Monday, June 16, 2014

2018) HARIAN METRO 15/6/2014 - ANDA TANYA?


Headline: Kebelakangan ini banyak barang ... )
Publication: MA
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Datuk Nadzim Johan

Kebelakangan ini banyak barangan mengalami kenaikan harga. Apakah tip berbelanja bijak yang boleh dijadikan panduan bagi pengguna?

LINA, Alor Setar

! Sebagai pengguna bijak, antara perkara yang boleh dilakukan ialah membandingkan harga, melihat risalah, memilih jenama pasar raya bersesuaian, merancang pembelian, membeli-belah lebih awal atau bersendirian, mengamalkan makanan berkhasiat seperti buah dan sayuran, mengira kos seunit, gunakan bakul berbanding troli dan semak resit.



Headline: ( Ramai mencari rezeki menerusi ... )
Publication: MA
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Datuk Nadzim Johan

Ramai mencari rezeki menerusi perniagaan, tapi apakah ciri-ciri peniaga mengikut Islam?

RAZALI, Kota Bharu

! Tiada monopoli. Dalam sebuah persaingan sihat, peniaga akan saling membantu dan memanfaatkan satu sama lain. Perniagaan adalah perkongsian.

Apabila berkongsi, lebih banyak perkara dapat dibincang dan diperbaiki. Sikap menguasai tidak mendatangkan faedah jangka panjang kepada dua-dua pihak.

Kedua, mudah berurusan. Pengguna digalak berurusan dengan peniaga yang mudah memberi respons setiap kali pelanggan bertanya.

Seronok belanjakan wang kepada penjual yang baik hati dan sabar melayan pertanyaan pelanggan yang bermacam-macam.

Ketiga, jujur. Setiap urus niaga yang dibuat dinyatakan secara jelas. Peniaga tidak menipu atau menjual barang yang diketahui rosak kepada pelanggan.

Keempat, tidak pentingkan diri. Peniaga yang tidak bersandarkan keuntungan semata-mata, sebaliknya turut menekankan kesenangan bersama.

Kelima, jual barangan halal dan baik. Sebagai orang Islam, aspek halal hendaklah diutamakan. Halal dan baik. Ia bermakna barangan itu halal dan tidak memberi mudarat kepada orang yang mengguna atau memakannya.

Ia tidak hanya memberi kebaikan kepada orang Islam, tetapi barangan halal memanfaatkan semua golongan.


Headline: (Cukai Barangan dan Perkhidmatan ... )
Publication: MA
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Datuk Nadzim Johan

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada April 2015. Adakah GST akan mengakibatkan kerugian pada peniaga?

AZMI, Kuala Kangsar

! Dalam konteks peniaga, apabila membeli barangan dan setengah barangan dibeli digunakan dalam proses pengeluaran, mereka hanya membayar cukai jualan.

Namun, mereka tidak dapat kutip balik cukai itu apabila ada GST. Apabila mengenakan GST kepada pembeli dan mengutip hasil, mereka boleh mengurangkan apa dibayar kepada kerajaan dan apa dibayar iaitu cukai input iaitu cukai tambah nilai dalam proses perkilangan.

Namun, tidak semua barangan boleh dikenakan GST terhadap pengguna seperti dijanjikan kerajaan.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...