Wednesday, September 13, 2017

4020) ATASI 'TANGAN GHAIB' SEBELUM BERI KUOTA 30% KEPADA BUMIPUTERA - UTUSAN MALAYSIA - 13/9/2017

utusan malaysia 13.9.2017Kuala Lumpur 12 Sept. - Kerajaan perlu menyelesaikan masalah dalaman Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) terlebih dahulu yang dilihat seolah-olah dilindungi 'tangan ghaib' sebelum meneruskan cadangan untuk mensyaratkan pengeksport memberikan kuota 30 peratus kepada pengimport bumiputera.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu campur tangan berikutan sesetengah pengeksport seolah-olah diberikan keutamaan, manakala ada juga  Beliau mengulas diabaikan sehingga berlaku ketidakadilan
"Perkara ini seolah-olah dikuasai oleh tangan ghaib. Kita mahu Persatuan Pengimport Daging turut bantu tapi jangan bantu olok-olok.
"Hasrat (kerajaan) baik tapi (dalaman JPV) kena selesai dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang akan mengambil tindakan komprehensif dan tegas untuk mengatasi isu kartel import daging termasuk rombakan JPV.
Mengulas lanjut, Nadzim memberitahu, selain masalah pengeksport, industri (daging ternakan) berkenaan juga mempunyai kelemahan tertentu yang perlu dibaiki bagi membolehkannya berdaya maju.
"Sekiranya dikaji semula, bumiputera dilihat berjaya mengeluarkan hasil ternakan, namun isu berkenaan seolah-olah tidak dapat diselesaikan,"jelasnya.
Sehubungan itu, Nadzim turut menyeru Suruhanjaya Pencergah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 'melawat JPV, sekali gus membantu menyelesaikan kemelut yang membelenggu jabatan itu sejak sekian lama.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...