Wednesday, October 7, 2015

2875) #ForumPengguna2015: KOS SARA HIDUP MENINGKAT 33%? BENARKAH?

DIKEMASKINI 



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggarkan berlaku peningkatan kos sara hidup sekurang-kurangnya 33 peratus dalam kalangan masyarakat berdasarkan aduan yang diterima sejak awal Januari hingga September lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: #ForumPengguna2015: TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DISAHKAN HADIR BERSOAL JAWAB ISU #GST - @MOFMalaysia
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, aduan yang meningkat sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu itu disebabkan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan pelbagai alasan bagi mengeksploitasi harga barangan di pasaran.

KERATAN AKHBAR - UTUSAN, 7 OKTOBER 2015


“Peniaga-peniaga licik ini tahu mereka ‘mengawal’ pasaran, jadi mereka sentiasa ada alasan untuk menaikkan harga jualan contohnya musim perayaan, musim kemarau, banjir dan sebagainya. Yang terbaharu, alasan kejatuhan mata wang yang mereka gunakan untuk menaikkan harga.

“Oleh sebab itu penting untuk orang ramai mempunyai ilmu dan kesedaran mengenai hak sebagai pengguna supaya kita tidak terus menjadi seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh peniaga,” katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap demikian dalam sidang akhbar Forum Pengguna 2015 anjuran PPIM, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) dan Yayasan Patriot Negara yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Oktober ini.

Tambah Nadzim, tahap kesedaran atau ilmu berkenaan hak kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang masih rendah dan disifatkan sebagai ‘jahil’ menyumbang kepada keadaan tersebut.

“Di luar negara seperti Jepun, jika harga barang naik sedikit sekalipun, mereka akan boikot menyebabkan peniaga tidak berani berbuat demikian. Tetapi di sini, naiklah RM10 sekalipun pengguna masih membeli.

Nadzim Johan (dua dari kiri) bersama Dekan Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Penglibatan Pelajar (CSASI) Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Datin Nor Hafizah Ismail (tiga dari kiri) menunjukkan poster Forum Pengguna Ke-5 pada sidang akhbar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pihak universiti itu di Kuala Lumpur, semalam. 
“Saya bukan sahaja bercakap dari segi pembelian barang tetapi dalam semua industri seperti perbankan, syarikat telekomunikasi, makanan, perubatan dan segala bentuk kepenggunaan yang sebenarnya banyak caj tersembunyi yang kita bayar,” katanya.


Mengulas mengenai Forum Pengguna 2015, beliau berkata, forum tersebut merupakan platform terbaik untuk pengguna menyuarakan pandangan sekali gus menjadi ejen pendesak kepada agensi berkaitan serta mendapat ilmu mengenai isu kepenggunaan.

“Dalam forum ini, kita panggil Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin sendiri untuk menjawab pertanyaan orang ramai terhadap segala isu termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya. - UTUSAN




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...