Friday, May 5, 2017

3691) Lawatan Ketua Aktivis PPIM ke IX Telecom Sdn Bhd
 - PPIM - 5/5/2017

PPIM-5 Mei 2017 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) membuat lawatan ke IX Telecom Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan dan mengenal lebih rapat jenis perniagaan yang dilakukan oleh syarikat ini.
Syarikat IX Telecom Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan servis ICT. Mereka bukan sekadar menyediakan rangkaian semata-mata malah mereka juga menyediakan perkhidmatan dari segi reka bentuk, membina dan mengurus rangkaian perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif IX Telecom, Noor Helmi mengatakan bahawa di IX mereka mengutamakan untuk perjalinan yang baik dikalangan pekerja untuk mengekalkan situasi bekerja yang seronok. Syarikat yang terletak di SME Technopreneur Centre, Cyberjaya ini telahpun mempunyai rangkaian hampir 200 negara di 7 benua.
PPIM berharap dengan hubungan ini mampu memberi kebaikan kepada kedua pihak dan masyarakat.
WhatsApp Image 2017-05-05 at 10.52.19 AMWhatsApp Image 2017-05-05 at 10.52.44 AM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...