Thursday, September 14, 2017

4023) KILAS PELINDUNG JUDI - HARIAN METRO - 14/9/2017

harian metro 14.9.2017
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan memulakan satu lagi ‘perang’ terhadap rasuah membabitkan aktiviti judi tanpa lesen yang sudah lama menghantui negara ini.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sudah sampai masanya SPRM melihat perkara ini secara serius dan mengambil tindakan lebih agresif kepada mereka yang terbabit atau melindungi sindiket berkenaan.
“Kita akan lihat perkara berkaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku terutama membabitkan pegawai penguat kuasa yang dibayar untuk melindungi pengendali premis judi tanpa lesen.
“Sebagai contoh, premis tidak dilesenkan, tetapi masih beroperasi dan ini menunjukkan wujud pengutkuasaan yang longgar sekali gus membuktikan terdapat isu rasuah yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Sekretariat Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.
Katanya, penjawat awam seharusnya menjalankan tugas untuk membanteras kegiatan itu dan bukannya menerima rasuah seterusnya melindungi pesalah.
Dzulkifli berkata, beliau menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) GBAH dan mereka menyatakan sokongan kepada SPRM bagi membanteras kegiatan judi haram ini.
“Kita akan bekerjasama dengan mereka melalui maklumat yang diberikan dan kita akan kaji sebelum tindakan sewajarnya diambil. Isu judi tanpa lesen ini banyak membabitkan masyarakat Islam sendiri yang secara tidak langsung memberi kesan besar kepada masalah sosial dalam negara,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi GBAH Marsridzi Sat berkata, pihaknya sudah melakukan kajian dan gerak kerja lebih 30 tahun untuk membantu penguatkuasaan kerajaan terutama dalam isu judi tanpa lesen.
“Kita memerhati cara pegawai penguatkuasaan bekerja dan banyak kita dapati maklumat bocor, malah semakin diserbu semakin banyak premis yang beroperasi selain unsur ketirisan yang berleluasa.
“Apabila berlakunya perkara seperti ini, kita mengharapkan penguatkuasaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, tetapi sebagai pemegang amanah yang berkuasa mereka khianati dan terus melindungi pusat terbabit,” katanya.
Snapshot(2)

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...