Showing posts with label PERJUDIAN. Show all posts
Showing posts with label PERJUDIAN. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

2914) [VIDEO] : Jangan Biarkan Gejala Judi Merosakkan Masyarakat - Ketua Aktivis PPIM


Operasi Ops Bah 14 yang dilakukan oleh DBKL bersama agensi kerajaan malam tadi mendapati 14 pusat snuker di sekitar Kuala Lumpur turut menawarkan khidmat perjudian online. Terbukti sindiket judi online kini kembali selepas operasi membanteras aktiviti tersebut dilakukan enam bulan lalu.

Ini menunjukkan sindiket perjudian online tidak takut dengan perundangan dan pemantauan berterusan perlu dilakukan bagi memastikan sindiket judi benar-benar dihapuskan.



Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa melakukan serbuan dengan lebih kerap bagi memastikan budaya dan gejala negatif ini tidak menjadi barah dalam masyarakat kita hari ini.

Friday, August 7, 2015

[VIDEO] : PREMIS JUDI BEROPERASI HANYA 200 METER DARI BALAI POLIS? @KBAB51 @PDRMsia


7 JULAI : Kami telah menerima satu video yang dikongsikan melalui 'Whatsapps Group' daripada sumber yang tidak diketahui.

Video berdurasi 2:00 minit itu mendedahkan kewujudan dua buah premis judi di sekitar Sri Petaling yang beroperasi berhampiran dengan Balai Polis Sri Petaling.

Dalam video tersebut, dipaparkan imej satelit 'Google Maps' yang menunjukkan jarak di antara premis perjudian berkenaan dengan Balai Polis Sri Petaling kurang dari 200 meter sahaja.

Difahamkan, tidak saja di Sri Petaling, premis perjudian kini kembali beroperasi terutama di sekitar ibu kota.

Perkara sebegini tidak patut dibiarkan kerana ia menunjukkan persepsi yang tidak baik untuk pasukan PDRM di mana kelihatan seperti pihak berkuasa tidak 'buat kerja' dan 'melindungi' kegiatan perjudian online.

IMEJ DAN INTERGRITI PIHAK POLIS AKAN DIPERSOALKAN SEKALIGUS MEMBUATKAN MASYARAKAT MEMANDANG NEGATIF TERHADAP PIHAK PDRM.

[VIDEO] : DUA PREMIS JUDI HANYA 190 METER DARI BALAI POLIS SRI PETALING, MANA TINDAKAN PIHAK BERKUASA? 



Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 
on Thursday, August 6, 2015

Seperti yang diketahui umum, Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr.Ahmad  Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri baru sahaja mengumumkan bahawa sindiket perjudian akan dihapuskan 100%.


Untuk baca artikel penuh, sila klik (SINI)

ULASAN:

Pihak PPIM menggesa pihak berkuasa supaya komited dalam tanggungjawab mereka dan perlu bertindak tegas dalam usaha membanteras gejala perjudian ini.

Diharap video yang dikongsikan ini dapat dapat memberi kesedaran kepada semua pihak yang alpa dan tidak konsisten dalam usaha untuk menggempur kegiatan perjudian yang telah bermaharajalela sejak 30 tahun lalu.

Semua gejala dan aktiviti perjudian WAJIB DIHAPUSKAN supaya dapat memartabatkan masyarakat, agama, bangsa dan demi kemakmuran negara.

Oleh itu, semua pihak  (pihak berkuasa, PBT dan masyarakat) harus bekerjasama serta ikhlas dalam memainkan peranan masing-masing supaya kewujudan premis judi online dapat dibanteras secara berterusan.


- Admin

*Untuk baca artikel lain berkaitan JUDI ONLINE (Klik!)

Friday, July 31, 2015

2793) UTUSAN MALAYSIA - 31/7/2015 - ARAHAN TPM BUKTI KOMITMEN KERAJAAN BANTERAS JUDI HARAM


SINDIKET PERJUDIAN ONLINE AKAN DIHAPUSKAN SEPENUHNYA - TPM


Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak henti menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak memerangi sindiket perjudian online selepas ia didapati beroperasi semula. 

Sila rujuk artikel-artikel dibawah:




Ternyata ianya membuahkan hasil apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kegiatan tidak bermoral ini bakal dihapuskan sepenuhnya, dalam ucapan di satu majlis semalam.

Semua Ketua Polis Negeri di seluruh negeri telah diarahkan berkenaan perkara ini dan beliau turut menegaskan supaya semua anggota polis  mematuhinya.

Dalam pada itu, admin berpendapat masyarakat umum juga perlu menyokong dan membantu langkah membenteras ini yang menyumbang kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, kegiatan ini sejak awal lagi dihapuskan kerana tiada agama atau budaya yang membenarkan perkara itu dibiarkan berleluasa hingga menyebabkan segelintir individu ketagihan.

Ketagihan berjudi boleh menyebabkan ramai orang Islam terpesong dari akidah dan juga mengakibatkan kadar jenayah di Malaysia meningkat dari semasa ke semasa.

Diharap langkah membanteras ini sentiasa berterusan dan tidak berhenti separuh jalan. 

- Admin

Wednesday, July 29, 2015

JUDI ONLINE: PENJAWAT AWAM DIJADIKAN SASARAN SINDIKET? @AliHamsa

Sasaran sindiket kerana mudah buat pinjaman kewangan

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penjawat-awam-berjudi-guna-sms-1.118133

Sindiket perjudian dalam talian di negara ini dipercayai menjadikan penjawat awam sebagai sasaran terbaharu mereka bagi mengelakkan kegiatan haram itu daripada dihidu pihak berkuasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan kegiatan perjudian secara dalam talian semakin menular dalam kalangan penjawat awam dan aktiviti tersebut dilakukan ketika waktu rehat.

Menurut sumber Nadzim, golongan tersebut dijadikan sasaran sindiket berkenaan kerana kemudahan yang dimiliki penjawat awam bagi membuat pinjaman kewangan daripada institusi kewangan dan sebagainya.

“PPIM mendapat banyak maklumat daripada orang awam termasuk sumber dalaman sindiket mengenai pembabitan penjawat awam dalam kegiatan judi dalam talian. Malah mereka mengakui kini menjadikan penjawat awam sebagai sasaran terbaharu.

“Dipercayai penjawat awam menggunakan masa rehat mereka bagi menjalankan kegiatan haram di dalam bilik. Sekiranya berjaya memenangi perjudian, wang akan dihantar terus oleh budak suruhan kepada mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia kelmarin yang membongkar taktik terbaharu sindiket judi menggunakan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menarik perhatian kaki judi.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan serius meme­rangi kegiatan haram tersebut secara habis-habisan.

Selain itu katanya, syarikat-syarikat telekomunikasi juga perlu memainkan peranan memantau setiap SMS berbentuk iklan atau promosi yang dihantar pihak tertentu kepada pengguna bagi mematahkan sebarang cubaan menyebarkan kegiatan haram tersebut.

“Tindakan segera perlu diambil kerajaan menghalang kegiatan ini daripada terus berleluasa kerana dikhuatiri bukan sahaja boleh merosakkan kehidupan kaki judi, malah memberi kesan kepada keluarga dan generasi muda.

“Pihak berkuasa diminta menyiasat sekiranya berlaku kegiatan penjualan maklumat atau data peribadi pengguna oleh syarikat-syarikat tertentu kepada sindiket perjudian. Jika perkara itu berlaku, tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap pihak terbabit,” tegasnya. - UTUSAN

2785) UTUSAN MALAYSIA - 29/7/2015 - PENJAWAT AWAM BERJUDI GUNA SMS


2784) MINGGUAN MALAYSIA - 26/7/2015 - APA PBT BUAT?


Monday, July 27, 2015

JUDI ONLINE: PBT JANGAN TERLALU 'MURAH HATI' DENGAN SINDIKET!


Seperti yang diketahui umum, sindiket perjudian (pusat mesin judi online) tidak pernah berhenti beroperasi walaupun pelbagai usaha membenteras telah dilakukan oleh PDRM. Mereka cuma akan menghentikan operasi sementara sahaja sebelum meneruskannya apabila isu reda.

Berdasarkan artikel berkaitan sindiket perjudian online yang diterbitkan sebelum ini - JUDI ONLINE: SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN?,

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyeru supaya PDRM dan PBT bersama-sama berganding bahu menangani gejala perjudian ini kerana impaknya lebh berkesan.


Namun begitu, jika diteliti, sindiket ini dilihat 'kebal' undang-undang dan seolah-olah dilindungi oleh PDRM itu sendiri, atau dalam perkataan yang lebih mudah difahami ialah "kautim".

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/perlu-serius-jangan-tutup-sebelah-mata-1.116991
Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga dikata mengambil langkah sambil lewa dalam menangani kegiatan ini. Pihak PBT dikatakan tidak menyita atau merampas premis tersebut walaupun pengesahan berkenaan penglibatan premis itu dibuat oleh PDRM (Berdasarkan maklumat operasi serbuan). Ekoran itu, ia turut menjadi punca yang menyebabkan sebahagian besar premis terlibat kembali beroperasi.

Petikan oleh Utusan Online:
Judi haram ‘terus kebal’ 
Kelemahan PBT punca sindiket kembali beroperasi 
‘Terus kebal’ mungkin itulah perkataan paling sesuai bagi merujuk kepada kegiatan judi haram yang masih berleluasa hampir di seluruh negara. 
Berdasarkan maklumat dan tinjauan Mingguan Malaysia terbukti tindakan tegas khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak menggentarkan sindiket. Mereka hanya menghentikan operasi sementara sahaja sebelum meneruskannya apabila isu reda. 
Difahamkan, sindiket menggunakan pelbagai kaedah dan taktik bagi memastikan kegiatan yang boleh merosakkan masyarakat khususnya orang Melayu itu terus beroperasi. 
Apa mengejutkan, ada di sesetengah kawasan terdapat lebih daripada premis judi haram seolah-olah mereka `kebal’ daripada tindakan undang-undang. 
Apa yang mengecewakan, sikap sambil lewa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terus mengamalkan sindrom ‘bangau oh bangau’ telah menyebabkan sindiket perjudian terus menjalankan perbuatan itu di premis-premis perniagaan. 
Sumber memberitahu, walaupun siasatan dan serbuan dilakukan oleh pihak polis mengesahkan sesebuah premis itu terlibat dengan perjudian haram, namun PBT tidak mengambil tindakan menyita atau merampas premis tersebut. Berikutan itu sebahagian besar premis terlibat kembali beroperasi. 
Sumber tersebut turut menegaskan, sindiket judi tidak akan menghentikan kegiatan mereka memandangkan ia mendatangkan keuntungan berjuta-juta ringgit dalam sehari. 
“Tiada gunanya polis terus mela­kukan serbuan demi serbuan, kalau PBT seolah-olah lepas tangan untuk melakukan penguatkuasaan. Apabila ditanya kepada PBT, mereka menjawab ia di bawah bidang kuasa polis sedangkan PBT ada kuasa untuk merampas dan menyita sesebuah premis,’’ kata sumber itu lagi. 


SUMBER: UTUSAN ONLINE
Disebabkan sikap 'acuh tidak acuh' yang dilakukan pihak PBT dalam menangani isu ini, PBT telah menerima banyak kritikan dan digesa supaya lebih serius menangani isu ini.

Petikan UTUSAN ONLINE (27 JULAI 2015):
PBT jangan lepas tangan 
PBT tidak boleh lepas tangan, pihak berkuasa utiliti tidak boleh pandang sebelah mata manakala masyarakat pula tidak boleh butakan mata dengan membiarkan sahaja aktiviti haram itu berleluasa di kawasan mereka. 
Usahlah bercakap soal undang-undang kerana peruntukan sedia ada sudah lebih daripada mencukupi. Apa yang diinginkan hanyalah penguatkuasaan yang tegas. Tetapi malangnya, ia seolah-olah tidak berlaku. Premis-premis perjudian yang pernah diserbu oleh pihak polis kembali beroperasi, ada antaranya dikatakan hanya tutup beberapa jam sahaja. 
Sindiket berupaya untuk aktif semula kerana mereka masih ada premis. PBT memberi seribu satu alasan kenapakah premis itu tidak disita atau dirampas. Pihak utiliti yang menjaga air dan elektrik pula ada alasan masing-masing. Kesudahannya, sindiket hanya tersenyum melihat kesungguhan polis yang tidak ke mana. 
Dalam keadaan itu, penulis tertanya-tanya apakah perasaan pegawai dan anggota penguat kuasa yang sudah pastinya majoriti orang Melayu membiarkan bangsanya sendiri hidup porak peranda akibat bahana judi. Mereka bukannya tidak ada kuasa untuk menghalang tetapi mereka tidak bersungguh-sungguh untuk membanterasnya. 
Oleh itu hentikanlah kisah ‘bangau oh bangau’, jangan hanya bijak menuding jari kepada polis, walaupun sedikit sebanyak polis turut bertanggungjawab membasmi kegiatan haram itu. Apa yang penting ialah tindakan bersepadu khususnya melibatkan PBT. 
SELANJUTNYA
PETIKAN LAIN

  • Kegiatan ini adalah ‘salinan’ daripada semua aktiviti perjudian yang ditawarkan di kasino seperti Genting Highlands, Pahang. Jenis- jenis judi ini kemudian ‘diciplak’ oleh sindiket dalam bentuk judi melalui komputer dan dibawa masuk ke kawasan penempatan masyarakat khususnya orang Melayu.

SASARAN:
  • ‘Internet kasino’ ini bertujuan mengaut keuntungan daripada penjudi golongan bawahan dan berpendapatan rendah terutamanya orang Melayu yang dilarang memasuki kasino sebenar.

ANCAMAN:
  • Memecahkan institusi keluarga.
  • Menyumbang jenayah kecil seperti mencuri dan pecah rumah.
  • Terperangkap hutang dengan Ah Long.
  • Penggunaan khidmat kongsi gelap untuk jaga premis perjudian.

PIHAK BERTANGGUNGJAWAB:
  • Polis
  • Pihak berkuasa tempatan.
  • Pihak berkuasa utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan syarikat air.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

PENGUATKUASAAN:
  • SKMM pantau, mengawal dan sekat perisian perjudian.
  • PBT perlu hentikan kelulusan sebarang bentuk lesen pusat hiburan kanak-kanak dalam bangunan, pusat hiburan keluarga, pusat snuker dan kafe Internet khususnya di kawasan penempatan penduduk. Kebanyakan lesen-lesen ini telah disalah guna.
  • PBT harus bekukan kebenaran pembaharui lesen kedua-dua pusat tersebut.
  • Sebarang permohonan lesen baharu perlu dirujuk kepada wakil rakyat setempat bagi mendapatkan cadangan dan kebenaran.
  • Mana-mana premis pusat snuker atau kafe siber sedia ada tidak boleh menggunakan cermin gelap, pintu premis tidak boleh tertutup dan lampu di dalam premis mesti sentiasa dipasang.

HUKUMAN:
  • Penjara dan denda kepada pemilik premis yang menyewa kepada operator judi.
  • Rampas bangunan yang dijadikan premis perjudian jika masih berdegil.
  • Syarikat utiliti perlu sekat semua kemudahan asas seperti air dan elektrik kedalam premis.

ULASAN: PBT PERLU LEBIH SERIUS DAN JANGAN AMBIL MUDAH MENGENAI ISU PERJUDIAN. 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL