Showing posts with label Hishamuddin Hashim. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Hashim. Show all posts

Thursday, August 23, 2018

4600) BATAL SAMAN BERI MESEJ SALAH – UTUSAN MALAYSIA – 19/8/18



KUALA LUMPUR 18 Ogos – Kebanyakan pesalah jalan raya yang mempunyai tunggakan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah mereka yang mempunyai lebih daripada satu saman, malah ada sehingga 10 saman tidak berbayar.
Sehubungan itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Arifin Che Mat bimbang keputusan membatalkan 3.1 juta saman AES dilihat memberi mesej yang salah apabila pesalah trafik berulang ini dilepaskan begitu sahaja.
Malah katanya, keputusan itu juga akan menyebabkan kerajaan dilihat pilih kasih kerana me­ngutamakan pihak bersalah ber­banding yang patuh pada undang-undang dengan segera melunaskan bayaran saman mereka sebelum ini.
“Kebanyakan yang ada saman AES tertunggak mempunyai lebih daripada satu, malah ada sampai 10 saman tak berbayar. Kalau AES sebelum ini hadir dengan sistem ‘demerit’ tak apalah juga kerana pesalah masih terkesan walaupun tidak perlu bayar saman.
“Namun nampaknya mereka dilepaskan begitu sahaja. Kita tak mahu kerajaan dilihat melepaskan mereka yang sudah biasa membuat kesalahan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pe­ngangkutan, Anthony Loke mengumumkan ke­semua 3.1 juta saman AES sejak 2012 hingga 31 Ogos ini yang bernilai RM435 juta akan diba­talkan serta-merta.
Operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Ja­lan (JPJ) bermula 1 September ini.
Mengulas lanjut, Arifin mencadangkan supaya kerajaan segera melaksanakan sistem ‘demerit’ yang menurut beliau mampu meningkatkan disiplin pemandu di jalan raya.
“Malah, kerajaan juga boleh wujudkan kursus pemulihan un­tuk pengguna jalan raya yang ba­nyak melakukan kesalahan su­paya disiplin mereka dipertingkatkan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berpendapat, sistem AES dengan format yang diguna pakai sekarang langsung tidak efektif dalam mengurangkan kemalangan jalan raya.
Hal ini kerana, menurut beliau, kedudukan kamera AES yang boleh diketahui umum melalui pemberitahuan di papan tanda dan pengesan dalam sistem navigasi menyebabkan pemandu menjadi hipokrit dengan memperlahankan kenderaan di kawasan yang ada kamera AES, namun meningkatkan kelajuan di kawasan yang tiada kamera AES.
Sehubungan itu kata beliau, tindakan kerajaan memindahkan operasi AES kepada JPJ juga tidak akan mendatangkan hasil selagi format tersebut tidak diubah.
“Saya menyeru kerajaan untuk membuat kajian semula supaya mekanisme lebih efektif dapat dikenal pasti,” katanya.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
BATAL SAMAN BERI MESEJ SALAH

Saturday, May 12, 2018

4471) ANGKASA, PPIM BEKERJASAMA TINGKAT KESEDARAN PERUNDANGAN – PPIM – 12/5/18


KUALA LUMPUR 11 Mei – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Jumaat telah menandatangani satu memorandum perjanjian kerjasama untuk memberikan kaunseling dan melaksanakan program kesedaran bagi ahli-ahli kedua-dua pertubuhan.
Program yang akan turut dilebarkan kepada khalayak ramai berkenaan diadakan sebagai penyelesaian holistik terhadap permasalahan perundangan terutamanya berkaitan dengan perniagaan yang sering dihadapi kedua-dua kelompok berkenaan.

Menurut Penasihat Kehormat PPIM, Jeneral (B) Datuk Hussainy Hashim, dalam kerjasama tersebut, pertubuhannya akan menyediakan pakar-pakar perundangan yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan pengguna tersebut.
“Kerjasama strategik ini diadakan bagi memberikan kelompok sasaran penyelesaian holistik dalam memahami dan menghadapi isu perundangan terutamanya yang berkaitan perniagaan yang sering dihadapi mereka.


“Manakala program kesedaran yang dirancang pula menyasarkan untuk menambah dan memperkukuhkan pengetahuan perundangan kelompok sasar bagi menjadikan mereka lebih bersedia untuk menangani sebarang isu perundangan,” kata Hussainy kepada media selepas majlis yang diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat itu.
Menyentuh perkara sama, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama ini tepat pada masanya memandangkan jumlah koperasi yang kini mencecah 13,000 dengan keahlian melebihi 8 juta orang serta jumlah transaksi melebihi RM150 juta setakat 2017.
Jelas beliau ini menunjukkan perningkatan ketara urusniaga koperasi-koperasi di seluruh negara menjadikan pengetahuan perundangan satu perkara penting bagi mereka.
“Peningkatan nilai urusniaga dan jumlah keahlian Angkasa menunjukkan terdapat potensi ekonomi yang besar yang mana pengetahuan perundangan akan memainkan peranan penting.
“Angkasa mengharapkan kerjasama ini juga akan dapat membantu ahli melicinkan dan memajukan lagi perniagaan masing-masing selain mencipta dan merebut peluang-peluang perniagaan baharu di peringkat tempatan dan global,” kata beliau.
Turut hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Program Kaunseling dan Kesedaran Undang-undang Antara Angkasa dan PPIM yang diadakan sempena Majlis Makan Malam Persidangan Kebangsaan Ke-33 Angkasa itu ialah Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; Ketua Biro Perundangan PPIM; Datuk Hishamuddin Hashim dan pimpinan kanan Angkasa. – UNIT MEDIA PPIM.

Monday, April 23, 2018

4455) 28 PPESARA RUGI RM4.7 JUTA DITIPU PELABURAN EMAS – UTUSAN MALAYSIA – 22/4/18



KUALA LUMPUR 21 April – Seramai 28 pesara kerugian RM4.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan emas yang didalangi seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan anaknya.
Pengerusi Biro Undang-undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, jumlah itu hanya daripada mangsa pelaburan yang membuat aduan kepada PPIM manakala jumlah keseluruhan pelaburan daripada mangsa lain mencecah RM9 juta.
Menurutnya, kesemua mangsa mula melabur sejak November 2016 dengan jumlah pelaburan setiap seorang mencecah ratusan ribu.
“Kedua-dua pentadbir syarikat itu menyasarkan golongan pesara sebagai mangsa dan mengaburi mata pelabur dengan menggunakan nama Yayasan Amanah Niaga Kebangsaan. Apabila mereka menggunakan nama yayasan, pelabur menjadi yakin bahawa syarikat pelaburan mereka tulen dan boleh dipercayai.
“Mereka kononnya akan memajakkan emas yang dila­burkan oleh mangsa dan akan mendapat pu­langan setiap bulan. Malang­nya, hanya beberapa bulan sahaja pelabur menikmati pulangan sebelum kedua-dua pengasas syarikat itu mendiamkan diri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir bersama beberapa mangsa pelaburan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.
Menurut Hishamuddin, akibat daripada pe­nipuan pelaburan itu, kese­mua mangsa kehila­ngan wang pencen yang sepatutnya dijadikan simpanan hari tua manakala dua pengasas tersebut hidup mewah.
“Ada mangsa kehilangan rumah dan terpaksa bekerja semu­la untuk menampung kehidupan seharian. Oleh itu, saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh seterusnya membawa dalang sindiket ini ke muka pengadilan.
“Kita juga difahamkan dua beranak ini masih aktif menjalankan penipuan dan kini menggunakan nama skim pelaburan lain pula untuk mencari mangsa baharu,” ujarnya.

Artikel Oleh : UTUSAN MALAYSIA
28 PPESARA RUGI RM4.7 JUTA DITIPU PELABURAN EMAS

4454) RUGI RM4 JUTA PELABURAN EMAS, 28 INDIVIDU LAPOR POLIS – BERITA HARIAN – 21/4/18


KUALA LUMPUR: Seramai 28 mangsa penipuan membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM4 juta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sentul, di sini, hari ini, terhadap sebuah syarikat yang menawarkan pakej pelaburan emas.
Syarikat yang didakwa didalangi dua individu anak-beranak itu menggunakan nama yayasan dan dewan perniagaan untuk mengelirukan mangsa mereka.

 Selain itu, mereka turut menggunakan nama bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk nama seorang bekas ketua polis negeri untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.

Anak-beranak yang didakwa menjadi dalang penipuan dengan seorang daripada mereka bergelar Datuk menyasarkan golongan pesara kerajaan dan swasta yang memiliki wang persaraan yang banyak.
Berdasarkan modus operandi, mereka menawarkan emas untuk dilaburkan mengikut pakej emas seberat satu gram bersamaan RM173 atau emas seberat satu kilogram bersamaan RM173,000.
Jumlah keuntungan setiap bulan dijanjikan sebanyak 25 hingga 35 peratus bergantung kepada jumlah pelaburan.
Pesara swasta, Zulkifli Ahmad, 59, berkata dia kerugian RM300,000 selepas menyertai skim pelaburan itu pada November 2016.
Katanya, syarikat berkenaan sudah lama tidak membayar faedah pelaburan dan hanya memberi beberapa dokumen sebagai jaminan untuk menerima keuntungan.
“Ketika itu seminar mengenai skim pelaburan emas diadakan di Port Dickson dan ramai yang datang mendengar penjelasan pakej ditawarkan.
“Saya mengeluarkan simpanan untuk menyertainya dan pada awalnya ada pulangan diterima setiap bulan.
“Namun, bermula Februari 2017, syarikat berkenaan tidak membayar keuntungan pelaburan, malah semakin banyak perkara meragukan mulai timbul.
“Saya turut diugut pemilik syarikat sehingga terpaksa pindah rumah dan menyembunyikan diri,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, hari ini.
Pesara guru, Mohd Top Dol, 75, pula mengeluarkan wang persaraan dan simpanannya berjumlah RM600,000 selepas tertarik dengan pakej pelaburan ditawarkan.
“Ramai kalangan individu bergelar VIP yang menyertai pelaburan itu yang menambahkan lagi kepercayaan saya.
“Akhirnya, saya sedar ditipu selepas syarikat tidak lagi memberi pulangan setiap bulan, malah pemilik syarikat dilihat membeli lapan kereta mewah, sedangkan saya hanya ada sedikit wang perbelanjaan untuk makan dan minum,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim menggesa polis menyiasat kes jenayah komersial itu secara menyeluruh dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menipu pelabur.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi menghentikan kegiatan penipuan yang dilihat semakin membimbangkan.
“Mereka bijak menjadikan golongan pesara sebagai sasaran, hingga mangsa kehilangan rumah, mengeluarkan simpanan Tabung Haji, malah ada yang kini sedang dirawat akibat serangan jantung selepas tertekan dengan kerugian ditanggung.
“Justeru, PPIM membawa semua mangsa membuat laporan polis secara beramai-ramai,” katanya.

Artikel Oleh : BERITA HARIAN
RUGI RM4 JUTA PELABURAN EMAS, 28 INDIVIDU LAPOR POLIS

Tuesday, June 20, 2017

3821) SIDANG MEDIA : OILCO HAPRAK, NOTIS PEMBERHENTIAN 30 HARI TANPA SEBAB – PPIM – 20/6/2017

IMG_6407
20 Jun 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang akhbar di Nagasari Kristal Sdn. Bhd, Sungai Buloh, berkenaan dengan kes pencabulan hak terhadap rakyat Malaysia yang menjadi operator stesen minyak yang turut dilayan seperti hamba abdi dengan kezaliman melampaui adab kemanusiaan.
"Wajarkah surat diberhentikan perkhidmatan hanya dengan notis 30 hari sedangkan kebanyakan mereka berkhidmat ada yang menjangkau 46 tahun?" antara persoalan yang diajukan oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan, berhubung isu ini.
"Mereka yang menjadi mangsa ini telah melaksanakan arahan kerajaan tetapi salah sebuah syarikat pengeluar minyak petrol gergasi sewenangnya melanggar arahan yang dikeluarkan" tambahnya lagi.
IMG_6458
Dato Nadzim Johan turut berharap supaya isu ini dapat dinilai semula dan menyeru supaya semua jabatan mahupun pihak berwajib sama-sama berjuang menentang pembuli.
"PPIM akan terus membongkar kes-kes seperti ini dan kami minta Pengurus Besar (GM) syarikat minyak gergasi terbabit untuk tampil berjumpa dengan kami pada 30 Jun ini bagi menjelaskan sebab munasabah perkhidmatan beberapa operator ini diberhentikan secara mengejut" tambahnya lagi.
"Tujuan sidang media pada hari ini adalah untuk sesi pertanyaan dan bukan menuduh mana-mana pihak, sebab tiada sebarang sebab munasabah yang dinyatakan dalam notis yang diterima oleh semua operator" ujar Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim, yang turut hadir bagi menegakkan hak beberapa operator yang terkesan akibat isu ini.
"Kesemua operator juga memaklumkan bahawa mereka telah berjumpa dengan syarikat gergasi terbabit tetapi tiada sebarang maklum balas yang diterima" tambahnya lagi.
IMG_6470
Pihak berwajib digesa supaya mencari jalan penyelesaiaan yang adil bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak tanpa menjatuhkan nama baik keduanya.
Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia, Dato’ Mohd Rofaie Dato’ Mohd Hamdan, turut terkilan dengan tindakan yang dikeluarkan oleh syarikat minyak gergasi terbabit mengganggu periuk nasi kesemua yang terkena tempias dalam isu ini terutamanya kakitangan yang terpaksa diberhentikan menjelang Aidilfitri yang hampir tiba.
"Tiada satu proses untuk tamatkan perkhidmatan yang betul. Mereka hanya bagi satu surat dalam tempoh 30 hari perlu bungkus dan keluar dari premis" ulasnya.
“Kebanyakkan mereka adalah bumiputera, seharusnya kerajaan khususnya KPDNKK dapat mengambil tindakan yang terbaik bagi menyelesaikan isu ini.”
Peneraju Nagasari Kristal Sdn. Bhd, Fauziah Ahmad Fadzil, yang juga merupakan salah seorang mangsa pencabulan hak ini berharap bahawa pihak syarikat minyak gergasi terlibat dapat menyatakan sebab dan menjawab segala persoalan yang timbul.
IMG_6546“Selama 17 tahun, kami selalu dapat markah tinggi dalam perkhidmatan pelanggan, jadi mengapa kami perlu ditamatkan perkhidmatan?”
“Modal permulaan kami setengah juta tapi sewenangnya kami diberi notis tamat dalam masa 30 hari.”
“Harapan saya supaya KPDNKK jangan hanya melihat dari sudut OilCo sahaja, lihat juga dari pihak kami yang berada dihadapan ini seolah dianaiya.” tambahnya lagi.

Saturday, June 10, 2017

3806) Ibu tuntut laporan bedah siasat kedua Thaqif - Malaysia Kini - 10/6/2017

Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi hari ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia segera mengeluarkan keputusan hasil bedah terhadap bekas pelajar sekolah tahfiz yang meninggal dunia itu.
Ibunya, Felda Wani Ahmad, berkata sehingga kini mereka masih menunggu-nunggu laporan bedah siasat berkenaan.
"Pihak hopital kata laporaan perubatan akan keluar dalam masa 30 hari, tapi arwah dah meninggal lebih 40 hari dan laporan belum ada," kata Felda Wani pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kuala Lumpur sebentar tadi.
 Pada pagi 18 Mei lalu kubur Mohamad Thaqif digali semula selepas mendapat kebenaran mahkamah apabila pakar patologi tidak berpuas hati dengan bukti sedia ada.
Memetik laporan media, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 19 Mei berkata keputusan hasil bedah siasat kedua kanak-kanak berusia 11 tahun itu -khususnya sampel kaki - dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.

 Mengulas lanjut, Felda Wani berkata pihak keluarga amat memerlukan keputusan bedah siasat itu bagi mengetahui punca sebenar kematian anaknya.

"Sekarang kita nak tahu kalau betul anak saya itu sakit, dan kita nak tahu sebab kematian," tegas Felda Wani sambil mengesat air matanya.
Mengapa gali semula
Pelajar Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ) itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya didakwa dipukul dengan getah paip oleh pembantu wardennya.
Kecederaan tersebut semakin serius apabila melibatkat jangkitan kuman. Kedua-dua kaki Mohamad Thaqif kemudian terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.
Namun keadaan semakin memburuk sebelum kanak-kanak itu akhirnya menghembus nafas terakhir pada 26 April lalu.
Seorang pembantu warden direman polis untuk membantu siasatan dan dia akhirnya dibebaskan pada 3 Mei lalu.
Pada 18 Mei kubur Mohamad Thaqif digali semula untuk membolehkan sampel baru diambil supaya punca sebenar kematian kanak-kanak itu diketahui.
Menurut Felda Wani, setakat ini keluarga hanya menerima laporan mengenai kes itu secara lisan.
"Sampai sekarang tak dapat apa-apa lagi laporan bertulis, kami nak tahu laporan bertulis.
"Mereka hanya cakap tapi laporan bertulis tidak ada," keluh Felda.
Selain itu, Felda Wani turut mempersoalkan tindakan menggali kubur anaknya dibuat tanpa dimaklumkan terlebih dulu.
"Persoalan yang timbul, kenapa perlu gali? Keluarga tak nak (gali semula) sebab ada sempel.
"Dah sebulan arwah meninggal, kami hanya tahu bila orang kampung dah tunggu di kubur untuk proses menggali," katanya.
Walaupun proses itu mendapat kebenaran mahkamah, kata Felda Wani, keluarga patut dimaklumkan lebih awal.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim, berkata pihak berwajib perlu mendedahkan keputusan hasil bedah siasat bagi mengelak berlakunya penyelewengan laporan.
"Apa yang kita mahu, laporan perubatan dikeluarkan segera bagi mengatasi pelbagai spekulasi dan ia mungkin boleh menjejaskan imej kementerin.
"Kedua, kita minta supaya laporan yang keluar itu biar telus dan tidak cuba melindungi mana-mana pihak," katanya.
Hishamuddin juga berkata PPIM akan menyediakan peguam pemerhati bagi semua proses pengadilan untuk memastikan hak keluarga dipelihara.

https://m.malaysiakini.com/news/385120

3805) Keluarga Thaqif desak KKM dedah hasil laporan bedah siasat ke-2 - FMT News - 10/6/2017


KUALA LUMPUR: Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak hospital mendedahkan keputusan hasil bedah siasat ke-2 ke atas jenazah pelajar tahfiz itu yang dilakukan pada 18 Mei lalu.
 Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad berkata selepas anaknya meninggal dunia pada 26 April sehingga kini tiada laporan penuh punca kematian dimaklumkan kepadanya.
“Sampai sekarang kami belum terima sebarang laporan keputusan bedah siasat, sebenarnya kami masih lagi menunggu laporan perubatan itu. Kita nak tahu kalau betul anak saya sakit, kita nak tahu sebab kematian tapi sampai sekarang tiada apa-apa.
“Masa hari kematian, pihak hospital kata laporan akan dikeluarkan dalam masa sebulan dari tarikh arwah meninggal. Kini sudah lebih 40 hari sehingga kubur digali semula dan dijanjikan 2 minggu untuk tahu keputusan (bedah siasat ke-2), namun tidak ada apa-apa lagi,” katanya semasa sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim turut mendesak KKM mengeluarkan laporan perubatan dengan kadar segera sekaligus mengelak berlakunya pelbagai spekulasi yang boleh memburukkan nama pihak terlibat.
“Kita minta laporan perubatan dikeluarkan dengan kadar segera bagi mengelak timbul pelbagai spekulasi. Jika spekulasi berterusan kita bimbang ada pihak atau kementerian tertentu akan tergugat.
“Kita juga minta laporan yang dikeluarkan itu telus dan tidak menyembunyikan kesalahan mana-mana pihak,” katanya kepada media sambil menegaskan akan menyediakan khidmat peguam pemerhati sehingga keluarga Thaqif mendapat keadilan sepenuhnya.
Mengulas lanjut, Felda Wani turut mempersoalkan tindakan mahkamah yang tidak memaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu berhubung proses menggali semula kubur Thaqif.
 “Dah sebulan arwah meninggal, kami hanya tahu bila orang kampung dah tunggu di kubur untuk proses menggali.
“Walaupun mahkamah yang arahkan, kenapa mereka tak maklum lebih awal. Kata dah ambil sampel tetapi kenapa kena ambil sekali lagi (gali semula),” kata Felda Wani dalam keadaan sebak.
Pada 19 Mei lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam berkata laporan bedah siasat ke-2 Thaqif akan diketahui dalam tempoh 2 minggu. Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu sudah dijalankan namun punca kematiannya masih belum diketahui.
Thaqif yang dipotong kedua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail.
Dia dilaporkan mengalami masalah kesihatan, susulan dipukul pembantu warden asrama sekolah tahfiz swastanya.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/09/keluarga-thaqif-desak-hasil-laporan-bedah-siasat/

3795) LAPORAN PERUBATAN MASIH BELUM KELUAR - UTUSAN MALAYSIA - 10/6/2017


KUALA LUMPUR 9 Jun – Keluarga Allahyarham Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi hari ini meluahkan kekecewaan apabila pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, masih belum mengeluarkan sebarang laporan perubatan berhubung kematian anak mereka.
Ibu mangsa, Feldawani Ahmad, 40, berkata, masih belum ada sebarang khabar berita tentang laporan berkenaan walaupun sudah lebih 40 hari sejak kematian arwah.
Saya sangat terkilan sebab pihak hospital janji dalam masa dua minggu laporan perubatan akan keluar, namun, sejak arwah dimasukkan ke hospital pada 19 April lalu sehingga ke saat ini kami masih belum menerima sebarang panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Malah, pihak hospital juga sebelum ini hanya ba­nyak cakap mulut sahaja sejak arwah dimasukkan di wad kecemasan sehingga pembedahan kedua-dua belah kaki dan tangan yang akan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Datuk Seri Adnan Othman.
Akhbar sebelum ini me­laporkan pada 26 April lalu, pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, meninggal dunia selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Arwah Thaqif Amin yang mendakwa disebat dengan paip getah sehingga lebam di kedua-dua belah kakinya oleh pembantu warden di asrama yang merupakan seorang bekas banduan. Malah, difahamkan pembantu warden berkenaan yang dibebaskan dengan jaminan dengan bon Mahkmah Sesyen Kota Tinggi sebanyak RM20,000 diambil semula bekerja di madrasah tahfiz swasta itu sebagai tukang cuci.
https://m.utusan.com.my/berita/nasional/laporan-perubatan-masih-belum-keluar-1.491627

3794) SEGERAKAN LAPORAN PERUBATAN - UTUSAN MALAYSIA - 10/6/2017


KUALA LUMPUR 9 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, mengemukakan laporan hasil bedah siasat secepat mungkin berhubung kematian Allahyarham Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 26 April lalu.
Ketua Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Ha­shim ber­kata, laporan berkenaan mesti telus tanpa melin­dungi kesalahan mana-mana pihak sama ada pembantu warden atau pegawai perubatan yang terlibat bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang timbul daripada masyarakat.
“Tujuan ibu bapa arwah tampil pada hari ini bukan untuk menuduh mana-mana pihak, cuma mahu jawapan terhadap persoalan yang timbul termasuk menjelaskan tohmahan orang ramai.
“Kita akan menyediakan peguam pemerhati untuk melihat prosedur rawatan dan pembedahan agar hak keluarga terpelihara,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PPIM di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Datuk Seri Adnan Othman.
Akhbar sebelum ini melaporkan pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, meninggal dunia selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Kisah Mohd. Thaqif Amin menjadi tular di media sosial selepas mendakwa disebat dengan paip getah sehingga lebam di kedua-dua belah kakinya oleh pembantu warden di asrama itu.
Pembantu warden lelaki berusia 29 tahun itu kemudiannya direman untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah RM20,000 pada 3 Mei.
Dalam pada itu, keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin mempersoalkan tiada bedah siasat dilakukan di kedua-dua belah kaki arwah pada peringkat awal siasatan kematian.
Malah, pihak keluarga belum menerima sebarang jawapan bertulis berhubung prosedur rawatan dan pembedahan sepanjang arwah ditempatkan di hospital berkenaan sejak 19 April lalu.
Ibu arwah, Feldawani Ahmad, 40, berkata, bedah siasat kedua-dua belah kaki hanya dibuat selepas arwah dikebumikan hampir sebulan.
“Kami juga tidak dimaklumkan lebih awal sebelum kubur digali semula, namun kami akur tindakan berkenaan atas perintah mahkamah.






Friday, June 9, 2017

3792) GESAAN MEMPERCEPATKAN PROSES PEROLEHAN LAPORAN PERUBATAN ALLAHYARHAM ADIK MOHD THAQIF - PPIM - 9/6/2017


Pemergian adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 tahun, telah mengejutkan rakyat Malaysia pada petang 26 April 2017 selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Pelajar madrasah tahfiz itu mendakwa kakinya disebat dengan menggunakan getah paip oleh seorang warden tahfiz sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Malahan pada 18 Mei 2017, jenazah Allahyarham digali semula oleh pihak hospital bagi mencari sebab utama kematiannya kerana sebelum ini dinyatakan oleh pihak hospital bahawa kematiannya adalah berpunca dari jangkitan kuman pada tonsil. Dukacita, sehingga kehari ini masih tiada sebarang laporan mahupun kenyataan yang diterima oleh keluarga mangsa mengenai hasil bedah siasat.

“Pihak hospital beritahu saya bahawa tidak perlu digali kerana sampel sudah diambil sebelum ini.
“Tapi tiba-tiba selepas sebulan pemergian Allahyarham, kami dikejutkan oleh kehadiran pihak hospital di tanah perkuburan untuk mengali semula kubur tanpa pengetahuan kami.
“Mereka sudah tiba dikubur baru kami dimaklumkan, alasan mereka, takut ada ahli keluarga beritahu pihak wartawan.” ulas ibu Allahyarham, Felda Wani Ahmad.
Beliau juga terkilan dan tidak menjangkakan kematian anaknya walaupun pembedahan kaki telah dijalankan bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak kebahagian organ lain.

Justeru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terpanggil untuk membela dan mendapatkan kepastian mengenai laporan hasil bedah siasat kaki Allahyarham yang seharusnya diterima oleh keluarga mangsa.
“Wujud pelbagai persoalan mengenai kes ini, adakah ini kesan dari sebatan getah paip ataupun kesan dari pihak hospital.
“Hospital telah memaklumkan bahawa laporan akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu, tetapi sampai sekarang tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan.” kata Ketua Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim.
Beliau turut berharap bahawa laporan perubatan akan dikeluarkan dengan kadar segera serta telus dan tidak menyelindung kesalahan mana-mana pihak, sama ada warden tahfiz mahupun pegawai perubatan, bagi mengelakkan pelbagai spekulasi timbul.

Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, mendakwa isu seperti ini harus diberi perhatian yang mendalam kerana saban hari kita mendengar dan melihat isu berkaitan sistem pentadbiran tahfiz semakin merosot dan menggusarkan ramai pihak.
“Sepatutnya tahfiz merupakan tempat yang baik tetapi sekarang ini banyak berlaku benda yang tidak sepatutnya seperti buli.
“Mungkin kita perlu adakan satu suruhanjaya tahfiz bagi menyelia dan menjadikan madrasah tahfiz sebuah institusi yg berjaya.” ulasnya lagi.
Beliau turut berharap bahawa institusi tahfiz ini dapat dipertingkatkan sehingga mencapai tahap yang memberi keyakinan kepada masyarakat. Malahan pihak kerajaan juga diseru bagi mengambil iktibar yang positif dari peristiwa ini supaya ianya tidak berulang lagi.




3791) 'HE PRESSURED ME TO BE HIS MISTRESS' - NEW STRAITS TIMES - 9/6/2017


IT was her first time working with a foreign embassy here, but her excitement soon faded.
Almost immediately after she joined the embassy as a secretary last year, a woman in her 40s who wished to be known only as Ain, received unwanted attention from the Middle Eastern country’s ambassador.
She said the ambassador had initially flirted with her, but she thought nothing of it.
However, in June last year, after three months on the job, the sexual harassment began.
Ain claimed that the ambassador began touching her hands, then touching her breasts “accidentally” and pressuring her into becoming his mistress.
She rejected his advances, but things got worse.
“One day, I had to serve tea, but while I was making the drinks, he grabbed me.
“I was shocked... I fought back, but he became more aggressive. He pushed me until I fell on the floor and started molesting me.”
Ain said she tried to scream, but to no avail.
The sexual harassment continued to the point where the man allegedly flashed his private parts at her, and locked his office every time she walked in and molested her.
Ain told her colleagues about the matter, but found out that every woman at the embassy, regardless of their age and rank, had been sexually abused by the same person.
She went to the social security Organisation, but officers there said they could not do anything because it involved a foreign mission.
"The abuse happened on a daily basis... i just wanted to work, but ended up being treated this way. There is no respect for women, for local staff.
 "I want justice as my rights as a women were violated both morally and emotionally."
 Ain said she was sacked, presumably because she rejected the ambassador's advances.
  She said this at a press conference organised by the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) to highlight complaints of sexual harassment against Malaysia staff in foreign embassies.
  Also present was a women who wished to be identified only as Tini, 59. she said she had worked in eight foreign missions in 17 years and was sexually harassed in four of them. In all four cases, she had her services terminated because she would not give in to the advances.
  "From what i gathered, if we do not give them what they want, they would terminate our services immediately,".
  In one case, she was molested by an officer at an embassy, but managed to fight back. The ambassador found out about the abuse and told her to file a report. However, she was once again fired.
  "They would always protect their people and treat locals working for the embassy like slaves," Tini said.
  Both women urged the Foreign Ministry to come up with a solutions to protect the rights of Malaysian staff in foreign missions.
  Together with another women, the duo lodged police report on Wednesday.
  PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan said he was shocked upon receiving reports lodged with the association.
  "We would think ambassadors and embassy officers would be respected men with polished characters and distinguished behaviour, but this is happening instead.
  "We have notified the federal police, but they can do anything because these people are protected (by diplomatic immunity).
  "Even though they have immunity, action should be taken by Wisma Putra or the United Nations to avoid recurrences... They must face the law."
  The association's legal bureau chief, Hishamuddin Hashim, said the case involved people with immunities who cannot be charged under Malaysian law.
  PPIM urged people who had encountered such abuse to come forward and relay the matter to Wisma Putra.

Thursday, June 8, 2017

3788) GANGGUAN SEKSUAL LUAR BIASA DI KEDUTAAN - PPIM - 8/6/2017



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan yang begitu tertekan dengan pelbagai “sexual harassment” yang dilakukan samada oleh Duta mahupun kakitangan kedutaan yang mengamalkan budaya keji ini.
“Bila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan terminate kita dengan segera.
Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa, Puan Mar (bukan nama sebenar) yang telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di 8 buah kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.

Puan Mar turut menyatakan bahawa ganguan sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.
“Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah mejangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia” ulasnya lagi.
Mangsa kedua, Puan Nor (bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.
“Bila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada kementerian.

“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena “sexual harassment” tetapi mereka tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, beranggapan bahawa pegawai kedutaan seolah-olah mempunyai kuasa  dan berhak melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.
”Sepatutnya kedutaan melambangkan perlembangan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita” ulasnya dalam sidang media yang berlangsung pada 8 Jun 2017.

Turut sama hadir dalam sidang media ini ialah Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku khususnya kepada mangsa wanita dan melihat ketidak adilan dalam melaksanakan tindakan undang-undang kerana “kekebalan” yang dimiliki oleh kedutaan terbabit.
“Tindakan undang-undang tidak dapat dikenakan kepada mereka, bahkan, ianya dianggap berbeza disebabkan kes ini melibatkan seseorang yang mempunyai kekebalan di negara kita.
“Bila bawa pergi mahkamah, kita tak boleh menyaman mereka sebab isu imuniti yang mereka miliki.
“Mungkin kita boleh adakan sidang media bersama Kementerian Luar Negara dan membawa pengadu-pengadu serta mereka yang terlibat untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini” tambahnya lagi.

3787) HENTIKAN KEMASUKAN "AWANG HITAM" - PPIM - 8/6/2017


Kehadiran kumpulan-kumpulan “Awang Hitam” di beberapa tempat  tertentu di negara ini telah mengganggu kehidupan harian rakyat Malaysia, sehingga ada yang terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan atau tempat-tempat mereka berkumpul bagi mengurangkan potensi berdepan gangguan mereka ini.

 Fizikal yang besar, sasa dan ukuran badan yang berbeza juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengelak daripada berdepan dan juga sering mengalah walaupun mereka ini menipu dalam apa-apa transaksi.

 Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya menerima aduan daripada para pengguna berkenaan isu terbabit. “Kita pernah membuat permintaan kepada kerajaan supaya mengkaji balik perkara ini kerana kedatangan mereka di negara kita tidak membawa sebarang keuntungan”, ujar beliau.

 Tambahnya lagi, kedatangan mereka di negara sebagai pelajar hanyalah satu alasan bagi mereka untuk menduduki negara kita 4
“Mereka ini sering terlibat dengan aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, penggubalan wang haram, skim-skim penipuan, black money dan menggunakan wanita tempatan sebagai keldai dadah,”katanya lagi.

 “Kita meminta supaya Kementerian Pelajaran Tinggi supaya menapis bilangan yang masuk ke negara kita  yang betul-betul layak sahaja,”kata Datuk Hishamuddin Hashim, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM. Beliau turut memberi cadangan agar kuota kemasukan kumpulan ini dikecilkan.

 Turut sama hadir pada sidang media ini iaitu Presiden Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon, Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, dan Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim.

 Toqqi menegaskan bahawa pihak kerajaan harus mengambil tindakan dengan segera dan meminta Kabinet melihat balik isu ini kerana bimbang akan masalah yang dibawa oleh kumpulan ini yang semakin merunsingkan semua pihak. 5

Monday, May 22, 2017

3733) [VIDEO] PPIM sedia khidmat kaunseling guaman secara percuma - Utusan Online - 19/5/2017

KUALA LUMPUR 19 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO) hari ini melancarkan Biro Undang-Undang dan Kad Kaunseling Guaman (Kagum) sebagai usaha membantu pengguna daripada diperdaya dengan sindiket penipuan.
Pengerusi Biro Undang-Un­dang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata, tujuan pe­nubuhan biro berkenaan supaya masyarakat lebih berwaspada terhadap modus ope­randi sindiket penipuan walaupun menggunakan surat perjanjian yang hanya memberi keuntungan kepada satu pihak.
“Justeru, pengguna boleh mendapatkan nasihat kaunseling undang-undang dan perkhidmatan perundingan melalui biro ini secara percuma sebelum melakukan sebarang transaksi atau pelaburan. Ini kerana, aduan terhadap kes penipuan yang melibatkan pelaburan paling banyak diterima oleh pihak PPIM setakat ini.
“Malah, 10 laporan tentang kes berkenaan yang diterima dalam masa sehari sehingga menyebabkan kerugian besar serta kesan buruk kepa­da pengguna. Biro ini juga akan bertindak seperti pusat rujukan untuk pengguna mengajukan apa-apa soalan berkaitan terma perjanjian sebelum memutuskan persetujuan menandatangani sebarang kontrak,” katanya dalam sidang akhbar sebelum Majlis Pelancaran Kagum di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Presi­den PPIM, Datuk Nadzim Johan serta peguam-peguam Ka­gum.
Pengguna yang mengalami sebarang masalah boleh meng­hubungi 011-11181000 dan panggilan akan dijawab terus oleh peguam yang bertugas atau emelkan aduan ke ppimlegal@gmail.com.
Sementara itu, Hishamuddin berkata, seramai 35 peguam berpengalaman bersedia untuk mendengar aduan pengguna.
“Sekiranya kes mereka per­lu dibawa ke mahkamah dan mendapatkan khidmat guaman kami juga sedia membantu dengan kos yang sa­ngat minimum. Namun, kami berharap supaya usaha ini dapat mendidik dan membawa perubahan kepada pengguna agar lebih berhati-hati dan teliti di masa hadapan,” jelasnya.

Saturday, May 20, 2017

3731) PPIM Tubuh Biro Guaman Bela Nasib Pengguna - Bernama - 20/5/2017

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (KAGUM) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata usaha itu dijalankan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organisation (MHO). Selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan

3730) BANTU PENGGUNA DAPAT KEADILAN - SINAR HARIAN - 20/5/2017

                  sinar harian 20.5.2017
 KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Malaysian Humanitarian Organization (MHO) hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (Kagum) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata  selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan.
 "Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia dapat menjamin hak pengguna dan mengelak mereka daripada ditipu," katanya pada sidang media penubuhan biro undang-undang PPIM di sini.
Turut hadir, Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim dan Presiden MHO Zamri Zaimon. Nadzim berkata PPIM menerima banyak laporan kes penipuan setiap hari dan kebanyakan pengguna berdepan masalah itu sukar mendapat pembelaan kerana tidak berkemampuan membayar kos guaman yang tinggi. "Terdapat pelbagai jenis caj yang dikenakan oleh syarikat guaman seperti kos membuka rekod dan kos pengangkutan peguam yang perlu dibayar oleh pengguna," katanya. Justeru, beliau berkata Kagum menyediakan 25 peguam yang akan membantu memberi khidmat nasihat guaman termasuk menyelesaikan kemusykilan pengguna berkaitan dokumen perjanjian dan pelaburan pada kos yang minima. Sementara itu, Hishamuddin berkata kes penipuan masa kini kebanyakannya mengikat pengguna dengan surat perjanjian yang berat sebelah dan sering kali pengguna diugut dengan tindakan undang-undang sekiranya pengguna mahu membatalkan perjanjian tersebut. "Pengguna kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan untuk mengkaji perjanjian dan transaksi yang adakalanya tidak logik dan langkah bantuan guaman ini akan memberi mereka kefahaman dan pilihan tindakan yang hendak diambil," katanya. Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan Kagum boleh berkunjung ke ibu pejabat biro di C-3A-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak atau menghubungi talian 011-1118 1000.

3729) PPIM wujudkan biro undang-undang - kosmo Online - 20/5/2017

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (Kagum) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. Kagum yang dibentuk dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO), mempunyai seramai 25 peguam terlatih dan 100 peguam sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pembentukan biro berkenaan dibuat berikutan banyak kes penipuan sejak kebelakangan ini, yang lebih menjurus kepada berbentuk perjanjian dan pelaburan. “Kesannya, hak mereka sebagai pengguna tidak terbela dan pihak yang menipu akan terus melakukan kegiatan itu kerana tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka. “Kami menubuhkan Kagum untuk membantu pengguna menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum perkara lebih buruk berlaku,” katanya ketika majlis pelancaran tersebut di sini hari ini. Tambahnya, ada pengguna yang menjadi mangsa penipuan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan guaman, selain kadar upah peguam membuka fail kes siasatan yang tinggi, malah ada yang lebih tinggi berbanding kerugian pengguna akibat penipuan itu. “Kami akan cuba untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna yang memerlukan, saya jamin kadar upah yang dikenakan oleh pihak kami ini adalah yang paling minima. “Sehingga kini, terdapat 30 kes penipuan termasuk pelaburan saham dan masalah pinjaman telah diterima oleh biro ini dan kami akan cuba menyelesaikan kes-kes ini secepat mungkin,” jelasnya. Turut hadir, Setiausaha Agung Kagum, Hishamuddin Hashim. Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat daripada KAGUM boleh hubungi talian 011-11181000. - K! ONLINE

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL