Wednesday, September 27, 2017

4093) Ajaran sesat Qadiani bebas berkembang - Metro Online - 27/9/2017

Snapshot(7)
WALAUPUN difatwakan sesat sejak 1989, ajaran Qadiani dikesan terus aktif di sekitar Kampung Nakhoda, Gombak sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.
Bukan itu saja, ajaran yang bertapak sejak lebih 40 tahun dulu semakin berkembang dengan wujudnya sebuah pusat pengajian tahfiz bersebelahan markas yang menjadi pusat operasi Qadiani selama ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung itu yang buntu kerana laporan mereka kepada pihak berkuasa sebelum ini tidak diambil tindakan.
"Kita tahu ajaran sudah difatwa sesat, tetapi mereka ini masih aktif menyebarkan ajaran itu. Saya fikir sesuatu perlu dilakukan kerana jika tidak, macam-macam boleh berlaku," katanya pada sidang media di Selayang, hari ini.
Nadzim berkata, PPIM meminta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya mengambil tindakan mengikut Garis Panduan Tatacara Penugatkuasaan ke atas rumah ibadat kerana timbul persoalan apakah ia mendapat kebenaran.
 
"Kita juga meminta JAIS untuk mengambil tindakan sewajarnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana penduduk mula bimbang dengan keselamatan mereka apatah lagi kawasan itu dikunjungi warga asing dipercayai pengikut ajaran Qadiani," katanya.
Pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :
- sebagai Nabi menerima wahyu
- sebagai Imam Mahdi
- sebagai Isa al-Masih
- Mempunyai mukjizat
- malaikat sebagai pancaindera Tuhan
- Ibadah Haji di Qadiani, India
- Menafikan jihad
- Mengubah ayat-ayat al-Quran

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...