Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata..Insyallah..
Assalamualaikum.. di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata.. semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun,, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. jadi, saya tiba-tiba teringat ilmu yang ustaz saya ajar ni..
Jadi kawan-kawan, masa anda semua mnjawab azan, apabila terdengar laungan
أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)
kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..
InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..
InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
*لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
Maksudnya :
(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22)
1 comment:
salam...info yang sangat bermanfaat...mohon copy ye. terima kasih..:-)
Post a Comment