Wednesday, January 7, 2015

2335) UTUSAN - 07/012015 - PPIM Desak Pihak Berkuasa Bertindak Tegas

NADZIM JOHAN (empat dari kiri) bersama sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan banjir di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.– UTUSAN/FARID 

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak pihak berkuasa supaya bertindak tegas dengan mengeluarkan saman dan merampas barangan jualan peniaga yang sewenang-wenangnya mengenakan harga tinggi ke atas pengguna terutama di kawasan-kawasan dilanda banjir.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan tegas terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu sebagai pengajaran kepada peniaga yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan.

“Kalau kita tidak ambil tindakan, mereka akan buat lagi dengan sesuka hati walaupun mereka tahu perkara ini salah. Kita perlu ada ketegasan dan saya harap pihak berkuasa memperbanyakkan lagi operasi pemantauan dan pemeriksaan di kedai dan pasar supaya perkara ini tidak terjadi.

“Jika harga barang naik 10 sen atau 30 sen kita boleh terima lagi, tetapi harga yang dinaikkan itu mencecah tiga kali ganda, ini agak melampau. Peniaga perlulah bertimbang rasa dengan kesusahan dialami mangsa banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melepaskan kenderaan misi bantuan dan sumbangan Ahli Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah kepada mangsa banjir di Pulau Tawar, Pahang.

Mengulas lanjut Nadzim mene­gaskan, pengguna juga harus bijak menggunakan kuasa yang ada de­ngan tidak mudah tunduk kepada sikap peniaga yang gemar menaikkan harga barangan secara mendadak.

“Pengguna mempunyai kuasa besar untuk mengekang kenaikan harga barangan dengan memboikot dan memberi tekanan yang hebat kepada para peniaga sehingga memaksa mereka menurunkan harga barangan mengikut situasi semasa.

“Saya juga berasa kesal dan menyelar tindakan peniaga yang masih menaikkan harga barangan walaupun harga minyak negara telah dikurangkan oleh pihak kerajaan berkuat kuasa 1 Januari lalu,” katanya.
NADZIM JOHAN (empat dari kiri) bersama sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan banjir di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.– UTUSAN/FARID JANUDIN - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/ppim-desak-pihak-berkuasa-bertindak-tegas-1.45306#sthash.S6KeIDXH.dpuf

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/ppim-desak-pihak-berkuasa-bertindak-tegas-1.45306

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...