Showing posts with label KDN. Show all posts
Showing posts with label KDN. Show all posts

Thursday, January 21, 2021

5309) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA - PPIM - 21/01/2021

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, YBrs Tuan Haji Jasri Kasim di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Friday, July 5, 2019

5056) KDN PERLU BERI SYARAT SUPAYA MAJIKAN AMBIL BEKAS BANDUAN - MALAYSIA GAZETTE - 05/07/2019


KUALA LUMPUR – Lebih baik bekas banduan daripada pekerja asing.
Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mensyaratkan kepada para majikan di negara ini mengambil bekas banduan untuk bekerja.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mahu para majikan memberi peluang kepada bekas banduan yang sebenarnya lebih baik berbanding pekerja asing ekoran mereka ada menerima latihan tertentu semasa menjalani hukuman.
Menurutnya, langkah itu juga sebagai mengelak bekas banduan tersisih daripada masyarakat atau terjebak semula dengan jenayah.
“Majikan kena beri peluang kepada bekas banduan ini dan kerajaan menerusi KDN harus memainkan peranan agar bakat yang ada pada mereka dapat ditonjolkan sekaligus tidak akan berlaku perkara-perkara jenayah berulang,” katanya kepada Malaysia Gazette pada sesi sembang Kopi O, Nasi Lemak di kediamannya hari ini.
Sambil memberi contoh, syarat yang boleh dikenakan kepada golongan majikan, Nadzim memberitahu, sekiranya majikan membuat permohonan untuk mengambil 100 orang warga asing, 10 peratus daripadanya hendak diambil dalam kalangan bekas banduan.
Katanya, perkara itu bergantung kepada berapa ramai jumlah pekerja asing yang diperlukan oleh majikan berkenaan dan jumlah bekas banduan yang perlu untuk diambil bekerja mestilah tidak kurang daripada 10 peratus.
“Jika perkara ini dapat dilakukan oleh majikan saya percaya, golongan bekas banduan ini akan dapat mengecapi kehidupan yang lebih bermakna sama seperti orang lain.
“Kita tidak mahu persepsi negatif terus dilemparkan kepada bekas banduan kerana ia bukanlah satu perkara yang elok dalam membudayakan masyarakat harmoni,” ujarnya.
Dalam pada itu Nadzim berkata, meskipun perkara itu telah dilakukan sebagaimana inisiatif yang diambil oleh pihak Penjara Kajang apabila menyerahkan bekas banduan kepada majikan-majikan tertentu namun langkah tersebut dilihat masih belum memberangsangkan.
Jelasnya, perkara itu perlu sentiasa diuar-uarkan dan media mempunyai peranan penting menyampaikan maklumat agar dapat diterima masyarakat.
“Kita sangat berharap agar para majikan dapat memberi peluang kepada bekas banduan untuk memperbaiki diri, sekaligus dapat memberikan khidmat cemerlang kerana mereka sememangnya mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
KDN PERLU BERI SYARAT SUPAYA MAJIKAN AMBIL BEKAS BANDUAN

Friday, July 31, 2015

SINDIKET PERJUDIAN ONLINE AKAN DIHAPUSKAN SEPENUHNYA - TPM


Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak henti menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak memerangi sindiket perjudian online selepas ia didapati beroperasi semula. 

Sila rujuk artikel-artikel dibawah:




Ternyata ianya membuahkan hasil apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kegiatan tidak bermoral ini bakal dihapuskan sepenuhnya, dalam ucapan di satu majlis semalam.

Semua Ketua Polis Negeri di seluruh negeri telah diarahkan berkenaan perkara ini dan beliau turut menegaskan supaya semua anggota polis  mematuhinya.

Dalam pada itu, admin berpendapat masyarakat umum juga perlu menyokong dan membantu langkah membenteras ini yang menyumbang kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, kegiatan ini sejak awal lagi dihapuskan kerana tiada agama atau budaya yang membenarkan perkara itu dibiarkan berleluasa hingga menyebabkan segelintir individu ketagihan.

Ketagihan berjudi boleh menyebabkan ramai orang Islam terpesong dari akidah dan juga mengakibatkan kadar jenayah di Malaysia meningkat dari semasa ke semasa.

Diharap langkah membanteras ini sentiasa berterusan dan tidak berhenti separuh jalan. 

- Admin

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL