Wednesday, June 4, 2014

1992) PENGHARGAAN DARI PENGADU


Assalamualaikum warga pengurusan PPIM,

Diharap semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera & dirahmati Allah hendaknya

Saya memohon untuk PPIM mengambil serius & tindakan ke atas syarikat Cadbury yang mengeluarkan produk mengandungi porcine serta mengedarkan ke dalam pasaran Malaysia secara meluas. Perkara ini telah diketahui sejak Februari 2014 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi tidak didedahkan atas sebab-sebab tertentu.

Sebagaimana PPIM telah menyerbu kilang roti High 5 & mengeluarkan kenyataan tentang minyak masak tidak halal di pasaran tempoh hari, diharapkan PPIM dapat mengambil tindakan sama ke atas cadbury kerana telah mengingkari PENGGUNA MUSLIM di Malaysia...

Diharapakan tindakan dari PPIM segera & kami yakin PPIM mampu mengubah keadaan senario syarikat-syarikat mega yang banyak.mengkhianati pengguna Islam di Malaysia khususnya.


Tahniah & salute kepada semua terutama kepada ayahanda Datuk Nadzim atas teguran keras kepada Jakim...

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...