Friday, June 6, 2014

1998) ILMU PENGGUNA DI LUAR NEGARA


Dalam keadaan yang sesak, sibuk dan tertekan dengan keadaan Bandar yang serba maju ini. Ramai penduduk Bandar ingin melarikan diri dan berehat seketika ditempat yang aman dan dapat mententeramkan kita. Kebanyakan mereka menginginkan sesuatu yang luar biasa atau lain dari persekitaran yang ada dimalaysia. Disebabkan itulah mereka memilih Negara luar daripada Malaysia.

Ilmu kepenggunaan bukan sekadar didalam Malaysia sahaja boleh diterapkan. Namun, dinegara luar juga kita boleh terapkan ilmu ini. Masyarakat hendaklah mengetahui tentang kepentingan ini jika mereka mahu ke sesebuah Negara atas urusan kerja atau bercuti.

Pengguna hendaklah mempunyai sedikit ilmu tentang destinasi yang ingin dituju. Dapatkan seberapa banyak informasi untuk kegunaan kita disana seperti latar belakang tempat, cuaca, dan budaya masyarakat tempat itu. Ini adalah untuk mengelak dari berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.

Pasport adalah perkara yang sangat penting bagi seseorang itu kerana pasport umpama IC antarabangsa anda. Jika ada orang mahukan anda memberikan pasport untuk kegunaan apa jua sekalipun, anda hendaklah berwaspada kerana khuatir disalahgunakan. Hanya pihak berkuasa sahaja yang berhak untuk mengambil pasport anda. Pengguna pasport berhak untuk tidak memberi pasport kepada orang yang tiada kuasa.

Hak pengguna untuk kebanyakan Negara adalah hampir sama. Jika kita pergi ke Negara luar, kita juga mempunyai hak untuk memilih, hak untuk informasi dan banyak lagi. Kita tidak boleh dipaksa untuk membeli walaupun kita bukan warga Negara mereka.

Hak untuk meminta potongan harga jika ada. Pengguna luar juga berhak untuk mendapatinya. Tetapi jika terma dan syarat mengatakan hanya untuk warga Negara itu, maka pengguna luar tidak dapat menerima hak tersebut.

Pengguna hendaklah berhati-hati dengan penggunaan kenderaan awam seperti teksi. Hendaklah di ingati bahawa tidak semua orang jujur dalam melakukan tugas mereka. Oleh itu, pengguna hendaklah tahu dan bertanyakan tentang cara penggunaan kenderaan awam yang ada disitu supaya pengguna tidak tertipu oleh mereka.

Pengguna hendaklah mengetahui kedai-kedai yang menyediakan makanan halal. Ini adalah penting buat pengguna yang menganuti agama islam. Dapatkan senarai-senarai kedai makanan halal ini dari kedutaan Malaysia atau dari masjid-masjid yang ada disana.

Pengguna hendaklah meletakkan diri dalam keadaan yang berwaspada walaupun dalam percutian. Ini kerana kehidupan sekarang yang begitu tercendorong dengan pengaruh gangster dan terlalu ramai orang jahat. Maka bagi seorang perempuan, penggunaan penyembur pemedih mata adalah penting. Mereka hendaklah membawa ia kemana jua.


Perlu di ingat oleh semua pengguna, kedutaan Malaysia adalah satu tempat dimana kita boleh berteduh, mendapatkan informasi dan tempat perlindungan yang paling baik untuk warga Negara Malaysia diluar sana.   

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...