Showing posts with label NIB. Show all posts
Showing posts with label NIB. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

2009) HARIAN METRO 11/6/2014 - Nafi cedera aktivis

Headline: Nafi cedera aktivis
Publication: HM
Date of publication: Jun 11, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 012

Kuala Lumpur: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan seorang ahli persatuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang aktivis pengguna, Mac lalu.

Nadzim, 54, dan Tengku Faezah Raja Fuad, 32, kedua-duanya orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azura Murah.

Mengikut pertuduhan, mereka yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Adam Mikail, 43.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Tun Ismail, dekat sini, pada jam 12 tengah hari, 28 Mac 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000.


Tuesday, May 27, 2014

1922) NIB 27/5/2014 HARIAN METRO - REALISASI AKTA HALAL



Headline: Realisasi Akta Halal
Publication: HM
Date of publication: May 27, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 024
Byline / Author: Oleh Idzuafi Hadi Kamilan

Isu makanan halal sangat sensitif di negara ini. Sensitiviti ini signifikan sifatnya memandangkan penduduk Malaysia walaupun pelbagai kaum, ia mempunyai lebih 50 peratus beragama Islam.

Justeru, apabila negara digemparkan dengan penemuan DNA babi dalam dua produk syarikat Cadbury yang terdiri daripada coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013 N01RI1 sudah cukup meresahkan rakyat.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat antara pertubuhan bukan kerajaan segera tampil ke hadapan untuk memfailkan saman terhadap pengeluar coklat antarabangsa itu.

Selepas itu, beberapa pertubuhan lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan SukaGuam juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama ke atas pengeluar produk yang tercemar itu.

Hakikatnya, ketiga-tiga badan bukan kerajaan ini bersetuju mengambil tindakan mengikut beberapa undang-undang yang berhubung kait dengan sijil halal seperti Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Makanan 1983 dan lain-lain lagi.

Sentimen pengguna

Walaupun begitu, penulis berkeyakinan sentimen sebagai pengguna Muslim di sebuah negara yang majoritinya beragama Islam penting mengapa tindakan undang-undang ini dicadangkan untuk diambil.

Kewujudan Akta Perlindungan Pengguna di Malaysia hanyalah di gubal pada tahun 1999. Sebelum itu, Akta Jualan Barang 1957 antara perundangan yang mempunyai ciri-ciri perlindungan pengguna yang terpakai kepada pengguna dan bukan pengguna.

Namun, terdapat kelompangan besar akta ini apabila perlindungan penggunanya sangat minimum kepada pengguna yang juga pada masa yang sama adalah pembeli.

Ini kerana Akta Jualan Barang tidak melindungi pengguna yang bukan pembeli sesuatu barang itu. Malah, jauh lebih teruk bagi pengguna ketika itu memandangkan Akta Jualan Barang 1957 digubal atas landasan priviti kontrak maka hanya penjual dan pembeli sesuatu barang yang terbabit dengan transaksi kontrak itu saja yang boleh mengambil tindakan undang-undang di antara satu sama lain sekiranya wujud perlanggaran kontrak.

Maknanya jika isu DNA halal ini dirujuk mengikut Akta Jualan Barang 1957 sebelum tahun 1999, maka akta ini tidak dapat melindungi pengguna memandangkan penjual tidak mengetahui kandungan produk yang tercemar itu kecuali ia sudah dilakukan secara salah pihak pengeluar.

Maka, di sinilah signifikan kewujudan Akta Perlindungan Pengguna 1999 apabila pengguna boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pengeluar atau pengilang walaupun ia bukan seorang daripada pihak di dalam priviti kontrak seperti sebelum tahun 1999.

Berdasarkan peruntukan seksyen 9, Akta Perlindungan Pengguna 1999 pengguna boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengguna berasakan mereka tertipu dengan aktiviti yang tidak beretika peniaga dengan perlakuan yang mengelirukan atau memperdayakan, atau mungkin mengelirukan dan memperdayakan orang ramai mengenai sifat, proses pengilangan, ciri-ciri dan kesesuaiannya.

Selain itu, tindakan JAKIM menarik balik kelulusan sijil halal kepada dua produk Cadbury ini pula dibuat mengikut Akta Perihal Dagangan 1972. Tindakan syarikat Cadbury membekalkan dan mengedarkan produk dengan DNA tercemar ini menyalahi akta ini kerana seharusnya pengguna mendapat maklumat sesuatu produk itu selamat dengan sijil halal tetapi sebaliknya berlaku.

Pengguna juga boleh mengambil tindakan melalui Akta Makanan 1983. Seksyen 16 contohnya menyediakan hukuman terhadap kesalahan menyediakan, membungkus, melabel dan menjual mana-mana makanan yang salah dan mengelirukan dari segi kandungan, keselamatan, kualiti dan sebagainya. Ini secara tidak langsung merujuk kepada pelabelan sijil halal yang diberikan kepada syarikat Cadbury tetapi kualiti dan kandungannya pula tidak seperti ditunjukkan pada sijil halal berkenaan.

Hakikatnya, Dr Zulkifli Hassan melalui artikelnya yang bertajuk 'Undang-undang Produk Halal di Malaysia: Isu Pendakwaan dan Penguatkuasaan' bahawa memandangkan penguatkuasaan dilaksanakan JAKIM manakala pendakwaan bagi produk halal dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna maka persoalan serta cadangan untuk pendakwaan dan penguatkuasaan produk halal diharmonikan di bawah bidang kuasa JAKIM harus dipertimbangkan.

Martabat fungsi JAKIM

Ini bukan saja akan membantu memartabatkan fungsi JAKIM sebagai badan penguat kuasa produk halal, malah akan memberikan fungsi lebih besar di dalam pendakwaan pula.

Sudah pasti dengan cara ini juga maksud Islam adalah agama Persekutuan seperti mana dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dapat dikembang luaskan berbanding kecil saja skopnya di dalam kes Che Omar Che Soh melawan Public Prosecutor sebelum ini.

Tambahan lagi gesaan PPIM agar Akta Halal yang pernah disebut-sebut untuk dibentangkan di Parlimen sejak sedekad lalu sudah mula menampakkan kewajarannya.

Akta yang berserak dalam membicarakan isu halal sebenarnya merumitkan pihak pendakwaan bagi mendakwa pengeluar, pengilang mahu pun peniaga. Ini kerana setiap perundangan yang ada mempunyai tahap dan beban pembuktian yang perlu dibuktikan terlebih dulu sebelum seseorang itu didapati bersalah.

Oleh demikian, insiden produk coklat yang tercemar ini kadangkala juga perlu dilihat bukan saja sebagai bencana tetapi juga ia suatu rahmat agar Akta Halal dapat direalisasikan

Penulis sedang melanjutkan pengajian pada peringkat PhD dalam Undang-Undang Perlembagaan di Fakulti Undang-undang, UKM

Monday, May 12, 2014

1901) NIB HARIAN METRO 12/5/2014 - TOLONG SEMAK DULU



Headline: Tolonglah semak dulu
Publication: HM
Date of publication: May 12, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 029
Byline / Author: Oleh Oleh Mahaizura Abd Malik
Kuala Lumpur: Pengguna dinasihatkan melakukan semakan terlebih dulu berkaitan kelulusan dan kandungan produk sebelum membeli serta menggunakannya bagi mengelak sebarang kemudaratan pada diri.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, keinginan untuk cantik mengatasi rasional pemikiran mengakibatkan ramai pengguna sanggup mengambil risiko menerusi pemakaian produk kecantikan tidak diiktiraf.

"Sepanjang tahun lalu saja, kami menerima 40 aduan berkaitan produk kecantikan tidak berkesan atau memudaratkan pengguna.

"Kebanyakan mereka berusia antara 20 dan 40 tahun tampil membuat aduan selepas mengalami kesan kemudaratan seperti kulit terbakar, lebam, kusam dan tidak memiliki bentuk badan menggiurkan selepas mengambil produk kecantikan yang tidak diketahui kelulusannya," katanya.

Beliau mengulas muka depan Metro Ahad, semalam, berkaitan kegiatan penjualan hormon estrogen untuk kecantikan tubuh badan tanpa perlu melakukan pembedahan di laman sosial yang semakin mendapat perhatian pengguna terutama wanita.

Menurut Nadzim, kegiatan berkenaan sukar dibendung walaupun kerajaan kerap melakukan pemantauan berikutan pengguna masih terlalu ghairah mahukan kecantikan segera tanpa memikirkan risikonya.

"Nasihat saya, pengguna harus bijak menggunakan kuasa sebagai pembeli.

"Lakukan semakan sama ada ia mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan untuk keselamatan penggunaannya serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi menentukan status halal.

"Bagi mereka yang sudah termakan tipu daya, diharap segera tampil membuat laporan polis dan aduan di mana-mana agensi pengaduan.

"Langkah ini penting kerana keengganan mereka tampil ke depan menyukarkan lagi pihak kerajaan dan berkaitan membuat mekanisme penyelesaian terbaik dan tindakan susulan," katanya.

Monday, May 5, 2014

1881) NIB 4/5/2014 - BELI INSURANS MELALUI TELEFON BERISIKO



Headline: Beli insurans melalui telefon berisiko
Publication: MA
Date of publication: May 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022

Cheras: Akibat terbeli Insurans Kemalangan Diri (KD) tanpa kerelaan melalui panggilan telefon, akaun bank seorang guru dipotong sebanyak RM35 sebulan sejak Januari 2012, menjadikan kerugian keseluruhan kira-kira RM700.

Lebih memeranjatkan mangsa, tiada langsung penghantaran polisi insurans dibuat oleh syarikat insurans berkenaan sehingga kini.

Mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Cheras, guru terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah berkata, dia hanya sedar berlaku pemotongan apabila pihak insurans berkenaan menghantar surat kekurangan baki di dalam akuan banknya pada Disember 2013.

"Selama ini saya tidak menyedari pemotongan dibuat secara automatik hinggalah surat terbabit dihantar kepada saya.

"Seingat saya, saya menerima panggilan telefon daripada ejen pada Disember 2011 tetapi tidak pernah menyatakan persetujuan secara hitam putih," katanya yang mempunyai insurans lain dilanggan melalui perjanjian bertulis.

Menurutnya, sejurus menerima surat terbabit, dia menghubungi pihak insurans berkenaan untuk mendapatkan kepastian.

"Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu saya pemegang polisi takaful syarikat itu. Apabila saya bertanya mengenai polisi insurans, mereka memberitahu saya ia dihantar melalui pos, tetapi saya tidak pernah menerimanya," katanya.

Ramlah kemudian membuat laporan polis dan menghantar surat kepada syarikat insurans terbabit pada 18 Disember lalu bagi menyatakan rasa tidak puas hatinya.

"Di dalam surat terbabit, saya menyatakan mahu mereka memulangkan wang saya berjumlah RM700 (daripada Januari 2012 hingga Oktober 2013) dan membatalkan kontrak saya sebagai pemegang polisi.

"Bagaimanapun, mereka hanya membatalkan polisi saya dan mahu memulangkan RM70. Bagi saya, wang berjumlah RM700 adalah besar dan bernilai di saat kos sara hidup makin meningkat.

"Pada masa sama, saya berharap mereka yang senasib dengan saya tampil ke depan," katanya yang turut membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, wanita itu antara mangsa pembelian insurans melalui telefon yang mahukan keadilan.

"Selepas dia membuat aduan, pihak kami mengatur pertemuannya dengan syarikat insurans terbabit dan Bank Negara.

"Perbincangan masih berjalan dan diharap kes ini dijadikan satu panduan kepada pengguna dan penjual produk di masa depan," katanya.

Sementara itu, Metro Ahad cuba mendapatkan ulasan lanjut daripada syarikat insurans terbabit tetapi mereka enggan memberi kenyataan.

AKTA DI BAWAH SELIAAN KPDNKK

* Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

* Akta Perihal Dagangan 2011

* Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993

* Akta Perlindungan Pengguna 1999

* Akta Sewa Beli 1967

* Akta Perdagangan Elektronik 2006

* Akta Cakera Optik 2000

* Akta Francais 1998

* Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

* Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984

* Akta Kemajuan Petroleum 1974

* Akta Timbang dan Sukat 1972

* Akta Kawalan Bekalan 1961

BERITA SELANJUTNYA :
http://www.nib.com.my/archives/text/view/124970592?pos=2&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1399255795%3Aresultset

Thursday, April 24, 2014

1867) NIB - BERITA HARIAN 21/04/2014- Pengguna gesa catuan air dihentikan



Headline: Pengguna gesa catuan air dihentikan
Publication: BH
Date of publication: Apr 21, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010
Kuala Lumpur: "Saya harap mimpi buruk ini akan berakhir kerana kami mengalami pelbagai kesukaran menjalani kegiatan harian akibat catuan air sejak sebulan lalu," kata Mohd Yusof Shafae Mohamad, 35.

Beliau yang bekerja sebagai pembantu perubatan berkata, catuan air tidak menentu bukan saja menyebabkan keluarganya berhadapan masalah, malah prosedur rawatan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

"Kami kasihan dengan pesakit yang datang ke klinik, tidak banyak yang dapat kami bantu ekoran daripada catuan air ini. Ujian air kencing misalnya, tidak dapat dilakukan kerana tandas tidak mempunyai air.

"Selain itu, catuan yang sepatutnya dikenakan hanya dua hari berlarutan sehingga tiga manakala tempoh air yang diperoleh pula hanya setengah hari," katanya.

Sementara itu, tinjauan BH di laman sosial mendapati rata-rata pengguna menggesa supaya catuan air ini dihentikan.

Pengguna Twitter, Mohd Fadhlan Alias, berkata "Hujan lebatnya sekarang ini. Harap #catuanair akan berakhir dengan segera. Pelik sungguh la, boleh kata dah hampir setiap hari hujan tapi air masih dicatu lagi :( Sampai bila harus begini?"

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menasihatkan pengguna menggunakan hak mereka dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap situasi yang berlaku ini.

BERITA DARI :
http://www.nib.com.my/archives/text/view/124201494?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1398319472%3Aresultset

Monday, April 14, 2014

1853) NIB - 12/04/2014 HARIAN METRO - KAWAL IMPOT UBAT DUA FUNGSI



Headline: Kawal import ubat dua fungsi
Publication: HM
Date of publication: Apr 12, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 031
Byline / Author: Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengawal penggunaan ubat-ubatan bagi mengelak bahan itu disalahgunakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan selain merawat penyakit.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, KKM perlu memainkan peranan mengkaji semula kemasukan ubat-ubatan ke negara ini.

"Tolong semak semula dan hadkan pengimportan bahan itu hanya sebagai rawatan penyakit, bukan membahayakan nyawa pengguna.

"Bagi saya ubat tidak perlu ada dua fungsi sekali gus iaitu sebagai rawatan dan racun (memudaratkan) pengguna, ini pasti ada yang tidak kena.

"Selain itu, penggunaan ubat-ubatan wajib mendapat kelulusan pakar dan doktor terlebih dulu bagi mengelakkan ia disalahgunakan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro kelmarin berkaitan penyalahgunaan pil Misoprostol yang berfungsi untuk rawatan ulser gastrik tetapi turut diguna sebagai bahan untuk menggugurkan janin.

Pil itu kini semakin bebas dijual dalam laman sosial seolah-olah menggalakkan perbuatan menggugurkan janin.

Perkara itu turut dipersetujui Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Noh Gadut yang mahukan semua pihak memainkan peranan untuk mengekang perbuatan tidak bertamadun itu.

"Perbuatan gugur ini sangat zalim, tiada kemanusiaan dan jahiliah, malah jika berterusan ia umpama menggalakkan gejala sosial dan zina," katanya

SUMBER DARI :
http://www.nib.com.my/archives/text/view/123707817?pos=2&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1397451572%3Aresultset

1852) NIB - 13/4/2014 BERITA MINGGUAN - 200 PEMBELI RUMAH MUFLIS




Headline: 200 pembeli rumah muflis
Publication: BM
Date of publication: Apr 13, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 020
Byline / Author: Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal
Kuala Lumpur: Kira-kira 200 pembeli rumah diisytiharkan muflis dipercayai ditipu oleh sebuah perbankan Islam selepas hampir 47 projek rumah dibiayai bank berkenaan tidak wujud dan terbengkalai.

Walaupun rumah dibeli mangsa tidak wujud, bank itu tetap membuat tuntutan bayaran balik dengan jumlah dua kali ganda daripada harga asal.

Mangsa yang ingin memiliki rumah sendiri terpaksa berdepan hutang melebihi RM400,000 walaupun pihak bank tahu rumah dijanjikan pemaju sebelum ini tidak pernah wujud.

Lebih mengecewakan, mangsa bukan saja dibelenggu hutang yang terpaksa dibayar secara bulanan, malah tapak rumah dijanjikan hanya terdapat lalang dan timbunan kayu saja.

Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd Kareem S Khadaied, berkata kes seperti ini sudah lama dibincangkan, tetapi bank itu tidak membuat sebarang tindakan, sebaliknya terus memaksa mangsa membuat bayaran melebihi dua kali ganda daripada harga asal rumah terbabit.

"Mangsa yang tidak mampu membuat bayaran disenarai hitam oleh bank itu, sekali gus menyukarkan mereka membuat pinjaman daripada institusi kewangan lain.

Pemaju tidak dapat dijejaki

"Mangsa penipuan ini kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan pemaju yang berjanji akan membina rumah juga tidak dapat dijejaki sehingga kini," katanya, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, semalam.

Menurutnya, beliau bersama 50 mangsa penipuan di sekitar Lembah Klang membuat laporan polis di IPD Dang Wangi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Sheikh Abd Kareem berkata, hasil analisis yang dilakukan PPIM, 40,000 pemilik rumah seluruh negara sudah menjadi mangsa penipuan syarikat perbankan Islam dan berharap mereka boleh membuat laporan polis secepat mungkin.

"Jika diam dan tidak bertindak segera, mungkin mereka juga akan disenarai hitam oleh bank itu," katanya.

Amirudin Abd Wahab, 41, berkata dia yang membuat pinjaman rumah RM70,000 pada tahun 2002 kecewa apabila impian memiliki kediaman sendiri tidak kesampaian, sebaliknya dituntut membuat bayaran kepada bank itu berjumlah RM170,000.

"Masa hendak menjualnya dulu, wakil pemaju sendiri datang ke rumah dan memberi lakaran serta pelan rumah yang akan dibina, tetapi selepas enam bulan membuat bayaran, pemaju tidak dapat dihubungi. Curiga dengan tindakan itu, saya menyemak di pejabat tanah dan akhirnya diberitahu, syarikat pemaju berkenaan tidak wujud," katanya.

Friday, April 4, 2014

1841) Memorandum bantahan diserah kepada Kedutaan AS



Headline: Memorandum bantahan diserah kepada Kedutaan AS
Publication: BH
Date of publication: Apr 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 008
Byline / Author: Oleh M Thillinadan; Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail; Haika Khazi; Zanariah Abd Mutalib; Sophia Ahmad; Luqman Arif Abdul Karim; Muhammad Mustakim Ramli; Shaiffulazhar Misri
Kuala Lumpur: Tindakan media asing menyiarkan laporan sensasi yang tidak tepat berhubung kehilangan MH370 mendapat bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara.

Bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka, satu memorandum bantahan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini semalam, khususnya berhubung laporan tidak tepat disiarkan agensi berita Cable News Network (CNN) dan Fox News.

Antara NGO berkenaan adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA), Yayasan Media Malaysia (MMF) dan Batas Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata memorandum itu menzahirkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadap agensi berita dari Amerika Syarikat yang memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia susulan tragedi MH370.

Tegur agensi berita

"Agensi berita perlu lebih bertanggungjawab dan jangan berbohong. Kita harap mereka (kerajaan Amerika Syarikat) dapat menegur dan menasihat agensi berita negara mereka yang membuat liputan di sini.

"Laporan berita adalah untuk mewujudkan perasaan bersatu padu dalam kalangan masyarakat dunia dan bukannya memecah belah, malah secara asasnya olahan yang disiarkan mereka sangat berbeza dengan pendekatan media tempatan" katanya selepas menyerah memorandum kepada wakil kedutaan yang dikenali sebagai Green pada jam 2.45 petang semalam.

BERITA SELANJUTNYA:
http://www.nib.com.my/archives/text/view/123166144?pos=2&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1396599489%3Aresultset

1840) NIB - 200 Protes CNN, Fox News



Headline: 200 protes CNN, Fox News
Publication: HM
Date of publication: Apr 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010
Kuala Lumpur: "Anugerah Kambing Hitam sememangnya layak diterima mereka," kata Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) Sheikh Abd Kareem S Khadaied sebagai tanda protes terhadap laporan berita disiarkan stesen televisyen antarabangsa CNN dan Fox News yang menyelar Malaysia kononnya sebagai negara pengganas.

Abd Kareem berkata, 200 orang berhimpun secara aman dan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang di sini, bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap laporan berita yang disiarkan kedua-dua stesen televisyen itu.

"Tuduhan mereka yang mengaitkan pemimpin Islam di negara ini terbabit dengan pengganas tidak benar sama sekali, malah CNN dan Fox News cuba memutarbelitkan laporan berita yang disiarkan mengenai pesawat MH370," katanya.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang perjalanan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi sebelum beberapa hari kemudian CNN dan Fox News dilaporkan mengaitkan kejadian pesawat terhempas yang mempunyai kaitan dengan pengganas Islam.

Perhimpunan yang bermula jam 2 petang itu disertai tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Yayasan Media Malaysia (MMF) sebelum bersurai pada jam 3 petang.

BERITA SELANJUTNYA :

http://www.nib.com.my/archives/text/view/123183256?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1396599489%3Aresultset

Thursday, March 27, 2014

1825) NIB 22/03/2014 - Ditipu pemaju



Headline: Ditipu pemaju
Publication: BH
Date of publication: Mar 22, 2014
Section heading: Sihat
Page number: 021
Byline / Author: Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan berlaku penipuan oleh pihak pemaju dan pihak perbankan membabitkan isu perumahan terbengkalai.

Penipuan ini menyebabkan pembeli tertipu sehingga terpaksa membayar ansuran pinjaman setiap bulan. Kesannya terus membebankan pengguna kerana mereka sudah terikat dengan perjanjian jual beli sedangkan rumah yang dijanjikan masih terbengkalai.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kajian dua tahun oleh pihaknya mendapati 200,000 penipuan berlaku hingga menyebabkan sesetengah pembeli menanggung hutang.

Keadaan menjadi lebih buruk kerana kegagalan mereka menjelaskan ansuran pinjaman menyebabkan masing-masing diisytihar muflis.

"Melalui kajian kami, wujud akujanji yang diberikan oleh pemaju perumahan dan peguam cara mendapatkan pinjaman daripada bank.

"Antara kandungannya memberi jaminan jika projek terbengkalai. Bank sepatutnya menuntut wang terbabit daripada pemaju ataupun peguam," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun Nadzim berkata, keadaan sebaliknya berlaku, apabila pengguna pula disaman dan menerima surat tuntutan daripada bank.

Beliau berkata, keadaan itu tidak wajar kerana tindakan sama tidak dikenakan ke atas pemaju mahupun peguam yang turut sama berurusan dalam proses jual beli berkenaan.

Kesannya pengguna berada dalam keadaan tersepit hingga menyebabkan mereka menanggung hutang berpanjangan.

Bagi menangani masalah itu, Nadzim berkata, pembeli boleh mengemukakan aduan mereka terus kepada PPIM supaya segala masalah mereka boleh dibawa ke muka pengadilan untuk pembelaan sewajarnya.

Panduan membeli rumah

Sekiranya anda sudah mendapat pembiayaan untuk membeli rumah tetapi projek perumahan itu terbengkalai, anda masih perlu membayar semula pinjaman anda kepada institusi perbankan.

Ini kerana anda bertanggungjawab ke atas pinjaman berkenaan berdasarkan kepada terma dan syarat perjanjian pembiayaan yang tiada hubung kait dengan penyiapan projek perumahan berkenaan.

Jika ini berlaku, anda boleh merujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bantuan.

Kementerian berkenaan boleh dihubungi menerusi alamat:

Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 15579, 50782 Kuala Lumpur

Hubungi pegawai bertugas menerusi talian 03 - 2092 4488 atau faksimili 03-2092 5409

INFO

Hak peminjam

* Pelanggan berhak mendapat segala maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan untuk membuat pinjaman

* Mereka mendapat layanan profesional, bersopan dan tanpa prasangka

* Hak untuk berunding terhadap perubahan pada syarat dan terma pinjaman

* Hak mendapat maklumat tepat dan benar mengenai akaun pinjamannya

* Hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian

Tanggungjawab anda sebagai peminjam

* Memahami keseluruhan terma dan syarat pinjaman

* Bertanggungjawab untuk sentiasa mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan

* Perlu membayar yuran, caj, faedah dan bayaran ansuran mengikut jadual

Hak institusi perbankan

* Hak mendapat maklumat lengkap mengenai kedudukan kredit peminjam

* Mendapat maklumat yang tepat dan benar mengenai peminjam

* Hak menerima pembayaran balik faedah/ansuran bulanan ke atas pinjaman mengikut jadual

* Mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku keingkaran/ pelanggaran perjanjian

* Tanggungjawab institusi perbankan

* Bertanggungjawab melaksanakan segala yang perlu bagi pihak peminjam seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian pinjaman

* Bertanggungjawab berunding dengan peminjam sebelum membuat sebarang perubahan terhadap terma dan syarat, fi dan maklumat lain yang berkaitan

* Bertanggungjawab menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan oleh peminjam.



http://www.nib.com.my/archives/text/view/122539225?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1395884913%3Aresultset

Monday, March 24, 2014

1818) NIB (22/3/2014) - Gesa wujud garis panduan anjur konsert




Headline: Gesa wujud garis panduan anjur konsert
Publication: BH
Date of publication: Mar 22, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 017
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak tegas dan mewujudkan garis panduan terhadap pihak yang menganjurkan konsert.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata garis panduan ini penting bagi menjaga imej Malaysia sebagai negara Islam dan mengawal penyertaan umat Islam dalam menyertai konsert yang melanggar akidah.

Katanya, gesaan ini berikutan kes kematian dan keruntuhan akhlak membabitkan umat Islam dalam konsert di Bukit Jalil, baru-baru ini. Dalam kejadian itu, enam orang meninggal dunia sebahagian besar daripada mereka beragama Islam.

"Kebanyakan pengunjung konsert beragama Islam dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyimpang dari ajaran agama. JAKIM perlu menetapkan garis panduan terhadap penganjuran konsert. Majlis Fatwa juga perlu keluarkan fatwa sahih agar umat Islam tidak terkeliru," katanya, semalam.

Nadzim berkata, pihak berwajib perlu mencari kaedah jangka panjang yang memberi tumpuan kepada isu etika moral, sosial dan agama bagi kepentingan peribadi tidak kira beragama Islam atau tidak.

Selanjutnya :

http://www.nib.com.my/archives/text/view/122470621?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/archives/text/search.php%3A_1395629328%3Aresultset

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL