PPIM menerima aduan dari seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Kebeer mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.
Lori milik pengadu
Hasil siasatan PPIM mendapati arahan ini adalah dari Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali.
Pengadu mendakwa bahawa pegawai penguatkuasa MPS telah bertindak 'ala samseng' kerana telah menahan dan merampas kunci lori yang dipandunya. Tidak cukup dengan itu, Kebeer juga turut ditinggalkan tanpa kenderaan untuk pulang.
Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu kerana tidak puas hati dengan tindakan penguatkuasa MPS tersebut.
Patutkah MPS bertindak sebegini?
Untuk butiran lanjut sila rujuk artikel ARAHAN MB SELANGOR - MPS SITA LORI ATAS KESALAHAN ADA NIAT HENDAK BUANG SAMPAH?
No comments:
Post a Comment