Friday, June 20, 2014

2023) Pengguna jalan raya.


Pengguna jalan raya.

Bertolak ansur adalah salah satu nilai yang diterapkan oleh Islam dalam kehidupan manusia. Konsep ini boleh boleh dijadikan amalan dalam kehidupan harian jika benar-benar kita menghayatinya. Contohnya ketika berada di jalan raya. Samada kita sebagai pemandu kenderaan, pembonceng motosikal dan pejalan kaki, semuanya mempunyai hak masing-masing dan kesemuanya menuntut agar mereka dihormati di jalan raya.

Malangnya dalam kehidupan masyarakat mereka hanya menuntut sikap dihormati tetapi meraka tidak memberi hormat kepada orang disekeliling.  Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri menjadikan keadaan lalu lintas menjadi sesak. Sebagai contoh,  pemandu yang tidak memberi ruang kepada kenderaan lain untuk masuk ke simpang. Jika pemandu itu mempunyai sifat tolak ansur, ia mampu mengurangkan sedikit sebanyak kesesakan lalu lintas.

Selain itu sifat pentingkan diri sendiri ini terserlah apabila pemandu yang tidak behemah ini memotong giliran dengan menggunakan jalan kecemasan untuk berada dihadapan semasa di lampu isyarat. Sikap ini menyebabkan pemandu lain berasa marah.  Bukan itu sahaja, sikap itu mampu membunuh orang yang berada dalam kecemasan jika laluan tersebut digunakan untuk tujuan yang salah. Diingatkan di sini laluan kecemasan adalah untuk kecemasan sahaja  yang kebiasaannya digunakan oleh ambulans dan pihak bekuasa.

Pemandu hendaklah memberi sedikit ruang kepada penunggang motosikal. Sesetengah penunggang motosikal, mereka menunggang motosikal dengan cara yang berbahaya. Dengan menyelit ke kiri dan ke kanan, penunggang motosikal mendapat risiko kecederaan yang tinggi. Menjaga jarak antara kenderaan adalah salah satu solusi bagi mengelakkan situasi seperti dinyatakan tadi. Selain itu, penunggang motosikal perlu menggunakan laluan yang telah disediakan dari menggunakan laluan kenderaan berat. Penunggang motosikal hendaklah sedar akan peratus kemalangan yang mereka akan hadapi adalah sangat bahaya. Oleh itu sayangilah nyawa anda.


Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat lemah lembut dan beradap. Biarlah manusia mengenali Malaysia dengan sifat seperti itu dan bukan dengan sifat yang mampu merendahkan martabat masyarakat Malaysia sendiri. Oleh itu, jagalah adab kita didijalan raya. Bukan sekadar dijalan raya, dimana jua kita berada. Kerana diri merupakan imej kepada Negara.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...