Showing posts with label JUDI ONLINE. Show all posts
Showing posts with label JUDI ONLINE. Show all posts

Saturday, February 10, 2018

4359) BELUM “OFFLINE” LAGI – HARIAN METRO – 10/2/18




Kegiatan gengstrisme, kongsi gelap dan sindiket yang bertapak sejak beberapa tahun lalu menjadi dalang operasi berterusan aktiviti judi yang masih beroperasi di beberapa lokasi tertentu di negara ini.
Selain sudah membina jaringan tersendiri dengan individu tertentu, rangkaian terbabit juga licik menggunakan pengaruh ‘orang kuat kawasan’ yang berperanan menjadi mata dan telinga setiap kali operasi dijalankan pihak berwajib.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan aduan diterima sejak beberapa tahun lalu, pihaknya mendapati, isu gengsterisme itu memang berasas selain beberapa kekurangan lain yang perlu diatasi.
Menurutnya, PPIM juga tidak menolak kemungkinan ada pakatan antara rangkaian aktiviti haram ini yang menggunakan wang daripada perjudian untuk perniagaan lain seperti pelacuran dan ceti haram.
“Hasil maklumat kita terima, mereka ini (rangkaian) sudah rugi kira-kira RM10 bilion sepanjang operasi berterusan pihak berwajib.
“Kalau itu jumlahnya, ia satu amaun yang besar dan kewujudannya perlu ditangani.
“Namun, ada juga kemungkinan ada pakatan terancang dengan pihak berkuasa tempatan kerana ia beroperasi secara terbuka walaupun pelbagai tindakan sudah diambil,” katanya.
Nadzim berkata, faktor pakatan itu bukan perkara baru malah ia sudah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu membabitkan pihak berkuasa tempatan, namun ia masih berterusan sehingga kini.
Katanya, dengan adanya operasi bersepadu kewujudan premis pelbagai jenis cuti ini dapat dikekang, namun tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pegawai berwajib menyebabkan ia seolah-olah tidak selesai.
“Kita akan terus salurkan maklumat menerusi aduan orang ramai. Tindakan bersepadu tidak akan mendatangkan hasil sekiranya ada ‘hantu’ yang menjadi duri dalam daging menerima rasuah dan membocorkan gerak kerja dari dalam,” katanya.
Artikel Oleh : Harian Metro
BELUM “OFFLINE” LAGI

Saturday, October 31, 2015

2919) PPIM SARAN KERAJAAN CARI KAEDAH BARU TANGANI "GEJALA JUDI ONLINE"


31 OKTOBER: Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyarankan agar pihak kerajaan mencari satu kaedah baru untuk menangani gejala judi online yang kembali berleluasa di negara ini selain serbuan yang dilakukan ketika ini.
Kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa ketika ini terbukti gagal menghapuskan dan mengerunkan sindiket judi online. Ini kerana hukuman yang dikenakan ke atas pesalah tidak berat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.
Disebabkan hukuman yang terlalu ringan, sindiket perjudian terus bermaharajalela selama hampir 30 tahun. Kebanyakan yang terjebak dan ketagih berjudi terdiri daripada orang melayu dan lebih membimbangkan ia mempengaruhi golongan muda.

Diharap kerajaan melalui pihak berkuasa seperti PDRM, PBT dan Kementerian Wilayah Persekutuan dapat mengadakan perbincangan meja bulat bersama dengan pihak NGO dan masyarakat untuk memastikan aktiviti perjudian ini dapat dihapuskan sepenuhnya. - Admin 


Thursday, October 29, 2015

2914) [VIDEO] : Jangan Biarkan Gejala Judi Merosakkan Masyarakat - Ketua Aktivis PPIM


Operasi Ops Bah 14 yang dilakukan oleh DBKL bersama agensi kerajaan malam tadi mendapati 14 pusat snuker di sekitar Kuala Lumpur turut menawarkan khidmat perjudian online. Terbukti sindiket judi online kini kembali selepas operasi membanteras aktiviti tersebut dilakukan enam bulan lalu.

Ini menunjukkan sindiket perjudian online tidak takut dengan perundangan dan pemantauan berterusan perlu dilakukan bagi memastikan sindiket judi benar-benar dihapuskan.



Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa melakukan serbuan dengan lebih kerap bagi memastikan budaya dan gejala negatif ini tidak menjadi barah dalam masyarakat kita hari ini.

Saturday, September 12, 2015

2835) LAPORAN PENUH OPS BAH SIRI KE-15


Seramai 350 pegawai dan anggota daripada 17 agensi penguatkuasaan dikerah untuk memeriksa premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram dalam Ops BAH 15 yang dilancarkan awal pagi tadi.

*Baca artikel berkaitan - OPS BAH SIRI 15: PREMIS JUDI ONLINE DIGEMPUR!


Selain PPIM, antara agensi yang terbabit adalah anggota daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Telekom Malaysia (TM).

Antara lokasi tumpuan operasi kali ini adalah sekitar Jalan Pahang, Danau Kota dan Desa Sri Hartamas yang dikenal pasti sebagai kawasan panas berdasarkan kepada pemantauan pihak berkuasa sebelum ini.

LAPORAN OPS BAH 15


Serbuan yang bermula jam 11 malam itu menumpukan premis seperti pusat judi siber, rumah urut dan pusat hiburan selain mengesan jenayah dadah serta pendatang asing tanpa izin.

Hampir 100 buah komputer berjaya dirampas, dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian sekaligus melumpuhkan sindiket perjudian online di kawasan terbabit.

Manakala sepanjang operasi tersebut dijalankan seramai 73 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan antaranya salah guna visa perjalanan dan sebagainya.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang dibahagi kepada tiga kumpulan di dua lokasi.

Turut hadir dalam operasi kali ini Ketua Pengarah ICU, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Nor’Aini Abdul Wahab, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Hj. Mohd Sani bin Mistam.

GAMBAR 






Untuk gambar lain sila rujuk (SINI)

Berikut pula adalah video dari sumber 



2834) JUDI ONLINE: SKMM SEKAT 306 LAMAN WEB, SEDIA BERI KERJASAMA


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat 306 laman web judi siber sejak awal tahun ini selepas menerima permohonan dari pihak polis.

Pengarah Kanan Bahagian Digital dan Literasi Media MCMC Eneng Faridah Iskandar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan itu setelah laman web berkenaan disahkan mempunyai unsur jenayah.

Tahun lepas, sebanyak 235 laman web seumpama itu disekat di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289), katanya dalam satu temu bual ekslusif bersama Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata: "Peranan kita (MCMC) ialah untuk membantu pihak polis memastikan bahawa akses kepada laman-laman web perjudian itu disekat dan caranya ialah mengeluarkan arahan kepada ISP (pemberi perkhidmatan Internet) untuk menyekat akses itu,".

Eneng Faridah berkata meskipun tidak memainkan peranan daripada segi penguatkuasaan undang-undang, MCMC sentiasa bersedia menawarkan bantuan kepada PDRM jika diperlukan, khususnya dalam aspek kepakaran forensik untuk membantu membanteras judi siber.

"Kita mempunyai makmal digital forensik di Cyberjaya untuk membantu siasatan. Barang-barang yang disita misalnya 'hard disk' (cakera keras) dan sebagainya, jika perlu maklumat lanjut, polis memang memohon bantuan MCMC untuk membuat kajian forensik ke atas barang itu," katanya.

Eneng Faridah berkata siasatan terhadap sebarang kegiatan perjudian sama ada secara dalam talian atau di alam nyata adalah di bawah bidang kuasa PDRM iaitu di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Pertaruhan Pool 1967.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini yang menggesa MCMC mengambil tindakan proaktif bagi menangani sindiket yang menawarkan perjudian dalam talian yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. (rujuk SINI)

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata pihaknya menerima ratusan aduan berhubung kes berkenaan sejak lima bulan lepas yang didakwa memperdaya orang ramai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit mereka.

Eneng Faridah berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai hal berkenaan, termasuk daripada PPIM sendiri.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlebih dahulu jika berdepan situasi berkenaan, selain aduan kepada PDRM dan MCMC.

Menurutnya, penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu memberi kerjasama bagi menangani masalah berkenaan, memandangkan mereka lebih maklum mengenai maklumat penghantar SMS.

"Maklumkan kepada mereka kita terima 'spam' dan sebagainya dan minta mereka membuat sesuatu bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Dalam pada itu Eneng Faridah meminta orang ramai tanpa mengira usia supaya terus menggunakan Internet dengan cara yang betul dan terkawal.

Dilaporkan pada tahun lepas, sebanyak 20.1 juta rakyat, menggunakan Internet di negara ini dengan pengguna teramai adalah golongan berusia 15 hingga 34 tahun, katanya.

Menurut kajian MCMC tahun lepas, kebanyakan pengguna Internet iaitu seramai 88.2 peratus melayari Internet untuk mendapatkan maklumat, 87.1 peratus (melayari laman sosial) dan 81.1 peratus menggunakan 'communication by text' misalnya WhatsApp. - BERNAMA

BACA ARTIKEL LAIN BERKAITAN JUDI ONLINE - KLIK SINI


2833) SINAR HARIAN - 9/9/2015 - PPIM DESAK TANGANI JUDI DALAM TALIAN


2832) OPS BAH SIRI 15: PREMIS JUDI ONLINE DIGEMPUR!


12 SEPTEMBER 2015 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekali lagi tidak ketinggalan menyertai Operasi Bersepadu Benteras Aktiviti Haram (Ops BAH) untuk ke siri yang ke-15 yang diadakan pada malam tadi, 

BACA ARTIKEL OPS BAH SIRI KE-14 (SINI)

Operasi yang berakhir sekitar jam 3 pagi itu telah membuat serbuan di tiga tempat berlainan sekaligus berjaya melumpuhkan beberapa sindiket yang menjalankan aktiviti haram sekitar ibu kota,

Untuk pengetahuan umum, operasi yang digerakkan dengan kerjasama 17 agensi kerajaan ini menfokuskan penguatkuasaan terhadap pusat siber perjudian haram, pusat urut tanpa lesen, dadah, warga asing, penyalahgunaan permit dan aktiviti maksiat.

Antara serbuan yang dibuat adalah di YYY Club (Jalan Genting-Klang) dimana serbuan tersebut berjaya melumpuhkan sindiket perjudian online yang giat beroperasi disitu. Lebih 100 buah komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian telah dirampas.

Dalam pada itu, serbuan tersebut juga telah berjaya membantutkan kegiatan perjudian yang dioperasikan semula oleh sindiket sejak awal tahun ini.

Berikut adalah gambar serbuan yang diadakan:









APA ITU OPS BAH?

Operasi bersepadu ini telah dilancarkan pada 16 April 2014 oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dibawah perancangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Fokus utama Ops Bah ialah penguatkuasaan terhadap pusat siber perjudian haram, pusat urut tanpa lesen, dadah, warga asing, penyalahgunaan permit dan aktiviti maksiat.

\

Ops ini disertai oleh 17 buah agensi kerajaan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak sebagai peneraju utama usaha tersebut.

Kesemua agensi yang terlibat masing-masing akan menggunakan segala kuasa yang ada termasuk sumber, kepakaran, pengetahuan, idea dan isu supaya dapat merungkai apa jua masalah yang timbul dalam usaha membanteras masalah sosial di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat:
  • Majlis Keselamatan Negara
  • Jabatan Peguam Negara
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Perbadanan Labuan
  • Perbadanan Putrajaya
  • Polis Diraja Malaysia
  • Jabatan Imigresen
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Jabatan Pertahanan Awam
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Syarikat Bekalan Air Selangor
  • Suruhanjaya Tenaga
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Telekom Malaysia
Diharap operasi seperti ini dipergiatkan lagi supaya masalah gejala sosial yang semakin kritikal dalam kalangan anak-anak muda dapat ditangani.

TAHNIAH KEPADA SEMUA AGENSI YANG TERLIBAT!

Friday, September 11, 2015

2830) [VIDEO] : #PPIM Gesa SKMM Lebih Tegas Tangani Web Judi Online


Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, SKMM diminta lebih tegas dalam menangani isu membabitkan laman web perjudian haram.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata SKMM juga perlu mencari kaedah membanteras sepenuhnya isu berkenaan. Awani

Wednesday, September 9, 2015

JUDI ONLINE: SKMM DIMINTA LEBIH SERIUS DAN TIDAK LEPAS TANGAN (VIDEO)




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) harus bertindak lebih tegas dalam menangani isu melibatkan laman web perjudian haram dalam negara.

Selain itu, SKMM juga diminta lebih serius dan bukan bekerja sambil lewa dalam mencari jalan membanteras penyebaran judi dalam talian yang menyebabkan peningkatan masalah sosial dalam masyarakat.

Baca artikel berkaitan: PPIM gesa SKMM bertindak ke atas sindiket judi SMS


Contoh SMS yang dihantar 

“Ia kini seolah-olah tidak boleh dikawal lagi. Semakin ramai ahli masyarakat kita yang terlibat dalam isu judi ini.

“Kami cadang SKMM buat syarat baharu terhadap kawalan bukti transaksi yang ingin dibuat. Apakah ia melibatkan judi dalam talian atau perkara lain yang lebih berfaedah,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Selasa.




Menurutnya, isu peningkatan laman web perjudian haram terutama di aplikasi sosial seperti WeChat dan BeeTalk tidak mampu diketepikan lantaran ianya menjejaskan pertumbuhan minda kalangan remaja semua kaum di negara ini.

Sebelum ini, SKMM memaklumkan sudah melaksanakan sekatan ke atas 301 laman web perjudian haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. - BNBBC

Tuesday, September 8, 2015

PPIM gesa SKMM bertindak ke atas sindiket judi SMS




8 SEPTEMBER : Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia menyekat dan mengambil tindakan terhadap sindiket yang menawarkan kegiatan perjudian dalam talian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang semakin berleluasa.

Sindiket yang menggunakan sistem perkhidmatan 'SMS BLASTER' untuk menarik pelanggan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mula aktif selepas ops bersepadu membanteras premis judi haram digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun lalu.


Nadzim Johan berkata, tawaran kegiatan perjudian ini bukan melalui telefon sahaja, malah di komputer riba (e-mel) dan pelbagai jenis gajet yang mempunyai sambungan internet.

"Sejak tiga bulan lalu, PPIM menerima lebih 300 aduan daripada orang ramai, kami melahirkan kebimbangan kerana tawaran perjudian online turut diterima oleh remaja bawah umur".

"Jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi satu trend selain remaja bakal ketagih judi sekaligus merosakkan keluarga dan diri sendiri"


Berdasarkan catatan dari artikel blog rasmi PPIM sebelum ini (SINI), sebanyak 418 premis diserbu, 1,291 orang ditahan dan 12,389 buah komputer beserta peralatannya serta wang tunai seba­nyak RM157,990 telah dirampas oleh PDRM sejak Januari sehingga Julai 2015

Menurut laman Astro Awani:
"Ia kini seolah-olah tidak boleh dikawal lagi. Semakin ramai ahli masyarakat kita yang terlibat dalam isu judi ini. 
"Kami cadang SKMM buat syarat baharu terhadap kawalan bukti transaksi yang ingin dibuat. Apakah ia melibatkan judi dalam talian atau perkara lain yang lebih berfaedah," katanya semasa sidang media berhubung judi dalam talian di pejabatnya di sini hari ini.
Nadzim mengulas isu peningkatan laman web perjudian haram terutama di aplikasi sosial seperti WeChat dan BeeTalk. 
Sebelum ini, SKMM memaklumkan sudah melaksanakan sekatan ke atas 301 laman web perjudian haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. 
Tegas agensi itu, ia adalah sebahagian daripada 940 permohonan untuk menyekat akses perjudian dalam talian yang dikemukakan pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ternyata sindiket ini tidak serik dan sentiasa licik memerangkap pengguna walaupun pelbagai usaha membanteras dilakukan oleh pihak berkuasa.

Tuesday, August 11, 2015

KETUA POLIS KL JAMIN BERI KERJASAMA BENTERAS JUDI ONLINE!


Masyarakat diingatkan tidak berkompromi dan menutup mata sehingga tauke premis judi semakin besar kepala.

Susulan tersebar video rakaman kewujudan premis judi yang beroperasi 200 meter di Sri Petaling beberapa hari lepas. (SINI)

Difahamkan PDRM menggerakkan kembali kekuatan unit STAGG bagi membanteras aktiviti tersebut.

Malah Ketua Polis Kuala Lumpur memberi kerjasama untuk memastikan premis judi dapat dihapuskan sepenuhnya.

Semua pihak harus gembleng tenaga untuk memastikan usaha dan tindakan ini tidak sia-sia.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai kewujudan premis perjudian yang berhampiran kepada PPIM atau PDRM.
BANTERAS JUDI ONLINE
[VIDEO] : Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendapat kerjasama penuh dari Ketua Polis Kuala Lumpur dalam usaha untuk membanteras premis perjudian online. Masyarakat diminta bekerjasama dan tampil memberikan alamat jika terdapat kewujudan premis judi di kawasan mereka.Alamat boleh diserahkan kepada PPIM atau Ketua Polis Kuala Lumpur sendiri.BERSAMA KITA BANTERAS AKTIVITI PERJUDIAN ONLINE!
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Saturday, August 8, 2015

Friday, August 7, 2015

JUDI ONLINE: @SKMM_MCMC SKMM Kenal Pasti 'Penyedia Perkhidmatan' Hebahan SMS


6 OGOS 2015 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenal pasti penyedia perkhidmatan yang membenarkan operator judi mempromosikan aktiviti itu secara dalam talian.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata siasatan mendapati perkhidmatan yang membolehkan penjudi menerima tawaran berjudi melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dilakukan orang tempatan menggunakan peralatan khas.

"Walaupun peralatan khas atau 'off the air' digunakan, iaitu tanpa melalui rangkaian syarikat telekomunikasi sedia ada, kami secara asasnya telah mengenal pasti mereka yang menyediakan platform tersebut.

"Kami masih menanti masa yang sesuai sebelum melancarkan operasi besar-besaran dalam masa terdekat bagi menahan mereka yang berkenaan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SKMM di sini Khamis.

Terdahulu, beliau menerima serahan 11 parabola daripada pegawai risikan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rohizan Mohd Said yang dirampas dari 11 rumah nelayan dalam operasi bersepadu kedua-dua pihak di pesisir pantai Kuala Kurau, Perak pada 29 Julai lepas.

Promosi judi secara dalam talian atau melalui SMS merupakan taktik terkini operator mesin judi meneruskan perniagaan berikutan operasi besar-besaran dilakukan pihak berkuasa ke atas premis judi serta pusat siber yang menjalankan kegiatan itu.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata SKMM akan memperhebatkan lagi kerjasama dengan polis Marin berikutan kejayaan merampas 11 parabola yang disifatkan sebagai rampasan terbesar melibatkan penggunaan parabola secara haram setakat ini.

Beliau berkata sebelum ini operasi SKMM lebih melibatkan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan kerjasama strategik terbaharu bersama pasukan Marin membuktikan suruhanjaya itu komited membantu membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Zulkarnain berkata operasi bersepadu itu adalah untuk mengelakkan orang ramai daripada menggunakan parabola kerana pemilikannya di Malaysia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penyerahan tersebut adalah bagi membolehkan SKMM melakukan tindakan susulan ke atas mereka yang berkenaan dan jika didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya.

Sumber: BERNAMA

[VIDEO] : PREMIS JUDI BEROPERASI HANYA 200 METER DARI BALAI POLIS? @KBAB51 @PDRMsia


7 JULAI : Kami telah menerima satu video yang dikongsikan melalui 'Whatsapps Group' daripada sumber yang tidak diketahui.

Video berdurasi 2:00 minit itu mendedahkan kewujudan dua buah premis judi di sekitar Sri Petaling yang beroperasi berhampiran dengan Balai Polis Sri Petaling.

Dalam video tersebut, dipaparkan imej satelit 'Google Maps' yang menunjukkan jarak di antara premis perjudian berkenaan dengan Balai Polis Sri Petaling kurang dari 200 meter sahaja.

Difahamkan, tidak saja di Sri Petaling, premis perjudian kini kembali beroperasi terutama di sekitar ibu kota.

Perkara sebegini tidak patut dibiarkan kerana ia menunjukkan persepsi yang tidak baik untuk pasukan PDRM di mana kelihatan seperti pihak berkuasa tidak 'buat kerja' dan 'melindungi' kegiatan perjudian online.

IMEJ DAN INTERGRITI PIHAK POLIS AKAN DIPERSOALKAN SEKALIGUS MEMBUATKAN MASYARAKAT MEMANDANG NEGATIF TERHADAP PIHAK PDRM.

[VIDEO] : DUA PREMIS JUDI HANYA 190 METER DARI BALAI POLIS SRI PETALING, MANA TINDAKAN PIHAK BERKUASA? 



Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 
on Thursday, August 6, 2015

Seperti yang diketahui umum, Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr.Ahmad  Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri baru sahaja mengumumkan bahawa sindiket perjudian akan dihapuskan 100%.


Untuk baca artikel penuh, sila klik (SINI)

ULASAN:

Pihak PPIM menggesa pihak berkuasa supaya komited dalam tanggungjawab mereka dan perlu bertindak tegas dalam usaha membanteras gejala perjudian ini.

Diharap video yang dikongsikan ini dapat dapat memberi kesedaran kepada semua pihak yang alpa dan tidak konsisten dalam usaha untuk menggempur kegiatan perjudian yang telah bermaharajalela sejak 30 tahun lalu.

Semua gejala dan aktiviti perjudian WAJIB DIHAPUSKAN supaya dapat memartabatkan masyarakat, agama, bangsa dan demi kemakmuran negara.

Oleh itu, semua pihak  (pihak berkuasa, PBT dan masyarakat) harus bekerjasama serta ikhlas dalam memainkan peranan masing-masing supaya kewujudan premis judi online dapat dibanteras secara berterusan.


- Admin

*Untuk baca artikel lain berkaitan JUDI ONLINE (Klik!)

Friday, July 31, 2015

SINDIKET PERJUDIAN ONLINE AKAN DIHAPUSKAN SEPENUHNYA - TPM


Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak henti menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak memerangi sindiket perjudian online selepas ia didapati beroperasi semula. 

Sila rujuk artikel-artikel dibawah:




Ternyata ianya membuahkan hasil apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kegiatan tidak bermoral ini bakal dihapuskan sepenuhnya, dalam ucapan di satu majlis semalam.

Semua Ketua Polis Negeri di seluruh negeri telah diarahkan berkenaan perkara ini dan beliau turut menegaskan supaya semua anggota polis  mematuhinya.

Dalam pada itu, admin berpendapat masyarakat umum juga perlu menyokong dan membantu langkah membenteras ini yang menyumbang kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, kegiatan ini sejak awal lagi dihapuskan kerana tiada agama atau budaya yang membenarkan perkara itu dibiarkan berleluasa hingga menyebabkan segelintir individu ketagihan.

Ketagihan berjudi boleh menyebabkan ramai orang Islam terpesong dari akidah dan juga mengakibatkan kadar jenayah di Malaysia meningkat dari semasa ke semasa.

Diharap langkah membanteras ini sentiasa berterusan dan tidak berhenti separuh jalan. 

- Admin

Wednesday, July 29, 2015

JUDI ONLINE: PENJAWAT AWAM DIJADIKAN SASARAN SINDIKET? @AliHamsa

Sasaran sindiket kerana mudah buat pinjaman kewangan

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penjawat-awam-berjudi-guna-sms-1.118133

Sindiket perjudian dalam talian di negara ini dipercayai menjadikan penjawat awam sebagai sasaran terbaharu mereka bagi mengelakkan kegiatan haram itu daripada dihidu pihak berkuasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan kegiatan perjudian secara dalam talian semakin menular dalam kalangan penjawat awam dan aktiviti tersebut dilakukan ketika waktu rehat.

Menurut sumber Nadzim, golongan tersebut dijadikan sasaran sindiket berkenaan kerana kemudahan yang dimiliki penjawat awam bagi membuat pinjaman kewangan daripada institusi kewangan dan sebagainya.

“PPIM mendapat banyak maklumat daripada orang awam termasuk sumber dalaman sindiket mengenai pembabitan penjawat awam dalam kegiatan judi dalam talian. Malah mereka mengakui kini menjadikan penjawat awam sebagai sasaran terbaharu.

“Dipercayai penjawat awam menggunakan masa rehat mereka bagi menjalankan kegiatan haram di dalam bilik. Sekiranya berjaya memenangi perjudian, wang akan dihantar terus oleh budak suruhan kepada mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia kelmarin yang membongkar taktik terbaharu sindiket judi menggunakan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menarik perhatian kaki judi.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan serius meme­rangi kegiatan haram tersebut secara habis-habisan.

Selain itu katanya, syarikat-syarikat telekomunikasi juga perlu memainkan peranan memantau setiap SMS berbentuk iklan atau promosi yang dihantar pihak tertentu kepada pengguna bagi mematahkan sebarang cubaan menyebarkan kegiatan haram tersebut.

“Tindakan segera perlu diambil kerajaan menghalang kegiatan ini daripada terus berleluasa kerana dikhuatiri bukan sahaja boleh merosakkan kehidupan kaki judi, malah memberi kesan kepada keluarga dan generasi muda.

“Pihak berkuasa diminta menyiasat sekiranya berlaku kegiatan penjualan maklumat atau data peribadi pengguna oleh syarikat-syarikat tertentu kepada sindiket perjudian. Jika perkara itu berlaku, tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap pihak terbabit,” tegasnya. - UTUSAN

Monday, July 27, 2015

JUDI ONLINE: PBT JANGAN TERLALU 'MURAH HATI' DENGAN SINDIKET!


Seperti yang diketahui umum, sindiket perjudian (pusat mesin judi online) tidak pernah berhenti beroperasi walaupun pelbagai usaha membenteras telah dilakukan oleh PDRM. Mereka cuma akan menghentikan operasi sementara sahaja sebelum meneruskannya apabila isu reda.

Berdasarkan artikel berkaitan sindiket perjudian online yang diterbitkan sebelum ini - JUDI ONLINE: SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN?,

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyeru supaya PDRM dan PBT bersama-sama berganding bahu menangani gejala perjudian ini kerana impaknya lebh berkesan.


Namun begitu, jika diteliti, sindiket ini dilihat 'kebal' undang-undang dan seolah-olah dilindungi oleh PDRM itu sendiri, atau dalam perkataan yang lebih mudah difahami ialah "kautim".

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/perlu-serius-jangan-tutup-sebelah-mata-1.116991
Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga dikata mengambil langkah sambil lewa dalam menangani kegiatan ini. Pihak PBT dikatakan tidak menyita atau merampas premis tersebut walaupun pengesahan berkenaan penglibatan premis itu dibuat oleh PDRM (Berdasarkan maklumat operasi serbuan). Ekoran itu, ia turut menjadi punca yang menyebabkan sebahagian besar premis terlibat kembali beroperasi.

Petikan oleh Utusan Online:
Judi haram ‘terus kebal’ 
Kelemahan PBT punca sindiket kembali beroperasi 
‘Terus kebal’ mungkin itulah perkataan paling sesuai bagi merujuk kepada kegiatan judi haram yang masih berleluasa hampir di seluruh negara. 
Berdasarkan maklumat dan tinjauan Mingguan Malaysia terbukti tindakan tegas khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak menggentarkan sindiket. Mereka hanya menghentikan operasi sementara sahaja sebelum meneruskannya apabila isu reda. 
Difahamkan, sindiket menggunakan pelbagai kaedah dan taktik bagi memastikan kegiatan yang boleh merosakkan masyarakat khususnya orang Melayu itu terus beroperasi. 
Apa mengejutkan, ada di sesetengah kawasan terdapat lebih daripada premis judi haram seolah-olah mereka `kebal’ daripada tindakan undang-undang. 
Apa yang mengecewakan, sikap sambil lewa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terus mengamalkan sindrom ‘bangau oh bangau’ telah menyebabkan sindiket perjudian terus menjalankan perbuatan itu di premis-premis perniagaan. 
Sumber memberitahu, walaupun siasatan dan serbuan dilakukan oleh pihak polis mengesahkan sesebuah premis itu terlibat dengan perjudian haram, namun PBT tidak mengambil tindakan menyita atau merampas premis tersebut. Berikutan itu sebahagian besar premis terlibat kembali beroperasi. 
Sumber tersebut turut menegaskan, sindiket judi tidak akan menghentikan kegiatan mereka memandangkan ia mendatangkan keuntungan berjuta-juta ringgit dalam sehari. 
“Tiada gunanya polis terus mela­kukan serbuan demi serbuan, kalau PBT seolah-olah lepas tangan untuk melakukan penguatkuasaan. Apabila ditanya kepada PBT, mereka menjawab ia di bawah bidang kuasa polis sedangkan PBT ada kuasa untuk merampas dan menyita sesebuah premis,’’ kata sumber itu lagi. 


SUMBER: UTUSAN ONLINE
Disebabkan sikap 'acuh tidak acuh' yang dilakukan pihak PBT dalam menangani isu ini, PBT telah menerima banyak kritikan dan digesa supaya lebih serius menangani isu ini.

Petikan UTUSAN ONLINE (27 JULAI 2015):
PBT jangan lepas tangan 
PBT tidak boleh lepas tangan, pihak berkuasa utiliti tidak boleh pandang sebelah mata manakala masyarakat pula tidak boleh butakan mata dengan membiarkan sahaja aktiviti haram itu berleluasa di kawasan mereka. 
Usahlah bercakap soal undang-undang kerana peruntukan sedia ada sudah lebih daripada mencukupi. Apa yang diinginkan hanyalah penguatkuasaan yang tegas. Tetapi malangnya, ia seolah-olah tidak berlaku. Premis-premis perjudian yang pernah diserbu oleh pihak polis kembali beroperasi, ada antaranya dikatakan hanya tutup beberapa jam sahaja. 
Sindiket berupaya untuk aktif semula kerana mereka masih ada premis. PBT memberi seribu satu alasan kenapakah premis itu tidak disita atau dirampas. Pihak utiliti yang menjaga air dan elektrik pula ada alasan masing-masing. Kesudahannya, sindiket hanya tersenyum melihat kesungguhan polis yang tidak ke mana. 
Dalam keadaan itu, penulis tertanya-tanya apakah perasaan pegawai dan anggota penguat kuasa yang sudah pastinya majoriti orang Melayu membiarkan bangsanya sendiri hidup porak peranda akibat bahana judi. Mereka bukannya tidak ada kuasa untuk menghalang tetapi mereka tidak bersungguh-sungguh untuk membanterasnya. 
Oleh itu hentikanlah kisah ‘bangau oh bangau’, jangan hanya bijak menuding jari kepada polis, walaupun sedikit sebanyak polis turut bertanggungjawab membasmi kegiatan haram itu. Apa yang penting ialah tindakan bersepadu khususnya melibatkan PBT. 
SELANJUTNYA
PETIKAN LAIN

  • Kegiatan ini adalah ‘salinan’ daripada semua aktiviti perjudian yang ditawarkan di kasino seperti Genting Highlands, Pahang. Jenis- jenis judi ini kemudian ‘diciplak’ oleh sindiket dalam bentuk judi melalui komputer dan dibawa masuk ke kawasan penempatan masyarakat khususnya orang Melayu.

SASARAN:
  • ‘Internet kasino’ ini bertujuan mengaut keuntungan daripada penjudi golongan bawahan dan berpendapatan rendah terutamanya orang Melayu yang dilarang memasuki kasino sebenar.

ANCAMAN:
  • Memecahkan institusi keluarga.
  • Menyumbang jenayah kecil seperti mencuri dan pecah rumah.
  • Terperangkap hutang dengan Ah Long.
  • Penggunaan khidmat kongsi gelap untuk jaga premis perjudian.

PIHAK BERTANGGUNGJAWAB:
  • Polis
  • Pihak berkuasa tempatan.
  • Pihak berkuasa utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan syarikat air.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

PENGUATKUASAAN:
  • SKMM pantau, mengawal dan sekat perisian perjudian.
  • PBT perlu hentikan kelulusan sebarang bentuk lesen pusat hiburan kanak-kanak dalam bangunan, pusat hiburan keluarga, pusat snuker dan kafe Internet khususnya di kawasan penempatan penduduk. Kebanyakan lesen-lesen ini telah disalah guna.
  • PBT harus bekukan kebenaran pembaharui lesen kedua-dua pusat tersebut.
  • Sebarang permohonan lesen baharu perlu dirujuk kepada wakil rakyat setempat bagi mendapatkan cadangan dan kebenaran.
  • Mana-mana premis pusat snuker atau kafe siber sedia ada tidak boleh menggunakan cermin gelap, pintu premis tidak boleh tertutup dan lampu di dalam premis mesti sentiasa dipasang.

HUKUMAN:
  • Penjara dan denda kepada pemilik premis yang menyewa kepada operator judi.
  • Rampas bangunan yang dijadikan premis perjudian jika masih berdegil.
  • Syarikat utiliti perlu sekat semua kemudahan asas seperti air dan elektrik kedalam premis.

ULASAN: PBT PERLU LEBIH SERIUS DAN JANGAN AMBIL MUDAH MENGENAI ISU PERJUDIAN. 

Thursday, July 23, 2015

JUDI ONLINE: SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN?


Tindakan membanteras mesin perjudian online oleh pihak berkuasa dilihat seperti tindakan yang sia-sia. Walaupun ratusan premis telah diserbu dan ribuan orang telah ditahan, namun selepas keadaan sudah kembali 'sejuk', mereka kembali beroperasi seperti biasa.

Kemanakah perginya skuad khas membenteras judi haram yang ditubuhkan PDRM sebelum ini?

PDRM WUJUD SKUAD KHAS BANTERAS KEGIATAN JUDI HARAM 
Putrajaya, 6 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, January 6, 2014

Oleh itu, PBT dan NGO disaran untuk turut sama menggempur gejala judi online ini bersama-sama PDRM.



CATATAN:

Sejak Januari sehingga Julai 2015, sebanyak 418 premis diserbu, 1,291 orang ditahan dan 12,389 buah komputer beserta peralatannya serta wang tunai seba­nyak RM157,990 telah dirampas oleh PDRM.


PUNCA:

1. Selama ini PDRM dan PBT saling menuding jari dalam menangani isu perjudian sehingga banyak pihak yang keliru pihak mana satukah yang sebenarnya ‘tidak buat kerja'.

2. Mereka tidak sependapat serta masing-masing dikatakan tidak mahu menerima pandangan daripada NGO-NGO yang mewakili ahli masyarakat.


CADANGAN:

1. PDRM kena bersikap terbuka dan tidak memandang remeh peranan NGO dan PBT dalam menangani gejala itu.

2. Usaha ini tidak patut diserahkan sepenuhnya kepada PDRM sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

3. Hasil kerjasama ini akan mengukuhkan lagi 'gerak kerja' untuk menghapuskan ke­giatan haram itu sehingga ke akar umbi, malah masa untuk menanganinya juga akan lebih cepat.

4. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu bekerjasama.

5. Hasil gabungan bidang kuasa dan kelebihan dari ketiga-tiga badan ini, disarankan supaya satu jawatankuasa bersepadu menggempur perjudian online (termasuk premis) ditubuhkan.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL