Wednesday, December 18, 2019

5588) “UNDANG-UNDANG JANGAN BERAT SEBELAH”-NETIZEN - PPIM - 17/12/2019

Tular di media sosial mengenai seorang anggota penguatkuasa yang dipercayai dibawah pengaruh dadah telah menyamun warga OKU dan melanggar lari kira-kira 20 buah kereta sebelum ditahan oleh orang awam di ibu kota pada Jumaat lepas.

PPIM berpendapat bahawa undang-undang seharusnya adil kepada semua tanpa mengira pangkat atau status.

“Dalam isu ini, si pelaku juga merupakan manusia biasa yang boleh terpengaruh dengan pelbagai pengaruh luar (dadah). Pihak JPJ diharapkan dapat memantau atau membuat tapisan yang terbaik kerana mereka perlu mempunyai integriti yang lebih tinggi dan tidak menjejaskan imej badan berkanun itu sendiri,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

Menurutnya lagi satu mekanisma dalam menjalankan pemeriksaan berkala perlu dilakukan kerana pemeriksaan di awal kemasukan mungkin tidak mencukupi.

“Saya turut bersetuju sekiranya pemeriksaan air kencing atau pemantauan sikap dilakukan secara berkala apabila didapati perlu.”

PPIM turut menyarankan pihak berkuasa mengambil berat terhadap aduan orang ramai yang melibatkan penjawat awam supaya tindakan segera boleh diambil.


#PDRM #JPJ #Negaraku #Malaysiaku #2020 #drug #crime #PPIMprihatin #toqqitegur #toqqimarah #viral #KualaLumpur


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...