Saturday, September 12, 2015

2832) OPS BAH SIRI 15: PREMIS JUDI ONLINE DIGEMPUR!


12 SEPTEMBER 2015 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekali lagi tidak ketinggalan menyertai Operasi Bersepadu Benteras Aktiviti Haram (Ops BAH) untuk ke siri yang ke-15 yang diadakan pada malam tadi, 

BACA ARTIKEL OPS BAH SIRI KE-14 (SINI)

Operasi yang berakhir sekitar jam 3 pagi itu telah membuat serbuan di tiga tempat berlainan sekaligus berjaya melumpuhkan beberapa sindiket yang menjalankan aktiviti haram sekitar ibu kota,

Untuk pengetahuan umum, operasi yang digerakkan dengan kerjasama 17 agensi kerajaan ini menfokuskan penguatkuasaan terhadap pusat siber perjudian haram, pusat urut tanpa lesen, dadah, warga asing, penyalahgunaan permit dan aktiviti maksiat.

Antara serbuan yang dibuat adalah di YYY Club (Jalan Genting-Klang) dimana serbuan tersebut berjaya melumpuhkan sindiket perjudian online yang giat beroperasi disitu. Lebih 100 buah komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian telah dirampas.

Dalam pada itu, serbuan tersebut juga telah berjaya membantutkan kegiatan perjudian yang dioperasikan semula oleh sindiket sejak awal tahun ini.

Berikut adalah gambar serbuan yang diadakan:









APA ITU OPS BAH?

Operasi bersepadu ini telah dilancarkan pada 16 April 2014 oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dibawah perancangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Fokus utama Ops Bah ialah penguatkuasaan terhadap pusat siber perjudian haram, pusat urut tanpa lesen, dadah, warga asing, penyalahgunaan permit dan aktiviti maksiat.

\

Ops ini disertai oleh 17 buah agensi kerajaan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak sebagai peneraju utama usaha tersebut.

Kesemua agensi yang terlibat masing-masing akan menggunakan segala kuasa yang ada termasuk sumber, kepakaran, pengetahuan, idea dan isu supaya dapat merungkai apa jua masalah yang timbul dalam usaha membanteras masalah sosial di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat:
  • Majlis Keselamatan Negara
  • Jabatan Peguam Negara
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Perbadanan Labuan
  • Perbadanan Putrajaya
  • Polis Diraja Malaysia
  • Jabatan Imigresen
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Jabatan Pertahanan Awam
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Syarikat Bekalan Air Selangor
  • Suruhanjaya Tenaga
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Telekom Malaysia
Diharap operasi seperti ini dipergiatkan lagi supaya masalah gejala sosial yang semakin kritikal dalam kalangan anak-anak muda dapat ditangani.

TAHNIAH KEPADA SEMUA AGENSI YANG TERLIBAT!

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...