Friday, September 29, 2017

4102) PPIM Gesa SKMM Pantau Iklan Pinjaman Peribadi – Utusan Malaysia – 29/9/17



KUALA LUMPUR 28 Sept. -Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memantau semua iklan pinjaman peribadi di laman media sosial yang menggunakan logo-logo badan dan bank rasmi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai modus operandi untuk menipu pengguna sehingga menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sindiket penipuan tersebut bukan sahaja menggunakan logo rasmi malah menyamar sebagai wakil daripada pihak rasmi tersebut bagi meyakinkan mangsa untuk membayar duit kepada mereka.
“Mereka akan meyakinkan mangsa bahawa mangsa tidak akan berdepan masalah untuk menerima pinjaman tetapi sebelum itu mangsa perlu membayar wang pendahuluan terlebih dahulu seperti bayaran cukai, bayaran guaman, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan sebagainya sehingga mangsa berasa tertipu.
“Penipuan pinjaman kaedah baharu ini harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa, ia sangat sukar ditangani ketika ini kerana mereka menggunakan alam  siber dan kes ini Sennakin lama semakin banyak, minggu lepas sahaja terdapat 12 kes seumpama ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang  turut hadir Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim dan Penasihat Kehormat PPIM, Brigedier Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim. Nadzim berkata demikian selepas seorang peniaga rugi RM52,OOO dalam tempoh dua minggu sahaja selepas terpedaya dengan iklan pinjaman peribadi di laman media sosial Facebook.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah berharap sindiket itu diambil tindakan dengan segera supaya tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa seperti dirinya pada masa akan datang.



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...