KUALA LUMPUR – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), General (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia kira-kira pukul 8.20 malam ini.
Allahyarham yang juga Pengerusi Yayasan Patriot menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di sini.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Khalid Ibnu Al Walid di Jalan Padang Tembak, Datuk Keramat untuk urusan pengebumian yang akan dilakukan esok.
Upacara pengebumian Allahyarham dijangka dibuat pukul 10.15 pagi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
PPIM gesa mekanisma kawalan haji, umrah elak kes sama berulang
NADZIM Johan sedang mendengar penjelasan Norlin mengenai penipuan pakej Haji VIP yang berlaku terhadapnya dan 34 yang pada sidang media yang berlangsung di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/ANUAR MANSOR
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seramai 35 individu telah kerugian sejumlah RM1.6 juta akibat ditipu oleh sebuah
syarikat yang mendakwa memberikan perkhidmatan pakej Haji VIP ataupun Haji Furada.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, kesemua mereka telah
membelanja antara RM50,000 hingga RM200,000 untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
syarikat yang berpusat di Shah Alam itu.
Jelas beliau, siasatan PPIM mendedahkan, syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 2000 berkenaan tidak
mempunyai kelulusan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Tabung Haji mahupun Lesen Khas Pengurusan Umrah
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).
Tambah beliau, syarikat yang berdaftar dengan MOTAC itu menyatakan kepada mangsa yang pengurusannya
telah mendapat visa khas haji daripada Kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan mereka menunaikan ibadah
tersebut pada musim haji 2017.
Namun, setelah membuat pembayaran dan ketika hampir dengan tarikh penerbangan, pengurusan syarikat
berkenaan telah menyatakan visa-visa berkenaan telah ‘dirampas’ oleh sebuah syarikat lain.
“Apabila mangsa mempersoalkan perkara ini, pengurusan syarikat berkenaan membawa mangsa ke
Tabung Haji dan memberikan mereka satu surat yang kononnya dikeluarkan oleh agensi tersebut.
“Surat itu menyatakan mereka boleh berangkat menunaikan haji menggunakan kuota Tabung Haji,”
kata Nadzim pada sidang akhbar mengenai perkara ini di sini hari ini.
Salah seorang mangsa, Norlin Ismail, 44, menyatakan, walaupun mendapat perlepasan tersebut, mereka masih
tidak dapat mengerjakan haji kerana syarikat berkenaan gagal menyediakan tiket penerbangan.
Dakwa Norlin, syarikat itu hanya memberikan tiket penerbangan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dan gagal
menyediakan tiket penerbangan sambungan ke Jeddah, Arab Saudi.
“Ini yang mengelirukan kami dan menyebabkan hasrat kami untuk mengerjakan haji terbantut.
“Kami turut cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada syarikat itu tetapi pemiliknya enggan memberi
sebarang maklum balas,” dakwa wanita berkenaan.
Dalam sidang akhbar berkenaan turut dinyatakan para mangsa kini sedang dalam proses untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit.
Dalam pada itu, Nadzim juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu mekanisma kawalan haji dan
umrah bagi mengelakkan penipuan seperti ini berulang. – UTUSAN ONLINE
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menerima banyak aduan Ahlong tertentu yang telah menjalankan jenayah baru dengan menipu mereka yang terdesak untuk meminjam duit. Mangsa diperdaya untuk membayar berbagai bayaran seperti cukai jualan, GST dan yuran guaman dikenakan sehingga ada yang membayar puluhan ribu sebagai yuran proses dan akhirnya menghilangkan diri.
Mengulas lanjut kenyataan ini, Ketua Aktivis PPIM, Toqqi berkata pihaknya telah menerima banyak aduan yang melibatkan penipuan pinjaman wang versi baharu sejak kebelakangan ini. “Pemberi pinjaman wang sekarang ini menggunakan platform Facebook untuk mempromosikan iklan mereka dan mereka menipu para peminjam dengan menyuruh peminjam untuk memasukan sejumlah wang bagi memproses pinjaman yang dikehendaki”
“Mangsa telah ditipu dan telah membayar sebanyak RM 52 Ribu Ahlong dengan alasan caj proses dokumen, peguam dan lain-lain” tegasnya.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata ini merupakan Ahlong versi baharu iaitu mengenakan yuran pengurusan dahulu sebelum diberi pinjaman wang.
“Mereka akan bermula dengan mengatakan permohonan mereka untuk pinjaman duit tidak lulus tetapi boleh dibantu perunding mereka dengan syarat-syarat tertentu”kata beliau.
Tambahannya lagi, mangsa yang terdesak untuk memerlukan duit ini akan menggunakan perkhidmatan seperti ini setelah gagal dalam permohonan bank.
“Kita mintak kepada agensi yang berkaitan melihat semula perkara ini dan janganlah saling tunding jari antara satu sama lain”
Beliau turut menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sentiasa memantau dan memerhatikan iklan seperti ini yang tular di laman sesawang Facebook dan menyekat akaun tersebut jika terdapat unsur curiga yang boleh membawa kepada penipuan.
“Jika pengguna hendak membuat sesuatu pinjaman dan orang tersebut meminta bayaran pendahuluan, pengguna bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian sebelum meneruskan apa-apa tranksaksi,”jelas Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral ( B) Dato’ Husainay Hashim.
Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu Siti Aminah (Mangsa, bukan nama sebenar).
“Memang silap saya ketika itu, sehingga tertarik pada iklan yang disiarkan pada FB terbabit dan saya mengharap sangat pihak berkenaan untuk memulangkan semula wang saya dan saya berharap pihak berwajib tutup teruslah pinjaman wang ini kerana saya tidak mahu orang lain turut ditipu seperti saya”
KUALA LUMPUR – Skuad Muda Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dan Kelab motosikal berkuasa tinggi, Anita Bikers Club menganjurkan siri jelajah kembara ke seluruh negara termasuk ASEAN.
Presiden Anita Bikers Club, Anita Yusop berkata, penganjuran aktiviti tersebut bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran serta membina etika pemanduan yang berhemah di atas jalan raya.
Selain itu katanya, ia sebagai menjalankan tanggungjawab sosial bersama dalam kempen kembara kemanusiaan tanpa mengira sempadan dan bangsa.
“Pada Ogos ini Jelajah Kembara kemanusiaan sempena bulan kemerdekaan akan menjelajahi ke seluruh semenanjung dan Borneo.
“Di samping itu kembara ini akan ke destinasi pelancongan dalam luar negara seperti negara Brunei,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Anita Merdeka Ride Kembara Kemanusiaan Dan Yayasan Patriot Negara di sini.
Disamping itu kata beliau, kembara tersebut akan merentasi beberapa destinasi pelancongan dalam dan luar negara seperti Brunei. – MalaysiaGazette
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil initiatif untuk berganding bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan menandatangani satu Memorandum Persefahaman antara dua organisasi ini bagi membawa kebaikan dan kemudahan kepada pengguna di Malaysia serta menjalinkan kerjasama baik berkaitan hal ehwal undang-undang koperasi dan ahli-ahli koperasi.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad(ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata pendekatan itu diambil bagi membanteras kes-kes penganiayaan terhadap pengguna yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Malah katanya, PPIM dan ANGKASA turut menyatakan bahawa kerjasama yang dilaksanakan mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi dari segi khidmat nasihat dan sebagainya.
“ANGKASA mempunyai lebih dari 8 juta ahli dan turut menggerakkan koperasi lain dibawah mereka yang dianggarkan lebih 18 ribu keseluruhannya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PPIM kerana sudi bekerjasama dengan mereka.
“Harapan kami di pihak ANGKASA ialah berharap pihak PPIM dapat memberi kerjasama baik dengan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim turut menerangkan bahawa tujuan utama kerjasama dilaksanakan bersama pihak ANGKASA adalah untuk mewujudkan satu insuran luar biasa untuk koperasi pengguna.
“Ada koperasi yang mempunyai insuran tetapi tidak boleh melawan dengan insuran yang kami akan memperkenalkan kerana terdapat 9 faedah,” jelas beliau lagi.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa PPIM bakal mempunyai koperasinya sendiri dalam masa terdekat ini yang diberi nama Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM).
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin Hashim turut menyatakan bahawa ahli koperasi PPIM dan ANGKASA turut mempunyai kelebihan lain iaitu mendapat khidmat nasihat dan pandangan dari segi aspek undang-undang.
“Kita di sini akan membantu ahli-ahli bawah koperasi dengan adanya 25 orang peguam dibawah PPIM,” jelasnya.
Turut hadir bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’Nadzim Johan, bagi mengulas sidang media ini dengan harapan supaya semua pengguna di Malaysia bersama-sama melibatkan diri dan menyokong usaha dua organisasi ini.
“Insyallah kita akan mewujudkan Halal Factory Outlet di dalam masa terdekat ini, dan saya menyeru dan mengajak semua orang di luar sana termasuk ahli koperasi untuk turut serta dan menyokong usaha ini,”katanya di penghujung majlis yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat di 0136116666 atau 0193591000.
Bagi terus bergerak demi kepentingan para pengguna, satu usaha dilaksanakan gandingan bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Justeru itu, satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani di antara dua organisasi ini bagi membawa kebaikan dan kemudahan kepada pengguna di Malaysia serta menjalinkan kerjasama baik berkaitan hal ehwal undang-undang koperasi dan ahli-ahli koperasi.
Mengulas perkara tersebut, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama diantara PPIM dan ANGKASA mampu memartabatkan hak pengguna yang sering ditindas sejak akhir-akhir ini. Beliau turut menyatakan kerjasama yang dilaksanakan mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi dari segi khidmat nasihat dan sebagainya.
Tambahnya lagi, ANGKASA mempunyai lebih dari 8 juta ahli dan turut menggerakkan koperasi lain dibawah mereka yang dianggarkan lebih 18 ribu keseluruhannya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PPIM kerana sudi bekerjasama dengan mereka.
“ Harapan kami di pihak ANGKASA ialah berharap pihak PPIM dapat memberi kerjasama baik dengan kami,” katanya.
“Kita di persatuan mengambil berat mengenai isu kepenggunaan ini,” jelas Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim .
Beliau turut menerangkan bahawa tujuan utama kerjasama dilaksanakan bersama pihak ANGKASA adalah untuk mewujudkan satu insuran luar biasa untuk koperasi pengguna.
“Ada koperasi yang mempunyai insuran tetapi tidak boleh melawan dengan insuran yang kami akan memperkenalkan kerana terdapat 9 faedah,”jelas beliau lagi.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa PPIM bakal mempunyai koperasinya sendiri dalam masa terdekat ini yang diberi nama Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM).
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin Hashim turut menyatakan bahawa ahli koperasi PPIM dan ANGKASA turut mempunyai kelebihan lain iaitu mendapat khidmat nasihat dan pandangan dari segi aspek undang-undang.
“Kita di sini akan membantu ahli-ahli bawah koperasi dengan adanya 25 orang peguam dibawah PPIM,” jelasnya.
Turut hadir bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, bagi mengulas sidang media ini dengan harapan supaya semua pengguna di Malaysia bersama-sama melibatkan diri dan menyokong usaha dua organisasi ini.
“Insyallah kita akan mewujudkan Halal Factory Outlet di dalam masa terdekat ini, dan saya menyeru dan mengajak semua orang di luar sana termasuk ahli koperasi untuk turut serta dan menyokong usaha ini,”katanya di penghujung majlis yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi hari ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia segera mengeluarkan keputusan hasil bedah terhadap bekas pelajar sekolah tahfiz yang meninggal dunia itu.
Ibunya, Felda Wani Ahmad, berkata sehingga kini mereka masih menunggu-nunggu laporan bedah siasat berkenaan.
"Pihak hopital kata laporaan perubatan akan keluar dalam masa 30 hari, tapi arwah dah meninggal lebih 40 hari dan laporan belum ada," kata Felda Wani pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pada pagi 18 Mei lalu kubur Mohamad Thaqif digali semula selepas mendapat kebenaran mahkamah apabila pakar patologi tidak berpuas hati dengan bukti sedia ada.
Memetik laporan media, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 19 Mei berkata keputusan hasil bedah siasat kedua kanak-kanak berusia 11 tahun itu -khususnya sampel kaki - dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.
Mengulas lanjut, Felda Wani berkata pihak keluarga amat memerlukan keputusan bedah siasat itu bagi mengetahui punca sebenar kematian anaknya.
"Sekarang kita nak tahu kalau betul anak saya itu sakit, dan kita nak tahu sebab kematian," tegas Felda Wani sambil mengesat air matanya.
Mengapa gali semula
Pelajar Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ) itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya didakwa dipukul dengan getah paip oleh pembantu wardennya.
Kecederaan tersebut semakin serius apabila melibatkat jangkitan kuman. Kedua-dua kaki Mohamad Thaqif kemudian terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.
Namun keadaan semakin memburuk sebelum kanak-kanak itu akhirnya menghembus nafas terakhir pada 26 April lalu.
Seorang pembantu warden direman polis untuk membantu siasatan dan dia akhirnya dibebaskan pada 3 Mei lalu.
Pada 18 Mei kubur Mohamad Thaqif digali semula untuk membolehkan sampel baru diambil supaya punca sebenar kematian kanak-kanak itu diketahui.
Menurut Felda Wani, setakat ini keluarga hanya menerima laporan mengenai kes itu secara lisan.
"Sampai sekarang tak dapat apa-apa lagi laporan bertulis, kami nak tahu laporan bertulis.
"Mereka hanya cakap tapi laporan bertulis tidak ada," keluh Felda.
Selain itu, Felda Wani turut mempersoalkan tindakan menggali kubur anaknya dibuat tanpa dimaklumkan terlebih dulu.
"Persoalan yang timbul, kenapa perlu gali? Keluarga tak nak (gali semula) sebab ada sempel.
"Dah sebulan arwah meninggal, kami hanya tahu bila orang kampung dah tunggu di kubur untuk proses menggali," katanya.
Walaupun proses itu mendapat kebenaran mahkamah, kata Felda Wani, keluarga patut dimaklumkan lebih awal.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim, berkata pihak berwajib perlu mendedahkan keputusan hasil bedah siasat bagi mengelak berlakunya penyelewengan laporan.
"Apa yang kita mahu, laporan perubatan dikeluarkan segera bagi mengatasi pelbagai spekulasi dan ia mungkin boleh menjejaskan imej kementerin.
"Kedua, kita minta supaya laporan yang keluar itu biar telus dan tidak cuba melindungi mana-mana pihak," katanya.
Hishamuddin juga berkata PPIM akan menyediakan peguam pemerhati bagi semua proses pengadilan untuk memastikan hak keluarga dipelihara.
KUALA LUMPUR: Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak hospital mendedahkan keputusan hasil bedah siasat ke-2 ke atas jenazah pelajar tahfiz itu yang dilakukan pada 18 Mei lalu.
Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad berkata selepas anaknya meninggal dunia pada 26 April sehingga kini tiada laporan penuh punca kematian dimaklumkan kepadanya.
“Sampai sekarang kami belum terima sebarang laporan keputusan bedah siasat, sebenarnya kami masih lagi menunggu laporan perubatan itu. Kita nak tahu kalau betul anak saya sakit, kita nak tahu sebab kematian tapi sampai sekarang tiada apa-apa.
“Masa hari kematian, pihak hospital kata laporan akan dikeluarkan dalam masa sebulan dari tarikh arwah meninggal. Kini sudah lebih 40 hari sehingga kubur digali semula dan dijanjikan 2 minggu untuk tahu keputusan (bedah siasat ke-2), namun tidak ada apa-apa lagi,” katanya semasa sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim turut mendesak KKM mengeluarkan laporan perubatan dengan kadar segera sekaligus mengelak berlakunya pelbagai spekulasi yang boleh memburukkan nama pihak terlibat.
“Kita minta laporan perubatan dikeluarkan dengan kadar segera bagi mengelak timbul pelbagai spekulasi. Jika spekulasi berterusan kita bimbang ada pihak atau kementerian tertentu akan tergugat.
“Kita juga minta laporan yang dikeluarkan itu telus dan tidak menyembunyikan kesalahan mana-mana pihak,” katanya kepada media sambil menegaskan akan menyediakan khidmat peguam pemerhati sehingga keluarga Thaqif mendapat keadilan sepenuhnya.
Mengulas lanjut, Felda Wani turut mempersoalkan tindakan mahkamah yang tidak memaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu berhubung proses menggali semula kubur Thaqif.
“Dah sebulan arwah meninggal, kami hanya tahu bila orang kampung dah tunggu di kubur untuk proses menggali.
“Walaupun mahkamah yang arahkan, kenapa mereka tak maklum lebih awal. Kata dah ambil sampel tetapi kenapa kena ambil sekali lagi (gali semula),” kata Felda Wani dalam keadaan sebak.
Pada 19 Mei lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam berkata laporan bedah siasat ke-2 Thaqif akan diketahui dalam tempoh 2 minggu. Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu sudah dijalankan namun punca kematiannya masih belum diketahui.
Thaqif yang dipotong kedua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail.
Dia dilaporkan mengalami masalah kesihatan, susulan dipukul pembantu warden asrama sekolah tahfiz swastanya.
KUALA LUMPUR 9 Jun – Keluarga Allahyarham Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi hari ini meluahkan kekecewaan apabila pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, masih belum mengeluarkan sebarang laporan perubatan berhubung kematian anak mereka.
Ibu mangsa, Feldawani Ahmad, 40, berkata, masih belum ada sebarang khabar berita tentang laporan berkenaan walaupun sudah lebih 40 hari sejak kematian arwah.
Saya sangat terkilan sebab pihak hospital janji dalam masa dua minggu laporan perubatan akan keluar, namun, sejak arwah dimasukkan ke hospital pada 19 April lalu sehingga ke saat ini kami masih belum menerima sebarang panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Malah, pihak hospital juga sebelum ini hanya banyak cakap mulut sahaja sejak arwah dimasukkan di wad kecemasan sehingga pembedahan kedua-dua belah kaki dan tangan yang akan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Datuk Seri Adnan Othman.
Akhbar sebelum ini melaporkan pada 26 April lalu, pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, meninggal dunia selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Arwah Thaqif Amin yang mendakwa disebat dengan paip getah sehingga lebam di kedua-dua belah kakinya oleh pembantu warden di asrama yang merupakan seorang bekas banduan. Malah, difahamkan pembantu warden berkenaan yang dibebaskan dengan jaminan dengan bon Mahkmah Sesyen Kota Tinggi sebanyak RM20,000 diambil semula bekerja di madrasah tahfiz swasta itu sebagai tukang cuci.
KUALA LUMPUR 9 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, mengemukakan laporan hasil bedah siasat secepat mungkin berhubung kematian Allahyarham Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 26 April lalu.
Ketua Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, laporan berkenaan mesti telus tanpa melindungi kesalahan mana-mana pihak sama ada pembantu warden atau pegawai perubatan yang terlibat bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang timbul daripada masyarakat.
“Tujuan ibu bapa arwah tampil pada hari ini bukan untuk menuduh mana-mana pihak, cuma mahu jawapan terhadap persoalan yang timbul termasuk menjelaskan tohmahan orang ramai.
“Kita akan menyediakan peguam pemerhati untuk melihat prosedur rawatan dan pembedahan agar hak keluarga terpelihara,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PPIM di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Datuk Seri Adnan Othman.
Akhbar sebelum ini melaporkan pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, meninggal dunia selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Kisah Mohd. Thaqif Amin menjadi tular di media sosial selepas mendakwa disebat dengan paip getah sehingga lebam di kedua-dua belah kakinya oleh pembantu warden di asrama itu.
Pembantu warden lelaki berusia 29 tahun itu kemudiannya direman untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah RM20,000 pada 3 Mei.
Dalam pada itu, keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin mempersoalkan tiada bedah siasat dilakukan di kedua-dua belah kaki arwah pada peringkat awal siasatan kematian.
Malah, pihak keluarga belum menerima sebarang jawapan bertulis berhubung prosedur rawatan dan pembedahan sepanjang arwah ditempatkan di hospital berkenaan sejak 19 April lalu.
Ibu arwah, Feldawani Ahmad, 40, berkata, bedah siasat kedua-dua belah kaki hanya dibuat selepas arwah dikebumikan hampir sebulan.
“Kami juga tidak dimaklumkan lebih awal sebelum kubur digali semula, namun kami akur tindakan berkenaan atas perintah mahkamah.
Pemergian adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 tahun, telah mengejutkan rakyat Malaysia pada petang 26 April 2017 selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Pelajar madrasah tahfiz itu mendakwa kakinya disebat dengan menggunakan getah paip oleh seorang warden tahfiz sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Malahan pada 18 Mei 2017, jenazah Allahyarham digali semula oleh pihak hospital bagi mencari sebab utama kematiannya kerana sebelum ini dinyatakan oleh pihak hospital bahawa kematiannya adalah berpunca dari jangkitan kuman pada tonsil. Dukacita, sehingga kehari ini masih tiada sebarang laporan mahupun kenyataan yang diterima oleh keluarga mangsa mengenai hasil bedah siasat.
“Pihak hospital beritahu saya bahawa tidak perlu digali kerana sampel sudah diambil sebelum ini.
“Tapi tiba-tiba selepas sebulan pemergian Allahyarham, kami dikejutkan oleh kehadiran pihak hospital di tanah perkuburan untuk mengali semula kubur tanpa pengetahuan kami.
“Mereka sudah tiba dikubur baru kami dimaklumkan, alasan mereka, takut ada ahli keluarga beritahu pihak wartawan.” ulas ibu Allahyarham, Felda Wani Ahmad.
Beliau juga terkilan dan tidak menjangkakan kematian anaknya walaupun pembedahan kaki telah dijalankan bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak kebahagian organ lain.
Justeru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terpanggil untuk membela dan mendapatkan kepastian mengenai laporan hasil bedah siasat kaki Allahyarham yang seharusnya diterima oleh keluarga mangsa.
“Wujud pelbagai persoalan mengenai kes ini, adakah ini kesan dari sebatan getah paip ataupun kesan dari pihak hospital.
“Hospital telah memaklumkan bahawa laporan akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu, tetapi sampai sekarang tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan.” kata Ketua Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim.
Beliau turut berharap bahawa laporan perubatan akan dikeluarkan dengan kadar segera serta telus dan tidak menyelindung kesalahan mana-mana pihak, sama ada warden tahfiz mahupun pegawai perubatan, bagi mengelakkan pelbagai spekulasi timbul.
Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, mendakwa isu seperti ini harus diberi perhatian yang mendalam kerana saban hari kita mendengar dan melihat isu berkaitan sistem pentadbiran tahfiz semakin merosot dan menggusarkan ramai pihak.
“Sepatutnya tahfiz merupakan tempat yang baik tetapi sekarang ini banyak berlaku benda yang tidak sepatutnya seperti buli.
“Mungkin kita perlu adakan satu suruhanjaya tahfiz bagi menyelia dan menjadikan madrasah tahfiz sebuah institusi yg berjaya.” ulasnya lagi.
Beliau turut berharap bahawa institusi tahfiz ini dapat dipertingkatkan sehingga mencapai tahap yang memberi keyakinan kepada masyarakat. Malahan pihak kerajaan juga diseru bagi mengambil iktibar yang positif dari peristiwa ini supaya ianya tidak berulang lagi.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan yang begitu tertekan dengan pelbagai “sexual harassment” yang dilakukan samada oleh Duta mahupun kakitangan kedutaan yang mengamalkan budaya keji ini.
“Bila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan terminate kita dengan segera.
Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa, Puan Mar (bukan nama sebenar) yang telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di 8 buah kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.
Puan Mar turut menyatakan bahawa ganguan sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.
“Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah mejangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia” ulasnya lagi.
Mangsa kedua, Puan Nor (bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.
“Bila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada kementerian.
“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena “sexual harassment” tetapi mereka tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, beranggapan bahawa pegawai kedutaan seolah-olah mempunyai kuasa dan berhak melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.
”Sepatutnya kedutaan melambangkan perlembangan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita” ulasnya dalam sidang media yang berlangsung pada 8 Jun 2017.
Turut sama hadir dalam sidang media ini ialah Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku khususnya kepada mangsa wanita dan melihat ketidak adilan dalam melaksanakan tindakan undang-undang kerana “kekebalan” yang dimiliki oleh kedutaan terbabit.
“Tindakan undang-undang tidak dapat dikenakan kepada mereka, bahkan, ianya dianggap berbeza disebabkan kes ini melibatkan seseorang yang mempunyai kekebalan di negara kita.
“Bila bawa pergi mahkamah, kita tak boleh menyaman mereka sebab isu imuniti yang mereka miliki.
“Mungkin kita boleh adakan sidang media bersama Kementerian Luar Negara dan membawa pengadu-pengadu serta mereka yang terlibat untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini” tambahnya lagi.
Kehadiran kumpulan-kumpulan “Awang Hitam” di beberapa tempat tertentu di negara ini telah mengganggu kehidupan harian rakyat Malaysia, sehingga ada yang terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan atau tempat-tempat mereka berkumpul bagi mengurangkan potensi berdepan gangguan mereka ini.
Fizikal yang besar, sasa dan ukuran badan yang berbeza juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengelak daripada berdepan dan juga sering mengalah walaupun mereka ini menipu dalam apa-apa transaksi.
Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya menerima aduan daripada para pengguna berkenaan isu terbabit.
“Kita pernah membuat permintaan kepada kerajaan supaya mengkaji balik perkara ini kerana kedatangan mereka di negara kita tidak membawa sebarang keuntungan”, ujar beliau.
Tambahnya lagi, kedatangan mereka di negara sebagai pelajar hanyalah satu alasan bagi mereka untuk menduduki negara kita
“Mereka ini sering terlibat dengan aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, penggubalan wang haram, skim-skim penipuan, black money dan menggunakan wanita tempatan sebagai keldai dadah,”katanya lagi.
“Kita meminta supaya Kementerian Pelajaran Tinggi supaya menapis bilangan yang masuk ke negara kita yang betul-betul layak sahaja,”kata Datuk Hishamuddin Hashim, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM. Beliau turut memberi cadangan agar kuota kemasukan kumpulan ini dikecilkan.
Turut sama hadir pada sidang media ini iaitu Presiden Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon, Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, dan Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim.
Toqqi menegaskan bahawa pihak kerajaan harus mengambil tindakan dengan segera dan meminta Kabinet melihat balik isu ini kerana bimbang akan masalah yang dibawa oleh kumpulan ini yang semakin merunsingkan semua pihak.