Friday, September 18, 2015

2847) CAJ TIDAK MASUK AKAL, KPDNKK DIGESA WUJUDKAN GARIS PANDUAN - PPIM


18 SEPTEMBER - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa dan juga Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) wujudkan satu garis panduan terhadap syarikat-syarikat yang mengenakan caj tidak masuk akal ke atas pengguna.

Sepanjang tahun ini, PPIM menerima hampir 300 aduan daripada pengguna membabitkan caj yang tidak masuk akal dikenakan oleh syarikat tertentu. Kebanyakkan kes membabitkan caj parking, air, gas serta talian telco.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, kebanyakkan syarikat mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan mengenakan caj yang tidak masuk akal dengan sesuka hati. 

"Contohnya, pengguna terlambat menjelaskan bil air, lalu bekalan air dipotong. Selain perlu menjelaskan bil tunggakan, pengguna dikenakan caj untuk penyambungan semula sekitar RM50 hingga RM70.

Caj parking pula, jika sebelum ini kadar bayaran dikenakan mengikut jam. Sekarang sesetengah pusat membeli-belah atau parking swasta mula mengenakan caj mengikut minit di mana kadar RM4 dikenakan untuk tempoh 12 minit.

Begitu juga dengan saluran TV berbayar, di mana selepas dipotong pengguna dikenakan caj RM20 untuk sambungan semula.

Mereka kenakan caj ikut sesuka hati, sedangkan bila hujan, siaran tidak dapat ditonton. Jika perkara ini tidak dilihat secara serius, syarikat tertentu akan terus mengenakan caj ikut suka hati mereka sekaligus ia membebankan pengguna" kata Nadzim dalam sidang media.

Melihat tekanan dan bebanan harian yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat, PPIM meminta agar pihak berkenaan wujudkan garis panduan bagi memastikan syarikat-syarikat tertentu tidak sesuka hati mengambil kesempatan ke atas pengguna. - PPIM Comms


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...