Friday, May 19, 2017

3721) PPIM, MHO tubuh KAGUM bantu pengguna - Berita Harian Online - 19/5/2017

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (KAGUM) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.
KAGUM yang dibentuk dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO), mempunyai seramai 25 peguam terlatih dan 100 peguam sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pembentukan biro berkenaan dibuat berikutan banyak kes penipuan sejak kebelakangan ini, yang lebih menjurus kepada berbentuk perjanjian dan pelaburan.
Katanya, ada pengguna yang menjadi mangsa penipuan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan guaman, selain kadar upah peguam membuka fail kes siasatan yang tinggi, malah ada yang lebih tinggi berbanding kerugian pengguna akibat penipuan itu.
"Kesannya, hak mereka sebagai pengguna tidak terbela dan pihak yang menipu akan terus melakukan kegiatan itu kerana tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.
"Kami menubuhkan KAGUM untuk membantu pengguna menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum perkara lebih buruk berlaku," katanya ketika melancarkan pelancaran KAGUM di sini, hari ini. T
urut hadir, Setiausaha Agung KAGUM, Hishamuddin Hashim. Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat daripada KAGUM boleh hubungi talian 011-11181000.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...