Monday, September 18, 2017

4031) Ada pencerobohan di pusat tahfiz sebelum kebakaran? - Utusan Malaysia Online - 17/9/2017

Snapshot(7)
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak menolak kemungkinan berlaku pencerobohan sebelum berlakunya kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, semalam
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak dapat mengesah atau menidakkan perkara tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ibu pejabat persatuan itu yang terletak bersebelahan pusat tahfiz berkenaan.
Katanya, ini kerana kes tersebut di bawah siasatan pihak berkuasa dan kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi meneliti rakaman sebanyak 22 buah CCTV itu.
“Maklumat (pencerobohan) berkenaan rakaman CCTV itu saya tidak boleh nafikan, ada yang tidak kena.
“Sebab ia merupakan sebahagian daripada persoalan dalam siasatan yang sedang dilakukan. Saya tidak boleh mengesahkan dan tidak menafikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...