Tetamu : 1. Dato’ Nadzim Johann / Toqqi (Ketua Aktivis PPIM) 2. Dr. Noorazman Mohd Samsuddin (Presiden MHO Malaysia International Humanitarian Organisation - MHO)
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima surat untuk bermuzakarah dengan pengikut qadiani lanjutan daripada sidang media PPIM pada 27 September 2017.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin Hashim berkata beliau tidak bersetuju untuk bermuzakarah kerana menghormati nasihat Jabatan Mufti Selangor untuk tidak mengadakan sebarang sesi dialog bersama pengikut qadiani kerana ajaran tersebut telah difatwakan sebagai bukan Islam dan tiada keperluan untuk bermuzakarah.
Sebaliknya beliau menggesa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang digunakan oleh pengikut qadiani kerana tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.
“Kita minta penduduk Kg. Nakhuda yang rasa tidak selamat terus membuat laporan polis untuk keselamatan kampung yang dikhuatiri mengancam penduduk”, jelasnya.
“Kami rakyat di Negeri Selangor dengan rasa rendah diri merayu kepada Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk membantu kami mengmbil tindakan kerana kami tidak mempunyai kuasa”, tegasnya.
Mengulas lanjut isu ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia, Sheikh Abdul Kareem berkata Isu ajaran Qadiani ini telah dibincangkan oleh ulama-ulama Islam dari seluruh dunia dan telah wujud kesepakatan mengatakan ajaran ini telah keluar dari Islam”, katanya.
Perkara sebegini perlu dijelaskan kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.
Tambahannya lagi, isu ini telah dibincangkan dihadapan Sultan Selangor, keputusan daripada perbincangan itu adalah warta mengatakan ajaran qadiani ini keluar daripada Islam.
Oleh itu, kita tidak boleh mengadakan apa jua perbincangan bersama qadiani, jika kita mengadakan juga perbincangan maka kita umpama telah menderhaka kepada Sultan Selangor.
Kami memohon Tuanku untuk menjaga keselamatan dan akidah penduduk kg Nakhuda supaya tidak terjerumus kedalam ajaran sesat qadiani.
Pengikut ajaran qadiani telah dihukum kafir oleh ulama dan kebenaran telah mutlak. Ajaran ini desepakati telah keluar dari Islam, kedudukan mereka sama dengan kafir yang memohon menggunakan kalimah Allah.
Pengerusi Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Ustaz Masridzi Bin Sat berkata bukan pihak Jabatan Agama Islam ataupun Mufti yang tidak mengambil tindakan, sebenarnya isu ini telah lama timbul. Ada beberapa pengikut ajaran qadiani yang telah ditangkap tetapi disaman balik.
“Kita tidak akan layan muzakarah yang ditawarkan kerana apabila kita melayan bermakna kita tidak menghormati Sultan Selangor, Majlis Fatwa dan Jabatan Agama Islam.
Bila benda sudah berakar umbi, bermaksud benda ini kita sudah lama biarkan bertahun ia bertapak sehingga susah untuk dihapuskan.
Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) , Dr. Noorazman Samsuddin berkata sensitiviti umat Islam yang berada di tempat kita sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal sehingga berterusan tanpa disekat maka kita akan dapati perkara yang berlaku di tempat lain akan berlaku di tempat kita.
“Saya menyeru kepada pihak istana supaya memandang perkara ini dengan lebih serius supaya perkara ini tidak berlarutan”, katanya.
Bagi pihak MHO, kita memandang dari aspek kemanusian, kebebasan ada landasan dan tidak boleh keluar dari perlembagaan negara.
“Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin menyambut baik muzakarah tersebut tetapi atas nasihat pihak Mufti bahawa perkara ini telah selesai lama dan fatwa telah dikeluarkan bahawa qadiani ini bukanlah satu agama yang terlibat dengan Islam,” ujar Panel Syariah PPIM, Ustaz Abd Halim.
Muzakarah tersebut tidak akan dibuat kerana kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan terhadap muzakarah tersebut.
“Kita di PPIM bukan takut tapi kita ikut arahan pihak tertinggi PPIM dan perbincangan dengan Mufti Selangor telah memutuskan untuk tidak bermuzakarah dengan ahmadiah-qadiani ini.
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk membela hak asasi manusia termasuk warga asing di negara ini.
Aktivis PPIM, Yusuf Azmi berkata, menerusi kolaborasi itu, isu seperti hak kebebasan diri, nyawa dan kesamarataan di sisi undang-undang akan dilihat dengan lebih serius, sesuai dengan peraturan sedia ada ketika ini.
Katanya, pihaknya bersedia membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah daripada segi perundangan dengan pihak berkuasa kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah tidak kira sama ada yang belajar mahu pun bekerja.
"Kita terima banyak pertanyaan daripada pengguna dan sebahagian besarnya membabitkan warga asing. Jadi dengan kerjasama ini kita harap dapat membantu mereka keluar daripada masalah dihadapi.
"Ini termasuklah menyediakan Kad Kemanusiaan kepada semua warga asing tidak kira sama ada yang bekerja, belajar atau tinggal di negara ini. Pemohon kad ini perlulah memiliki dokumen perjalanan sah, pasport atau visa," katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat di 0162229041 atau 0149660945.
KUALA LUMPUR 31 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk memberi bantuan kepada warga asing di negara ini yang memerlukan khidmat dan nasihat guaman.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, seramai 25 orang peguam secara sukarela menawarkan diri untuk bersama mereka dalam memastikan warga asing yang mencari rezeki di negara ini tidak dinafikan hak asasi mereka.
“Kadangkala mereka ini tidak tahu prosedur undang-undang menyebabkan mereka ditahan pihak penguat kuasa dan akhirnya tidur di dalam lokap dan didenda.
“Dengan khidmat profesional yang ada, kami akan memastikan mereka tidak bersalah akan keluar daripada tahanan kecuali bagi warga asing yang membuat jenayah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagi warga asing yang ingin mendaftar dengan MHO atau mendapat nasihat serta khidmat guaman, boleh menghubungi nombor pejabat 03-40504454 atau hotline 019-9130000 atau 013-2201565
Yusuf berkata, peningkatan jenayah melibatkan warga asing salah satu berpunca daripada tekanan ke atas mereka yang dilakukan oleh pihak tertentu.
Katanya, bantuan yang ditawarkan PPIM dan MHO itu juga mampu mengurangkan masalah sosial yang diwujudkan oleh pendatang asing.
“Niat mereka datang ke sini pada mulanya hanya untuk mencari rezeki tetapi atas tekanan yang diberikan mungkin mereka cenderung untuk melakukan jenayah.
“Kita bukan mahu beri perlindungan kepada mereka seperti penduduk tempatan, tetapi hanya mahu membantu mereka supaya tidak hidup dalam ketakutan ketika mencari rezeki di sini,” katanya.
KUALA LUMPUR 19 Mei - Lebih sepuluh aduan diterima setiap sehari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkaitan kes penipuan terutamanya dalam urusan pelaburan sepanjang tahun ini.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan pengadu ditipu dengan kaedah perjanjian yang perlu ditandatangani dengan syarat-syarat khas yang dikenakan ke atas mereka.
Sehubungan itu, kata beliau, PPIM dengan kerjasama Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) menubuhkan Biro Undang-undang, Kad Kaunseling dan Guaman (Kagum) sebagai inisiatif bagi membendung isu tersebut.
“Biro ini bertujuan membantu pengguna daripada ditipu dengan khidmat kaunseling guaman sebelum sebarang transaksi atau pelaburan dilakukan. Sepatutnya, sebelum menandatangani perjanjian, pengguna perlu merujuk dahulu kepada peguam bagi mengelakkan kes penipuan ini daripada berlaku.
“Disebabkan itu, ramai pengguna ini ditipu kerana jahil tentang hak-hak mereka kerana tidak tahu tentang isi kandungan perjanjian ditandatangani. Oleh itu, diharapkan biro ini akan menjadi pusat rujukan untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling berkaitan dengan perjanjian atau syarat-syarat terma yang mereka perlu tandatangani,” katanya pada sidang akhbar pelancaran penubuhan Kagum di sini hari ini.
Pengguna-pengguna yang mengadu di bawah Kagum akan diberikan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah melalui proses undang-undang, mediasi dan aktiviti-aktiviti proaktif terancang.
Antara khidmat nasihat guaman yang ditawarkan adalah berkaitan dengan perkara kontrak, perkara melibatkan hartanah, perkara yang melibatkan syarikat berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan perkara Syariah.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, khidmat ini terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Yang bukan warganegara pun boleh dapatkan perkhidmatan kami kerana isu ini melibatkan kemanusiaan dan tidak terhad kepada mana-mana individu pun,” jelasnya.
Katanya, pengguna yang memerlukan nasihat guaman boleh menghubungi talian 011-1118-1000 bagi mengadakan temujanju dan akan didaftarkan sebagai pelanggan Kagum.
Sementara itu, Setiausaha Jeneral MHO, Hishamuddin Hashim berkata, dari segi perundangan, kebanyakan perlindungan berkaitan penipuan itu hanya akan diambil jika masalah itu timbul.
“Jika ada masalah, barulah perkara ini akan dibawa ke peringkat undang-undang dan proses penyelesaiannya mengambil masa yang lama.
“Jadi, dengan pertubuhan Kagum dapat mencegah masalah tersebut sebelum pengguna ditipu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 19 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO) hari ini melancarkan Biro Undang-Undang dan Kad Kaunseling Guaman (Kagum) sebagai usaha membantu pengguna daripada diperdaya dengan sindiket penipuan.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata, tujuan penubuhan biro berkenaan supaya masyarakat lebih berwaspada terhadap modus operandi sindiket penipuan walaupun menggunakan surat perjanjian yang hanya memberi keuntungan kepada satu pihak.
“Justeru, pengguna boleh mendapatkan nasihat kaunseling undang-undang dan perkhidmatan perundingan melalui biro ini secara percuma sebelum melakukan sebarang transaksi atau pelaburan. Ini kerana, aduan terhadap kes penipuan yang melibatkan pelaburan paling banyak diterima oleh pihak PPIM setakat ini.
“Malah, 10 laporan tentang kes berkenaan yang diterima dalam masa sehari sehingga menyebabkan kerugian besar serta kesan buruk kepada pengguna. Biro ini juga akan bertindak seperti pusat rujukan untuk pengguna mengajukan apa-apa soalan berkaitan terma perjanjian sebelum memutuskan persetujuan menandatangani sebarang kontrak,” katanya dalam sidang akhbar sebelum Majlis Pelancaran Kagum di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan serta peguam-peguam Kagum.
Pengguna yang mengalami sebarang masalah boleh menghubungi 011-11181000 dan panggilan akan dijawab terus oleh peguam yang bertugas atau emelkan aduan ke ppimlegal@gmail.com.
Sementara itu, Hishamuddin berkata, seramai 35 peguam berpengalaman bersedia untuk mendengar aduan pengguna.
“Sekiranya kes mereka perlu dibawa ke mahkamah dan mendapatkan khidmat guaman kami juga sedia membantu dengan kos yang sangat minimum. Namun, kami berharap supaya usaha ini dapat mendidik dan membawa perubahan kepada pengguna agar lebih berhati-hati dan teliti di masa hadapan,” jelasnya.
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (Kagum) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata usaha itu dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organisation (MHO) selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan.
"Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia dapat menjamin hak pengguna dan mengelak mereka daripada ditipu," katanya pada sidang media penubuhan biro undang-undang PPIM di sini.
Turut hadir, Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim dan Presiden MHO Zamri Zaimon.
Nadzim berkata PPIM menerima banyak laporan kes penipuan setiap hari dan kebanyakan pengguna berdepan masalah itu sukar mendapat pembelaan kerana tidak berkemampuan membayar kos guaman yang tinggi.
"Terdapat pelbagai jenis caj yang dikenakan oleh syarikat guaman seperti kos membuka rekod dan kos pengangkutan peguam yang perlu dibayar oleh pengguna," katanya.
Justeru, beliau berkata Kagum menyediakan 25 peguam yang akan membantu memberi khidmat nasihat guaman termasuk menyelesaikan kemusykilan pengguna berkaitan dokumen perjanjian dan pelaburan pada kos yang minima.
Sementara itu, Hishamuddin berkata kes penipuan masa kini kebanyakannya mengikat pengguna dengan surat perjanjian yang berat sebelah dan sering kali pengguna diugut dengan tindakan undang-undang sekiranya pengguna mahu membatalkan perjanjian tersebut.
"Pengguna kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan untuk mengkaji perjanjian dan transaksi yang adakalanya tidak logik dan langkah bantuan guaman ini akan memberi mereka kefahaman dan pilihan tindakan yang hendak diambil," katanya.
Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan Kagum boleh berkunjung ke ibu pejabat biro di C-3A-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak atau menghubungi talian 011-1118 1000. –Bernama
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (KAGUM) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata usaha itu dijalankan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organisation (MHO).
Selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Malaysian Humanitarian Organization (MHO) hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (Kagum) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan.
"Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia dapat menjamin hak pengguna dan mengelak mereka daripada ditipu," katanya pada sidang media penubuhan biro undang-undang PPIM di sini.
Turut hadir, Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim dan Presiden MHO Zamri Zaimon.
Nadzim berkata PPIM menerima banyak laporan kes penipuan setiap hari dan kebanyakan pengguna berdepan masalah itu sukar mendapat pembelaan kerana tidak berkemampuan membayar kos guaman yang tinggi.
"Terdapat pelbagai jenis caj yang dikenakan oleh syarikat guaman seperti kos membuka rekod dan kos pengangkutan peguam yang perlu dibayar oleh pengguna," katanya.
Justeru, beliau berkata Kagum menyediakan 25 peguam yang akan membantu memberi khidmat nasihat guaman termasuk menyelesaikan kemusykilan pengguna berkaitan dokumen perjanjian dan pelaburan pada kos yang minima.
Sementara itu, Hishamuddin berkata kes penipuan masa kini kebanyakannya mengikat pengguna dengan surat perjanjian yang berat sebelah dan sering kali pengguna diugut dengan tindakan undang-undang sekiranya pengguna mahu membatalkan perjanjian tersebut.
"Pengguna kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan untuk mengkaji perjanjian dan transaksi yang adakalanya tidak logik dan langkah bantuan guaman ini akan memberi mereka kefahaman dan pilihan tindakan yang hendak diambil," katanya.
Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan Kagum boleh berkunjung ke ibu pejabat biro di C-3A-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak atau menghubungi talian 011-1118 1000.
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (Kagum) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.
Kagum yang dibentuk dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO), mempunyai seramai 25 peguam terlatih dan 100 peguam sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pembentukan biro berkenaan dibuat berikutan banyak kes penipuan sejak kebelakangan ini, yang lebih menjurus kepada berbentuk perjanjian dan pelaburan.
“Kesannya, hak mereka sebagai pengguna tidak terbela dan pihak yang menipu akan terus melakukan kegiatan itu kerana tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.
“Kami menubuhkan Kagum untuk membantu pengguna menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum perkara lebih buruk berlaku,” katanya ketika majlis pelancaran tersebut di sini hari ini.
Tambahnya, ada pengguna yang menjadi mangsa penipuan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan guaman, selain kadar upah peguam membuka fail kes siasatan yang tinggi, malah ada yang lebih tinggi berbanding kerugian pengguna akibat penipuan itu.
“Kami akan cuba untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna yang memerlukan, saya jamin kadar upah yang dikenakan oleh pihak kami ini adalah yang paling minima.
“Sehingga kini, terdapat 30 kes penipuan termasuk pelaburan saham dan masalah pinjaman telah diterima oleh biro ini dan kami akan cuba menyelesaikan kes-kes ini secepat mungkin,” jelasnya.
Turut hadir, Setiausaha Agung Kagum, Hishamuddin Hashim. Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat daripada KAGUM boleh hubungi talian 011-11181000. - K! ONLINE
Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (KAGUM) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi pengguna daripada ditipu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Kagum mempunyai seramai 125 peguam dan sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.
" Pembentukan biro itu dibuat selepas kita melihat terdapat banyak kes tipu yang lebih menjurus kepada perjanjian dan pelaburan.
" Kagum akan membantu menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum ia menjadi buruk," katanya pada majlis pelancaran biro tersebut di sini semalam.
Tambahnya, setakat ini mereka telah menerima aduan 30 kes penipuan termasuk pelaburan saham dan masalah pinjaman.
Kagum boleh dihubungi di talian 011-11181000.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-undang serta Kad Aduan dan Guaman (KAGUM) bagi memberi khidmat nasihat guaman dan melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pembentukan biro dibuat berikutan peningkatan kes penipuan berbentuk perjanjian terutama penipuan pelaburan.
Beliau berkata, KAGUM adalah hasil kerjasama dengan Malaysian Humanitarian Organization (MHO) yang mempunyai 25 peguam terlatih selain 100 peguam sukarela yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.
“Ada pengguna menjadi mangsa penipuan tidak mengetahui cara mendapatkan bantuan guaman, selain kadar upah peguam membuka fail siasatan yang tinggi, malah ada lebih tinggi berbanding kerugian pengguna akibat penipuan itu.
“Kesannya, hak mereka sebagai pengguna tidak terbela dan pihak yang menipu terus melakukan kegiatan itu,” katanya dalam majlis pelancaran KAGUM di sini, semalam.
Menurutnya, melalui biro itu pengguna boleh mendapatkan khidmat seperti menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan sebelum menandatanganinya, sekali gus dapat mencegah perkara lebih buruk berlaku.
KUALA LUMPUR 19 Mei - Lebih sepuluh aduan diterima setiap sehari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkaitan kes penipuan terutamanya dalam urusan pelaburan sepanjang tahun ini.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan pengadu ditipu dengan kaedah perjanjian yang perlu ditandatangani dengan syarat-syarat khas yang dikenakan ke atas mereka.
Sehubungan itu, kata beliau, PPIM dengan kerjasama Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) menubuhkan Biro Undang-undang, Kad Kaunseling dan Guaman (Kagum) sebagai inisiatif bagi membendung isu tersebut.
“Biro ini bertujuan membantu pengguna daripada ditipu dengan khidmat kaunseling guaman sebelum sebarang transaksi atau pelaburan dilakukan. Sepatutnya, sebelum menandatangani perjanjian, pengguna perlu merujuk dahulu kepada peguam bagi mengelakkan kes penipuan ini daripada berlaku.
“Disebabkan itu, ramai pengguna ini ditipu kerana jahil tentang hak-hak mereka kerana tidak tahu tentang isi kandungan perjanjian ditandatangani. Oleh itu, diharapkan biro ini akan menjadi pusat rujukan untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling berkaitan dengan perjanjian atau syarat-syarat terma yang mereka perlu tandatangani,” katanya pada sidang akhbar pelancaran penubuhan Kagum di sini hari ini.
Pengguna-pengguna yang mengadu di bawah Kagum akan diberikan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah melalui proses undang-undang, mediasi dan aktiviti-aktiviti proaktif terancang.
Antara khidmat nasihat guaman yang ditawarkan adalah berkaitan dengan perkara kontrak, perkara melibatkan hartanah, perkara yang melibatkan syarikat berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan perkara Syariah.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, khidmat ini terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Yang bukan warganegara pun boleh dapatkan perkhidmatan kami kerana isu ini melibatkan kemanusiaan dan tidak terhad kepada mana-mana individu pun,” jelasnya.
Katanya, pengguna yang memerlukan nasihat guaman boleh menghubungi talian 011-1118-1000 bagi mengadakan temujanju dan akan didaftarkan sebagai pelanggan Kagum.
Sementara itu, Setiausaha Jeneral MHO, Hishamuddin Hashim berkata, dari segi perundangan, kebanyakan perlindungan berkaitan penipuan itu hanya akan diambil jika masalah itu timbul.
“Jika ada masalah, barulah perkara ini akan dibawa ke peringkat undang-undang dan proses penyelesaiannya mengambil masa yang lama.
“Jadi, dengan pertubuhan Kagum dapat mencegah masalah tersebut sebelum pengguna ditipu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Kuala Lumpur 19 Mei - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Malaysia Humanitarian Organization (MHO) hari ini melancarkan Biro Undang-Undang dan Kad Kaunseling Guaman (KAGUM) sebagai usaha membantu pengguna daripada diperdaya dengan sindiket penipuan.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata, tujuan penubuhan biro berkenaan supaya masyarakat lebih waspada terhadap modus operandi sindiket penipuan walaupun menggunakan surat perjanjian yang hanya memberi keuntungan kepada satu pihak.
" Justeru, pengguna boleh mendapatkan nasihat kaunseling undang-undang dan perkhidmatan perundingan melalui biro ini secara percuma sebelum melakukan sebarang transaksi atau pelaburan. Ini kerana, aduan terhadap kes penipuan yang melibatkan pelaburan paling banyak diterima oleh pihak PPIM setakat ini.
" Malah, 10 laporan terhadap kes berkenaan yang diterima dalam masa sehari sehingga menyebabkan kerugian besar serta kesan buruk kepada pengguna. Biro ini juga akan bertindak seperti pusat rujukan untuk pengguna mengajukan apa-apa soalan berkaitan terma perjanjian sebelum memutuskan persetujuan menandatangani sebarang kontrak," katanya dalam sidang akhbar sebelum Majlis Pelancaran Kagum di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah President PPIM, Datuk Nadzim Johan serta peguam-peguam Kagum.
Pengguna yang mengalami sebarang masalah boleh menghubungi 011-11181000 dan panggilan akan dijawab terus oleh peguam yang bertugas atau emelkan aduan ke ppimlegal@gmail.com .
Sementara itu, Hishamuddin berkata, seramai 35 peguam berpengalaman bersedia untuk mendengar aduan pengguna.
" Sekiranya kes mereka perlu dibawa ke mahkamah dan mendapatkan khidmat guaman kami juga sedia membantu dengan kos yang sangat minimum. Namun, kami berharap supaya usaha ini dapat mendidik dan membawa perubahan kepada pengguna agar lebih berhati-hati dan teliti di masa hadapan," jelasnya.
19 Mei 2017– PPIM - Sidang Media Tubuh Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Demi Membantu Pengguna. Saban hari, kes-kes penipuan yang sering terjadi adalah urusan jual beli rumah kemudiannya terbengkalai menyebabkan kerugian puluhan ribu kepada pembeli. Kes-kes penipuan yang lain seperti penjualan telefon bimbit palsu dan juga kes penipuan pakej pelancongan murah difahamkan mampu mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit.
Perkara seperti ini sudah menjadi seakan-akan rutin di negara kita di mana pihak berkuasa sendiri menerima ratusan aduan dari masyarakat. Salah siapakah? Adakah salah pengguna itu sendiri yang tidak membuat semakan sebelum membeli atau pun salah pihak berkuasa ketika pelaksanaan penguatkuasaan yang longgar dan lemah?
“Zaman sekarang ini, orang yang menipu ini tidak macam orang yang menipu zaman dahulu“ ujar Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (toqqi).
Tambahan Toqqi, mereka yang menipu ini sanggup menggunakan khidmat peguam bagi menakutkan mangsa supaya tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini menyebabkan mangsa mereka takut untuk ke hadapan bagi menegakkan kebenaran kerana bimbang akan tindakan undang-undang yang bakal mereka menerima.
“Penggunaan agreement untuk menarik para pelabur pada masa ini terlalu meluas sehingga menyebabkan mangsa yang telah ditipu mempercayai bulat-bulat untuk menandatangani perjanjian tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi ” keluhan Toqqi
“Jika mereka ini menggunakan agreement dan khidmat peguam untuk melindungi mereka, bagaimanakah nasib para mangsa ini untuk mempertahankan diri mereka? Oleh sebab itulah kami melancarkan Biro Undang-Undang PPIM dan kad kaunseling dan guaman ini bagi membantu mereka ini “ ujar Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim.
Rata-rata yang datang kepada kami untuk mengadu masalah penipuan ini semuanya mengatakan mereka melabur sebab ada perjanjian, tetapi sejauh manakah benar perjanjian tersebut? “ keluhan beliau.
Hisham turut menerangkan bahawa konsep yang akan mereka amalkan adalah “biar tiada masalah sebelum ke mahkamah“ yang bermaksud mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini secara cepat sebelum menjadi besar dan ke mahkamah.
Turut hadir bersama iaitu, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon. “Kami menasihatkan kepada para pelabur diluar yang hendak membuat pelaburan supaya fikir dahulu dan bawa perjanjian tersebut kepada kami untuk kami menyemak kesahihannya”
Toqqi mengatakan dengan adanya penubuhan Biro Undang-Undang PPIM ini secara tidak langsung dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ditindas ini dan akan menambah baik Biro ini dari masa ke semasa.
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 25 peguam akan membantu orang ramai dalam mengatasi masalah membabitkan kes-kes perbicaraan, saman, kontrak, hartanah, cukai, visa dan perbankan melalui Biro Undang-undang & Kad Kaunseling dan Guaman PPIM (KAGUM).
Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Hishamuddin Hashim, dia akan mengetuai 25 peguam bertanggungjawab untuk membantu pengguna dalam mengatasi masalah yang seakan sudah menjadi rutin di negara ini.
“Undang-undang telah menjadi perkakas untuk si penipu di negara kita dengan teknik penipuan yang licik, berjaya memperdaya mangsa terutamanya yang melibatkan soal pelaburan dan perjanjian,” katanya.
Hisyamuddin berkata demikian pada sidang media pelancaran KAGUM, anjuran PPIM dan Malaysia Humanitarian Organization (MHO), di sini hari ini.
Dari kiri Hishamuddin Hashim, Datuk Nadzim Johan dan dua wakil MHO pada sidang media pelancaran KAGUM.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu bahawa hanya sedikit bayaran akan dikenakan ke atas pengguna yang berjumpa mereka bagi menampung kos-kos tertentu.
“Antara aduan yang terbanyak kami terima adalah melalui perjanjian sambung bayar kereta dan yang melibatkan komunikasi tanpa wayar berjumlah 8,000 aduan yang rata-rata terikat dengan kontrak dan tidak boleh menamatkan perkhidmatan walaupun perkhidmatan mereka tidak boleh digunakan,” jelasnya.
Tambahnya, dengan adanya pusat seperti ini, hak pengguna akan lebih terjamin dan terbela, selain mendapat hak kesamarataan di sisi undang-undang.
Visi utama KAGUM adalah bagi menyediakan pusat rujukan atau platform kepada pengguna di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Permasalahan yang akan dibawa rujuk dan runding terbahagi kepada dua iaitu mewakili sesuatu perniagaan atau secara individu.
Servis kaunseling KAGUM dibuka kepada umum pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (KAGUM) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.
KAGUM yang dibentuk dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO), mempunyai seramai 25 peguam terlatih dan 100 peguam sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pembentukan biro berkenaan dibuat berikutan banyak kes penipuan sejak kebelakangan ini, yang lebih menjurus kepada berbentuk perjanjian dan pelaburan.
Katanya, ada pengguna yang menjadi mangsa penipuan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan guaman, selain kadar upah peguam membuka fail kes siasatan yang tinggi, malah ada yang lebih tinggi berbanding kerugian pengguna akibat penipuan itu.
"Kesannya, hak mereka sebagai pengguna tidak terbela dan pihak yang menipu akan terus melakukan kegiatan itu kerana tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.
"Kami menubuhkan KAGUM untuk membantu pengguna menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum perkara lebih buruk berlaku," katanya ketika melancarkan pelancaran KAGUM di sini, hari ini. T
urut hadir, Setiausaha Agung KAGUM, Hishamuddin Hashim. Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat daripada KAGUM boleh hubungi talian 011-11181000.
Dari kiri Head of Corporate Affairs Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Zulreza Jamaludin, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Dr. Noorazaman Mohd Samsuddin, Pengadu Riana (bukan nama sebenar), Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Secretary General MHO Hishamuddin Hashim dan Presiden Pertubuhan Pengerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon pada sidang akhbar masalah Rakyat yang bukan Warganegara di sini hari ini.
KUALA LUMPUR 26 April - Walaupun dilahirkan di Malaysia, Riana (bukan nama sebenar) masih tidak layak untuk mendapatkan status warga negara ini berikutan ibu bapanya tidak mendaftar perkahwinan mereka kepada pihak berkuasa.
Kini, walaupun 19 tahun sudah berlalu, Riana menjadi mangsa keadaan kerana statusnya masih tergantung dan tidak memiliki kad pengenalan.
“Hampir enam tahun saya berulang alik untuk mendapatkan hak saya, tapi sehingga kini permohonan saya ditolak dan saya masih buntu.
“Hal ini turut menyukarkan saya untuk mendapatkan pendidikan.Saya hanya boleh mengambil sijil SPM, tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti berikutan status saya yang masih tergantung,” katanya.
Menurut Riana, bapanya merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sarawak, manakala ibunya merupakan warganegara Filipina.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, satu kaedah perlu dilaksanakan dalam mengatasi isu warga tidak mempunyai kewarganeganegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
“Dalam perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusian kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan kewarganegaraan di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa, Dr. Norazman Mohd.Shamsudin, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon dan Setiausaha Jeneral Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apa pun status mereka, golongan ini perlu ada identiti dan kadang kala identiti mereka ini tidak diperakui dan proses untuk mendapatkan status kewarganegaraan amat memeritkan dan mengambil tempoh yang lama.
Sehingga kini, Nadzim berkata lebih 15,000 penduduk di Sabah antaranya Lahad Datu berdepan dengan status tidak memiliki kewarganegaraan berikutan tiada kaedah berkesan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencari penyelesaian bagi menangani isu berkenaan dan sekiranya ia dibiarkan, ini dilihat sebagai menzalimi hak asasi mereka. -UTUSAN ONLINE
Kuala Lumpur: “Setiap hari saya bawa surat beranak untuk membuktikan bapa adalah warganegara dan saya dilahirkan di Sentul. Disebabkan ibu warga Filipina dan perkahwinan mereka gagal didaftarkan sebelum ini, saya menjadi mangsa keadaan,” kata Riana Mae Christopher Bakar, 29, yang sentiasa hidup dalam dilema kerana statusnya sebagai warga tanpa negara.
Menurutnya, dia mengimpikan kehidupan bebas seperti rakyat Malaysia lain dan dapat melakukan urusan seperti berkahwin secara sah, sekali gus memberi kerakyatan kepada anaknya kelak.
Selain itu, katanya, banyak urusan lain yang tergendala termasuk melancong ke luar negara.
“Sejak 2010 saya turun naik Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan taraf kerakyatan, namun jawapan mereka tetap sama iaitu permohonan saya ditolak,” katanya.
Mengulas isu itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian khusus mencari alternatif untuk memberi kerakyatan kepada mereka yang betul-betul berhak.
" Kami di pihak PPIM juga terkejut dengan senarai aduan yang terlalu banyak berkenaan masalah warga tanpa negara sehingga ramai warga tanpa negara hidup dalam dilema dan ditindas di negara sendiri.
" Isu warga tanpa negara bukan sesuatu yang baru dan ia sudah sampai ke pengetahuan agensi berkaitan namun sehingga kini masih tiada penyelesaian dan hidup golongan ini seolah-olah terhenti kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara.
" Dokumen sementara yang boleh membuktikan golongan ini adalah warganegara mungkin boleh meringankan beban, sekali gus dilihat sebagai alternatif membanteras jenayah dengan lebih berkesan," katanya apda sidang media di sini, semalam.
Turut hadir, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Dr Noorazman Mohd Samsuddin yang banyak memperjuangkan nasib warga tanpa negara khusus di kawasan timur Sabah.
Menurut Noorazman, dia banyak menghabiskan masa memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan kerana gagal mendapatkan taraf kerakyatan dan masalah ini perlu diselesaikan bagi memastikan semua golongan mendapat hak kemanusiaan masing-masing.
" Biarpun kanak-kanak warga tanpa negara diberi peluang untuk belajar sehingga ke peringkat sekolah menengah, mereka tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi di universiti tempatan, katanya.
KUALA LUMPUR 26 April - Satu kaedah baharu perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi isu bukan warganegara dalam kalangan rakyat negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut penting bagi memberi hak yang sama kepada mereka terutama dalam bidang pendidikan dan perubatan.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil, ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
“Dalam Perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusiaan kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan warganegara di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa, Dr. Noorazman Mohd. Shamsudin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apapun keadaannya golongan tersebut seharusnya mempunyai identiti.
Sehingga kini jelasnya, terdapat lebih 15,000 penduduk di bahagian timur Sabah berdepan dengan status bukan warganegara.
“Status mereka tergantung berikutan tiada kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu berkenaan,” ujarnya.