Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pelbagai perkara berlegar di media sosial mengenai mengenai hubung kait PPIM dengan tragedi yang berlaku kononnya berpunca daripada aktiviti persatuan yang mengundang unsur sabotaj serta balas dendam pihak luar.
"Pada peringkat awal kami tidak menyedari perkara itu namun semuanya tidak mustahil kerana ia sedang di dalam siasatan pihak Polis dan Bomba.
"Terdapat beberapa petunjuk baharu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ibu pejabat PPIM yang boleh dikaitkan jika benar-benar berlaku unsur sabotaj tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PPIM di sini hari ini.
Ibu pejabat PPIM itu terletak bersebelahan pusat tahfiz berkenaan menyebabkan banyak spekulasi yang mengaitkan persatuan itu dengan tragedi yang mengorbankan 23 nyawa awal pagi semalam. - UTUSAN ONLINE