KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan polis terhadap aktivis dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, laporan polis tersebut akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
Menurutnya, tindakan segelintir peserta perhimpunan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu mempamerkan sepanduk menggalakkan gaya hidup songsang seolah-olah mencabar sensitiviti masyarakat Islam.
‘Ini kerana sepanduk dibawa mereka mempamerkan hubungan sejenis sesama wanita itu ditunjukkan di khalayak ramai seolah-olah ingin mempromosikan gaya hidup songsang.
“Rakyat Malaysia perlu faham bahawa kita berada di sini dan tertakluk kepada Perlembagaan negara dan tidak sepatutnya kita hanya berdiam diri,” katanya dalam sidang akhbar Siapa dalang perhimpunan LGBTSementara itu, Pengerusi Pers di Malaysia, di Ibu pejabat PPIM hari ini.
Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan mendakwa, sehingga kini masih tiada suara desakan atau bantahan daripada kementerian berkaitan ketika perlembagaan negara dan agama Malaysia dihina.
Katanya, perhimpunan yang berlangsung berhampiran kompleks Sogo itu seolah-olah mencabar sensitiviti masyarakat Islam apabila sepanduk yang mempamer hubungan sejenis sesama wanita itu ditunjukkan di khalayak ramai seolah-olah ingin mempromosikan gaya hidup songsang.
“Di manakah peranan dan suara Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)?
“Mengapa tiada tindakan tegas atau kenyataan rasmi dikeluarkan bagi menegur perbuatan yang jelas menghina perlembagaan negara dan menyalahi nilai agama Islam ini?
“Tindakan segelintir peserta perhimpunan itu bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah berpotensi menjejaskan sensitiviti masyarakat Islam secara keseluruhan,” katanya.
Tambah Bibi Sunita, ironinya, perarakan itu diadakan atas nama sambutan Hari Wanita Antarabangsa, yang sepatutnya memperjuangkan maruah dan kesejahteraan wanita, bukannya mencetuskan kontroversi.
Katanya, pihak polis sepatutnya membuat semakan terhadap sepanduk yang dibawa ke perhimpunan berkenaan.
“Sepanduk itu jelas menghina ayat al-Quran, namun tiada tindakan segera diambil untuk menegur perbuatan tersebut.
“Perbuatan menterjemah dan menafsir sendiri ajaran agama demi memperjuangkan sesuatu yang jelas salah adalah tidak wajar dan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat,” katanya. – UTUSAN
Artikel oleh: Utusan Malaysia
PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA PROMOSI LGBT
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur himpunan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu di sebuah kompleks beli-belah di sini yang didakwa menghina Islam apabila poster dalam acara itu dikatakan mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Himpunan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak wanita termasuk sebuah parti politik berarak bersama lebih 150 orang peserta hadir dengan memakai pakaian hitam sebagai simbol solidariti terhadap isu hak wanita dan keadilan sosial.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata hingga kini tiada ulasan berkenaan segelintir gelagat peserta perhimpunan itu.
"Tiada komen dan permohonan maaf daripada penganjur terhadap perhimpunan yang dilaksanakan.
"Pelbagai sepanduk yang dinaikkan berunsur tidak sopan, menghina agama kita dan meletakkan pentafsiran kitab suci al-Quran yang telah disalah tafsirkan dengan sebegitu teruk sekali.
"Ini dilakukan oleh golongan yang menyokong dan mempromosikan LGBT, malah menganggap diri mereka sebagai minoriti di negara ini," katanya dalam sidang media, hari ini.
Nadzim meluahkan rasa kecewa apabila perhimpunan berkenaan dijaga oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun tiada tindakan diambil ketika itu.
Dalam pada itu, Nadzim menyeru supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Institusi Raja Berperlembagaan dan PDRM untuk bertindak serta menjalankan siasatan.
Tambah Nadzim, negara mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang sudah tertakluk di mana perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia.
"Nombor satu adalah apa sahaja aktiviti yang ingin dibuat perlu mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan.
Jadi setiap rakyat kena faham apa yang sudah tertakluk untuk mengekalkan kemakmuran dan keharmonian negara," katanya.
Turut hadir di sidang media Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair dan Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan serta Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia), Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid.
Artikel oleh: Berita Harian
NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT DALAM HIMPUNAN HARI WANITA
KUALA LUMPUR – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hak wanita termasuk sebuah parti politik bakal berdepan laporan polis selepas didakwa menghina agama Islam dan mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam himpunan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, laporan itu akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.
Menurutnya, tindakan memaparkan sepanduk yang didakwa menghina agama Islam serta mempromosikan gaya hidup songsang ketika himpunan di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara itu tidak boleh diterima di negara ini.
“Rakyat Malaysia perlu faham kita hidup di negara ini dan tertakluk kepada Perlembagaan.
“Adakah kita mahu menerima pandangan atau cara hidup tertentu yang bertentangan dengan pegangan masyarakat kita? Perkara-perkara pelik seperti mempromosi LGBT ini tidak sepatutnya diterima,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PPIM di sini hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang didakwa membawa budaya asing ke dalam masyarakat negara ini.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu melihat isu tersebut secara serius kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat tempatan.
“Kenapa ada segelintir pihak membawa budaya asing seperti ini ke dalam masyarakat kita dan ia tidak dianggap sensitif?
“Apabila perkara tidak betul dibenarkan dan perkara betul tidak dibenarkan, ia boleh membawa kepada kerosakan tamadun,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
Kuala Lumpur: Satu laporan polis akan dibuat terhadap beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hak wanita termasuk sebuah parti politik yang didakwa menghina agama Islam dan mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam himpunan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, laporan polis itu akan dibuat dalam masa terdekat agar satu tindakan undang-undang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak yang melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata, tindakan menghina agama Islam serta mempromosi gaya hidup songsang melalui pemaparan sepanduk dibawa semasa himpunan baru-baru ini, tidak boleh diterima di negara ini.
"Rakyat Malaysia kena faham yang kita berada di sini dan tertakluk kepada Perlembagaan negara ini.
"Adakah kita hendak meneruskan pendapat individu atau kumpulan tertentu dalam melaksanakan kehidupan kita hari ini?
"Kalau benda-benda pelik yang lain daripada apa yang berlaku hari-hari (seperti mempromosi LGBT), kita nak terima ke? Kita nak diam sahaja ke? Ini disebabkan kita semua ada pegangan. Yang (tindakan pelik) lain itu sepatutnya tidak boleh diterima," katanya pada sidang medianya bersama beberapa NGO di ibu pejabat PPIM hari ini.
Turut sependapat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia), Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid yang menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan beberapa NGO hak wanita dan sebuah parti politik yang mengambil kesempatan semasa himpunan itu.
Katanya, pihaknya membangkitkan isu itu agar pihak berkuasa mengambil perhatian, sebelum ia menjadi kritikal.
"PPIM dan NGO lain ini prihatin terhadap hal yang boleh merosakkan masyarakat. Atas dasar itu juga kita bangkit dan suarakan hal ini supaya pihak berkuasa ambil cakna.
"Jangan tunggu sampai dah kritikal, baru nak ambil tindakan. Bila sudah tenat, nampak kecoh satu negara, macam-macam tindakan baru diambil," katanya.
Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang membawa budaya asing ke dalam masyarakat negara ini.
"Kita menentang perbuatan sebegini. Peliknya kenapa ada segelintir daripada kita ini tak ramai pun, bawa budaya asing sebegini dalam masyarakat kita dan pihak berkuasa tidak merasakan perkara ini satu yang sensitif.
"Ini perkara yang perlu kita lihat dengan serius. Kenapa dan mengapa? Orang buat kerja tak betul kita benarkan dan orang buat kerja betul kita tak benarkan.
"Apabila perkara terbalik ini berlaku, kita sedang menunggu kehancuran sesebuah tamadun. Barat sudah rosak dan sudah merebak ke negara-negara timur. Sasarannya sekarang ini adalah Malaysia selepas berjaya di negara jiran yang lain," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA HINA ISLAM
Whether or not the offences (against Muslims) are intentionally, or unintentionally, the fact remains that the acts done were, and still are, offensive to Muslims.
ISLAM has been a target of attack from various sides, locally (Malaysia), as well as Internationally. What is happening? Why is this happening? How much more must Muslims tolerate? In the holy month of Ramadhan 1445H (2024), Malaysia faced multiple controversies on this subject matter. Whether or not the offences (against Muslims) are intentionally, or unintentionally, the fact remains that the acts done were, and still are, offensive to Muslims. It does not help ease the tension when the World is witnessing the biggest genocide in human history by Israel when they continuously, and still are, attacking Muslims in their quest to conquer Palestine. To add oil to the fire, the Indian government led by Prime Minister Modi had, and is still demonstrating, cold and aggressive treatments to the Muslims in India. This is madness. Let's just concentrate on Malaysia and see where we are at.
KK Mart had, on 3 April 2024, sought forgiveness from the Malaysian King, Yang Di-Pertuan Agong for the debacle of Allah appearing on socks sold at KK Mart that occurred earlier in March 2024. The Agong may be representing fellow Muslims in Malaysia, but soothing him alone ain't going to sooth the hearts of the 20 million Muslims in Malaysia (excluding Muslim foreigners who work in Malaysia). Why is it that the hearts of the 70% of the citizens of this country (Malaysia), i.e. the majority, did not matter (to KK Mart) initially? Why go ahead with the offence, then apologies later? Was this done intentionally just to create racial tension in the country? To begin with, any Tom, Dick and Harry knows what is offensive and what is not, particularly when it involves Religion, Race and Royalties (the '3R'), the sensitivity guidance as advocated by the Government via the Communication Ministry. KK Mart may have claimed that it was an honest mistake due to its oversight in the inventory management, but it cannot escape punishment, be it penalties by the authorities, or public punishment such as boycotting by Muslims in Malaysia. Action and consequences. That is the deal with anything in life. Even when a Muslim offends religions other than Islam, that particular Muslim must be punished. If there are (offences/offenders against religions other than Islam), please (non-Muslims) go and make police reports, by all means.
Alagappas had, on 26 March 2024, joined the band wagon with KK Mart when their Halal certification was revoked by the Government authorities. Everywhere else in the World, nations are respecting the religious dietary requirements such as Kosher, Halal and Vegetarian for Jews, Muslims and Buddhist/Hindu respectively. It is a well accepted practice. It is a norm. All red meat in Australia that are sold in the super markets go through Halal procedures and declared Halal by the Australian Islamic bodies. Why is it in Malaysia, this respect is taken lightly? The process of assessment and approving Halal certification is thorough and it involves detailed due diligence conduct and requires considerable amount of time to be completed. It is rather shocking that Allagappas managed to regain its Halal certification within a matter of a week or two. Seriously? or rather, 'Not Seriously'. The Halal certification authorities must take things seriously and not play the fool with both, manufacturers as well as the consumers. People are buying these stuff and consuming them. What more where Muslims, 70% of the consumerism in Malaysia, are buying spices from Alagappas for Ramadan breaking of fast cooking? Something is wrong with the Halal certification process. You cannot just revoke and not do proper due diligence before cancelling the revocation. Meanwhile, many Muslim businesses go through very lengthy process to get their own Halal certification.
If the Chinese has their brotherhood via Chinese Chamber of Commerce to ensure that Chinese businesses continue to make money by supporting each other in their community, why do Muslims neglect their 70% consumerism power? The Muslims must possess a special kind of 'Stupidity' to not use this strength that God has given them.
KK Mart competes with Speedmart99 and Alagappas competes with Baba's; all of which, are owned and administered by non-Muslims. Why is it that a country with majority Muslims cannot have a collective effort to buy from Muslim manufacturers or retailers? Wouldn't that be better in ensuring Halal comfort? The thing is, even if Muslims do not express their dissatisfaction vocally to boycott KK Mart and Alagappas, the Muslims themselves are already a huge consumer power to be reckoned with. If the Chinese has their brotherhood via Chinese Chamber of Commerce to ensure that Chinese businesses continue to make money by supporting each other in their community, why do Muslims neglect their 70% consumerism power? The Muslims must possess a special kind of 'Stupidity' to not use this strength that God has given them. Come to think of it, this is quite pathetic. It takes an UMNO Youth Leader to shout like a madman to enforce such God-given strength. If the Muslims, say, the Malay businesses, make a point to maximise material procurement from Muslim suppliers and distribute via Muslim retailers, that 70% consumerism power will manifest itself into a natural statement to non-Muslims that they, must respect Islam. Nothing is impossible. Why do you think there was a bank called Southern Bank in the past prior to the Banking industry consolidation at the turn of the millennium? It is because businessmen from the Southern region of China called Fu Chian, who had established businesses in Malaya (the old name for Malaysia), came together into a brotherhood and created their own capital availability so that they can prosper in the country.
We raise the question again, "How much more must Muslims tolerate?" When Muslims are faced with disrespectful acts, they have the right to voice their concerns. That is not just religious, but also civil liberty. However, when the Muslims raise their concerns, the non-Muslims take advantage to attack the Muslims accusing them of inciting racial disharmony. This is madness. Let me articulate this again. A non-Muslim manufacturer offends Islam or fails Halal requirement. Then Muslims voiced their concerns including the calling for boycott. Then suddenly a non-Muslim steps up and starts accusing the Muslim of racial disharmony? We shall repeat again, "If there are offences/offenders against religions other than Islam, can the non-Muslims please go and make police reports, by all means". This paragraph is inspired by a disturbing video that has gone viral in the social media where a non-Muslim lawyer of Indian ethnicity had attacked the UMNO Youth. He then claims that religions other than Islam were attacked numerous times in the past. So, if indeed the so called religion was attacked, then go and make a police report. The Muslims feel that Islam was not respected, hence they reacted, which is perfectly normal. Is this man trying to deprive the Muslims from expressing their concerns if their religion has been offended?
Video: Non-Muslim attacks Muslim for Voicing Out Concerns on KK Mart
What has gone missing in the current Malaysian social architecture is the social contract that our forefathers had entered into. History has shown sufficient empirical evidence that the non-Muslims who arrived Malaya during the British colonial era, acknowledges and demonstrated the due respect to the people of this land (Malaya) who are the Muslim Malays. Why do we have the word Muslim attached to the word Malay? Unlike Indonesia where Malays can be substantively Hindu or Buddhist or even Christians; in Malaysia, it is safe to assume that 99% of Malays are Muslim. Therefore, when a generalisation is made to paint a picture of Muslims and Malays as synonymous, that generalisation is widely accepted with minimal margin of error. What is more compelling is that, when that generalisation is made by non-Muslims or non-Malays. Attached is a video on a Chinese Muslim, Firdaus Wong, who has written a book entitled 'Apa Lagi China Mau?' (What Else Do the Chinese Want?). In this video, Firdaus explains what cultural elements have been practiced by the Chinese when they came over to Malaya hundreds of years ago. Such practices include a special ritual of prayers to an object that represents the Malays. What is more interesting is that, they respond to this so called deity spirit who had possessed a human body, in an Islamic way of, "Assalamualaikaum" and "Waalaikumussalam". Amazing isn't it? Who would have thought that instead of a Buddha, or Kwan Yin, or ancestral photos; a Malay Dato' Kong statue is used for prayers with much respect where alcohol and pig products are prohibited from being offered to this deity.
Video: Firdaus Wong explains how the Chinese respected the Malays
Where has this sense of respect disappeared to? We are certainly not asking non-Muslims to pray to a Dato' Kong statue. We are merely asking non-Muslims to respect and not play the fool with our Islamic ways and requirements. It is appropriate to mention again, and again, "If there are offences/offenders against religions other than Islam, can the non-Muslims please go and make police reports, by all means". Please do not mock the Muslims for voicing out their dissatisfaction over conduct by others who had offended Islam. Not only that the Muslims in Malaysia have to manage their relations with the non-Muslims, they now have to manage their relations with the so called 'Liberal Muslims'. What a pain in the neck! What is this Liberal Muslim? Presumably Malays who have been highly educated, perhaps overseas, and had come back to Malaysia with the idealist notion that they are against Malaysia that is biased towards Islam and/or Malays. They believe that there must be level playing field regardless of race and/or religion. What a sad bunch of Muslims. What a sad bunch of Malays. Little do they realise that what they think as being a level Playing Field will actually create a Non-Level Playing Field to the Muslims and the Malays. Have they not studied enough why the New Economic Policies were implemented in our country since 1969? Have they no clue what is the economic demographic of Malaysia now, as well as the projected future? Do they not realise that the majority of Muslims and Malays in Malaysias do not share the same ideas as them, and in fact, quite the opposite? Perhaps they are mistaken that the silent majority in this country cannot make a difference in any future general elections. Little do they realise that even the strong Indian Congress Party in India and the Shah of Iran, had collapsed due to the majority. Some examples of how Liberal Malays or Liberal Muslims can sound like are in these videos attached.
Video: Siti Kassim counter attacks UMNO Youth over Islamic dignity
Video: Sarawak Dayak questioning Islam as the official religion
What is best for all groups of people in Malaysia is to acknowledge our differences, respect those differences, demonstrate that acknowledgement and respect; and only then, will we be able to be indifferent for the sake of a civil society that is multicultural in its building blocks. This is the harmony that we must achieve. The Government must implement an Affirmative Policies and Action to uphold this harmony. It is a shame that after 67 years of Independence, we are still grappling and struggling to achieve this harmony we are dreaming of. We think we are harmonised, but we are not. We are merely blinded by the fata morgana of political rhetoric by irresponsible politicians from both divide, the Muslims as well as non-Muslims. It must be frustrating to all that when they vote at the General Elections, the outcome is 'shit'. 'Shit' because the Muslim politicians fail to protect Islam. 'Shit' because the non-Muslim politicians take advantage over Islamic matters to ride on the pretext of Level Playing Field, Liberalism, Secularism, Democracy, and other intellectual words that carries no intellectual meaning in this new World Order. It is up to us, the citizens, to strive to achieve this long awaited harmony that we are missing. Attached are videos that epitomises the harmony that we need in this country vis-a-vis Muslims vs non-Muslims or even Malays vs non-Malays:
Video: Part 1 - Muslim lawyer defends non-Muslim
Video: Part 2 - Muslim lawyer defends non-Muslim
How far are we in achieving any harmony at all? Well, if the attacks and disrespectful actions towards Islam are still continuing even after the tension had arisen high, then we should be worried. It is as if it is purposely done to make things worst. It is as if tonnes of oil is poured onto the fire. The non-Muslims know where the weak spots are. They know that is it so easy to poke the Muslims. A simple word such as 'Babi' or even the polite version of 'Khinzir' can be as sharp as a razor when used in a context that burns the feelings of the Muslims. In this age of Social Media, everyone wants to be a warrior, a keyboard warrior. They feel that the freedom of speech has been elevated to the Freedom to Offend others. Every now and then, we see this happening. Just a few days ago, on Social Media, a non-Muslim used that Khinzir word in an offensive manner particularly during this holy month of Ramadhan. The World has gone mad particularly for the Muslims and the Malays in this country, Malaysia. What has the Ministry of Unity done? More should be done to harmonise the multicultural, multiracial and multireligious society that we have. One thing is for sure, it is quite sad that the God-given 70% majority strength that the Muslim Malays possess has not been capitalised optimally, not being used properly and is wasted. If at all, that strength has been misused for agendas other than for the Muslims nor for the Malays. What is this phenomenon that has plagued the Muslim Malays? Is it a 'Weakness'? Is it an 'Ignorance'? Is it a 'Stupidity'? What the non-Muslims and the non-Malays should be worried about is that, if the Malays are undergoing 'Patience'. Why? Because when the Patience meter has reached the red zone, you'd better be ready for the definition of a Malay word that is in the English Dictionary. It is 'Amok'.
..... because when the Patience meter has reached the red zone, you 'd better be ready for the definition of a Malay word that is in the English Dictionary. It is 'Amok'.
PPIM hari ini mengadakan perjumpaan khas bersama NGO-NGO Islam bagi membincangkan isu penghinaan dan kezaliman pelampau ahli politik India terhadap umat Islam di negara India.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tindakan ceti haram atau along yang menghina agama Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, mohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk siasat perkara itu secara serius.
"Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.
"Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.
"Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.
Selain itu, Nadzim juga menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ceti haram atau along yang semakin aktif beroperasi secara dalam talian.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu lebih peka terhadap isu ini kerana ianya membabitkan keselamatan dan juga data peribadi pengguna.
"Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.
"Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan," katanya.
Nadzim juga berkata, terdapat segelintir along itu tidak mempunyai perasaan takut kepada pihak polis, malah mencabar supaya laporan polis dilakukan terhadapnya.
"Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.
"Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan," katanya.
Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menunjukkan bukti ceti haram atau along menghina agama Islam di Pejabat PPIM, Jalan Tun Ismail. -Foto HAZREEN MOHAMAD
Artikel oleh: Berita Harian
PPIM GESA KDN, JAKIM SIASAT CETI HARAM HINA AGAMA ISLAM
KUALA LUMPUR, 13 Mac 203 – “Filem yang cukup jahat, pada saya ini satu benda yang cukup jahatlah. Apa sebab dia nak buat? Apa benda yang dia nak buat? Kerja dia nak menyebarkan agama ke? Nak sebarkan agama pun benda yang salah. Ataupun nak masukkan relationship pun benda tu benda yang salah,” tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
“Mereka buat benda yang tak ada motif. Benda yang cuma kita tengok orang, kita lempang orang lepas tu kita dendam. Ini ada benda yang kita buat secara jelas membuat orang lain marah. Ini juga menyalahi Perlembagaan kita,” ujarnya.
Namun masih terdapat pihak yang cuba mengaitkan filem tersebut dengan konsep Madani yang diperkenalkan Kerajaan, jawab beliau, Madani ni pada sayalah benda yang membawa kepada kebaikan, membawa kepada bertambah baiknya keadaan kita, eloknya keadaan kita, bukannya peluang untuk orang buat komen-komen dan kononnya itu merupakan satu kaedah ataupun approach baru.
Menurutnya, benda ni mudah je, kalau kita pergi lempang orang, kalau nak ikutkan, itu pun Madani jugak, dia tak boleh begitu.
“Tetapi asasnya sama je, asasnya baik kita cari kebaikan, tak boleh kata konon kita nak cari kebaikan tapi kita buat kejahatan, jadi benda ni tak masuk akal lah. Langsung tak masuk akal.”
Sedangkan, kita kat rumah pun boleh bergaduh, adik-beradik pun boleh bergaduh kalau kita tidak jaga tatasusila. Tapi perkara ini langsung satu benda yang tak masuk akal, benda yang mengata orang, merosakkan orang, membuat provokasi.
“Kalau kita cakap bapak dia pun, tentu dia marah, ini kau cakap agama lagilah marah kan. Jadi pada saya kita tak terima benda-benda ni. Nak terima tak terima, Kerajaan kena ambik tindakan dengan serius, dengan cukup-cukup serius,” tegas aktivis yang terkenal dengan gelaran Toqqi itu lagi.
Tambah Toqqi, memang filem ini telah melanggar sensitiviti. Sebenarnya masalah ini dah lama, masalah ini melibatkan proses pendidikan, masalah ini masalah proses pembelajaran di masa-masa dulu lagi.
Jadi, bila ini terjadi, dia merupakan daripada asas ataupun benda-benda yang tidak betul lah. Kita tak mengajar, lepas tu kalau kita tak mengajar, kita expect orang boleh belajar, jadi benda tu tak betullah. Jadi, kita nak kena ada usaha benda yang betullah.
Menurutnya, benda ni bukan overnight, benda ni dah berpuluh-puluh tahun kan. Pendidikan kita ni kita yang lakukan, kononnya untuk kebaikan tapi kita pun tipu diri kita juga, kita tak buat benda yang betul pun. Kita tak buat benda betul, sesama kita pun kita tak buat, dengan orang lain pun kita tak buat.
“Kita tipu orang kita, kita buli orang kita sendiri, orang lain pun kita buli, jadi asas itu tak betul lah,” katanya.
Kerajaan pada hemat beliau harus bertegas, kena buat sesuatu yang akan menghindarkan orang lain untuk buat, kononnya nak buat lagi orang takut lah, tapi kenalah ada hukuman yang cukup tegas, kalau tak tegas tak jadi bendalah.
“Sampai hari ni mana ada ketegasan pun. Tak boleh! kita nak kena ubah balik benda ni,” katanya mengakhiri perbualan.
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem pendek bertajuk Mentega Terbang.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ini kerana kandungan filem berkenaan yang menyentuh sensitiviti jelas mencabar dan menimbulkan kemarahan orang Islam di Malaysia.
“Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.
"Hentikan amalan berselindung di sebalik 'tiada kuasa', maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini. Perbuatan ini sangat melampau," katanya.
Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platfrom penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
Ia mendapat pelbagai reaksi dan kritikan daripada pengguna sosial media yang menganggap filem berkenaan melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Mengulas mengenai kandungan filem tersebut, Nadzim mendakwa, ia secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam sekali gus mencetuskan kemarahan sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum.
"Kesan penyebaran video itu juga amat besar kerana ia jelas sekali memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda. Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?
“Semua pihak termasuk, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), badan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu mengambil tindakan agar semua yang terbabit ditangkap dan diambil tindakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta Menteri Hal Ehwal Undang Undang, Datuk Seri Azalina Othman mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama khususnya Islam.
Artikel oleh: Sinar Harian
MENTEGA TERBANG: AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA SEMUA TERLIBAT
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penerbit, pelakon dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang.
Video yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar umat Islam dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain.
"Hentikan amalan berselindung disebalik 'tiada kuasa', maruah agama Islam semakin diinjak-injak di Malaysia, perbuatan ini sangat melampau," katanya tegas.
Tambah beliau pembikinan dan edaran filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.
"Jangan sampai kami bertindak sendiri, baru pihak berkuasa nak ambil tindakan. Tetapi bukan terhadap pelaku kerana kami yang 'bertindak' dahulu bukan penguatkuasa," katanya.
Menurut Nadzim semua pihak harus ambik tindakan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang mana Menterinya juga seorang Islam.
"JAKIM bangun dari tidur!!! NGO- NGO Islam akan membuat laporan polis, bantu polis jejak pelaku. Kami sanggup tawarkan habuan sehingga tertangkap semua yang terlibat," katanya.
Kesan perbuatan (penyebaran video) ini amat besar kerana menurut Nadzim jelas sekali ia memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda.
"Video itu secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam dan mencetus kemarahan umat Islam sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum," katanya.
Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?
Nadzim turut menyeru semua pihak termasuk Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri membantu usaha menjejaki pihak biadab ini.
Selain itu, Nadzim menyeru Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman untuk mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama lain khususnya agama Islam.
"Batalkan sahaja kerakyatan mereka jika mereka tidak suka dengan hakikat Malaysia adalah negara Islam, itu perlembagaan negara kita! " tegas Nadzim.
KUALA LUMPUR: Universiti Birmingham menempatkan dua lembaran naskah al-Quran terawal berusia 1,378 yang ditemui pada 2015 bertarikh antara tahun 568M dan tahun 645M, menjadikannya antara naskhah al-Quran tertua setakat ini.
Hasil ujian analisis radiokarbon yang dilakukan di Universiti Oxford mencadangkan manuskrip berkenaan ditulis kurang 20 tahun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.
Penemuan berharga ini memberi makna yang besar dalam sejarah Ketamadunan Islam di dunia kerana ia manuskrip asli yang diyakini tidak diubah.
Ia dikatakan wujud tidak lama selepas diwahyukan kepada Nabi Muhammad antara 610 hingga 632 Masihi, di mana dipercayai penulisnya masih hidup era berkenaan.
Begitulah kebesaran Tuhan yang memelihara naskah asli berkenaan agar generasi baharu mengkaji sejarahnya, asal kejadian dan hikmah daripadanya, namun ia mustahil berlaku jika naskah itu tidak dipelihara atau dibakar.
Malaysia baru-baru ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, Sweden.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau dikenali Toqqi turut menyeru rakyat agar memboikot produk dari Sweden sebagai satu isyarat kepada negara itu bahawa tindakan mereka adalah satu jenayah yang tidak boleh dikompromi.
“Kembalikan keadilan untuk Islam, perlu protes dan bangkit boikot produk Sweden seperti IKEA, tak makan meat ball pun tak mati.
“Perbuatan (bakar al-Quran) telah merosakkan hubungan, jadi kita harus sokong kebaikan dan menentang amalan budaya yang tidak baik.
“Kita tidak nampak orang Malaysia bakar kitab mana-mana agama pun, tak semestinya kita bercerita pasal al-Quran.
“Kita bercerita mengenai membudayakan sesuatu yang elok tetapi perbuatan berkenaan adalah keji, hina dan tidak boleh diterima,” katanya selepas sidang media.
Beliau berkata demikian pada sidang media penganjuran Pertandingan Cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM di Pusat Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Bukit Beruntung, yang dijadualkan pada 28 Januari ini.
Turut hadir wakil Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan, Mejar Bersekutu (PA) Zamri Mohd Zaman Khan serta barisan pemanah tradisional TAAM.
Tambahnya lagi, Duta Sweden di Malaysia dan Duta Malaysia di Sweden perlu bersama menjelaskan kepada kedutaan masing-masing untuk mengambil tindakan yang wajar.
“Jika tidak dihentikan, perbuatan ini akan diulang tayang oleh generasi lain pula, jadi isu keadilan tidak akan dapat sampai bila-bila,” katanya.
Artikel oleh: Media Variasi
ISU BAKAR AL-QURAN: KEMBALIKAN KEADILAN ISLAM, BOIKOT IKEA - PPIM
Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) mengutuk perbuatan membakar al-Quran oleh seorang pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs, Rasmus Paludan di hadapan Kedutaan Turkiye Sabtu lalu.
Perbuatan itu menunjukkan kebiadapan melampau terhadap kitab suci Al-Quran dan agama Islam.
Selain dari membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia tindakan tersebut bakal mencetus keadaan huru-hara agama yang tidak akan berkesudahan.
Agama Islam mengajar umatnya menghormati agama dan kepercayaan lain dan ini tidak bermakna umatnya hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh jika agama mereka dihina sebegini rupa.
Sebagai langkah membidas tindakan ini, YPNM menggesa setiap rakyat khususnya yang beragama Islam melahirkan semangat patriotik mereka dan memberhentikan pembelian mana-mana barangan dan perkhidmatan daripada Sweden.
YPNM juga menggesa agar mana-mana sayap pelaburan kerajaan melupuskan semua saham dan kepentingan dalam syarikat-syarikat multinasional dari Sweden.
Di samping itu, YPNM menggesa agar seluruh umat Islam menilai keadaan mereka sendiri dan memperkukuhkan ukhwah mereka serta membina semula kekuatan melalui ketaqwaan, penguasaan ilmu dan teknologi.
Cuma dengan ini sahaja umat Islam dapat menggerunkan pihak musuh dan tidak mencetuskan provokasi-provokasi sebegini.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pengguna di negara ini bertindak atas kebiadaban ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata tindakan itu harus dipandang oleh umat Islam di Malaysia.
PPIM mengutuk tindakan tersebut dengan mendesak kedutaan Sweden di negara ini membuat penyataan maaf secara terbuka dan kerajaan negara itu mengambil tindakan terhadap Paludan.
"Kebebasan bersuara harus ada hadnya, jika kerajaan Sweden enggan bertindak melalui kedutaannya di sini, kami akan melakukan protes di hadapan bangunan kedutaan sehingga mereka sedar perbuatan itu adalah melampau,” katanya.
Nadzim mengajak pengguna Islam negara ini mula memboikot produk dari negara Sweden bagi 'mengajar' mereka. Antaranya adalah IKEA, H&M, Ericsson dan Electrolux.
PPIM akan mengeluarkan poster produk dari Sweden untuk rujukan pengguna Islam di negara ini.
Mohd Syahid' atau 'Ayid', pengkid yang menjerat beberapa wanita turut dikesan menggunakan visa palsu untuk membuktikan jantinanya kepada mangsa.
Selain itu, dia juga dipercayai menjadikan gambarnya sedang 'solat Jumaat' sebagai bukti dia adalah seorang lelaki sejati, yang dikongsikan bersama mangsa beberapa bulan lalu.
Kuala Lumpur: 'Mohd Syahid' atau 'Ayid', pengkid yang menjerat
beberapa wanita turut dikesan menggunakan visa palsu untuk membuktikan
jantinanya kepada mangsa.
Selain
itu, dia juga dipercayai menjadikan gambarnya sedang 'solat Jumaat' sebagai
bukti dia adalah seorang lelaki sejati, yang dikongsikan bersama mangsa
beberapa bulan lalu.
Mendedahkan
perkara itu, salah seorang mangsanya yang mahu dikenali sebagai Aliya berkata,
Ayid sangat licik untuk meyakinkan mangsanya bahawa dia seorang lelaki sehingga
sanggup menjadikan agama sebagai mainan.
"Dia memaklumkan kepada saya ingin mengabdikan diri dan seminggu
selepas itu dia mengerjakan umrah dan mengambil video berada di depan Kaabah.
"Itu mungkin percubaannya untuk meyakinkan mangsa bahawa dia adalah
seorang lelaki dan tidak menjadi masalah untuk kami meneruskan hubungan sebagai
kekasih," katanya ketika menemui Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan semalam.
Aliya berkata, dia akan terus berjuang untuk menyelamatkan keadaan dan
tidak mahu lebih ramai menjadi mangsa Ayid yang kini menghilangkan diri.
Katanya, berdasarkan makluman daripada mangsa sebelumnya, mereka
mendapati Ayid menjadikan hubungan istimewa itu untuk mengikis mangsa sejak
hampir 10 tahun lalu.
Katanya, dia berharap PPIM dapat membantu untuk menyelesaikan kes
berkenaan dan merujuk wanita itu kepada pihak berkuasa dengan segera.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya meminta pihak berkuasa agama
untuk lebih proaktif dalam menangani kes 'luar biasa' seperti ini bagi menjaga
imej Islam.
Katanya, semua pihak khususnya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan
tegas kepada pelaku yang sengaja menghina agama terutama di luar negara.
"Soal ini tidak boleh dibuat main-main kerana ia akan memberi kesan
kepada umat Islam. Selain itu pelaku juga berisiko terpesong akidah apatah lagi
membabitkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ini," katanya.
Dalam pada itu penyanyi Caprice, turut memberikan maklum balasnya kepada
kes berkenaan.
Dia yang turut berkongsi kisah itu di platform media sosialnya berkata,
pihak berwajib perlu bertegas dengan kejadian itu kerana ia jelas satu
penghinaan kepada agama.
"Kerajaan perlu ambil tindakan keras apatah lagi dia (Ayid) ini pergi
mengerjakan umrah. Kalau tidak, ia akan berulang lagi, mungkin oleh orang lain
pula.
"Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan saya harap pihak
berkuasa akan ambil tindakan untuk menghentikan perkara seperti ini,"
katanya.
Metro Ahad sebelum ini melaporkan, Ayid yang memperdayakan beberapa
orang mangsa dengan janji dan perlakuan romantis untuk memperisterikan mereka.
Tembelang 'lelaki jadian' itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik oleh seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial sebelum ia tular.
ALIYA mengadakan pertemuan dengan Nadzim. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Artikel oleh: Harian Metro
PENGKID PAKAI IHRAM: 'MOHD SYAHID' JADIKAN AGAMA MODAL PIKAT MANGSA [METRO TV]
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak
mahu mana-mana pihak cuba mengganggu keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama
di negara ini dengan apa cara sekalipun.
Ketua
Aktivis PPIM Nadzim Johan @ Toqqi berkata tindakan seorang penulis yang memetik
hadis tanpa memeriksa kesahihan dan kebenarannya adalah tindakan tidak bijak
dan tidak seharusnya berlaku di negara ini.
Menurut Nadzim, sebagai seorang yang mungkin mempunyai pengikut
dan penyokong, Uthaya Sankar seharusnya sedar dan lebih peka berkenaan perkara
ini.
“Benar beliau ada hak bersuara namun bersuaralah dengan apa yang
beliau yakin, pasti dan amalkan, beliau tidak mengamalkan agama Islam, apakah
niatnya menulis kenyataan sebegitu yang saya yakin beliau tahu sangat sensitif
dalam kalangan orang Islam di negara ini,” katanya.
Nadzim berkata jika benar Uthaya mahu berdebatkan perkara itu,
beliau boleh berbuat demikian dengan ilmuwan Islam dan di ruang yang lebih
sesuai.
“Membuat
kenyataan berkaitan agama dan Nabi Muhammad SAW, tanpa ada provokasi dari
sesiapa atau mana-aman pihak seolah-olah Uthaya sengaja mencetuskan perbalahan
antara kaum dan agama,” katanya.
Toqqi turut mengajak Uthaya untuk berdebat dengan Dr Zakir Naik
atau manamana ilmuwan Islam untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu yang dibangkitnya.
“Bulan
yang baik, kita umat Islam sedang kejar membuat amal, tak perlulah perkara –
perkara yang menaikkan kemarahan dan mencetus perbalahan, adakah beliau terlalu
bosan dan memang sengaja mahu mencetus pergaduhan?” kata Nadzim.
Nadzim sebelum itu diminta mengulas kejadian seorang penulis
dipercayai Uthaya, ditahan selepas dipercayai memuat naik hantaran berunsur
penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Facebook.
Artikel oleh: Samudera.my
ISU HINA NABI: UTHAYA, SILA DEBAT DENGAN DR ZAKIR NAIK - TOQQI PPIM
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis DiRaja Malaysia pada Isnin menahan
seorang penulis buku di negara itu bagi membantu siasatan ke atas satu
kenyataan berkaitan poligami yang dimuat naik ke laman media sosial Facebook
miliknya yang didakwa menghina Nabi Muhammad .
Uthaya Sankar, 50, seorang lelaki berketurunan India, disiasat oleh
polis di bawah satu peruntukan dalam Kanun Keseksaan mengenai kesalahan
"menyebabkan suasana tidak harmoni" di atas alasan agama, demikian
menurut Jabatan tersebut dalam satu kenyataan media.
Pengarah JSJ Abd Jalil Hassan berkata bahawa Uthaya juga sedang disiasat
di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menggunakan
kemudahan rangkaian komunikasi secara tidak wajar.
"Polis DiRaja Malaysia sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik
akaun Facebook 'Uthaya Sankar SB' kerana memuat naik hantaran yang berunsur
penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Hantaran tersebut telah dimuatnaik pada
7 April 2022.
"Suspek adalah seorang lelaki berusia 50 tahun dan telah ditangkap
dalam sebuah rumah di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 11 April
2022 lebih kurang jam 11.15 pagi bagi membantu siasatan," kata kenyataan
Abd Jalil yang dikeluarkan oleh Ibupejabat Polis Bukit Aman.
Menurut beliau, kes Uthaya disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas
JSJ di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menyebabkan di atas
alasan agama suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan
perpaduan", serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana
penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Seksyen 298A memperuntukkan hukuman penjara di antara dua tahun hingga
lima tahun sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah, manakala Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia pula memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi
RM50,000 atau penjara selama tidak lebih satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kata Abd Jalil, pihak polis turut merampas sebuah telefon pintar jenama
iPhone berserta kad SIM daripada Uthaya, dan mereka akan membuat permohonan
reman terhadap lelaki itu pada Selasa.
Pegawai polis itu turut menasihat orang ramai supaya tidak membuat
sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, selain prihatin terhadap
isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum, dan menjadi pengguna media
sosial yang berhemah.
Berdasarkan posting di Facebook Uthaya sebelum ditahan polis pada pagi
Isnin, penulis itu menyatakan bahawa dirinya dibawa ke Ibupejabat polis Bukit
Aman kerana satu status mengenai isu poligami yang menyentuh Nabi Muhammad.
Semakan di 'wall' akaun Facebook itu mendapati bahawa Uthaya pada 7
April telah memuat naik kenyataan yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad
"memiliki kekuatan 30 lelaki" dan mampu menjalin hubungan seks
"bersama hampir 9 isteri dengan sekali mandi", dan mendakwa bahawa
kenyataannya itu dipetik daripada satu hadis sahih.
Status Uthaya itu ditulis sebagai respon terhadap satu berita oleh media
tempatan mengenai seorang artis lelaki yang menyatakan rasa menyesal kerana
berpoligami, dan telah menceraikan dua orang isterinya pada 2019 dan tahun
lepas.
Jangan ganggu
keharmonian
Sementara itu, sebuah persatuan Islamik dalam satu kenyataan media
susulan berita penangkapan Uthaya menggesa supaya tiada mana-mana pihak cuba
mengganggu keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Nadzim Johan
menyifatkan tindakan Uthaya yang menulis mengenai hadis Nabi Muhammad tanpa
memeriksa kesahihan dan kebenarannya adalah "tidak bijak", dan
menyatakan bahawa penulis tersebut sepatutnya lebih peka.
"Benar beliau ada hak bersuara namun bersuaralah dengan apa yang
beliau yakin, pasti dan amalkan, beliau tidak mengamalkan agama Islam, apakah
niatnya menulis kenyataan sebegitu yang saya yakin beliau tahu sangat sensitif
dalam kalangan orang Islam di negara ini," kata Nadzim.
Tambah beliau, Uthaya boleh berdebat dengan ilmuwan Islam di dalam ruang
yang lebih sesuai sekiranya penulis itu benar mahu berdebat mengenai agama itu.
"Membuat kenyataan berkaitan agama dan Nabi Muhammad SAW, tanpa ada
provokasi dari sesiapa atau mana-aman pihak seolah-olah Uthaya sengaja
mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama," tambah Nadzim.
Artikel oleh: BeritaBenar
PENULIS BUKU DITAHAN POLIS KERANA MENGHINA NABI MUHAMMAD