Tuesday, May 23, 2017

3743) Sidang Media Siri Jelajah Klinik Bebas Muflis - PPIM - 29/5/2017

23 Mei 2017 – PPIM - Sidang Media Siri Jelajah Klinik Bebas Muflis.
Lebih 300 ribu rakyat Malaysia dikatakan dalam keadaan Muflis. Ini merupakan kerugian besar kepada ekonomi negara selain daripada keluarga mereka sendiri. Suatu ketika dahulu hukuman muflis dikatakan “hukuman mati” lebih teruk daripada hukuman penjara seumur hidup kerana ramai mangsa akhirnya mati merempat dalam keadaan yang hina.
Namun demikian, kini sudah nampak kilauan cahaya yang menjanjikan sudah wujud peluang kedua kepada mangsa muflis kerana sudah ada akta yang telah digubal yang memberikan cahaya dan harapan.
Mengulas lanjut perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengatakan dia memahami nasib diluar sana yang telah dibankrapkan oleh pihak Insolvensi kerana beliau turut pernah mengalami situasi yang sama.
“Kami di PPIM telah lama berperang dan memperjuangkan nasib mereka yang dibankrapkan ini dan antara kes besar yang telah berjaya diselesaikan ialah pengadu telah dibankrapkan sebanyak RM 80 juta dimana dia tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen dengan bank. Alhamdulilah dia telah dibebaskan dari bankrap.“ Kata beliau.
Beliau menjelaskan bahawa PPIM akan melancarkan Klinik Bebas Muflis pada 25 Mei ini yang akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi sendiri dan seterusnya memuji pihak pentadbiran Insolvensi sekarang yang boleh bekerjasama dengan baik.
Tambahan beliau lagi, penubuhan klinik ini bukan untuk melindungi orang yang dibankrapkan tanpa menjelaskan hutang mereka, tetapi adalah untuk memberi mereka peluang kedua untuk hidup.
Turut hadir bersama iaitu Dr Mazlina, Aktivis PPIM.“ Ramai orang berpendapat Insolvensi suka membankrapkan orang sesuka hati, tetapi ramai tidak tahu pihak bank atau pemiutang sendiri yang membankrapkan mereka”. Beliau menambah lagi bahawa pihak Insolvensi hanya badan pelaksanaan yang menjalankan tugas mereka seperti yang disuruh.
Toqqi menjelaskan dengan adanya klinik ini, diharapkan dapat membantu mangsa-mangsa bankrapsi dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka ini untuk meneruskan hidup.
 
WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.11 PM WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.13 PM (1) WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.15 PM WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.19 PM (1)  WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.21 PM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...