terpaksa menanggung bebanan hutang hampir RM70,000 gara-gara pemotongan bayaran berasingan yang ditolak melalui pinjaman PTPTN bagi setiap semester oleh pihak kolej.
Dalam pada itu Shamsul berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan IPTS dan pelajar berkenaan mengenai isu yang dinyatakan dalam tempoh terdekat.
“PTPTN akan meneliti perkara ini bagi memastikan pelajar yang menerima pembiayaan mendapat pembelaan.
“Jika terbukti dan ada beberapa perkara yang berlaku itu di bawah bidang kuasa PTPTN, kita akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang ada.
“Jika ia di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) maka kita akan berbincang dengan mereka agar perkara ini diselesaikan,” katanya.
Katanya, ia akan dilakukan sebaik sahaja pihaknya memperoleh maklumat lengkap mengenainya.
Nadzim pada sidang medianya turut meminta supaya KPT bersama PTPTN memantau operasi IPTS.
Tegasnya, mereka tidak mahu sesiapa mengambil kesempatan, terutama dalam isu pendidikan yang dianggap amat sensitif kepada masyarakat.
Artikel Oleh : Astro Awani
PTPTN KERJASAMA DENGAN KPT DALAM ISU IPTS TIDAK TELUS
4291) IPTS ‘CEKIK DARAH’ AKAN DISIASAT PTPTN – MALAYSIA GAZETTE – 5/1/18
KUALA LUMPUR – Selepas pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanahair didakwa ‘cekik darah’ Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari akan menyiasatnya.
Menurut laporan Bernama, PTPTN turut memanggil pengadu, Noraini Muslim, 26 untuk datang ke ibu pejabat badan pinjaman itu dan memberikan maklumat lanjut mengenai dakwaan beliau.
“Kami mohon pihak yang berkenaan yang berkenaan untuk hadir ke pejabat PTPTN untuk berbincang dan memberi maklumat lanjut,” kata wakil PTPTN memetik laporan Bernama.
Malaysia Gazette sebelum ini melaporkan ada sebuah IPTS di Kedah yang memotong pinjaman pelajarnya sehingga RM500 bagi satu semester dengan alasan kos pentadbiran yang terpaksa dibiayai oleh mangsa.
Graduan Perbankan Islam dan Kewangan itu turut berkata janji IPTS untuk memberikan pekerjaan yang lumayan juga gagal dipenuhi selepas beliau menamatkan pengajian dua tahun lalu.
“Pinjaman untuk program ijazah dan diploma saya RM70,000. Satu semester saya dapat RM8,000 dan jumlah yuran pengajian saya dalam lingkungan lebih RM3,000.
“Sepatutnya saya dapat RM4,500 tapi setiap semester, pihak kolej akan tolak RM500 atas alasan kos pentadbiran. Saya tidak tahu kenapa pihak kolej buat begitu, sepatunya tidak ada tolak lagi sebab kita pinjam daripada PTPTN,” katanya dalam sidang media selepas mengadu hal berkenaan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) awal hari ini.
Malah Noraini turut berkata bantuan elaun zakat pemberian kerajaan negeri Kedah yang sepatutnya diterima RM400 setahun sepanjang enam tahun pengajiannya juga turut dipotong sehingga separuh dengan alasan terdapat tunggakan yuran masih belum dijelaskan. -MalaysiaGazette.
Artikel Oleh : MALAYSIA GAZATTE
IPTS ‘CEKIK DARAH’ AKAN DISIASAT PTPTN
4290) PTPTN SIASAT DAKWAAN KOLEJ CAJ BAYARAN TERSEMBUNYI – PORTAL ISLAM & MELAYU – 5/1/18
KUALA LUMPUR, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyiasat dakwaan seorang bekas pelajar kolej di utara tanah air bahawa kolejnya telah mengenakan caj tersembunyi dalam yuran ke atas peminjam PTPTN.
PTPTN ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan menyiasat perkara ini.
“Kami mohon pihak yang berkenaan yang berkenaan untuk hadir ke pejabat PTPTN untuk berbincang dan memberi maklumat lanjut,” kata wakil PTPTN.
Terdahulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang akhbar berkenaan dakwaan penipuan kolej swasta yang mengenakan lebihan caj ke atas pelajar dan menjanjikan mereka peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.
Bekas pelajar kolej itu mendakwa selepas menamatkan pengajian diploma dan ijazah dalam bidang Perbankan Islam dan Kewangan, dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM70,000 apabila jaminan yang diberikan pihak kolej untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian turut palsu.
“Pinjaman untuk program diploma dan ijazah saya RM70,000. Setiap semester saya seharusnya mendapat RM8,000 dan setelah yuran pengajian ditolak, saya seharusnya mendapat baki kira-kira RM4,000.
“Tetapi, pihak kolej saya mengenakan caj berlebihan atas alasan urusan pentadbiran dan sebagainya,” dakwanya ketika sidang media di pejabat PPIM di sini, hari ini.
Katanya, dia yang membuat pinjaman penuh untuk menampung pendidikannya terpaksa mengganggur selama enam bulan dan akhirnya menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk mendapatkan pekerjaan.
Sementara itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memantau semua institusi pendidikan swasta bagi mengelakkan pelajar menjadi mangsa penipuan.
“Kami juga menyeru PTPTN untuk menjalankan siasatan ke atas dana pendidikan yang disalurkan supaya pelajar tidak terbeban dengan hutang selepas tamat pengajian dan tiada pekerjaan,” katanya. -Bernama
Artikel Oleh : BERNAMA
PTPTN SIASAT DAKWAAN KOLEJ CAJ BAYARAN TERSEMBUNYI
4285) GRADUAN TANGGUNG HUTANG RM70,000 – SINAR ONLINE – 5/1/2018
KUALA LUMPUR – Dijanjikan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah, itu antara modus operandi sebuah kolej swasta di utara semenanjung bagi menarik lebih ramai melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu.
Namun, ia hanya tinggal janji apabila graduan IPTS itu terpaksa menanggung hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM70,000.
Bekas pelajar kolej berkenaan, Noraini Muslim, 26, mendakwa, pihak pengurusan kolej menolak sejumlah yuran pembiayaan pengajian bagi setiap semester, dengan alasan kos pentadbiran antara kolej dan PTPTN.
“Pinjaman untuk program ijazah dan diploma saya berjumlah RM70,000. Satu semester saya dapat RM8,000 dan jumlah yuran pengajian kira-kira RM3,000, sepatutnya saya dapat RM4,500.
“Tapi setiap semester, pihak kolej akan tolak RM500 atas alasan kos pentadbiran. Saya tidak tahu kenapa pihak kolej buat begitu, sepatutnya tidak ada tolak lagi sebab kita pinjam PTPTN,” katanya pada sidang media selepas membawa perkara tersebut kepada pengetahuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.
Menurutnya, perkara itu berterusan sehingga dia tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Kewangan, dua tahun lalu.
“Saya rujuk PPIM, mereka kata tidak perlu caj lagi sebab itu pinjaman dengan PTPTN, bukannya dengan pihak kolej,” katanya.
Noraini berkata, lebih mengejutkan bantuan zakat sebanyak RM400 yang diterima setiap tahun turut dipotong.
“Pelik apabila pihak kolej tolak bantuan itu sebanyak 50 peratus. Itu duit saya.
“Pihak kolej beri alasan ada yuran tunggakan dalam penyata bayaran saya. Macam mana boleh ada tunggakan yuran lagi, sedangkan wujud lebihan wang pembiayaan PTPTN daripada potongan yuran pengajian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan PTPTN memantau IPTS yang memberi janji palsu serta mengambil wang pelajar secara halus.
“Ada sesetengah kolej menggalakkan pelajar ambil kursus yang kurang permintaan kerja kerana mahukan keuntungan semata-mata,” katanya.
“Sepatutnya pihak kolej itu telus dan jelas mengenai yuran atau bayaran yang melibatkan wang pelajar. Kita tak nak orang ambil kesempatan terhadap pendidikan kerana ia isu sensitif,” katanya.
Artikel Oleh : Sinar Harian
GRADUAN TANGGUNG HUTANG RM70,000
4283) TINDAKAN IKUT AKTA 555 JIKA PERDAYA PELAJAR – BH ONLINE – 4/1/2018
TELUK INTAN: Mana-mana kolej swasta yang dikesan cuba memperdaya pelajar untuk mendapatkan keuntungan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata semua kolej swasta tertakluk kepada akta berkenaan dan akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati melakukan perkara yang mengelirukan, menganiaya atau memperdaya pelajar mereka.
“Kita juga ada Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) untuk mengkaji status dan kedudukan sesuatu kolej swasta.
“Ia juga bagi memastikan kolej sedia ada adalah tulen dan melakukan tugas (memberi pendidikan) sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan projek fasa dua kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, bahawa pihaknya menerima lebih 30 aduan membabitkan dakwaan penipuan oleh kolej swasta berkaitan dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), termasuk potongan yuran lebih tinggi.
Pada sidang medianya hari ini, Nadzim dilaporkan berkata, PTPTN perlu memantau kolej swasta yang menawarkan kursus dengan tawaran pinjaman daripada tabung itu bagi mengelak kes penipuan wang pembiayaan pelajar sehingga menyebabkan ramai teraniaya.
Idris berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang maklumat terperinci berhubung kes berkenaan.
“Kita akan lihat secara keseluruhan dan mengkaji tuduhan yang dibuat itu,” katanya.
Artikel Oleh : UTUSAN MALAYSIA
Friday, January 5, 2018
4282) BEKAS PELAJAR DAKWA KOLEJ POTONG BANTUAN PTPTN, ZAKAT TANPA SEBAB – BH ONLINE – 4/1/2018

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar sebuah kolej swasta milik Kerajaan Kedah terkejut apabila mendapati sejumlah pinjaman pengajiannya yang diterima daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dipotong pengurusan kolej itu tanpa pengetahuannya.
Noraini Muslim, 26, berkata sebanyak RM200 hingga RM500 daripada pinjaman PTPTN diambil pihak kolej berkenaan pada setiap semester selama enam tahun tanpa mengemukakan sebarang perincian berhubung perkara itu.
Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, elaun zakat yang sepatutnya diterima RM400 setahun sepanjang enam tahun pengajiannya juga turut dipotong sehingga separuh dengan alasan terdapat tunggakan yuran masih belum dijelaskan.
Katanya, beliau terkejut bagaimana boleh wujud tunggakan sedangkan yuran sudah dibayar secara potongan terus pinjaman PTPTN yang diterima setiap semester oleh pihak kolej.
“Saya menerima pinjaman PTPTN berjumlah RM8,000 setiap semester tetapi daripada jumlah itu, yuran pengajian sebanyak RM3,000 hingga RM3,500 sudah dipotong secara terus.
“Jadi, sepatutnya saya menerima baki bayaran untuk sara diri sebanyak RM4,500 hingga RM5,000 setiap semester.
“Bagaimanapun, saya terkejut terdapat potongan ‘ghaib’ sebanyak RM200 hingga RM500 bagi setiap semester selama enam tahun yang menyebabkan saya tidak menerima baki sepatutnya, malah pihak kolej gagal memberikan butiran terperinci kenapa potongan itu dilakukan,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Sekretariat Latihan dan Pendidikan PPIM, Juliana Sawarin.
Noraini yang menyambung pengajian di kolej berkenaan bagi diploma dan Ijazah Perbankan Islam Dan Kewangan pada tahun 2010 hingga 2016 berkata, beliau sepatutnya menerima pinjaman keseluruhan PTPTN berjumlah RM70,000.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya sudah menerima 30 aduan berkenaan isu pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) diperdaya pusat pengajian mereka dengan bayaran tersembunyi dikenakan.
Katanya, ada pelajar dibuang kolej apabila mempersoalkan mengenai pemotongan bayaran PTPTN yang mencurigakan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Pendidikan mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau sebarang kelemahan prosedur pusat pengajian tinggi yang mengkhianati agenda pendidikan negara.
“Jawatankuasa khas itu juga perlu menyelaraskan caj bayaran pengajian yang tetap bagi mengelak pelajar diperdaya, dipergunakan dan dianiaya.
“Bayaran zakat pula tidak sepatutnya dipotong kerana ia amanah kepada asnaf yang sudah memenuhi kriteria penerima.
“Orang ramai diminta tampil memberi maklumat jika terdapat kes sama berlaku khususnya pelajar dari luar bandar yang banyak diperdaya wakil kolej swasta,” katanya.
Artikel Oleh : Berita Harian
4281) IPTS PERLU TELUS URUS PINJAMAN PELAJAR – PTPTN – BH ONLINE – 4/1/2018

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu institut pengajian tinggi swasta (IPTS) lebih telus dalam menguruskan pinjaman pelajarnya.
Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata walaupun belum menerima aduan rasmi daripada pelajar yang mendakwa IPTS menyeleweng pinjaman PTPTN, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang diperuntukkan.
“Secara rasmi PTPTN tidak menerima aduan daripada pelajar berkaitan isu yang dibangkitkan oleh PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dalam sidang media mengenai isu IPTS perdaya pelajar.
“Namun demikian kita pandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan bidang kuasa mengikut akta dan peraturan yang kita ada.
“Bagi PTPTN, sewajarnyalah IPTS mesti lebih telus dalam menguruskan perihal pelajar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pada sidang media hari ini, mendakwa ada IPTS memperdaya pelajar dan menyeleweng pinjaman PTPTN yang mereka uruskan.
Pada sidang media itu, PPIM mendedahkan seorang pelajar perempuan terpaksa menanggung bebanan hutang hampir RM70,000.00 gara-gara pemotongan bayaran ‘ghaib’ berasingan yang ditolak melalui pinjaman PTPTN bagi setiap semester oleh pihak kolej.
Shamsul Anuar berkata, PTPTN akan mengadakan perbincangan dengan IPTS dan pelajar berkenaan mengenai isu yang dinyatakan dalam tempoh terdekat selepas memperoleh maklumat lengkap mengenainya.
Katanya, PTPTN akan meneliti perkara ini bagi memastikan pelajar yang menerima pembiayaan mendapat pembelaan.
“Jika terbukti dan ada beberapa perkara yang berlaku itu di bawah bidang kuasa PTPTN, kita akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang ada.
“Jika ia di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) maka kita akan berbincang dengan mereka agar perkara ini diselesaikan,” katanya.
Artikel Oleh : Berita Harian
IPTS PERLU TELUS URUS PINJAMAN PELAJAR
Thursday, January 4, 2018
4280) TINDAKAN TEGAS IPTS LANGGAR AKTA 555 – UTUSAN ONLINE – 4/1/18
TELUK INTAN 4 Jan. – Kementerian Pendidikan Tinggi akan bertindak tegas terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini yang melanggar peraturan di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555).
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, antaranya mengenakan yuran terselindung, enggan membayar semula baki yuran daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain aduan graduan ditipu dengan janji manis dan tawaran yang menarik dari sebuah IPTS.
Menurutnya, pendedahan Persatuan Pengguan Islam Malaysia (PPIM) mengenai tindakan IPTS yang didakwa melakukan pelbagai tindakan melanggar peraturan Akta 355 akan disiasat.
“Saya akan lihat secara keseluruhan dakwaan itu. Sebenarnya kita ada Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) untuk mengkaji status dan kedudukan kolej.
“Ini untuk pastikan kolej yang ada di negara adalah kolej yang tulen yang jalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dan jika tidak ikut peraturan, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Projek Fasa 2 bagi pembinaan kampus Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Teluk Intan di sini hari. – UTUSAN ONLINE
Artikel Oleh : UTUSAN MALAYSIA
TINDAKAN TEGAS IPTS LANGGAR AKTA 555
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(178)
-
▼
May
(6)
- AKTIVITI | SESI PERBICANGAN STRATEGIK BERSAMA MANT...
- AKTIVITI | SESI KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT S...
- PODCAST PPIM - FESTIVAL HUJAN MAKSIAT?? - PPIM - 0...
- BERSAMA HENTIKAN BULI | ANTI BULLY CENTRE (ABC) - ...
- ADUAN | BAYAR LEBIH RM100,000, MASIH DITUNTUT: PPI...
- AKTIVITI | TINJAUAN PENGANJURAN RAIN AND RAVE: TID...
-
▼
May
(6)










