Saturday, September 5, 2015

#PPIM BANGGA PELAJAR BUMIPUTERA TERIMA ANUGERAH CEMERLANG


5 SEPTEMBER 2015 

Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan tahniah dan  sangat berbangga dengan pencapaian seorang pemuda bumiputera yang telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemelang Kolej Mara Seremban, Amar Iqbal Mohd Rafee, 20.

Petang semalam, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan sempat meluangkan masa bersama dengan pelajar tersebut di pejabatnya. Dalam pertemuan hampir 1 jam itu, banyak yang dikongsikan Amar sepanjang dua tahun tempoh pengajiannya disana.

Disamping itu, Datuk Nadzim juga turut kongsikan pengalamannya dan petua untuk berjaya dalam kehidupan. Yang menariknya, beliau turut kongsikan nostalgia ketika zaman persekolahan beliau di Sekolah Cina dahulu.

Dalam peperiksaan akhir sesi pengajian A-Level (Kejuruteraan), Amar telah mendapat keputusan 3A+ (15Points) dalam subjek kimia dengan skor 94%, fisik 92% dan matematik tulen 94%. 

Penulis puji pencapaian cemerlang yang dikecap seperti Amar, ini kerana sekarang memang sukar untuk kita skor semasa tinggal di hostel, terutamanya oleh lapisan remaja lelaki sepertinya.

Difahamkan, Amar juga bakal melanjutkan pengajiannya ke salah sebuah universiti terkemuka Australia. Untuk pengetahuan, Amar juga merupakan bekas pelajar cemerlang SPM 2012 SMK Bukit Indah, Ampang.

*PPIM juga turut menyampaikan sumbangan.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...