Wednesday, May 3, 2017

3681) GUNA KAWASAN PERSEMPADANAN ELAK DIKESAN - UTUSAN MALAYSIA - 3/5/2017

                                  WhatsApp Image 2017-05-03 at 19.25.26
 Kuala Lumpur 2 Mei - Kawasan persempadanan antara ibu negara dan selangor menjadi modus operandi baharu bagi pengusaha pusat hiburan dan snuker untuk menjalankan kegiatan haram termasuk menawarkan perkhidmatan judi. Ketua Penyelaras Ops Bah, Azman Mahmood berkata, pendekatan itu bertujuan mengaburi dan mengelirukan pihak berkuasa selama ini hanya fokus di kawasan-kawasan tumpuan. Menurutnya, hasil siasatan dan permantauan berterusan yang dijalankan pihak berkuasa mendapati mereka seolah-olah tidak gentar terhadap undang-undang. "Perancangan mereka cukup licik termasuk berselindung menggunakan papan tanda pusat hiburan keluarga agar tidak dapat dikesan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengetuai Operasi Banteras Aktiviti Haram Siri 34 (OP BAH) di ibu negara. Dalam serbuan tersebut, sebanyak enam unit cip mesin judi bernilai RM240,000 dirampas. Menurut Azman, barang rampasan itu merupakan milik sebuah pusat hiburan snuker yang beroperasi secara haram di kawasan persempadanan ibu negara dan selangor. "Antara barang lain turut dirampas adalah 46 unit komputer. kamera litar tertutup (CCCTV) (3) dan monitor (46). "Semua barang yang dirampas disita dibawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 iaitu sitaan peralatan di bawah kaedah-kaedah hiburan siber atau pusat siber 2012," jelasnya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...