Sejak 9 September 2015, pengguna di lebuh raya melalui Plaza Tol Gombak dan Bentong menggunakan sistem pembayaran tol secara elektronik kononnya bagi menjimatkan masa pengguna.
Malangnya, sistem berkenaan menjadi punca kesesakan lalu lintas luar biasa yang bermula selepas Hentian R&R Temerloh menuju Plaza Tol Gombak bermula sejak pagi hingga lewat malam tadi.
Kesesakan itu dipercayai berlaku disebabkan bilangan kenderaan beratur bagi tambah nilai Touch & Go mereka di Plaza Tol Bentong.
Kebanyakkan pengguna malam tadi terpaksa membuat tambah nilai di Plaza Tol Bentong kerana sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) amat sukar untuk tambah nilai Touch & Go malah sering kali 'offline'.
Sistem pembayaran elektronik plaza tol tidak menjimatkan masa pengguna sebaliknya ia menyusahkan malah ia seperti memeras duit pengguna lebuh raya.
Di mana pengguna kini terpaksa membayar terlebih dahulu sebelum menggunakan laluan berkenaan.
Malah sistem tersebut menafikan hak setiap pengguna kerana ia tidak memberi pilihan kepada pengguna.
Melalui pembayaran tol elektronik suka atau tidak kini pengguna terpaksa tambah nilai minima RM10.
Sebagai contoh, jika sebelum ini melalui Bentong pengguna dikenakan RM6 yang mana ada pengguna membayar tunai dan ada yang menggunakan Touch & Go.
Melalui pembayaran tol elektronik pengguna tiada pilihan, sekiranya Touch & Go mereka tiada jumlah baki mencukupi.
Pengguna perlu tambah nilai di lorong yang disediakan di Plaza Tol, biasanya dua lorong kiri laluan bagi tunai tetapi kini laluan untuk tambah nilai Touch & Go sahaja.
Jika jurutol boleh buat tambah nilai kenapa tidak mereka turut menerima bayaran tunai seperti sebelum ini?
Bukankah kelihatan seperti bayar dulu guna kemudian atau bahasa lainnya adalah peras wang pengguna?
JADILAH PENGGUNA BIJAK, TAK PERLU BAYAR DULU GUNA KEMUDIAN!
No comments:
Post a Comment