Wednesday, September 9, 2015

JUDI ONLINE: SKMM DIMINTA LEBIH SERIUS DAN TIDAK LEPAS TANGAN (VIDEO)




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) harus bertindak lebih tegas dalam menangani isu melibatkan laman web perjudian haram dalam negara.

Selain itu, SKMM juga diminta lebih serius dan bukan bekerja sambil lewa dalam mencari jalan membanteras penyebaran judi dalam talian yang menyebabkan peningkatan masalah sosial dalam masyarakat.

Baca artikel berkaitan: PPIM gesa SKMM bertindak ke atas sindiket judi SMS


Contoh SMS yang dihantar 

“Ia kini seolah-olah tidak boleh dikawal lagi. Semakin ramai ahli masyarakat kita yang terlibat dalam isu judi ini.

“Kami cadang SKMM buat syarat baharu terhadap kawalan bukti transaksi yang ingin dibuat. Apakah ia melibatkan judi dalam talian atau perkara lain yang lebih berfaedah,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Selasa.




Menurutnya, isu peningkatan laman web perjudian haram terutama di aplikasi sosial seperti WeChat dan BeeTalk tidak mampu diketepikan lantaran ianya menjejaskan pertumbuhan minda kalangan remaja semua kaum di negara ini.

Sebelum ini, SKMM memaklumkan sudah melaksanakan sekatan ke atas 301 laman web perjudian haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. - BNBBC

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...