Wednesday, October 28, 2015

2913) KUTIPAN GST LEBIH EFISYEN DARI SST JIKA PENIAGA TIDAK AMBIL KESEMPATAN



Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi punca utama peniaga menaikkan harga jualan sesuka hati.

Jika GST tidak dilaksanakan Malaysia akan mengalami defisit belanjawan yang ketara, kerana sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak efisien serta kutipan cukai yang lemah. SST hanya mengutip RM 18Billion manakala GST pula mengutip RM 39Billion.

Ia jelas kerana Malaysia bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak dan komoditi yang mengalami penurunan harga mendadak lebih 50 peratus daripada paras US$100 setong pada 2014.


“GST masih agak baru dan semua orang masih belajar mengenainya, tetapi kami melihat interaksi positif dengan Jabatan Kastam, kerana mereka menjadi lebih toleran dengan perniagaan yang cuba untuk berbuat demikian,” kata Pengarah GST Deloitte Malaysia, Senthuran Elalingam.

Beliau menjangkakan peniagaan mungkin mengambil masa enam bulan lagi untuk menyelaras sepenuhnya kepada GST dengan pengecualian kepada farmaseutikal, pembangunan hartanah dan industri insurans, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan perniagaan masih menghadapi beberapa komplikasi.

Senthuran juga positif terhadap pengumuman Perdana Menteri, bahawa kerajaan tidak akan mengenakan GST ke atas beberapa barangan keperluan, termasuk ubat-ubatan dan makanan, dengan menyatakan hasratnya ialah untuk meminimumkan kesan ke atas isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah.

“Saya menjangka lebih banyak pihak boleh meminta barang berkadar sifar, tetapi kerajaan perlu bersikap memilih dan menumpukan kepada siapa yang mereka mahu mendapat manfaat dan memberikan bantuan,” kata beliau.

Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang yang menyokong pelepasan GST ke atas pengimportan semula barang yang dieksport secara sementara, bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran.

“Kami berharap kerajaan akan menggalakkan lebih banyak transaksi perniagaan bagi merangsang ekonomi dan membantu PKS menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan menarik lebih banyak pelancong asing ke negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Kang berkata, langkah untuk menaikkan lingkungan pendapatan boleh cukai daripada 25 peratus kepada 26 peratus, bagi mereka yang mempunyai pendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta, serta mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta kepada 28 peratus daripada 25 peratus, boleh menjejaskan tabiat perbelanjaan mereka.

“Oleh kerana GST berdasarkan penggunaan, ini mungkin mengurangkan aliran tunai ke dalam pasaran, kerana mereka akan berhati-hati dalam perbelanjaan, sekali gus mengurangkan kutipan GST dan hasil kerajaan,” kata Kang.

Di samping itu, beliau juga berharap kerajaan akan terus menyediakan bantuan perkakasan dan perisian untuk PKS, melanjutkan lagi tempoh pembelajaran dan penyerahan pemfailan GST.

sumber: THE RAKYAT POST

2 comments:

highlands telaga said...

Apa yang nyata rakyat telah di bebani dgn gst, pihak spt pengilang dan pengedar tidak.mengalami kesan gst sbb gst di bayar oleh end user..

Shukri Hayat said...

sorry to say bro yang bro still tak faham pasal gst.

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...