Tuesday, September 29, 2015

2861) KELEWATAN BAYARAN OLEH AGENSI KERAJAAN PUNCA USAHAWAN BUMIPUTERA GULUNG TIKAR


29 SEPTEMBER 2015 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelar agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikhuatiri tidak membantu usahawan bumiputera kerana dikatakan lewat membuat bayaran sehingga menyebabkan kebanyakan dari mereka terpaksa 'gulung tikar'.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga yang menghadapi masalah kewangan untuk terus 'hidup' atau memajukan perniagaan mereka ekoran kelewatan bayaran tersebut.

Kelewatan bayaran ini juga turut mengakibatkan banyak peniaga terjerumus dengan pinjaman 'Ah Long' kerana sudah tidak ada peluang lain untuk mendapatkan wang supaya mereka dapat terus berniaga (modal), katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PPIM, Villa Puteri sebentar tadi.



PPIM juga menyatakan kerisauan dengan keadaan ini kerana ramai lagi pengusaha sedang menghadapi masalah yang sama.

Gesaan ini juga lanjutan kenyataan yang dinyatakan oleh Datuk Ab. Rahim Abu Bakar, Presiden Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM) seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2015.


"Ramai usahawan bumiputera bakal gulung tikar sekiranya firma asing mengambil alih aset tenaga negara lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi semasa yang tidak menentu ditambah pula dengan kelemahan ringgit."

Oleh itu, agensi yang dinyatakan diseru agar memberikan kerjasama yang sewajarnya dan perlu mencari jalan untuk membantu mereka disamping dapat memudahkan urusan yang boleh dipermudahkan. - ADMIN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...