Wednesday, September 9, 2015

#YAYASANPATRIOT ANJUR TAYANGAN AMAL FILEM PERANG #BRAVO5


9 SEPTEMBER - Sempena Hari Malaysia 16 September 2015 ini, YPNM menganjurkan program amal Tayangan Amal Patriot Bravo 5 bersama anak yatim, balu dan bekas anggota tentera dari Regimen Gerak Khas.

Tayangan amal bertujuan memupuk semangat patriotisme serta menghargai jasa pengorbanan tentera mempertahankan kemerdekaan tanah air.

Bravo 5 merupakan filem perang pertama arahan Mohd Hitler atau dikenali Yeop Hitler yang dibintangi Beto (Trooper Karim), Remy Ishak (Leftenan Azri), Sashi Tharan (Koporal Morgan), Xavier Fong (Koporal Ah Chia) dan Frank Peterson (Sarjan Unya) berdasarkan kisah benar lima anggota komando dalam menentang komunis pada tahun 1989.

Menurut Yeop Hitler, beliau berdepan banyak cabaran sepanjang dua bulan penggambaran.


"Banyak perkara yang terjadi sehingga saya sakit jatuh sakit selama seminggu dan terpaksa menjalani pembedahan, tapi atas semangat untuk sampaikan nilai patriotisme kepada rakyat Malaysia, saya tetap gagahkan diri sepanjang dua bulan penggambaran sekitar Kuala Lumpur dan Tapah, Perak,

Saya berharap penonton hadir memberi sokongan kepada filem Bravo 5 yang bakal ditayangkan di seluruh negara esok, 10 September." katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.

YPNM dan PPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada 'Bravo 5' bagi menghargai pengorbanan pejuang-pejuang negara.

TRAILER


POSTER


"BIAR MATI BERMARUAH JANGAN HIDUP DIJAJAH"




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...