Thursday, June 12, 2014

2011) HARIAN METRO 12/6/2014 - 100 NGO cadang Akta Hasutan dipinda



Headline: 100 NGO cadang Akta Hasutan dipinda
Publication: HM
Date of publication: Jun 12, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 031


Kuala Lumpur: Lebih 100 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mencadangkan Akta Hasutan 1948 dipinda atau ditambah baik bagi mengekalkan keharmonian negara ini.

Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan (gambar) berkata, semua NGO Melayu dan Islam di negara ini sebulat suara membantah cadangan Majlis Peguam memansuhkan akta itu.

"Kita tidak setuju ia dimansuhkan, tetapi mungkin boleh diperbaharui mengikut keadaan semasa dan sekiranya ia semakin bertambah baik.

"Ingat jangan sampai peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang apabila keharmonian tidak dijaga, setiap orang harus menghormati sensitiviti kaum lain.

"Ketidakfahaman yang jelas daripada masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan akan membahayakan masa depan negara," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, semalam.

Selain MPM, NGO lain yang membantah pemansuhan akta itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA).

Isu berkenaan dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Selangor (BN) Datuk Irmohizam Ibrahim di Dewan Rakyat Selasa lalu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengesahkan akta itu masih sah dan tiada akta baru menggantikannya setakat ini.

Pada masa sama, beliau turut menerima tiga draf awal berkaitan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan akta sedia ada.

Mohd Zaman Khan berkata, empat elemen yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diberi pemahaman yang jelas bagi mengelakkan perpecahan kaum dan menggugat keamanan negara.
  
BERITA SELANJUTNYA
http://www.nib.com.my/archives/text/view/127036522?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1402540474%3Aresultset

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...