Saturday, September 23, 2017

4079) PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM TAK BERADAB WAJAR DISAMAN - KOSMO - 23/9/2017

 
 Kuala Lumpur - Pengguna yang melakukan tingkah laku tidak bermoral ketika menggunakan perkhidmatan awam seharusnya dikenakan tindakan undang-undang.
 
  Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, melalui cara itu,masyarakat akan berhati-hati sekiranya berniat melakukan sesuatu yang jelik ketika menggunakan pengangkutan awam.
 
  "Budaya tidak ada, sikap juga tidak ada, jadi masyarakat seperti membuang sampah atau membuat kesalahan.
 
  "Sebaliknya, masyarakat perlu dididik dengan cara diberikan amaran atau denda setiap kali didapati melakukan kesalahan dengan fokus kepada ganjaran dan hukuman,"katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
 
  Sementara itu, Pakar Psikologi Trafik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Rozmi Ismail berkata, perbuatan jelik ketika menggunakan perkhidmatan awam menunjukkan terdapat segelintir penduduk yang mempunyai pemikiran yang tidak selari dengan arus kemodenan.
 
  "Terdapat segelintir masyarakat yang masih dengan mentaliti kelas ketiga. Sekarang ini notis bertulis sudah tidak boleh digunakan, kena ubah dengan cara dengan tindakan seperti marah, beri amaran atau dikenakan saman,"ujarnya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...