Monday, May 15, 2017

3706) DURIAN MUSANG KING AKAN DIEKSPORT KE CHINA - KOSMO - 15/5/2017

               kosmo 15.5.2017
 BEIJING - Malaysia sedang berusaha untuk mengeksport buah durian terbaiknya, Musang King ke China. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buah-buahan yang ingin diimport ke China itu mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak republik itu. "Mereka gelarnya rawatan penyejukan bawah 18 darjah. "Sebaik sahaja kita penuhi syarat dan peraturan, selepas itu kita perlu cari pelabuhan atau destinasi untuk durian," katanya di sini. Ahmad Shabery berkata beliau dimaklumkan bahawa sebiji durian berharga kira-kira RM800 di Hong Kong. Sehubungan itu, beliau percaya durian Musang King akan dapat dijual dengan mudah di China pada harga kira-kira RM200 hingga RM300 sekilogram. "Ini amat baik bagi petani kita," katanya. Katanya buat masa ini China mengimport durian dari negara jiran Malaysia. Semalam di Beijing bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan kerja lima hari di China, Ahmad Shabery telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa China bagi pengeksportan nanas buat kali pertama ke republik itu. Selepas kejayaan nanas menembusi pasaran China, Ahmad Shabery berkata usaha seterusnya ialah untuk mengeksport buah nangka. Antara buah-buahan Malaysia yang berjaya menembusi pasaran China sebelum ini ialah manggis. - Bernama

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...