Wednesday, January 14, 2015

2361) AKTIVITI PPIM - 13/01/2015 - Dialog Rampasan Harta Dan Peranan Pihak Berkuasa


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima satu jemputan dialog bertajuk ‘Rampasan Harta Dan Peranan Pihak Berkuasa’ anjuran Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), pada 13 Januari 2015 (Selasa) bertempat di Hotel Silka Cheras, Kuala Lumpur.

Dialog ini telah disertai oleh beberapa Agensi Kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Biro Pengaduan Awam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Penyelesaian Pengguna Dan Peminjam Malaysia (PPPPM), Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) dan Majlis Peguam.

PPIM telah diwakili oleh beberapa orang aktivis dan diketuai oleh Ketua Biro Unit Tindakan Khas En. Yusuf Azmi. Antara Aktivis yang terlibat ialah En. Saharudin Bakar, En. Ali Salimin, En. Mohd Effendy Kamaruddin, En. Ahmad Tarmizi Muchtar, En. Halim Hashim, En. Tengku Hedzri Ku Mohd Fozi dan En. Mohamad Nur Aswad Ahmad.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...